Tag

lydbie

New Release, News

Viceroyz dan Lydbie Rilis MV ‘Tell Me How’

Band Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Tell Me How‘ feat penyanyi Pop-Indipendent Lydbie. Muzik video ini boleh ditonton di channel youtube Viceroyz dan di riliskan di setiap streaming platform pada 22 April 2025 (Selasa).

Lagu ini menceritakan tentang perasaan kehilangan, mabuk dan kekeliruan. Vibe lagu ini juga menggabungkan bunyi kelembutan, tenang tapi groovy dan membawa balik mood-mood nostalgia yang mendapat inspirasi dari artis seperti Men I Trust.

Viceroyz

Muzik video ini di produce sendiri oleh Viceroyz dan diarahkan oleh Nick O Yaka. Manakala lagu ini pula di produce dan di engineer sepenuhnya oleh Haise. Lagu pula di tulis dengan kerjasama antara Nick O Yaka dan Lydbie dan di arrange dan compose sepenuhnya oleh Nick O Yaka.

Sedikit info mengenai Viceroyz dan Lydbie, Viceroyz merupakan band Indie-Pop yang berasal dari Sarawak dan muzik mereka adalah sangat tenang, mengasyikkan dan menghiburkan pada masa yang sama. Manakala Lydbie pula adalah seorang artis dan penulis lagu yang memainkan muzik Pop, Balada dan pelbagai lagi. Beliau merupakan artis yang versatile yang sangat berbakat dan sememangnya salah seorang artis solo di Sarawak yang sangat berbakat dan patut di ambil perhatian oleh setiap peminat muzik dan penggerak industri.

Lydbie

Jangan lupa untuk saksikan muzik video terbaru dari Viceroyz ‘Tell Me How’ feat Lydbie di YouTube dan jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Ziqem dan Lydbie Rilis MV ‘Keliru’

Ziqem, penyanyi berasal dari Debak Sarawak telah meriliskan MV dari single terbaru beliau ‘Keliru’ hasil kolaborasi dengan seorang penyanyi dari Sarikei Lydbie. Sebelum ini kami pernah menulis tentang Lydbie untuk muzik video ‘Go’ dan bagi siapa-siapa belum check out MV tersebut, check em out now!

Sedikit info tentang Ziqem, beliau berasal dari Debak Sarawak dan stail muzik beliau adalah menjurus ke-arah R&B dan Hip-Hop. Sebelum ‘Keliru’ Ziqem telah meriliskan beberapa lagu iaitu Highyal, Aku Cuba dan Bebal yang boleh di stream di channel youtube beliau

Lagu ‘Keliru’ ini menceritakan tentang pasangan kekasih yang pada mulanya bahagia dan seolah-olah tiada apapun yang dapat menghalang hubungan mereka berdua. Namun seperti setiap(bukan semua) pasangan yang bercinta, kadang-kadang akan berlaku konflik dan konflik itu kadang-kadang kita tidak tahu dari mana dan apa punca ia berlaku sehingga menjejaskan hubungan tersebut. 

Muzik video ‘Keliru’ ini di rakam di Damai Sentral, Kuching Sarawak dan proses penciptaan lagu ini dibuat sepenuhnya secara maya di mana Lydbie ketika itu berada di Sarikei manakala Ziqem dan Firjai berada di Kuching. Lagu ini di produce sepenuhnya oleh Firjai yang juga merupakan pengarah untuk muzik video ini. 

Dari kiri: Lydbie, Firjai & Ziqem

Lagu ‘Keliru’ merupakan sebahagian daripada projek EP “Ruby”. Sebuah projek kolaborasi antara Firjai, Ziqem dan Lydbie. Terdapat 3 lagu yang ada didalam EP tersebut dan setiap lagu mempunyai kaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. 

Check out MV ‘Keliru’ daripada Ziqem dan Lydbie dibawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Lydbie Rilis MV Debut ‘Go’

Penyanyi asal dari Sarikei Sarawak Lydbie telah meriliskan lagu terbaru beliau berjudul ‘Go‘ pada 3 Ogos lepas. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seseorang yang hendak move on dari hubungan percintaan dan usaha dalam meyakinkan diri sendiri untuk mencari ketenangan di dalam diri di tempat lain.

Sedikit info tentang Lydbie, beliau di lahirkan di Sarikei Sarawak, Malaysia dan telah mula menyertai pertandingan menyanyi sejak di usia 10 tahun. Beliau juga belajar sendiri bagaimana bermain alat muzik seperti keyboard, gitar dan seruling. Sejak di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti, beliau terus aktif membuat persembahan dan mewakili band di UiTM Sarawak iaitu Dirgahayu Kenyalang sebagai penyanyi.

Pada tahun 2015, beliau mula membuat channel youtube dan mengupload beberapa lagu cover. Antara lagu cover beliau yang popular adalah Redak Seribu dari band lokal iaitu Masterpiece sehingga mendapat perhatian daripada penyanyi asal lagu tersebut iaitu Depha Masterpiece. Lagu cover tersebut juga boleh di dapati di streaming platform beliau di Spotify, Apple Music dan lain-lain.

Lydbie juga ada membuat kolaberasi dengan beberapa artis dan producer lokal seperti Galvin Patrick, Hasan Marialis dan Luan Loko.

Beliau mula mencipta lagu-lagu sendiri ketika di usia 18 tahun dan aktif membuat cover dan post lagu-lagu beliau di youtube sehingga mendapat perhatian Sydney Atin iaitu antara videographer yang prominent di Sarawak. Akhirnya pada 3 ogos 2020, beliau telah merilis muzik video debut beliau iaitu ‘Go’ hasil arahan Sydney Atin dan komposer lagu pula adalah gabungan Lydbie dan Gary Joseph yang juga merupakan pemain bass kepada sebuah band lokal Deathcore iaitu Exhale My Ozone.

Check out muzik video beliau ‘Go’ di bawah dan jangan lupa like, subscribe dan share!

Produced & direct : Sydney Atin Films & Blackcat Pictures

Make up : Aria Kay

Komposer : Lydbie & Gary Joseph

Music mix & master : Gary Joseph

Untuk mengikuti perkembangan dan mendengar muzik Lydbie, checkout digital streaming platform beliau di ;

Spotify

YouTube

Instagram