Borderland Music Festival akan mengadakan sebuah pre-parti di Tirta Barong pada 10 Ogos 2024 (Sabtu), bermula jam 6.00pm sampai habis! Kemasukan adalah percuma! Ini merupakan acara exclusif yang di anjurkan sebagai acara sekilas pandang untuk mereka yang berhasrat ingin hadir ke Borderland Music Festival yang akan dianjurkan pada 6 & 7 September 2024 bertempat di Sarawak Cultural Village(SCV).
Pre-parti ini menjanjikan suasana malam yang di penuhi dengan bunyi-bunyian muzik elektronik yang sensasi dan mengasyikkan. Suasana yang akan berlaku di acara ini hanyalah permulaan kepada apa yang akan berlaku pada acara sebenar di SCV nanti.
Apa yang menariknya pada pre-parti ini adalah, akan ada promosi istimewa yang hanya ada dan terdapat di Tirta Barong! Anda hanya perlu scan QR code yang ada di Tirta Barong dan anda akan mendapat 13% discount untuk tiket ke Borderland Music Festival. Ataupun, sekiranya anda berbelanja sebanyak RM150 untuk satu receipt ketika pre-parti ini di langsungkan, anda akan berpeluang untuk menang sepasang tiket ke Borderland Music Festival 2024 secara percuma! Dengan promosi yang menarik ini, pastinya ini adalah peluang yang terbaik yang tidak patut anda lepaskan.
NWHR, sebuah kolektif Dj underground di Kuching akan menganjurkan sebuah parti di Tirta Barong pada 3 Ogos 2024 (Sabtu), bermula jam 4.00pm sehingga 11.00pm. Parti ini dilakukan sempena dengan terbenamnya matahari sehinggalah ke lewat malam. Antara Dj-Dj yang akan membawa anda berkunjung ke dunia lain adalah, Kretek, Brainer dan headliner utama iaitu Hannah D. Tiket di hadapan pintu boleh didapati dengan harga RM60.
Sedikit info mengenai Hannah D, beliau merupakan founder kepada rekod label The Space Between Us dari Naarm/Melbourne. Sebuah bandar yang amat berdedikasi dengan muzik-muzik elektronik.
Selepas selesainya parti ini pada jam 11pm, pihak NWHR akan mengadakan sebuah after-parti pula di Zinc Restaurant bermula jam 10.00pm sehingga 2.00am. Dj-dj yang akan mempelawa anda ke destinasi yang lain pula adalah Hadiid dan Kai. Kemasukan untuk after-parti ini adalah percuma. Bagi mereka yang ada menghadiri sunset parti Hannah D sebelumnya di Tirta Barong, akan mendapat 1 minuman percuma. Anda hanya perlu menunjukkan tiket anda kepada waiter/waitress untuk klaim minuman percuma anda.
Sebuah Rave Party anjuran dari NWHR akan berlangsung di Tirta Barong pada 29 June 2024 hari Sabtu. Rave ini akan bermula tepat jam 9.00pm sehingga habis! Kali ini, antara genre-genre yang akan di mainkan oleh para Dj untuk Rave ini adalah bunyi-bunyian UK Garage, Breaks dan Hardgroove Techno. Tiket pre-sale akan di jual dengan harga RM30 dan depan pintu pula akan di jual dengan harga RM40.
Traction Control
NWHR merupakan antara kolektif Dj yang aktif membuat pop-up parti dan Rave-Rave underground di sekitar bandar Raya Kuching. Untuk acara anjuran mereka kali ini, buat pertama kalinya, mereka akan membuat di venue yang terbuka di bahagian belakang Tirta Barong. Menurut hebahan akhbar dari NWHR, mereka berharap acara-acara yang di anjurkan oleh mereka akan dapat menyumbang kepada kesinambungan kepada scene muzik tempatan. Mereka juga berharap akan ada lebih ramai event organizer yang ingin berkolaberasi bersama mereka untuk terus mengadakan acara Rave underground yang jarang sekali wujud di Kuching.
Kretek
Antara Dj-Dj yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Traction Control, yang juga merupakan salah seorang dari pada co-founder untuk kolektif muzik Breakboyclub, dan juga Kretek dan Heuremin yang juga merupakan antara pengasas kepada kolektif NWHR.
Heuremin
Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket, boleh lah DM page Instagram NWHR dan dapatkan pre-sale anda di sana.
Sebuah acara Hip-Hop Block Party iaitu Shutdownakan berlangsung pada 23 Disember 2023 (Sabtu) bermula jam 8:00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan dengan kolaberasi antara Anak Kapal 47, Loba Events, dan Tirta Barong.
Antara yang akan membuat persembahan adalah Ziji.Q, NoFik, EmanSushi, Irfan Aniq, Jokoh, dan DRT. Menurut Aniq Azman yang juga merupakan pengurus acara ini, “Acara ini merupakan langkah kecil untuk kami sebagai syarikat pengurusan acara untuk memulakan era terbaru untuk event di Sarawak. Antara matlamat utama kami adalah memberi peluang kepada bakat-bakat baru dan muda di Sarawak dan memastikan industri lokal berada pada landasan yang betul.“
Sedikit maklumat tentang rapper-rapper yang akan membuat persembahan. Ziji.Q, mula berkecimpung di dalam dunia Hip-Hop dari tahun 2017 melalui mendengar lagu-lagu dari B-Heart, Lawalah Familia dan Krayziesoundz. Gaya dan pengaruh muzik Ziji.Q pula adalah inspirasi dari Travis Scott, Don Toliver, Drake, PartyNextDoor, dan Jacquess. Pendekatan artistic cara Rap Ziji.Q adalah lebih kepada melodic + singing rap. Untuk check out muzik Ziji.Q, anda boleh check out Instagram, YouTube, Spotify, TikTok dan Soundcloud.
NoFik pula mula mendengar dan minat kepada muzik Rap dengan mendengar lagu Rembau Most Wanted dari Waris. Dari sana, beliau mula jatuh cinta dengan seni Rap dan perasaan itu menjadi lebih mendalam setelah uncle beliau memperkenalkan NoFik dengan lagu Budak Flat dari Aman Ra. Pada tahun 2020, beliau mula berkenalan dengan Ziji.Q dan Ziji.Q pula memperkenalkan beliau dengan Travis Scott. Mereka mula belajar antara satu sama lain di dalam memperhalusi seni mereka. Kemudian pada tahun 2021, beliau telah menjumpai genre UK Drill dan dengan itu, bunyi-bunyian UK Drill telah menjadi tanda identiti kepada NoFik. Melalui muzik, NoFik menceritakan tentang apa yang beliau alami di sekeliling beliau dan bagaimana reaksi orang sekeliling beliau apabila bersama dengan nya. Muzik NoFik boleh di dapati di Instagram, YouTube, Soundcloud dan Spotify.
EmanSushii pula mula berminat dengan muzik Rap pada seawal umur 9 tahun melalui channel MTV. Dari sanalah beliau mula-mula mendengar Dr.Dre, Snoop Dogg dan Malique. Mula menulis Rap pula seawal umur 12 tahun dan pada tahun 2016, beliau mula belajar produce lagu melalui FL Studio. Pada tahun 2018 pula, beliau mula berkenalan dengan Ziji.Q yang banyak mendedahkan tentang scene Hip-Hop Kuching kepada beliau. EmanSushii mendapat pengaruh muzik beliau dari Metro Boomin, Murda Beatz, Kanye West dan seangkatan dengannya. Pengaruh muzik lokal beliau pula adalah dari Quai, Danye, Sabbala, B-Heart, Alyphdan Sonaone. Muzik EmanSushii boleh di dapati di Instagram, YouTube, Soundcloud dan Spotify.
Irfan Aniq pula mula mendapat pengaruh dan minat terhadap budaya Hip-Hop dari ayah beliau yang kemudiannya membentuk minat beliau di dalam seni Rap. Beliau mendapat inspirasi untuk lirikal dari Rapper seperti Kendrick Lamar, dan J.Cole, manakala untuk bunyi-bunyian Hip-Hop moden pula dari Rapper seperti Travis Scott, Lil Yachty, dan JID. Menurut Irfan Aniq, cara beliau membuat pendekatan dengan muzik beliau adalah dengan mencuba menggabungkan Old-School dan New-School dan pada masa yang sama, mencipta cara yang terbaik yang boleh menggambarkan budaya Hip-Hop Kuching. Pengaruh muzik lokal beliau adalah Aman Ra, Altimet, dan Asyraf Hardy. Muzik Irfan Aniq boleh di dapati di Instagram, YouTube, dan Spotify.
Jokoh pula bermula dengan Hip-Hop setelah mendengar lagu It G Ma dari Keith Ape. Selepas itu beliau mula menerokai dunia muzik Hip-Hop lokal dan beliau mula menjumpai Cghood, Doc.Q dan Gbee G. Beliau mula melakukan rekoding dengan salah seorang ahli Tikar Terbang iaitu Skulleight. Pada tahun 2023 beliau telah meriliskan album debut beliau iaitu ‘I Used To Pray For Time Like This‘ yang mengandungi 12 buah lagu dan mempunyai featuring dengan beberapa lokal Rapper serta ahli-ahli dari kumpulan Hip-Hop lokal seperti Lawalah Familia, KCHCXN, Zemo, Forceparkbois, Laws, Kmain Kelawar Records dan Kimjackz. Gaya muzik beliau adalah lebih kepada Rap + Singing, Indie Rock, New Wave, TripHop, Trap dan R&B. Pengaruh muzik lokal beliau adalah seperti Quai manakala dari segi antarabangsa pula adalah seperti Kohh, The Strokes, XXXTENTACION, dan Cigarettes After Sex.
Duranta(DRT) pula merupakan kumpulan Hip-Hop yang bermula sebagai online thrift store yang menjual barang-barang pre-loved oleh Russ. Mereka bermula pada tahun 2019 sebagai online thrift store dan mula berkembang menjadi kolektif muzik pada tahun 2020 dengan merangkumi ahli-ahli seperti Russ, Yayo, Martianbxy, Faacko & 2611, Kzu, Sano, Hathra dan Ziji.Q. Muzik yang di bawa oleh mereka adalah Rap, R&B, Hip-Hop dan apa-apa yang di ingini oleh mana-mana ahli kumpulan mereka. Pengaruh muzik lokal mereka adalah Citybois, Forceparkbois dan seangkatan dengannya. Pengaruh antarabangsa pula adalah seperti JID, A$AP Rocky, A.Boogie, Frank Ocean, 070 Shake, dan sepertinya. Muzik mereka boleh di dapati di YouTube DRT Prods, Kzu, MartianboyDRT, dan Faacko.
Untuk mendapatkan tiket Shutdown di Tirta Barong, anda boleh lah dm page instagram Shutdown dengan hanya RM20 untuk early birds dan RM30 untuk tiket di hadapan pintu.