TAPAUfest kembali dan kali ini disebabkan situasi pandemic Covid-19 yang melanda negara hampir 2 tahun, TAPAUfest kali ini akan dijalankan sepenuh di atas talian(online). Acara ini di anjurkan oleh TAPAUasia, sebuah online platform yang menyediakan tempat untuk komuniti penggiat seni Indie untuk berkongsi seni dan bertukar/berkongsi ilmu bersama. 

TAPAUfest menawarkan pengalaman festival secara online dalam usaha untuk menyemarakkan semula aktiviti seni yang terhenti akibat Covid-19. Acara ini juga akan berlangsung selama 14 jam dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Walaupun festival ini dijalankan online sepenuhnya dengan norma baharu yang kita hadapi kali ini, acara ini akan tetap menjunjung suasana sebenar sebuah festival. Selari dengan kempen TAPAUasia iaitu #lifeislive. 

TAPAUfest kali ini akan memaparkan pembikin karya Indie dari 3 buah negara sekitar Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapure dan Malaysia. Harga tiket pula akan di jual bermula Rm30 untuk BASIC combo sehingga Rm150 untuk SEMPOI combo. Tiket boleh didapati di laman web www.TAPAUfest.asia

Menurut penganjur TAPAUfest, festival ini akan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu PENTAS, BENGKEL(peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan LAYAR(tayangan perdana produksi secara langsung). 

PENTAS menjanjikan pengalaman santai dan interaktif selama 14 jam dengan menampilkan himpunan pemuzik Indie dari 3 buah negara dan semua persembahan ini 100% dijalankan secara langsung dan bukan tayangan dari pra-rakaman. Para penonton akan dapat merasai pengalaman sebenar menonton persembahan muzik secara live dari pemuzik-pemuzik Indie di venue yang telah ditetapkan di 3 buah negara ini. 

Menurut Faris yang juga merupakan Pengarah Konsert dan wakil TAPAUasia Sdn.Bhd, “Kami membariskan himpunan pemuzik Indie popular dan sedang bertapak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dengan mengetengahkan kepelbagaian genre muzik, termasuk wakil wanita dari setiap negara.”

Malaysia

Barisan pemuzik dari Malaysia akan menampilkan kugiran Ska dari Johor, Plague of Happiness, Zee Avi yang pernah memegang rekod sebagai anak Malaysia yang pertama mempunyai album yang tersenarai dalam carta album US Billboard Hot 200 serta pernah menduduki carta Billboard Heatseekers.

Zee Avi

Turut mewakili Malaysia adalah barisan artis yang tengah melonjak naik dalam industri underground tempatan iaitu No Good yang baru melancarkan trek terbaharu mereka, “Kayaba”. Seterusnya adalah antara artis Hip-Hop tempatan yang tengah hot sekarang di komuniti underground Hip-Hop tempatan yang juga merupakan pemenang anugerah Jeremy(Artis Indie Baharu Terbaik) pada TAPAUawards tahun lalu dan popular dengan lagu Wonderland iaitu Gard Wuzgut

Singapura

Dari Singapura pula merupakan Force Vomit yang kembali melakukan persembahan di TAPAUfest setelah 3 tahun tidak beraksi. 

Turut disertai adalah Subsonic Eye yang pernah menjadi artis Asia Tenggara pertama yang pernah beraksi di KEXP, sebuah online platform yang memaparkan persembahan muzik online. Pemuzik ketiga dari Singapura yang akan menyertai festival ini adalah Forests. Mereka melakar sejarah sebagai band Asia pertama yang lagu mereka “Tamago” tersenarai dalam “100 Greatest Emo Songs” di Vulture.com. 

Forests

Indonesia

Barisan pemuzik dari Indonesia pula membariskan antara kumpulan lagenda dari Indonesia iaitu Sore. Mereka akan menampilkan 2 tetamu istimewa yang hanya akan diperkenalkan ketika persembahan mereka pada TAPAUfest nanti. 

Seterusnya adalah trio Rock & Roll wanita Fleur yang baru sahaja meriliskan MV terbaru mereka Merona pada awal tahun ini. Turut serta adalah sebuah lagi kumpulan Rock Kontemporari The Panturas yang baru sahaja meriliskan album terbaru mereka Ombak Banyu Asmara.

Fleur

Lokasi persembahan untuk semua pemuzik dari 3 buah negara ini berlaku dengan kolaberasi rakan kongsi Indie tempatan iaitu Qun Films dari Jakarta, MonoMonday dari Singapura dan Krom Studio dari Malaysia. Para penonton digalakkan untuk berinteraksi dengan artis-artis dan kugiran-kugiran menerusi livechat dan host yang akan mengemudikan acara live tersebut adalah Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dari Indonesia dan pelakon popular Sharifah Amani dari Malaysia. 

Iedil Putra & Sharifah Amani

Untuk sesi BENGKEL pula akan dimulakan dengan “Sarapan untuk juara” dimana Bagus “Gogon” dari kumpulan The Panturas (Indonesia) akan mengadakan sesi membuat sarapan yang ringkas dan enak. Selepas itu, artis grafiti dari Singapura Boon Baked akan membuat tutorial membuat grafiti menerusi bengkel Huruf Boon. Selepas itu, para penonton boleh belajar tentang teknik scream atau growl dari Bear yang juga merupakan anggota kumpulan Metalcore Defoulters.

Sesi LAYAR pula para penonton dapat mengikuti tayangan perdana untuk dokumentari Ipoh City Slackers “Indie Rock Kota Tua”, dari Nik Syazwan dan Zim Ahmadi.

TAPAUfest turun menawarkan cenderahati dan “set permainan daun terup” yang direka khas oleh pereka wanita bersaudara GrimmyGranny dan dihasilkan oleh Bogus Merchandise yang turut bertanggungjawab untuk penghantaran di seluruh dunia. TAPAUfest akan turut mengeluarkan seluar pijama yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja untuk pembelian Kombo SEMPOI.

Turut disertakan adalah Zine yang merangkumkan panduan untuk festival, artikel tulisan Fikri Fadzil (Bayangan, The Wknd), Adly Syairi Ramly dan ramai lagi. Antara yang menariknya tentang TAPAUfest ini adalah para penonton akan berpeluang untuk memenangi PS5 untuk segmen teka silang kata. FUH!

Tiket individu boleh didapati pada harga Rm30 untuk Kombo ASAS, Rm50 untuk Kombo GEREK, Rm100 untuk kombo KEREN dan Rm150 untuk kombo SEMPOI. Tiket berkumpulan untuk 4 orang pula dijual pada harga Rm110 untuk Kombo ASAS, Rm180 untuk Kombo GEREK, dan Rm360 untuk Kombo KEREN. Promosi ini adalah sehingga 29 Oktober 2021 (Jumaat). Pada hari festival pula tiket indidivu akan dijual pada harga Rm50. 

Semua tiket ini boleh dibeli di laman web www.TAPAUfest.asia. TAPAUfest merupakan penerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) di bawah PENJANA dari MyCreative Ventures untuk acara digital. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *