Are you ready for partyy! Jyeah! HAUS KCH, sebuah organisasi belia yang melakukan pelbagai aktiviti komuniti yang banyak melibatkan seni akan mengadakan Rave Party kerjasama dengan NWHR di City Square Kuching. Ini adalah sempena perasmian tempat baru mereka yang akan buka tidak lama lagi.
Acara tersebut menampilkan DJ-DJ dari NWHR iaitu Hadiid, Brainer & Wu. Butiran acara tersebut adalah seperti berikut ;
Tarikh : 28 February 2020 (Jumaat)
Masa : 9pm
Masuk : Rm25 satu tiket.
Apa tunggu lagi, sebarkan dekat member-member, gang-gang. Kita berhuha di hujung minggu.
Pada 12 May 2018, band Post-Hardcore dari Texas Crown The Empire (CTE) telah bertandang ke Kuching Sarawak, Malaysia sebagai salah sebuah tempat perhentian mereka untuk jelajah Asia. Ini merupakan sebahagian daripada promosi album terbaru mereka iaitu Retrograde.
Crown The Empire telah menjelajah ke 6 buah bandar di asia untuk tempoh 2 minggu iaitu :
29 April – Taipei, Taiwan @ Heartown Festival
2 May – Bangkok, Thailand @ Rockademy
5 May – Manila, Philippines @ Pulp Summer Slam
10 May – Singapore @ EBX Live Space
12 May – Kuching, Sarawak Malaysia @ Stampark
13 May – Kuala Lumpur, Malaysia @ The Bee
Di tubuhkan pada tahun 2010 dan percaya atau tidak, pada awal penubuhan CTE semasa mereka membuat ujibakat untuk mencari pemain guitar, antara orang yang pernah menjalani ujibakat untuk posisi tersebut adalah Post Malone. Yes, “the Post Malone”. Semasa ujibakat, tali guitar Post Malone tiba-tiba terputus dan akibatnya beliau tidak dapat meneruskan ujibakat tersebut.
Album ketiga CTE Retrograde di keluarkan pada tahun 2016 dan pernah mendapat nombor 15 di dalam Billboard 200. Tour mereka kali ini adalah untuk mempromosi Album Retrograde mereka di sekitar Asia. Sepanjang tour tersebut turut mendapat penampilan istimewa daripada band Sekumpulan Orang Gila (SOG).
Antara band yang beraksi semasa di Kuching untuk tour CTE adalah :
Ovtfall. Mereka merupakan band metalcore yang berasal daripada Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. Bermula dari tahun 2003, mereka telah melalui beberapa pertukaran lineup. Ahli-ahli terkini untuk band Ovtfall adalah :
Chugs On Deck. Sebuah lagi band yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah turut bersama memeriahkan lagi malam tersebut dengan bunyi-bunyian easycore mereka. Mereka terdiri daripada :
Eyon – Vocal
Jordan – Guitar
Calvin – Guitar
Bobby – Bass
Rafi – Drum
Mereka juga pernah beraksi di atas pentas-pentas besar seperti di Rock The World, Raku, The Rebel Union, Paling Ngam Music Fiesta, Turn Up The Volume (Bersama Pee Wee Gaskins), Borneo Attack dan macam-macam lagi.
Sempena Kaamatan, Gawai dan Hari Raya yang tidak lama lagi, jom dengar lagu mereka di bawah :
Seterusnya pula adalah daripada band lokal Kuching yang membawa muzik jenis Progressive Deathcore / Djent iaitu Mountains. Bermula pada tahun 2012, mereka merupakan antara pelopor awal yang membawa muzik ala Djent di sekitar Kuching.
Mereka juga telah bermain dalam beberapa event ternama seperti di Meetup Kuching, Shout It Right, Seeing Through Our Eyes, I Killed The Prom Queen Live in Kuching, Sarawak Metal Regime dan sebagainya.
Mereka terdiri dari beberapa orang anak muda iaitu :
Johnathan Cleverley – Vocal
Fitz Alvin – Guitar
Ganeson Son – Guitar
Ferdinand – Drum
Nickolai Nasharudin – Bass
Sememangnya antara band yang harus di beri perhatian dan mereka merupakan antara admin punya favorite lokal band. Hehe. Anda boleh check out lagu mereka di page Soundcloud mereka.
Antara band Post-Hardcore yang di kenali ramai di Malaysia dan antara yang di nanti-nantikan oleh peminat, Sekumpulan Orang Gila (SOG) membuat persembahan sebelum main event. Mereka berasal dari Kuala Lumpur dan terdiri daripada :
Riko – Vocal
Nazrin – Guitar, Vocal
Amsyar – Guitar
Qayyum – Bass
Nazmin – Drum
Bermula seawal tahun 2009, mereka semamangnya sebuah band yang cukup di kenali di Malaysia. Mereka juga pernah memenangi anugerah Kulit Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22). Kalau korang tak pernah dengar lagi lagu diorang, jum check out di bawah :
Naib juara untuk Juara Lagu 32 Haqiem Rusli akan datang ke Kuching pada 17 March 2018 bertempat di Kuali Emak Café, sebagai salah satu daripada persinggahan untuk Qiemilio Tour beliau. Penyanyi muda yang baru berusia 20 tahun ini merupakan anak ke-3 dari empat orang adik-beradik dan telah pun mempunyai album berjudul “Janji Puteri, Anak Gemilang (album raya)”.Continue reading