Tag

irfan aniq

Gig/Concert/Tour/, News

Jelajah ‘Epiphany’ Zamaera di Zinc Restaurant Kuching

Rapper Zamaera akan bertandang di Kuching Sarawak pada 17 May 2025 (Sabtu) di Zinc Restaurant bersempena dengan ‘The Epiphany Tour‘. Jelajah ini telah dilakukan oleh Zamaera semenjak 9 May lepas dan merangkumi 7 buah negeri di seluruh Malaysia iaitu; Kedah, Penang, Perak, Melaka, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. Zamaera juga merupakan rapper Indiependent Malaysia yang pertama melakukan jelajah seluruh Malaysia secara Indipendent dan bukan di bawah mana-mana naungan label mainstream.

Zamaera merupakan Rapper kelahiran Subang, Malaysia dan beliau baru sahaja selesai membuat persembahan di South by Southwest (SXSW) di Austin, Texas, Amerika Syarikat. SXSW merupakan sebuah konglomerasi tahunan yang merangkumi industri filem, media, festival dan persidangan muzik untuk pemain-pemain industri dalam bidang-bidang tersebut.

Perjalanan saya di Amerika Syarikat telah menyalakan api di dalam diri saya.” Kata Zamaera mengenai pengalaman beliau membuat persembahan di SXSW. “Saya jumpa para artis yang mengingatkan saya kenapa saya memulakan apa yang saya buat ini. Sekarang, saya ingin membawa tenaga itu kembali ke tanah airku Malaysia. Tentang ‘Epiphany’? Saya sedar bahawa saya telah bersedia untuk melakukan ini sepanjang hidup saya dan kini saya berada di tempat duduk pemandu dan saya sendiri yang mengemudi visi & misi perjalanan saya. Saya tidak menunggu peluang untuk datang kepada saya. Saya yang bertanggungjawab dalam mencipta peluang untuk diri saya sendiri.

Baru sahaja meriliskan single beliau iaitu ‘Jumper‘ yang boleh di dengar di setiap platform streaming. Sebuah lagu yang penuh dengan seni lirikal, produksi yang menggabungkan pelbagai genre, Zamaera dengan berani melangkah ke haluan seterusnya. Jelajah ini akan memaparkan bunyi-bunyian yang beliau takrifkan semula. Cara Zamaera gambarkan jelajah ini adalah; “Jika Hip-Hop, Trap dan muzik elektronik mempunyai anak – dan bersedia untuk mengambil alih pentas persembahan.”

Turut sama yang akan membuat persembahan bersama Zamaera adalah; rakan kolaberasi beliau iaitu producer DJ I-Sky, yang juga merupakan founder kepada Asylum Studios dan kurator untuk Lepas Geram Series. Sebuah live show yang menjanjikan pengalaman sonic dan expressi tanpa filter.

Untuk setiap negeri yang di lawat oleh Zamaera sempena jelajah ini, untuk perhentian di Sarawak, Zamaera akan di sertai oleh seorang Rapper muda yang sedang meningkat naik di persada underground Hip-Hop Sarawak iaitu Irfan Aniq dan Dj yang akan ada pada masa itu nanti adalah DJ Keeyushee yang juga merupakan co-founder kepada SFDP, sebuah kolektif Dj dan peminat muzik di Kuching.

Tambah Zamaera lagi, “Saya tidak akan dapat berada di sini tanpa mereka yang pernah membagi peluang kepada saya. Dan sekarang adalah giliran saya pula untuk membuka pintu kepada mereka yang layak.

Turut sama menyertai Zamaera di jelajah beliau di sekitar Malaysia adalah, BYD Iroll EV sebagai kenderaan rasmi.

Tarikh jelajah Zamaera adalah seperti berikut:

  • 9 May 2025 (Jumaat) – Terrace Forty Eight, Alor Setar, Kedah
  • 10 May 2025 (Sabtu) – Chulia Court, George Town, Penang
  • 11 May 2025 (Ahad) – Atas Speakeasy, Ipoh, Perak
  • 14 May 2025 (Rabu) – Frenly House, Melaka
  • 16 May 2025 (Jumaat) – NYX , Kota Kinabalu, Sabah
  • 17 May 2025 (Sabtu) – Zinc, Kuching, Sarawak

Sebagai penutup kepada jelajah Epiphany, Zamaera akan membuat kemunculan istimewa di “Road To Fam” bersama dengan 88rising x LEVI’S pada 21 May 2025 bertempat di Over & Above,

Untuk mendapatkan tiket jelajah Epiphany Zamaera, boleh lah tempah di link ini http://linktr.ee/zamaera

New Release, News

Technical Rapper Irfan Aniq Rilis EP terbaru ‘Detour’

Irfan Aniq, salah seorang rapper lokal yang berasal dari Kuching Sarawak telah meriliskan EP beliau iaitu ‘Detour‘, pada 8 March 2024 lepas. Terdapat 7 track yang ada di dalam EP ini dan genre yang di bawa adalah Hip-Hop/Rap. Studio yang terlibat di dalam pembikinan EP ini adalah Anak Kapal 47, Director pula adalah Zeeqman, Producer untuk EP ini pulah adalah nicXL dan Zai manakala Mix & Mastering untuk EP ini dilakukan juga oleh nicXL, Zai, Emansushii dan Danish Haruno.

Sedikit info tentang Irfan Aniq. Beliau mula berjinak dengan irama Hip-Hop/Rap kerana mendapat pengaruh daripada ayah beliau yang mendedahkan beliau dengan lagenda-lagenda Hip-Hop/Rap seperti 2pac, Cypress Hill, Dr. Dre dan sebagainya. Di sebabkan itu, sejak di bangku sekolah lagi, Irfan Aniq mula menulis beberapa rhyme untuk mengasah penulisan beliau didalam Rap dan beliau juga kerap kali melakukan Freestyle Rap bersama rakan-rakan beliau.

Pada masa itu juga beliau mula membuat rakaman audio Rap beliau secara D.I.Y(Do It Yourself), dan pada masa yang sama juga, beliau dan rakan-rakan beliau sering berkongsi track-track yang di buat oleh mereka agar sama-sama dapat mempertingkatkan skill mereka di dalam seni Rap. Selepas itu, beliau dan rakan beliau Adam mula mengepost lagu pertama mereka yang raw di dalam instagram dan lagu itu mula mendapat banyak traction dan ramai orang suka akan lagu itu. Selepas itu bermulalah perjalanan Irfan Aniq dan kolaberasi beliau dengan producer Hip-Hop lokal seperti nicXL dan Zai, dan mereka meriliskan debut mixtape pertama iaitu ‘Beware‘. Setelah beberapa ketika, Irfan Aniq pula mula berkolaberasi dengan salah seorang rapper lokal yang berstatus lagenda iaitu Asyraf Hardy, dan juga lokal rapper lain yang sedang meningkat naik seperti Ziji Q.

Juga sedikit info tentang EP ini, menurut Irfan Aniq, EP ini menggambarkan refleksi pengalaman beliau sepanjang beliau berada di Kuching. EP ini juga menerokai persoalan exsistensial tentang bagaimana beliau menangani perkembangan peribadi beliau dari segi kehidupan, keupayaan lirikal dan komplexity dalam mengharungi hari-hari sebagai rapper yang berjuang di dalam dunia Hip-Hop underground Kuching. Melalui EP ini juga Irfan Aniq menjadi lebih terbuka dalam berkongsi kelemahan dan kesukaran beliau sebagai manusia biasa seperti orang lain.

Zai & Irfan Aniq

EP ini juga akan lebih menonjolkan versatility beliau sebagai salah seorang teknikal Rapper di Kuching dan keupayaan beliau dalam mampu membawa pelbagai gaya di dalam Rap. Irfan Aniq didalam EP ini mempamerkan bagaimana beliau dapat menggabungkan flow yang melodic, jalan penceritaan serta lirikal yang lain daripada apa yang beliau pernah lakukan sebelum ini.

Untuk mendengar EP terbaru Irfan Aniq, boleh lah check out di Link ini. Jangan lupa, like, share, follow dan subscribe!