Hari Kedai Rekod, ataupun lebih dikenali sebagai Record Store Day(RSD) merupakan sebuah perhimpunan buat pemilik-pemilik kedai rekod indipendent dimana mereka meraikan budaya menghargai dan menempah rekod-rekod dari format vinyl, cds, kaset dan apa-apa dalam bentuk fizikal. RSD di Kuching akan di adakan pada 27th April 2024(Sabtu) bertempat di Riverside Shopping Complex, ground floor bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm. 

Acara Record Store Day pada mulanya adalah sebuah pergerakan yang bermula di Amerika Syarikat pada setiap bulan April dan November. Pergerakan ini mula di sambut baik oleh kebanyakan pemilik-pemilik kedai rekod di seantero dunia. Pada waktu ini juga pelbagai rilisan-rilisan istimewa dan exclusive bukan hanya dari fizikal rekod sahaja, tetapi akan ada pelbagai sesi-sesi menarik seperti body painting, persembahan memasak, meet & greet bersama artis lokal, persembahan dari Dj-Dj yang akan memutarkan koleksi rekod-rekod mereka dan banyak lagi. 

Sedikit sejarah mengenai permulaan RSD di Kuching, ia bermula pada tahun 2018 dan di anjurkan di HAUS KCH sempena Timbre Sessions pada ketika itu. Pada waktu itu juga ia bermula dengan hanyalah ada 5 vendors dan pengunjung-pengunjung yang datang adalah daripada kawan-kawan. Pada tahun 2019 pula RSD di jalankan sekali lagi dengan kerjasama bersama Tokovintaj dan acara pula di anjurkan dan di kordinasikan oleh SCMW dan CatSound. Untuk acara RSD yang ke-2 pada ketika itu adalah lebih besar dan ada pertambahan vendor menjadikan jumlah vendor untuk RSD ke-2 adalah 8 vendor. RSD yang ke-2 di anjurkan di 11 Ridgeway dan berjaya menarik pengunjung sehingga lebih dari 100 orang. Dengan itu, RSD Kuching telah dimasukkan secara rasminya sebagai salah satu acara rasmi RSD Malaysia seperti yang di anjurkan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. 

Namun, ketika dunia di landa pandemic Covid-19 dan kekangan untuk menganjurkan acara fizikal di tempat awam, RSD masih tetap dilakukan tetapi di dalam skala yang kecil dan terkawal mengikut kehendak kerajaan pada ketika itu. Namun apa yang menakjubkan, RSD ketika pandemic ini telah berjaya menarik semakin ramai vendor dan jumlah vendor yang menyertai RSD pada ketika ini adalah sebanyak 12 vendor. Walaupun dilakukan dalam skala kecil, RSD Kuching pada tahun 2020 telah berjaya dinobatkan sebagai salah satu RSD Malaysia yang rasmi pada ketika itu. Selepas 2020, RSD mula berehat seketika dan tidak mengadakan apa-apa acara.

Namun pada tahun 2024, setelah 4 tahun berada dalam keadaan hiatus, RSD Kuching kembali lagi kali ini dengan kerjasama antara Tokovintaj, CatSound, SCMW, Pancaindera dan One Sound & Light. Pada tahun ini, dijangkakan RSD akan menerima lebih banyak vendor-vendor dan akan ada lebih banyak aktiviti yang akan di jalankan sempena meraikan kemunculan semula RSD Kuching setelah sekian lama. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di RSD adalah, meet & greet bersama vendor-vendor/pemilik-pemilik kedai rekod, sesi Dj, perlancaran muzik video ‘Oi! Pendusta’ daripada band Mono & The Saturday Heroes, Podcast bersama Pancaindera, dan beberapa persembahan daripada band-band lokal. 

Jangan lupa untuk sertai Record Store Day yang bakal di adakan dalam Riverside Shopping Complex, bertempat di Councourse, Ground Floor pada 27 April 2024(Sabtu), bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm. Checkout barang-barang rare, vintage, premium dari segi koleksi-koleksi rekod yang mungkin tidak terdapat di dalam dunia internet dan hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *