Sunbear Festival 2022 akan bermula tidak lama lagi dan festival muzik dan seni ini akan mempersembahkan pelbagai artis dari dalam dan luar negara. Antara persembahan utama dari kumpulan antarabangsa yang akan beraksi untuk festival ini adalah The Red Jumpsuit Apparatus, Phum Viphurit dan Fur. Ini merupakan kohort pertama festival Sunbear yang akan berlaku pada 9 & 10 disember di Sarawak Cultural Village, Kuching. Salah satu headliner Boy Pablo terpaksa menarik diri atas sebab peribadi yang beliau terangkan di posting instagram beliau.
Festival ini dianjurkan oleh Solid Brick Event Company dan LiveInKch dengan kerjasama Pepsi, Leo Vuitton dan Heineken. Festival ini juga mendapat sokongan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak. Hotel rasmi pula adalah UCSI Hotel Kuching. Manakala radio rasmi untuk event ini adalah ERA dan HITZ. Rakan media rasmi pula adalah World of Buzz, Lobak Merah, The Borneo Post dan Utusan Borneo. Rakan kongsi untuk kopi pula adalah The Brew Crew Sdn Bhd, rakan kongsi untuk vape adalah TRX Vape Malaysia, rakan kongsi perkhidmatan shuttle pula adalah Great Leap Tour Sdn Bhd dan rakan teknikal rasmi pula adalah RukunTV.
Sunbear Festival di jalankan dengan untuk mempromosi Sarawak sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di kepulauan Borneo serta di Malaysia. Festival ini bukan sahaja berkenaan muzik semata-mata, tetapi festival ini juga membawakan beberapa pengalaman menarik seperti Food Parade, Bengkel Seni dan Kraftangan. Juga ada Yoga dari Maryam, E-Sports Bay dari SESA, simposium muzik dari Bandat Record Store, tayangan filem pendek dari Spativate, Vibin by LEK dan juga Ruai Seni kita, yang memaparkan beberapa perusahaan kecil sederhana di dalam industri kreatif lokal.
Akan ada 44 jumlah artis dan band dari dalam dan luar negara yang akan beraksi pada festival ini dan mereka adalah The Red Jumpsuit Apparatus dari America Syarikat, Bunkface, Sekumpulan Orang Gila, Purbawara, Midnight Fusic, Plague of Happiness, Nice Stupid Playground, Guccimith, Zhe Kamil dan Yung Kai dari Malaysia, Ramengvrl, Reality Club, Danilla Riyadi dari Indonesia, Phum Viphurit dari Thailand, FUR dari United Kingdom dan banyak lagi. Akan ada 2 pentas yang akan berlangsung serentak di mana para pengunjung mempunyai pilihan untuk melihat persembahan kegemaran mereka.
Sekiranya anda belum menempah tikat, anda boleh dapat kan tiket di laman web LiveInKch. Apa tunggu lagi? Sebarkan tentang festival ini kepada rakan-rakan anda dan mari meriahkan festival ini. Sekiranya festial pertama Sunbear ini mendapat sambutan yang memberangsangkan, mungkin tahun hadapan festival ini akan berulang lagi? LESGO!