Band yang di kenali sebagai raja/sultan Deathcore Sarawak Exhale My Ozone telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Euthanasia‘ dan boleh di tonton di channel youtube Eden Records. Lagu ini ada featuring bersama Joel daripada band Tribal Metal iaitu Nimang Ensera.
Lagu ini direkodkan di Seventh Tribe Studio dan muzik video ini dirakamkan di Backdoor Studio. Muzik video ini diarahkan oleh Theta Imaginary dan bertemakan kemusnahan diri dan perasaan ingin putus asa. Band Exhale My Ozone terdiri daripada Mag(vokal), Wahtson(gitar), Brendan(gitar), Gary(Bass) dan Immanuel(drum). Muzik video ini memaparkan model Alezxandria Kapple sebagai pelakon utama.
Menurut Mag, ‘Lagu Euthanasia ini menerokai tentang kemusnahan diri, perasaan ingin putus asa, dan seorang yang sentiasa terperangkap dalam persekitaran yang hidup yang negatif. Tanpa penebusan, sinar mereka mula perlahan-lahan menjadi gelap.‘ Tambah Gary pula, ‘Istilah Euthanasia adalah penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan dan tidak dapat diubati. Dalam kes ini, ia bermakna perjuangan dengan suara hitam yang berada di dalam diri sendiri.‘
Check out music video terbaru daripada Exhale My Ozone ‘Euthanasia‘ featuring Joel daripada Nimang Ensera. Jangan lupa, like dan subscribe!
Nimang Ensera, band yang berasal dari Miri Sarawak baru sahaja meriliskan MV terbaru mereka iaitu Telichu Tuai Antu di channel YouTube mereka.
Sedikit info tentang Nimang Ensera, mereka bermula dengan hanya Ben, Padira, Michael Esa dan Humphrey. Bermula dengan hanya sebagai 4 piece band, mereka kemudiannya menambah 4 orang lagi ahli baru untuk memantapkan lagi muzik mereka. Mereka terdiri daripada Kitto, Saifuddin, Noel dan Eric. Setelah beberapa lama, beberapa posisi mereka di dalam band telah bertukar dan ada yang mengundur diri di sebabkan oleh komitment kerja dan keluarga. Anggota Nimang Ensara sekarang di anggotai oleh Kitto sebagai vokal, Eric sebagai 1st gitar, Ben sebagai 2nd gitar, Vivient sebagai bass, Noel / Howell sebagai drum, Saifuddin / Padira sebagai percussion.
Di anggotai oleh ahli-ahli yang berbilang bangsa, muzik mereka menggabungkan element-element traditional yang mewakili bangsa setiap ahli-ahli band tersebut. Mungkin ramai yang anggap mereka cuba ingin meniru band tribal lagenda Brazil iaitu Sepultura dan Soulfly, tapi sebenarnya tidak. Nimang Ensera berniat untuk memartabatkan bunyi-bunyian mistik Borneo di dalam muzik mereka dan digabungkan dengan element-element keras seperti metal untuk menambahkan lagi keunikan yang ada pada mereka.
Nimang Ensera sememangnya bukan lagi nama asing di dalam scene metal tempatan. Mereka pernah beraksi dalam beberapa buah gig iaitu Miri Extreme, Death Returns, Good Fucking Weekend, NorthReign Miri, Bau Desecration, Sarawak Metal Regime, Mitch Lucker Tribute, Bintulu Mentuk Ulau, Vibe of Tribe, Sibu Whatsleft dan Bintulu Gempuruk .
Check out MV terbaru Nimang Ensera di bawah dan jangan lupa like, subscribe dan share!
Untuk mengikuti perkembangan Nimang Ensera dan download lagu-lagu mereka, boleh check out media sosial dan page bandcamp mereka di ;