Sunbear Music & Arts Festival adalah acara yang memaparkan persembahan muzik dari band dan artis dari pelbagai genre. Selain itu, pameran seni, fashion dan makanan juga akan turut mewarnai festival ini. Festival ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 & 10 December bertempat di MBKS Community Hall Carpark. Acara ini akan memaparkan pelbagai barisan band dan artis lokal dan antarabangsa dari pelbagai genre merangkumi Indie-Rock, Hip-Hop, Metal, Hardcore, Pop, Electronic dan macam-macam lagi.

Pihak dari Sunbear telah meriliskan fasa pertama barisan persembahan dan antara nya adalah, Nicolas Muñoz atau lebih dikenali sebagai Boy Pablo. Beliau merupakan penyanyi dan penulis lagu yang mula mendapat perhatian selepas lagu beliau “Everytime” di YouTube menjadi viral sehingga mendapat hampir 50 juta strim di platform tersebut. Sejak itu beliau telah meriliskan 2 EP dan satu studio album. Seterusnya adalah adalah rapper dari Jakarta Ramengvrl yang baru sahaja meriliskan single terbaru “WHO DIS”, “FACTS” dan “ONTO THE NEXT” dan juga kumpulan Emo Math-Rock dari pulau Singapura Forests yang baru sahaja meriliskan album terbaru mereka “Get In Losers, We’re Going to Eternal Damnation”.

Boy Pablo

Turut bersama yang bakal meriahkan pentas Sunbear adalah band lokal seperti Sekumpulan Orang Gila. Mereka merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36(AJL36) untuk kategori lagu terbaik berjudul “Pelukan Angkasa” featuring Shila Amzah. Selain itu, kumpulan Punk Rock No Good, kumpulan Ska-Punk, Plague of Happiness, kumpulan Metal Purbawara, kumpulan Indie-Rock Sweetass dan rapper Airliftz juga akan turut serta untuk menghiburkan para pengunjung.

Sekumpulan Orang Gila

Tidak lupa barisan-barisan band dan artis dari kepulauan Borneo, antaranya adalah band lagenda Nice Stupid Playground, penulis dan penyanyi Claudia dan band Post-Rock South China Sea untuk menyempurnakan barisan fasa pertama Sunbear Music & Arts Festival

Claudia

Sunbear Festival akan menyediakan 2 pentas pada hari kejadian dan selain persembahan dari para artis dan band, antara tarikan lain yang bakal di sajikan kepada pengunjung adalah Jugam Art Village. Di sini para pengunjung boleh melawat bengkel seni dan menerokai sendiri pelbagai jenis kraftangan dan pelbagai jenis seni dari anak-anak tempatan. Untuk menempah tiket, boleh layari laman web https://liveinkch.com/

Phase 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *