Sebuah Festival Auto & Muzik di Sarawak bakal berlangsung pada 3 & 4 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di Stadium Sarawak. Acara ini bakal mencipta sejarah kerana acara ini merupakan acara pertama yang menggabungkan pameran automotif dan muzik di peringkat festival.

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia bukan hanya memaparkan automotif-automotif dari Sarawak sahaja. Tetapi festival ini akan memaparkan pelbagai jenis automotif dari peserta-peserta sekitar Malaysia dan juga dari sekitar Asia dan juga Eropah. Antara negara-negara antarabangsa yang turut serta di dalam festival ini adalah datang dari Jepun, Thailand, Singapura, Brunei, Itali dan Australia.

Untuk bahagian muzik festival pula akan memaparkan persembahan-persembahan dari sekitar Malaysia dan Indonesia. Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Hujan, OAG, No Good, SOG, Joe Flizzow, SonaOne, Efek Rumah Kaca, White Chorus, Danilla, Feel Koplo, Biak Ijal(Irfan Aniq, Emansushii, Nofik, & Ziji.Q), Adruce Azman dan Drasska.

Menurut Adibazli Affendi yang juga merupakan penganjur utama untuk Fast Culture 2025; “Kami menjemput rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Thailand, Jepun banyak lagi kerana kami mahu meletakkan Sarawak di dalam peta budaya automotif. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara sebegini.” Dengan adanya festival sebegini dianjurkan di Sarawak, acara ini pasti dapat turut bersama didalam mempromosikan landskap dan budaya yang ada di Sarawak dan Sarawak boleh menganjurkan acara automotif dan muzik bertaraf antarabangsa.

Menurut penganjur mereka menyasarkan 700 hingga 1000 penyertaan automotif untuk acara ini dan mereka juga menyasarkan kehadiran pengunjung dapat mencecah sehingga 5000px dan ke atas. Harga tiket pula dijual pada:

1-Day All Access Pass

  • NP Standing: RM99
  • NP Rockzone: RM160

2-Days All Access Pass

  • NP Standing: RM180
  • NP Rockzone: RM300

Festival ini mendapat sokongan daripada Ministry of Tourism, Creative Industry & Performing Arts Sarawak(MTCP) Manakala penaja utama acara ini pula adalah OVAL GROUP, dan penaja bersama pula adalah OHS Holdings dengan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU).

Jangan lupa untuk hadiri ke festival ini, bawa rakan-rakan anda, bawa teman-teman anda dan bawa semua orang yang anda tahu dan meriahkan hujung minggu anda dengan melihat dan mengalami sendiri bakat-bakat yang ada di Sarawak! Dan juga, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Alphard 3.0 dan percutian ke Jepun pada bulan Januari 2026!