Tag

adruce azman

Gig/Concert/Tour/, New Release

Adruce Azman, Rilis EP ‘Sesuatu Yang Menakjubkan’

Adruce Azman, seorang artis yang menggabungkan bunyi-bunyian Blues, Folk, Jazz, dan Alternative Rock di dalam karya muzik nya telah merilis sebuah EP iaitu ‘Sesuatu Yang Menakjubkan‘. EP ini dilakukan dengan kolaberasi bersama antara Adruce Azman dengan AOK Records dan di sokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Sedikit info mengenai Adruce Azman, beliau merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat tempatan di sebelah siang dan merupakan pemuzik di sebelah malam. Sebelum bergerak solo, beliau pernah menjadi anggota sebuah band Alternatif Rock tempatan iaitu Sonar Instinct. Beliau juga pernah memenangi sebuah program daripada RTM(Radio Television Malaysia) iaitu RTM Tok! Buskers Challenge. Semenjak itu, beliau telah mendapat tawaran untuk bermain di pelbagai acara muzik dan festival besar di sekitar Sarawak.

Adruce Azman menggabungkan pelbagai jenis genre di dalam muzik beliau seperti Blues, Folk, Jazz dan Alternative Rock. Muzik beliau merupakan refleksi di dalam kehidupan peribadi beliau di alam dewasa dan cabaran serta liku-liku kehidupan yang dilaluinya. EP Sesuatu Yang Menakjubkan mempunyai 6 buah lagu yang di cipta sepenuhnya oleh Adruce Azman dan sebuah lagu cover dari lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu lagu Bunyi Gitar yang di oleh semula oleh Adruce dengan gayanya yang tersendiri.

Projek EP ini dijayakan dengan menggabungkan beberapa bakat ahli-ahli muzik tempatan seperti Farouk Kamil (gitar elektrik dan producer), Alexander Ang (drummer), Erfan (keyboardist), dan Din (Bassist). EP ini menjanjikan penghasilan muzik yang kaya dengan kepelbagaian dan kesyahduan untuk para pendengar layan sambil membuat kerja ataupun untuk kegunaan khas seperti sesi meneliti dan mendengar dengan penuh khusyuk untuk diri sendiri.

Apa yang menariknya tentang EP ini juga adalah, salah satu daripada lagu di dalam EP ini telah di masterkan di studio terkenal dunia iaitu Abbey Road Studios(studio di mana beberapa band lagenda seperti The Beattles, Pink Floyd, Radiohead, Oasis dan Massive Attack pernah rekod album di situ.) Dari satu track itu, hasilnya di aplikasikan ke semua 6 lagu di keseluruhan EP ini oleh AOK Records pula bagi memastikan hasil mastering untuk EP ini adalah yang berkualiti tinggi, dan mendapat keputusan penghasilan professional.

EP ini secara rasminya telah dilancarkan pada 11 Oktober 2024 (Jumaat), di SMA Creative Heritage Innocation Centre di Kuching Sarawak dari pukul 8pm sehingga habis!

New Release

Lagu Raya Berirama Jazz Oleh Adruce Azman

Penyanyi dan penulis lagu, Adruce Azman yang berasal dari Kuching, Sarawak, telah meriliskan single terbaru beliau iaitu ‘Raya Bersamamu‘ yang boleh didengar dekat semua platform muzik streaming. Lagu ini menurut Adruce adalah sebagai ungkapan rasa rindu masa kecil ketika menyambut raya bersama ibu-ayah dan adik beradik. Selepas itu, transisi menuju ke alam dewasa pula dan menyambutnya bersama keluarga sendiri.

Sedikit info mengenai pembikinan lagu ini dan muzik video untuk lagi ini. Lagu ini di tulis dan di susun sepenuhnya oleh Adruce Azman. Rakaman untuk lagu ini dari mix & master, terbitan, dan penyelarasan bunyi pula di buat di AOK Records. Untuk pemuzik-pemuzik yang terlibat di dalam rakaman lagu ini pula adalah Farouk Kamil yang bermain di posisi gitar elektrik, Nasyaruddin bermain bass, Erfan di posisi keyboard dan Alexander Ang di posisi drum. Untuk muzik video pula adalah dibuat oleh Studio Selepas Senja.

Check out muzik video untuk lagu terbaru daripada Adruce Azman. Jangan lupa, subscribe, like dan share!

New Release, News

Pejamkan Mata, Muzik Video Debut dari Adruce Azman

Adruce Azman, seorang artis lokal telah meriliskan muzik video terbaru beliau iaitu Pejamkan Mata di platform YouTube. Menurut Adruce, ‘Lagu ini adalah menifestasi serta kongsian rasa oleh seorang lelaki terhadap seluruh pergantungan jiwanya dalam bentuk lagu pengantar tidur.

Menurut Adruce lagi, beliau percaya bahawa setiap insan yang telah melakukan yang terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupannya kadang kala perlu memberikan sedikit ruang untuk dirinya berehat dan memberi sepenuhnya pengharapan kepada kekuasaan Tuhan. Pejamkan mata, dan bangkit lah menjadi lebih kuat pada keesokan harinya.

Sedikit info tentang Adruce Azman, beliau merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Kuching Sarawak dan telah berkecimpung di dalam dunia muzik sejak zaman remaja. Perjalanan beliau bermula ketika pertama kali menyertai sesi Open Mic pada tahun 2009 dan berbusking di sekitar bandar raya Kuching pada tahun 2010.

Pada tahun 2011, beliau dan rakan-rakan beliau menubuhkan sebuah band alternatif bernama Sonar Instinct. Pada ketika waktu ini lah beliau mula mengembangkan pengaruh muzik beliau dengan berkolaberasi bersama beberapa artis lokal yang lain seperti Asyraf Hardy, Sasha Ningkan, Ezra Tekola dari At Adau dan ramai lagi. Namun pada tahun 2014, Adruce memutuskan untuk meneruskan haluan sendiri di dalam dunia muzik dan bermulalah perjalanan beliau sebagai artis solo. Keputusan ini berlaku apabila beliau mengembara ke Labuan. Pada ketika ini, beliau banyak memainkan lagu-lagu cover dan memasukkan elemen-elemen beliau sendiri di dalam lagu-lagu tersebut. Pada ketika ini juga beliau mula membuat persembahan di beberapa tempat seperti di cafe, bar, tempat makan di sekitar Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu dan Kuching.

Namun di sebabkan tanggungjawab sebagai orang dewasa, beliau terpaksa meninggalkan seketika dunia muzik dan menjalankan tanggungjawab hakiki. Setelah beberapa tahun menyepi dalam bermain muzik, disebabkan minat yang mendalam terhadap muzik yang tidak dapat di pisahkan, pada tahun 2022, beliau mula menyertai What About Kuching (WAK). Sebuah festival kesenian yang di jalankan di sekitar bandar raya Kuching dan pada ketika itulah, beliau mula mengeluarkan semua lagu-lagu original beliau dan komposisi lagu-lagu cover yang popular untuk di persembahkan kepada orang ramai.

Adruce mengumpulkan beberapa musisi-musisi yang berbakat seperti Erfan di keyboard, Aniq Azman sebagai pemain bass, Alex sebagai pemain drum dan mereka melakukan live session di studio AOK yang di namakan AOK Session. Adruce juga menyertai sebuah program RTM untuk para buskers bernama ‘Tok! Buskers Challenge 2023‘ dan berjaya memperoleh kemenangan sebagai juara di tempat pertama. Sekaligus menandakan tempat beliau sebagai salah seorang artis lokal yang ada di persada industri muzik lokal.

Sebagai pengumuman akan kewujudan beliau di persada muzik lokal, check out, muzik video pertama dari beliau yang bernama Pejamkan Mata di YouTube. Muzik video ini dilakukan oleh Studioselepassenja, dan lagu di rekod di AOK Records. Jangan lupa like, subscribe dan share!