Noise Not Bombs (NNB) sebuah festival muzik yang di anjurkan secara indipendent oleh peminat-peminat muzik di Kuching, Sarawak dan akan berlangsung di Koloyan River Cottage, Krokong, Bau, pada 24 Ogos 2024(Sabtu). Venue tersebut terletak 10km dari bandar Bau, dan kemasukan kepada festival ini hanya boleh dilakukan dengan menempah tiket secara pre-order dahulu melalui link yang terletak di page media sosial NNB dan poster mereka.
NNB merupakan sebuah festival muzik indipendent yang di anjurkan 100% dengan hanya menggunakan pembiayaan sendiri oleh jawatankuasa penganjur yang juga merupakan peminat-peminat setia kepada scene-scene muzik underground/indipendent dan sub-budaya(subcultures) lokal. Menurut NNB melalui hebahan akhbar yang di hantar oleh mereka, “Sarawak mempunyai banyak dan pelbagai potensi di dalam penganjuran festival kebudayaan seperti festival-festival lokal lain yang sedia ada. Namun kami juga percaya bahawa Sarawak juga mempunyai banyak hospitaliti dan produk kebudayaan yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan di luar Sarawak. Kami juga menerima tetamu yang datang atas kapasiti peribadi kami dan juga kami sebagai hos kepada muzik festival ini. Ini adalah sebagai usaha untuk memupuk semangat setiakawan, kemesraan, kesamaan dan perpaduan di dalam menghadapi duniawi yang suram.“
Band-band yang membuat persembahan pada NNB juga dilakukan dengan secara sukarela tanpa menjanjikan sebarang imbuhan. Namun, sekiranya festival muzik ini berjaya mendatangkan keuntungan, jawatankuasa penganjur akan membahagi dengan prospek pembayaran kepada mereka yang membuat persembahan. Band-band juga di beri pilihan untuk mengetepikan pembayaran untuk dilakukan pada festival NNB tahun berikutnya. Menurut comittee NNB lagi, mereka tidak menerima sifat-sifat rockstar dan mereka juga tidak mengamalkan favouritism dikalangan band-band yang ada. Setiap band adalah dilayan secara sama rata dan adil.
Sedikit sejarah mengenai festival NNB, festival ini adalah di anjurkan dengan initiatif bersama antara para-para musisi, aktivis, event organiser, penulis, jurugambar, dan para peminat scene indipendent lokal dari pelbagai sub-budaya. Acara ini dilakukan sempena menghargai para-para komunitas peminat-peminat muzik tidak kira di mana jua anda berada di dunia agar terus berkarya dan terus menganjurkan acara-acara muzik untuk para peminat muzik dan sub-budaya tanpa menyerah kalah walau apa pun halangan yang menimpa. Ini adalah kerana seringkali pihak berkuasa akan menghalang penganjuran acara muzik secara prejudis walaupun ia dilakukan secara kecil-kecilan di tempat sendiri dan walaupun ia telah dilakukan mengikut peraturan.
Penganjuran NNB festival adalah diharapkan dapat menggalakkan lebih banyak lagi acara-acara demikian akan dapat dilakukan oleh lebih ramai orang tanpa perlu berpaksikan dengan keuntungan semata-mata. Matlamat utama NNB juga adalah untuk menjamu rakan-rakan yang berada di luar Kuching, dan pada masa yang sama, mempamerkan bakat-bakat lokal yang ada. NNB juga adalah merupakan sambungan kepada NNB #1 yang juga berlaku di Koloyan, Bau pada tahun 2023 dan juga NOT(A)FEST yang di anjurkan pada tahun 2017 di kampung , Bau.
Band-band yang akan membuat persembahan di festival ini pula adalah datang dari sekitar Asia Tenggara selain Malaysia seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, dan Brunei. Untuk sesi 2024 ini band-band dan juga Dj yang akan membuat persembahan adalah CÚT LỘN, Rohgon, CIRCAFAITH, Tobs N Kroni, KARA ELLE, Ethnic Transmissions, Path To Survive, Exhale My Ozone, Drasska, Destroying Ears, Kelibat, BLINDSIDED, dan VICEROYZ.