Borderland Music Festival akan mengadakan sebuah pre-parti di Tirta Barong pada 10 Ogos 2024 (Sabtu), bermula jam 6.00pm sampai habis! Kemasukan adalah percuma! Ini merupakan acara exclusif yang di anjurkan sebagai acara sekilas pandang untuk mereka yang berhasrat ingin hadir ke Borderland Music Festival yang akan dianjurkan pada 6 & 7 September 2024 bertempat di Sarawak Cultural Village(SCV).

Pre-parti ini menjanjikan suasana malam yang di penuhi dengan bunyi-bunyian muzik elektronik yang sensasi dan mengasyikkan. Suasana yang akan berlaku di acara ini hanyalah permulaan kepada apa yang akan berlaku pada acara sebenar di SCV nanti.

Apa yang menariknya pada pre-parti ini adalah, akan ada promosi istimewa yang hanya ada dan terdapat di Tirta Barong! Anda hanya perlu scan QR code yang ada di Tirta Barong dan anda akan mendapat 13% discount untuk tiket ke Borderland Music Festival. Ataupun, sekiranya anda berbelanja sebanyak RM150 untuk satu receipt ketika pre-parti ini di langsungkan, anda akan berpeluang untuk menang sepasang tiket ke Borderland Music Festival 2024 secara percuma! Dengan promosi yang menarik ini, pastinya ini adalah peluang yang terbaik yang tidak patut anda lepaskan.

Antara Dj-Dj yang akan memusingkan rekod-rekod yang akan membawa anda ke alam lain pada 10 Ogos ini adalah, Tiger Ming, Jorl, Aqlz, Intan, Krizknight, dan Raafiikii.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *