NWHR, sebuah kolektif Dj underground di Kuching akan menganjurkan sebuah parti di Tirta Barong pada 3 Ogos 2024 (Sabtu), bermula jam 4.00pm sehingga 11.00pm. Parti ini dilakukan sempena dengan terbenamnya matahari sehinggalah ke lewat malam. Antara Dj-Dj yang akan membawa anda berkunjung ke dunia lain adalah, Kretek, Brainer dan headliner utama iaitu Hannah D. Tiket di hadapan pintu boleh didapati dengan harga RM60.

Sedikit info mengenai Hannah D, beliau merupakan founder kepada rekod label The Space Between Us dari Naarm/Melbourne. Sebuah bandar yang amat berdedikasi dengan muzik-muzik elektronik.

Selepas selesainya parti ini pada jam 11pm, pihak NWHR akan mengadakan sebuah after-parti pula di Zinc Restaurant bermula jam 10.00pm sehingga 2.00am. Dj-dj yang akan mempelawa anda ke destinasi yang lain pula adalah Hadiid dan Kai. Kemasukan untuk after-parti ini adalah percuma. Bagi mereka yang ada menghadiri sunset parti Hannah D sebelumnya di Tirta Barong, akan mendapat 1 minuman percuma. Anda hanya perlu menunjukkan tiket anda kepada waiter/waitress untuk klaim minuman percuma anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *