Category

News

News

Record Store Day 2020 KCH

TOKOVINTAJ KCH akan menganjurkan Record Store Day 2020 di Riverside Shopping Complex Kuching pada 26 September 2020(Sabtu) dari 10.00am – 10.00pm.

Record store day merupakan acara tahunan bermula dari tahun 2008 dan di lakukan pada hari Sabtu bulan April dan setiap Black Friday pada bulan November. Acara ini dilakukan bagi meraikan kedai rekod yang dimiliki secara independent di seluruh dunia. Acara ini juga menggumpulkan para peminat, artis dan kolektor-kolektor lokal dan antarabangsa untuk berkumpul, berkongsi dan mengeratkan silaturahim.

Edisi Kuching bakal memaparkan 10 vendor dan antaranya adalah, Heavy Soul Vintage, Fourth Mile Records, Bedy Collections, Kuching Pickers, Uun Valensi Collections, Deathrow Store, 838A Distro dan TokoVintaj

Selain daripada exhibit, acara tersebut juga memaparkan pameran Vespa dan BMX. Di antara pameran tersebut, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari beberapa DJ lokal iaitu DJ Vaux, DJ Kawaii Boy dan DJ Moodselekta.

Kemasukan ke acara ini adalah percuma dengan syarat para pengunjung mematuhi Standard Operation Procedure(SOP) yang telah di tetapkan oleh Sarawak Disaster Management Comittee (SDMC).

New Release, News

Carya Pertiwi, Kreatif Medley Merdeka. Gabungan Steff Fleur, Rawi & Mous Thofa

Carya Pertiwi, sebuah projek dari Carya Motion Pictures telah meriliskan muzik video medley yang menggabungkan beberapa buah lagu ikonik seperti ‘Malaysia Oh Tanah Airku, Bahtera Merdeka, Sejahtera Malaysia, Warisan dan Standing in the Eyes of the World’.

Projek yang di buat sempena meyambut hari kemerdekaan Malaysia ini menggabungkan beberapa artis lokal dari latar belakang muzik yang berbeza. Mereka adalah Sang Rawi, Steff Fleur dan Mous Thofa. Gabungan pemuzik dari latar belakang berbeza untuk satu projek ini merupakan pendekatan dalam mempersembahkan kepelbagaian dan cinta terhadap negara melalui kombinasi medley lagu-lagu patriotik.

Muzik video ini bemula dengan bacaan puisi dari Taj Sastra yang menggabungkan elemen nusantara dan cabaret 50an yang membawa penonton ke suasana selepas merdeka pada tahun 1957 serta menggambarkan elemen Malaysia iaitu kebebasan dan perpaduan.

Secara keseluruhannya, projek ini merupakan aspirasi dan penghargaan terhadap negara melalui kreativiti dan kerjasama pelbagai pihak.

Sedikit info tentang pemuzik-pemuzik yang terlibat, Sang Rawi merupakan sebuah band yang membawa genre experiment nusantara yang menggabungkan element-element traditional dan moden.

Sang Rawi

Steff Fleur pula merupakan penyanyi yang membawa pelbagai jenis muzik pop di mana pengaruh muzik beliau datang dari penyanyi-penyanyi pop dari zaman 90-an seperti Britney Spears, The Beatles(60an), HAIM(2000’s) dan bunyi-bunyian disco funk.

Steff Fleur

Mous Thofa merupakan pemuzik multi-instrumentalist dan juga merupakan seorang producer dan komposer. Lagu Carya Pertiwi ini telah di produce oleh beliau dan beliau juga merupakan gitaris untuk beberapa buah band lokal iaitu Myopia dan Meruked.

Mous Thofa

Check out, video dari Carya Motion Pictures, di bawah. Jangan lupa subscribe, like dan share yerr  😉 

Gig/Concert/Tour/, News

Konsert Amal Di Alam Maya

Fondness Drops, menganjurkan konsert amal secara virtual yang bertujuan untuk mempromosi muzik, budaya, cinta, keamanan, kesatuan dan tradisi merentas pelbagai komuniti.

Konsert online ini memaparkan beberapa buah band dan artis lokal seperti lagenda Sarawak Matthew Ngau, Carrie Geres, At Adau, United Kids of Oi!, Mozaik, Staak Bisomu, Drumcall Community dan Space Bird. Konsert ini dirakamkan di The Bikalan Venue Event.

Konsert online Fondness Drops musim pertama ini akan diriliskan secara berepisod dan setiap episod merangkumi 45 minute. Untuk musim pertama ini, Fondness Drops telah berkolaberasi dengan Sarawak Children’s Cancer Society(SCCS) sempena kempen GOBald.

Musim pertama episode pertama Fondness Drops Virtual Charity Concert boleh di stream secara live melalui Facebook mereka bermula pada 9 Ogos(Ahad) pada jam 8.30pm dan episod kedua pula ialah pada 16 Ogos(Ahad) di ikuti dengan episod ketiga 23 Ogos(Ahad), waktu yang sama 8.30pm.

Fondness Drops: Virtual Charity Concert Season 1 ini merupakan idea Jackson Lian Ngau bersama-sama dengan 5 rakan beliau Andrian Dadu, Calvin Jaidi, Giacherie Tipik, Emcee Mambo dan Stacy Gregory.

Konsert online ini diadakan sempena meyambut penutupan Hari Gawai dengan menggabungkan elemen-elemen traditional. Concert ini terjadi kerana dengan adanya kerjasama pelbagai pihak dari CatSound.co, Initiative Music City dan Music Tourism, Seth Peli dari Borneographers, Meldrick Bob, Lan Perey, Chung Funeral Service and Coffin Supply, Trillex Transportation, The Bikalan Bar and Restaurant, Nayel Production, Vins AVL Productions, One Sound and Light, Sydney Atin Films, Fingo Entrepreneurs Team 1212, VNA Mode dan Pungu Borneo.

Sememangnya concert amal seperti ini sangat menarik kerana ia menggabungkan musisi-musisi dari aliran traditional sehingga ke aliran moden. Concert ini juga memaparkan musisi-musisi dari lama dan baru serta muzik dari berlainan genre. Jangan lupa untuk tonton konsert ini di Facebook Fondness Drops dan share di platform facebook kalian.

News

Bengkel Pengurusan Para Pemuzik Bebas di Kuching Pindah Online

Di sebabkan oleh situasi semasa yang berlaku di Kuching yang sekarang berada di zon merah di sebabkan kewujudan kluster baru Covid-19, Bengkel Pengurusan Untuk Pemuzik Bebas yang pada awal nya di jadualkan untuk berlangsung pada 3 Ogos di SMA – TEGAS Digital Innovation Hub telah berpindah ke platform online sepenuhnya dengan menggunakan zoom meeting.

Link pendaftaran masih sama iaitu acemusiccommunitykch.peatix.com. Di sebabkan bengkel ini kali ini di jalankan online sepenuhnya, bagi mereka yang hendak menyertai bengkel ini, anda di kehendaki untuk download applikasi zoom.

Tarikh bengkel masih sama iaitu 3 Ogos(Isnin), cuma masa berubah iaitu dari 11.00am sehingga 5.00pm.

News

Bengkel Pengurusan Para Pemuzik Bebas

Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA) akan mengadakan bengkel pengurusan untuk para pemuzik bebas di seluruh Malaysia bermula pada 22 July – 5 Ogos 2020.

Tujuan program ini adalah untuk memperkasakan pemuzik-pemuzik tentang cara yang betul dalam membuat presentation skills dan cara untuk membuat business plan untuk tujuan sponsorship, fundraising dan sebagainya.

Ini adalah peluang yang amat baik untuk para pemuzik bebas untuk belajar sesuatu yang di luar bidang selain bermain muzik dan menjelajah dunia keusahawanan di dalam industri muzik pula.

CENDANA juga ada membuat beberapa program yang boleh membantu para pemuzik dari segi geran, latihan keusahawanan di dalam industri muzik dan sebagainya. Untuk mengetahui program-program lanjut yang di tawarkan oleh cendana, anda boleh layari website mereka di www.cendana.com.my.

Pada 3-4 Ogos CENDANA akan bertandang di SMA-TEGAS Digital Innovation Hub Kuching dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Tapi di sebabkan oleh situasi semasa sekarang, hanya 40 orang di benarkan untuk berada di venue tersebut dengan mengikut SOP dan semua orang harus pakai mask. Untuk mendapatkan tempat, boleh register di acemusiccommunitykch.peatix.com.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mempelajari selok belok industri dan membuat network dengan mereka yang berada dalam industri muzik ini kerana antara speaker yang akan melatih anda cara-cara untuk membuat business plan, proposal dan kertas kerja lain yang banyak para pemuzik ambil remeh adalah Jennifer Thompson.

Sedikit info tentang Jennifer Thompson atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jenn. Beliau mempunyai pengalaman selama 35 tahun di dalam industri hiburan Malaysia dan terlibat dengan pelbagai projek dari managing artists, menyalaras beberapa live event dari tempatan dan antarabangsa, dari event-event seperti International Fashion Week, Festival Music dan macam-macam lagi. Pendek kata, beliau adalah true otai dalam event management, artists management dan apa-apa yang melibatkan industri hiburan di Malaysia. Sememangnya satu peluang yang baik sekiranya anda pemuzik atau ingin berkecimpung dalam artist/event management untuk menuntut ilmu dengan beliau.

Antara artis-artis yang pernah di manage oleh Kak Jenn adalah, Francissca Peter, Metalasia, lagenda Malaysia Sudirman Arshad, Oh Chentaku & Aman Ra antaranya. Antara event besar yang pernah di direct dan produce oleh Kak Jenn adalah Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Bintang Popular-Barita Harian, Rockaway Festival, Future Music Festival Asia dan banyak lagi. Kalau nak tahu, register cepat-cepat, ambil tempat anda.

Kak Jenn juga pernah mengajar music business dan event management di International College of Music (ICOM) dan sekarang beliau mengajar Music Business di Sunway University. Haa, powerkan? Rugi kalau tak ambil kesempatan ini untuk menuntut ilmu dengan orang yang berpengalaman dalam industri muzik. Ramai yang ingin tahu dan ingin belajar tentang selok belok industri tapi tidak tahu bagaimana. Sekarang lah peluang anda untuk berjumpa dengan orang berpengalaman dalam industri dan bertanya apa-apa dan belajar dari mereka. Tunggu apa lagi? Register sekarang dan sebarkan kepada rakan-rakan pemuzik dan rakan-rakan kalian yang ingin berkecimpung dalam pengurusan industri hiburan.

News

Al – Fatihah Kepada Pejuang Muzik Underground Kuching

Scene muzik lokal Kuching di gemparkan dengan kehilangan seorang icon underground/indipendent, Abang Saiful Zahrin. Beliau di sahkan meninggal pada 10 March 2020.

Arwah merupakan antara figura yang penting dalam memastikan scene lokal underground Kuching bergerak dengan aktif. Semuanya bermula dengan beliau dengan adik beliau Kojack Abang Abdul Rahim dalam menubuhkan Disharmonic Movement, sebuah event organiser yang aktif melakukan gig-gig di sekitar bandar raya Kuching pada tahun 2000an. Arwah juga merupakan pemain bass kepada sebuah band lagenda Kuching United Kids of Oi! bersama-sama dengan adik beliau Kojack sebagai vocalist utama.

Sepanjang tahun 2000an sehingga ke 2010an, mereka antara organisasi yang paling aktif dalam memastikan setiap minggu atau setiap bulan akan ada gig di Kuching.

Kebanyakan band-band yang wujud masa kini yang bermula pada sekitar 2000an seperti Dance On Your Grave, Bronco Buster bermula dari gig-gig anjuran Disharmonic Movement.

Disharmonic Movement juga merupakan antara organiser awal yang membuat gig dengan menggabung band-band dan artist-artist dari pelbagai genre untuk bermain dalam satu platform. Dari Punk, Hardcore, Metal, Reggae, Hip-Hop dan sebagainya.

Kami dari RukunTV masa kami mula-mula berkecimpung dalam dunia lokal scene underground di Kuching, semuanya bermula dengan menghadiri gig-gig yang di anjurkan oleh Disharmonic Movement. The experience coming to local shows and being part of the scene changed our lives forever.

Terima kasih Disharmonic Movement, Terima kasih kepada 2 beradik arwah Saiful dan Kojack kerana sumbangan Disharmonic Movement dalam memastikan scene muzik lokal Kuching terus berkembang sehingga sekarang. Sekarang scene muzik lokal telah terus berkembang dan hasil perjuangan yang telah di lakukan oleh Disharmonic Movement telah melahirkan ramai generasi organiser-organiser gig baru seperti LiveinKCH, Thornwire, MatiParaiDeadsi dan banyak lagi(maaf kalau ada yang terlepas) yang menyambung legasi Disharmonic Movement.

Kepada peminat-peminat dan pejuang scene muzik lokal kita, teruskan menyokong scene-scene lokal, band-band lokal, organiser-organiser lokal. Kurangkan berbalah dan bersatu lah kita semua. Walaupun ideologi sub-budaya kita berbeza, tapi minat kita, tujuan kita dan harapan kita semua sama. Mengangkat scene indipendent lokal kita supaya ia terus hidup sampai ke generasi-generasi seterusnya. Kita tidak tahu bila masa nya kita pula yang akan pergi. Al-Fatihah, salam takziah di ucapkan kepada seluruh keluarga Saiful dan terima kasih untuk segalanya yang telah anda lakukan untuk scene muzik lokal kita. Segala sumbangan yang Disharmonic Movement telah curahkan kepada lokal scene kita akan kita kenang dan hargai sampai bila-bila. Terima kasih kepada arwah Saiful dan terima kasih Kojack!