Space Bird, sebuah band Post-Rock yang berasal dari Kuching, Sarawak telah di feature dekat sebuah online show iaitu Indayog dari Cornflakes Music. Cornflakes Music merupakan sebuah syarikat produksi dan pengurusan  dari Batangas, Filipina. Cornflakes Music menyediakan platform untuk artis/bands berkongsi idea, hasil kreatif untuk di kongsikan bersama orang ramai. 

Baru-baru ini sebuah band tempatan Space Bird telah membuat satu persembahan untuk online show Indayog. Indayog merupakan sebuah online show berseries yang dianjurkan oleh Cornflakes Music yang memaparkan barisan artis dan band dari sekitar asia tenggara untuk berkongsi muzik mereka. Setakat ini Indayog telah memaparkan beberapa artis di Filipina, Malaysia, Singapura, New Zealand dan banyak lagi. 

Sedikit info mengenai Space Bird, mereka merupakan band Post-Rock yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan mereka terdiri daripada Chary, Kingsley, Terence dan Deco. Muzik mereka menggabungkan bunyi-bunyian ambien, progressive dan experimental rock. Band member Space Bird sebelum ini juga pernah menganggotai band-band lain seperti Terence pernah menjadi drummer untuk band Coloradar, sebuah band yang bermain muzik Punk, Brit-Rock dan Nu-Metal. Chary pernah bermain untuk band Automatic The Remote, sebuah band alternative rock/pop-punk, Farewell To Ashtray Girl dan Skitzo Dictionary bersama isteri beliau.

Deco pula pernah bermain untuk sebuah band Indie-Rock Blister, sebagai vokal dan gitar, Sonido Congress, band Progressive Rock dan Kingsley pula pernah bermain dengan band SayHelloGoodMorning, sebuah band Alternative Rock. 

Muzik Space Bird boleh di stream melalui platform YouTube mereka. Mereka juga pernah bermain di beberapa gig seperti Vibes of Tribes Vol.3 oleh SubNoise Faction, Malam Rojak II oleh Rumah Panjai: Kuching Punk House, WAK Big Jam oleh What About Kuching, The Side Effect Show oleh KAHF Studio, Sitok Kuching by A.O.K Records, Live on Kuppa Kopi oleh RTM TV, Fondness Drops Virtual Charity Concert’20 oleh CatSound.Co dan pelbagai lagi. 

Jika anda pun pemain/penggiat muzik dan ingin berada di Indayog, boleh pm staff Cornflakes Music Cris Cetra dan Gliz Diata Cetra.

Check out virtual show Indayog di butang Cornflakes Music Facebook dibawah. Space Bird merupakan persembahan kedua di dalam virtual ini pada minit ke-20! Ataupun boleh terus ke laman youtube Space Bird di bawah.

Jangan lupa like, subscribe dan share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *