Hip-Hop/R&B berkuasa, Rock Hampir Pupus
Laporan hujung tahun 2017 menunjuk kan jualan muzik (U.S), genre Hip-Hop/R&B merupakan muzik paling popular berbanding rock, di ikuti dengan pop di tempat ketiga. Akan tetapi, populariti muzik rock adalah di sebabkan orang masih beli, stream dan dengar band rock yang wujud dari 30 ke 40 tahun lepas dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya adalah dari band rock pada masa kini. Pop walaupun berada di tempat ketiga, tapi majoriti nya adalah bercampur daripada artis-artis baru dan lama.
Industri muzik, semamang nya sebuah industri yang mencabar semenjak awal abad ke-20 sehingga ke abad ke-21 ini. Kalau dulu sebelum wujud nya internet, kalau nak jual lagu, yang penting jualan album harus laris dan lagu juga di jual untuk tujuan promosi iklan sesuatu produk, untuk filem dan macam-macam lagi. Malah sebelum kewujudan internet pun cabaran untuk jual muzik untuk tatapan pendengar adalah sangat mencabar.
Selepas kedatangan dunia internet, segala-galanya berubah 360 darjah untuk industri muzik. Kalau dulu sebelum zaman internet, label dan artis akan bingung dengan kemunculan cetak rompak yang merampas sebahagian daripada sales mereka. Tapi itu tidak apa, masih senang di bendung. Kalau jumpa orang jual CD cetak rompak, boleh saja hubungi pihak berkuasa, tangkap. Mudah dan tak mudah pada masa yang sama. Tapi selepas internet, macam mana nak bendung orang dari muat turun muzik secara bebas tanpa perlu membayar satu sen pun? Ya, ianya memang salah dari sisi undang-undang, tapi bagi mereka yang kononnya “peminat muzik. Support scene” ini peduli ke akan semua itu? Yang penting dapat dengar lagu. Hmm.Continue reading