Datang lah bulan October, bulan menyambut bulan Halloween bagi sesetengah negara dan juga for popular culture itself. Tapi di Kuching lain pula ceritanya. Sepanjang bulan October tahun 2022, berlangsungnya satu festival yang di jalankan di sekitar bandaraya Kuching yang di namakan What About Kuching (WAK) Festival WAK adalah festival yang meraikan seni, budaya, gaya hidup dan ia di jalankan pada setiap bulan October di sekitar Kuching.

Terdapat pelbagai acara yang akan di jalankan sepanjang bulan tersebut dan antara perkara yang menarik yang akan berlaku pada minggu pertama October WAK adalah festival muzik LIVEINKCH. Festival ini akan memaparkan beberapa persembahan daripada band lokal dan antarabangsa dan mereka adalah; Masdo, Marijannah, Massacre Conspiracy, Tariot, Trophy Knives, Exhale My Ozone, Nogas, Afterfall, Serangga, Heroine, Clockwise dan Viceroyz.

Muzik festival ini akan diadakan pada 8 October 2022 hari Sabtu bertempat di Civic Centre Hall. Tiket pre-sale boleh di dapati di lawan web LIVEINKCH dan tiket fizikal pula boleh di dapati di beberapa tempat seperti Tirta Barong, Bandat Record Store, Thirst Milkshake, dan di setiap muzik outlet yang terdapat di seluruh Kuching. Tiket pre-sale adalah di jual dengan harga Rm90 dan pada hari kejadian, harga tiket depan pintu adalah pada harga Rm100. Pintu akan di buka tepat pada pukul 12pm sehingga selesai!