Laporan hujung tahun 2017 menunjuk kan jualan muzik (U.S), genre Hip-Hop/R&B merupakan muzik paling popular berbanding rock, di ikuti dengan pop di tempat ketiga. Akan tetapi, populariti muzik rock adalah di sebabkan orang masih beli, stream dan dengar band rock yang wujud dari 30 ke 40 tahun lepas dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya adalah dari band rock pada masa kini. Pop walaupun berada di tempat ketiga, tapi majoriti nya adalah bercampur daripada artis-artis baru dan lama.
Industri muzik, semamang nya sebuah industri yang mencabar semenjak awal abad ke-20 sehingga ke abad ke-21 ini. Kalau dulu sebelum wujud nya internet, kalau nak jual lagu, yang penting jualan album harus laris dan lagu juga di jual untuk tujuan promosi iklan sesuatu produk, untuk filem dan macam-macam lagi. Malah sebelum kewujudan internet pun cabaran untuk jual muzik untuk tatapan pendengar adalah sangat mencabar.
Selepas kedatangan dunia internet, segala-galanya berubah 360 darjah untuk industri muzik. Kalau dulu sebelum zaman internet, label dan artis akan bingung dengan kemunculan cetak rompak yang merampas sebahagian daripada sales mereka. Tapi itu tidak apa, masih senang di bendung. Kalau jumpa orang jual CD cetak rompak, boleh saja hubungi pihak berkuasa, tangkap. Mudah dan tak mudah pada masa yang sama. Tapi selepas internet, macam mana nak bendung orang dari muat turun muzik secara bebas tanpa perlu membayar satu sen pun? Ya, ianya memang salah dari sisi undang-undang, tapi bagi mereka yang kononnya “peminat muzik. Support scene” ini peduli ke akan semua itu? Yang penting dapat dengar lagu. Hmm.
Baru-baru ini Nielsan sebuah syarikat yang melakukan data analisis baru sahaja melepaskan laporan hujung tahun 2017 berkenaan jualan muzik di Amerika. Nielsan adalah sebuah syarikat yang menyediakan data dan analisis berasaskan saintifik dan inovasi untuk pihak media, pengiklanan dan pelbagai industri.
Laporan dari Nielsan telah menyatakan bahawa muzik genre R&B/Hip-Hop merupakan genre yang paling dominant di U.S dengan 9 daripada 10 lagu daripada carta datang dari genre tersebut. Jualan Vinyl pula terus meningkat untuk kali ke-12. Artists R&B/Hip-Hop seperti Lil Uzi Vert, Post-Malone, Kendrick Lamar dan Migos masing-masing telah mencatat lebih daripada 800 juta stream online untuk setiap single mereka.
One Direction, sebuah band boy yang masing-masing juga telah memulakan karier solo mereka telah menyaksikan setiap ahli kumpulan mereka berjaya mendapat Top-40 Hits untuk lagu-lagu mereka. Ed Sheeran untuk lagu “Shape of You” pula telah di stream sebanyak 1 BILLION KALI dan telah di download lebih daripada 2.5 juta. Lagu tersebut juga merupakan lagu yang paling banyak menduduki carta Hot 100’s untuk setiap minggu.
Untuk jualan Vinyl pula, sebanyak 14.3 juta Vinyl Lp telah di jual pada tahun 2017, menjadikan jualan Vinyl telah terus meningkat untuk 12 tahun berturut-turut. Jualan Vinyl paling banyak adalah untuk album Sgt Pepper’s Lonely Hearts Club Band, daripada kumpulan The Beattles. Sebuah kumpulan yang sangat popular pada tahun 60’an. Ternyata mereka masih popular sekarang.
Untuk muzik rock pula seolah-olah tiada generasi baru yang dapat menyambung legasi rock sebab kalau ada pun nama band rock dalam carta, ia adalah band yang sama untuk 20 ke 40 tahun lepas. Mungkin sebab dalam scene rock terlalu banyak orang suka kecam-mengecam setiap perkara baru yang muncul dalam scene mereka kot. Akibatnya banyak band-band baru hanya wujud untuk beberapa ketika sahaja, kemudian tengalam dan berpecah sebab tidak banyak mendapat sokongan sebab masih ramai yang membawa ideologi “old days is better than todays. Today’s band are all posers and wannabe. Misfits wannabe’s, Metallica’s wannabe’s.” Seolah-olah mereka pun tak pernah ingin menjadi seperti band idola mereka. Banyak lagi lah isu dalam scene rock kalau ikut genre sub-scene mereka. Hmm. Mungkin betul kata orang dalam dunia internet. ROCK IS DEAD or nearly going to EXTINCTION! Okay, enough of that! Jom tengok laporan yang di bentangkan dari Nielsan.
Carta di atas menunjuk Top 10 artists Secara keseluruhan dengan Drake menjuarai carta di ikuti pula dengan Kendrick Lamar, Ed Sheeran dan Taylor Swift.
Carta di atas pula menunjuk kan Top 10 artists banyak mendapat permintaan untuk stream. Sekali lagi Drake menjuarai carta di ikuti oleh Future, Kendrick Lamar dan Ed Sheeran.
Carta di atas menunjukkan jumlah penjualan album untuk fizikal dan digital pulak. Taylor Swift mencatat jualan album tertinggi untuk album Reputation dengan hampir 2 juta jualan di ikuti dengan Ed Sheeran 1 juta lebih dan Kendrick Lamar yang menghampiri 1 juta.
Untuk Top 10 jualan album digital pula, Taylor Swift mengungguli carta dengan hanya menghampiri 900 ribu jualan. Di ikuti dengan Ed Sheeran hampir 600 ribu dan Kendrick Lamar 500 ribu lebih. Ternyata untuk artis-artis besar seperti mereka, dengan kemunculan internet, dengan album digital pun tidak dapat di jual sehingga mencecah angka 1 juta.
Carta di atas pula menunjukkan jumlah jualan album fizikal. Taylor Swift menungguli carta dengan berjaya menjual sebanyak 1 juta lebih, di ikuti dengan Ed Sheeran dengan kurang daripada SETENGAH daripada jualan album Taylor Swift dengan hanya 500 ribu lebih sahaja dan di ikuti pula oleh Metallica untuk album Hardwired…To Self-Destruct dengan hanya 470 ribu lebih.
Untuk jualan lagu secara digital pula, Luis Fonsi & Daddy Yankee Feat Justin Bieber untuk lagu Despacito, di ikuti dengan Ed Sheeran untuk lagu Shape of You, Kendrick Lamar untuk Humble dan Post Malone feat Quavo untuk Congratulations.
Gambar di atas pula menunjukkan Top-10 untuk audio dan video streaming. Sekali lagi Luis Fonsi & Daddy Yankee Feat Justin Bieber untuk lagu Despacito mengungguli carta. Di ikuti dengan Ed Sheeran untuk Shape of You, Lil Uzi Vert untuk Xo Tour Llif3 dan Post Malone Feat Quavo untuk Congratulations.
Pergh, dahsyat. Banyak lagi kalau nak di ceritakan satu-satu. Takut tak mampu pulak. Haha. Di bawah pulak adalah carta jumlah secara peratus untuk jualan secara format dan genre lagu.
Jika di lihat dari peratusan di atas, R&B/Hip-Hop mengguli carta sebagai genre paling popular di ikuti dengan Rock dan Pop.
Carta di atas pula menunjukkan peratusan jualan secara berperingkat. Maksudnya secara musim. Musim awal tahun, tengah tahun dan hujung tahun. CD lebih banyak di jual pada hujung tahun, begitu juga Vinyl. Album digital lebih banyak di jual pada awal tahun, lagu dalam format digital lebih banyak di jual pada awal tahun juga.
Di bawah adalah carta untuk top 5 artists, album, lagu dan radio untuk katergori Hip-Hop ;
Di bawah pula adalah top 5 untuk artists, album, lagu dan radio untuk kategori rock pula ;
Di bawah pula adalah carta konklusi sama ada jumlah jualan naik atau turun dari tahun 2016 ke 2017
Bah, apa pendapat korang? Kalau tengok carta, jualan album fizikal memang confirm menurun sebab kebanyakan orang dengar lagu guna internet je sekarang. Tapi menurut laporan, jualan album digital juga turut menurun. Bukan itu sahaja. Jualan lagu secara digital juga turut menurun. TETAPI! Streaming lagu secara online masih lagi meningkat. Ini juga jelas menunjukkan bahawa lebih ramai orang memilih untuk stream lagu secara online berbanding dengan beli album (untuk fizikal dan digital) dan tidak ramai yang sanggup untuk muat turun lagu dan album dari artis/band kegemaran. Mungkin kerana tak nak memenuhi space laptop/desktop dan juga handphone. Jadi, cara paling terbaik untuk safe space yang banyak adalah dengar lagu online.
(Sumber gambar : Google Image)
Bagaimana pula anda? Sejauh mana anda betul-betul sokong artis dan band kegemaran anda? Adakah anda masih muat turun lagu dan album secara haram? Walaupun sudah ada service seperti YouTube dan Spotify untuk anda dengar lagu dan pada masa yang sama masih tetap menyumbang untuk artis dan band kegemaran anda. (Nak full excess Spotify harus bayar). Why not? Belanja few RM untuk dengar lagu dari beribu artis/band dari satu platform lagi. Untuk YouTube pula free. Anda cuma perlu bayar internet bulanan sahaja. Setiap click untuk view video/audio YouTube bermaksud anda telah menyumbang untuk content creator. Kalau anda benci artis/band tersebut, anda click video YouTube semata-mata untuk dislike dan kecam content creator tersebut PUN menyumbang duit kepada mereka. Hahaha.
(Sumber gambar: Google image)
Dengan zaman yang semakin lagu berubah ke arah digital ini, kalau anda adalah artis/band independent bagaimana anda menjual lagu anda? Untuk mereka yang “peminat scene support music*insert jenis muzik*, support artis/band” bagaimana pula cara anda untuk menyumbang kepada segala penat lelah pemuzik-pemuzik tersebut untuk terus menghiburkan anda? Bagi pendengar kasual atau dengar muzik untuk suka-suka pula bagaimana anda mendengar muzik? Masih download secara illegal atau anda membayar untuk mendapatkannya? Hmmm.
Sumber : Nielsan