“Lady Luck”; Malam Muzik dan Tarian, Bersama Miamor, Intan dan Kara Elle
Sebuah acara Rave bakal berlangsung di ruang acara Lek., pada 6 June 2025(Jumaat), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tema untuk rave ini adalah ‘Lady Luck‘. Ini bermaksud acara ini adalah meraikan komunitas wanita di dalam scene Dj dan Rave di Kuching dan semua Dj yang akan mengawal lantai tarian adalah dari wanita-wanita yang berpengaruh di dalam scene Dj Underground Kuching-Brunei. Mereka adalah Intan dan Miamor dari Kuching dan Kara Elle dari Brunei. Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.
Sedikit info mengenai Dj-Dj ini; Miamor adalah seorang Dj dari Kuching yang menerokai bunyi-bunyian yang berlainan. Dari irama Baile Funk dan Trap, sehinggalah ke Pop-Edits yang bisa membuat lantai tarian bergerak. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk acara ini, walaupun Miamor masih baru di dalam scene Rave Underground di Kuching, tetapi sikap beliau yang sentiasa ingin tahu tentang bagaimana hendak mendekati setiap set dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa fokus dengan apa-apa perkara yang bagi beliau adalah baik untuk diri sendiri dan untuk orang ramai ketika memainkan set beliau.
Perjalanan Miamor sebagai Dj bermula sebagai sebuah eksperimentasi kreatif didalam usaha beliau untuk lebih menggali lebih dalam untuk rasa cinta terhadap muzik dan mempelajari sesuatu yang baharu. Rasa ingin tahu itu berevolusi menjadi semangat untuk mencipta sebuah set yang boleh mencetuskan kegembiraan di lantai tarian.
Dj seterusnya pula adalah juga dari Kuching, iaitu Intan. Bukan lah nama asing di dalam scene Dj Underground Kuching, kemunculan Intan di dalam scene Dj dan muzik elektronik bermula pada tahun 2023. Sejak itu, Intan mula memahatkan nama beliau di dalam komunitas Dj wanita lokal dengan set yang ceria, bertenaga dan penuh semangat. Beliau mula bermain dengan irama-irama seperti House, Melodic House, dan Techno. Dengan peredaran masa dan pengembaraan beliau dalam menerokai dan terus menggali bunyi-bunyian yang wujud di dalam Dance Music, Intan terus berdedikasi dan berevolusi untuk mencipta pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan dan membuka jalan lebih luas untuk pemilihan muzik yang lebih inklusif serta kepelbagaian untuk orang ramai di lantai tarian.
Dj ketiga di dalam lineup untuk acara ini pula adalah Kara Elle. Berasal dari Brunei, beliau sangat aktif dalam bermain di beberapa gig di sekitar Asia Tenggara. Dengan pengalaman sebanyak 10-tahun, Kara Elle telah menghasilkan bunyi yang berbeza dengan melenturkan beberapa genre muzik elektronik yang dibina berdasarkan gerak hati dan hubungan yang dicipta menerusi lantai tarian bersama orang ramai. Perjalanan beliau di dalam scene Dj ini bermula di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada ketika itu, beliau bermain di beberapa acara peribadi dan bermain menggunakan set peribadi beliau.
Semenjak debut beliau, dan dengan pengalaman yang beliau perolehi, Kara Elle terus membuat beberapa persembahan di sekitar rantau Asia Tenggara selain dari Malaysia seperti Singapura, Thailand, Kemboja sudah tentunya di negara kelahiran beliau iaitu Brunei. Dengan pengalaman yang beliau ada, Kara Elle boleh menerangi lantai tarian dengan set beliau yang sangat Melodic dan penuh magnetic. Kara Elle juga bakal mengembangkan sayap beliau di negara barat kerana baru-baru ini, Kara Elle telah dijemput untuk menghasilkan set secara langsung di rancangan Downtown Tulum Radio Show, Mexico.
Jangan lupa, untuk hadiri acara exclusif Lady Luck di ruang acara Lek., di bawa oleh VIBIN’ by Lek, pada 6 June 2025, bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.