Gig/Concert/Tour/, News

Jamm Fest Punk, Metal dan Indie Anjuran Punkcaraoba Selama 2 Hari Di Backdoor Studio

Sebuah gig anjuran Punkcaroba Records bernama Jamm Fest akan dianjurkan di Backdoor Studio pada 3 & 4 Februari (Sabtu & Ahad). Gig ini di anjurkan dengan bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada band-band baru lokal yang telah meriliskan beberapa material, band-band yang jarang bermain gig tetapi sudah meriliskan beberapa material, band-band yang sudah lama tertubuh dan sudah ada material akan tetapi tidak berpeluang untuk bermain gig untuk merasai pengalaman berdiri dan membuat persembahan di gig lokal. Dengan adanya Jamm Fest, Punkcaroba Records menyediakan platform demikian untuk band-band ini, terutamanya untuk band-band yang bermain genre yang beraliran Punk, Metal, Indie dan sewaktu dengannya.

Gig seperti Jamm Fest ini pernah dilakukan sebelum ini oleh Punkcaroba Records, akan tetapi ia hanya di lakukan pada waktu sehari sahaja dan hanya melibatkan 6-7 buah band sahaja. Untuk Jamm Fest kali ini pula adalah sedikit istimewa kerana ia dilakukan selama 2 hari dan akan ada 15 buah band akan bermain dan mereka bukan hanya melibatkan band-band yang datang dari Kuching, tetapi ada juga band dari Sibu dan dari negara jiran iaitu Brunei. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Liberal Liberalis, Conception, Blindsided, Kelibat, RadakNyawa, Save The Soul dan Popang pada hari pertama. Band-band yang bakal membuat persembahan pada hari kedua pula adalah, Drunkpig, The Hazze, Dilarang Melarang, Myopia, Jejak Biru, Selipar Jepun dan Pemuzik Kena Reject.

Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba Records, ‘Tujuan asal Jamm fest adalah untuk mendedahkan karya-karya band lokal terutamanya untuk band-band baru kepada orang ramai dan seterusnya untuk menggalakkan mereka bergerak dengan karya mereka, seiring dengan konsep ethos Do It Yourself(D.I.Y) dengan cara mereka tersendiri. Kita percaya band-band ini akan bermain banyak lagi show selepas ini dan Jamm Fest adalah salah satu daripadanya. Kami hanya memainkan perananan kami sebagai antara pemain di dalam scene muzik lokal dalam membantu memeriahkan lagi industri muzik lokal yang beraliran Punk, Metal, Indie dan seangkatan dengannya. Ini adalah penting kerana ia bertujuan untuk memastikan rantaian industri muzik tempatan terutamanya aliran Punk, Metal, Indie untuk tidak terus sepi dilanda arus trend masa.’

Bercakap mengenai peluang untuk muzik-muzik seperti Punk, Metal dan Indie mendapat tempat di pentas-pentas mainstream, tambah Marvin lagi, ‘Terdapat banyak bakat-bakat hebat yang wujud di dalam dunia muzik lokal indipendent/underground, akan tetapi peluang untuk mereka menyerlahkan bakat mereka di pentas-pentas besar, lagu dimainkan dalam radio, dan sebagainya adalah sangat kurang. Bukan tak ada, cuma sangat kurang. Dan paling menyedihkan, sepanjang industri muzik tempatan wujud, ruang untuk band-band ini bersinar adalah sama sahaja di setiap zaman, seperti tidak ada perubahan. Pentas-pentas besar dan radio hanya memainkan lagu-lagu komersial dan trend terkini sahaja, seperti tidak mempunyai arah tuju. Dan itu bagi saya adalah punca mengapa rantaian muzik tempatan menjadi lumpuh. Platform seperti Jamm Fest di buat agar band-band lokal ini mempunyai tempat untuk mereka bergerak dan kami berharap akan ada lebih ramai organizer akan membuat gig-gig seperti ini agar industri kita akan terus wujud dan berkembang secara progressif.

Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, gig Jamm Fest ini akan terus diadakan pada tahun hadapan dan seterusnya jika tiada aral melintang. Untuk mendapat tiket di gig ini, boleh lah hubungi 012-8503250 atau layari Facebook dan Instagram Punkcaroba Entertainment untuk tempahan awal. Kemasukan adalah terhad. Setiap tiket akan disertakan dengan poster dan sticker Jamm Fest. Harga tiket adalah RM30 untuk sehari dan RM50 untuk 2 hari.