Tag

christmas

Featured, News

Salji Di Rumah Panjang, Sebuah Filem Pendek Sempena Hari Christmas Di TVS

Sebuah filem pendek terbitan TV Sarawak (TVS) sempena sambutan Hari Christmas telah ditayangkan di channel YouTube TVS pada 20 Disember 2024 dan di siaran television TVS pada 23 Disember 2024. Filem pendek yang bernama ‘Salji Di Rumah Panjang‘ ini dibintangi oeh Stonton James, Melissa Francis, Ramles Walter, Ryan Samsara, Siti Solero, Stephanie dan ramai lagi, pasti akan membuat para penonton di selubungi dengan penuh emosi.

Sedikit info mengenai filem pendek ini, filem ini menceritakan tentang kisah seorang bapa tunggal iaitu Roland yang dilakonkan oleh Stonton; yang telah berkorban segalanya demi kebahagiaan anak tunggalnya. Pengembaraan filem ini dilakukan di sebuah rumah panjang di Sarawak Cultural Village (SCV) dan ia turut menggambarkan keunikan budaya Sarawak, khususnya di rumah panjang, yang juga menjadi simbol perpaduan pelbagai kaum.

Melissa Francis yang memegang watak sebagai isteri kepada Roland berkata, “Di Sarawak Christmas bukan sekadar perayaan agama. Ia adalah tentang berkongsi kebahagiaan tanpa sempadan. Kita duduk bersama, makan bersama, tidak kira agama atau bangsa. Ia adalah refleksi sebenar perpaduan – sesuatu yang saya banggakan sebagai anak Sarawak.”

Stonton yang memegang watak Roland / Ayah, berkata, “Salji Di Rumah Panjang bukan sekadar filem; ia adalah suara kepada golongan bapa tunggal yang sering terpinggir. Selama ini, kita jarang melihat kisah lelaki yang mengharungi kehidupan sendirian, berjuang demi anak tercinta. Filem ini adalah peluang saya untuk berkongsi kepedihan, harapan dan cinta yang hanya seorang ayah dapat rasakan.” katanya.

Menurut Khairil Zharif Affindie, yang juga merupakan penerbit untuk produksi filem pendek ini, “Ini bukan sekadar filem, tetapi perjalanan emosi yang akan menyentuh hati anda. Ia merungkai erti sebenar kasih sayang, pengorbanan, dan perpadauan.” Tambah beliau lagi, “Dalam setiap adegan, anda akan melihat kekuatan cinta seorang bapa dan keindahan semangat komuniti Sarawak“.

Jangan lupa untuk saksikan filem pendek ‘Salji Di Rumah Panjang‘ yang di hasilkan oleh Syarikat Spektrum Cahaya Sdn Bhd untuk TVS. ‘Salji Di Rumah Panjang‘ di tayangkan di channel YouTube TVS dan di channel TVS 122 di Astro pada 23 Disember 2024 (Isnin) pada 9.45 malam.

New Release

Viceroyz Meriliskan Cover ‘Jingle Bell Rock’ Sempena Hari Christmas

Band Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan sebuah single cover “Jingle Bell Rock” dari penyanyi asal iaitu Bobby Helms, bersempena dengan Hari Christmas yang bakal di sambut tidak lama lagi. Mereka juga telah meriliskan muzik video ini di platform YouTube.

Lagu dan concept muzik video ini adalah sangat berbeza dengan konsep-konsep lagu-lagu Christmas lain yang wujud di Malaysia. Ini adalah kerana band Viceroyz, dimana rata-rata ahli band ini adalah daripada Generasi-Z, dan visual-visual yang mereka paparkan adalah selari dengan aesthetic yang di gemari oleh kebanyakan mereka daripada Generasi-Z.

Sedikit info mengenai Viceroyz, mereka ditubuhkan pada awal tahun 2018 dengan menggunakan nama “Piring Seni“. Kemudiannya mereka menukar nama mereka ke Viceroyz pada tahun 2019. Ahli-ahli band Viceroyz adalah terdiri daripada Nick (Vokal/Gitar), Mike (Gitar), Steve (Bass), Denil (Keyboard), dan Chris (Drum).

Check out versi “Jingle Bell Rock” daripada band Viceroyz! Jangan lupa like, share, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial mereka.