Tag

nnb

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Festival Yang Dianjurkan Secara D.I.Y Sepenuhnya, ‘Noise Not Bombs’ Bakal Berlangsung di Koloyan River Cottage

Festival Noise Not Bombs(NNB) kembali lagi di tahun 2025 dan akan berlangsung di Koloyan River Cottage, bertempat di Bau, Sarawak pada 2 Ogos 2025(Sabtu). Acara ini menghimpunkan pelbagai band di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara untuk berhimpun di satu tempat dan bersama-sama meraikan kepelbagaian di dalam muzik, sub-budaya dan sudah tentunya memupuk pertukaran budaya antara satu sama lain yang datang dari setiap pelosok Malaysia dan Asia Tenggara. Festival di anjurkan dengan kerjasama Skon Crew, Bandat Record Store dan Raja Dubai.

Sedikit sebanyak info tentang festival NNB; acara ini adalah dilakukan 100% dengan dana sendiri oleh komuniti-komuniti yang terlibat di dalam penganjuran NNB. Festival ini juga di lakukan sepenuhnya dengan semangat D.I.Y(Do It Yourself) dan tidak berlandaskan dengan apa-apa keuntungan. Festival NNB mengutamakan inklusivity, kreativity, dan kemesraan untuk setiap orang yang terlibat dari crew sehinggalah ke para pengunjung. NNB menjanjikan pengalaman yang unik dengan menggabungkan muzik, alam sekitar dan semangat komuniti bersama.

Sejarah penganjuran Noise Not Bombs pula telah berlaku semanjak tahun 2017 lagi dan pada ketika itu, ia dikenali sebagai NOT(A)FEST dan berlangsung di Kampung Tringgus Bong yang terletak di Bau, Sarawak. Selepas itu festival ini tidak dijalankan semula dan mendapat penjenamaan semula sebagai Noise Not Bombs pada tahun 2023 dan dianjurkan di Koloyan River Cottage. Selepas itu sehingga 2025, dengan semangat komuniti bersama, NNB terus menganjurkan festival ini dan sejak hari pertama penubuhannya, ia tetap terus dilakukan 100% menggunakan dana sendiri dengan kerjasama komuniti-komuniti yang terlibat.

Dari segi pemilihan band pula, NNB mengalu-alukan para band dan pelbagai jenis musisi dari genre yang berlainan untuk turut bersama menyertai festival ini. Walaupun teras jawatankuasa penganjur adalah daripada scene DIY Hardcore Punk, namun mereka memastikan bahawa setiap pemilihan band adalah dilakukan dengan penuh adil dan tidak berpandukan pada favoritism dan yang penting, band/musician tersebut tidak berpewatakan Rockstar.

Band-band yang akan beraksi pada festival muzik Noise Not Bombs nanti adalah, Caracal, Minority, Mair, Korxic, Mirthless, Ogoshi Rebels, No Kontrol, Lice To Kil, Dog Fight, Heroine, Crownoise, Tripping Haze Ceremony, Roses Are Black dan The Rollers

Proses seleksi band dilakukan pada beberapa bulan sebelumnya, iaitu ketika NNB mengumumkan untuk para musisi menghantar pemohonan bagi menyertai festival ini. Setiap persembahan pula, masa adalah diletakkan sepanjang 30 minit untuk setiap band. NNB juga ada menawarkan servis pengangkutan percuma untuk band-band yang datang dari luar Sarawak, makanan halal dan token appresiasi untuk band-band yang turut serta di dalam festival ini dan ia adalah tertakluk kepada revenue yang di perolehi di acara ini. Para bands juga boleh mengetepikan token ini untuk kemudiannya dan sebagai tanda sokongan untuk acara NNB yang akan di adakan di masa hadapan. Pemilihan ahli jawatankuasa penganjur pula di lakukan secara kolaberasi dan berkordinasi bagi memastikan tidak akan berlaku pemilihan yang berat sebelah, hierarki dan bagi memastikan segalanya dilakukan dengan adil dan inklusif.

Tujuan NNB di anjurkan adalah bukan sekadar hanya ingin membuat festival muzik sahaja, tetapi adalah untuk meraikan budaya, persahabatan, dan menghargai alam sekitar. Visi NNB adalah untuk memaparkan bahawa Sarawak sebagai tempat yang berpotensi untuk menjadi hub budaya untuk apa jua jenis acara dan juga bagi melengkapi festival yang besar seperti Rainforest World Music Festival, akan tetapi di peringkat akar umbi. NNB juga memupuk semangat perpaduan dan pentingnya kebersamaan didalam menghadapi dunia yang penuh cabaran melalui pengalaman muzik yang di kongsi bersama.

Para pengunjung di galakkan untuk menghadiri acara ini kerana NNB menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk festival mini ini yang juga menawarkan air minuman percuma, makanan halal untuk para band, bilik untuk wanita sahaja, ruang sembahyang untuk para Muslim dan sudah tentunya food market.

Apa tunggu lagi? Ayuh ke festival Noise Not Bombs 2025 untuk hari yang di selubungi muzik, komuniti dan perkongsian budaya di Koloyan River Cottage bertempat di Bau, Sarawak. Jumpa kalian di sana pada 2 Ogos 2025(Sabtu)! Untuk mendapatkan tiket, boleh lah ke page Facebook atau Instagram Noise Not Bombs untuk tindakan selanjutnya.

Gig/Concert/Tour/

Festival Dalam Hutan, Noise Not Bombs di Koloyan River Cottage

Noise Not Bombs (NNB) sebuah festival muzik yang di anjurkan secara indipendent oleh peminat-peminat muzik di Kuching, Sarawak dan akan berlangsung di Koloyan River Cottage, Krokong, Bau, pada 24 Ogos 2024(Sabtu). Venue tersebut terletak 10km dari bandar Bau, dan kemasukan kepada festival ini hanya boleh dilakukan dengan menempah tiket secara pre-order dahulu melalui link yang terletak di page media sosial NNB dan poster mereka.

Gambar dari Mark

NNB merupakan sebuah festival muzik indipendent yang di anjurkan 100% dengan hanya menggunakan pembiayaan sendiri oleh jawatankuasa penganjur yang juga merupakan peminat-peminat setia kepada scene-scene muzik underground/indipendent dan sub-budaya(subcultures) lokal. Menurut NNB melalui hebahan akhbar yang di hantar oleh mereka, “Sarawak mempunyai banyak dan pelbagai potensi di dalam penganjuran festival kebudayaan seperti festival-festival lokal lain yang sedia ada. Namun kami juga percaya bahawa Sarawak juga mempunyai banyak hospitaliti dan produk kebudayaan yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan di luar Sarawak. Kami juga menerima tetamu yang datang atas kapasiti peribadi kami dan juga kami sebagai hos kepada muzik festival ini. Ini adalah sebagai usaha untuk memupuk semangat setiakawan, kemesraan, kesamaan dan perpaduan di dalam menghadapi duniawi yang suram.

Gambar dari Mark

Band-band yang membuat persembahan pada NNB juga dilakukan dengan secara sukarela tanpa menjanjikan sebarang imbuhan. Namun, sekiranya festival muzik ini berjaya mendatangkan keuntungan, jawatankuasa penganjur akan membahagi dengan prospek pembayaran kepada mereka yang membuat persembahan. Band-band juga di beri pilihan untuk mengetepikan pembayaran untuk dilakukan pada festival NNB tahun berikutnya. Menurut comittee NNB lagi, mereka tidak menerima sifat-sifat rockstar dan mereka juga tidak mengamalkan favouritism dikalangan band-band yang ada. Setiap band adalah dilayan secara sama rata dan adil.

Gambar dari Mark

Sedikit sejarah mengenai festival NNB, festival ini adalah di anjurkan dengan initiatif bersama antara para-para musisi, aktivis, event organiser, penulis, jurugambar, dan para peminat scene indipendent lokal dari pelbagai sub-budaya. Acara ini dilakukan sempena menghargai para-para komunitas peminat-peminat muzik tidak kira di mana jua anda berada di dunia agar terus berkarya dan terus menganjurkan acara-acara muzik untuk para peminat muzik dan sub-budaya tanpa menyerah kalah walau apa pun halangan yang menimpa. Ini adalah kerana seringkali pihak berkuasa akan menghalang penganjuran acara muzik secara prejudis walaupun ia dilakukan secara kecil-kecilan di tempat sendiri dan walaupun ia telah dilakukan mengikut peraturan.

Gambar dari Mark

Penganjuran NNB festival adalah diharapkan dapat menggalakkan lebih banyak lagi acara-acara demikian akan dapat dilakukan oleh lebih ramai orang tanpa perlu berpaksikan dengan keuntungan semata-mata. Matlamat utama NNB juga adalah untuk menjamu rakan-rakan yang berada di luar Kuching, dan pada masa yang sama, mempamerkan bakat-bakat lokal yang ada. NNB juga adalah merupakan sambungan kepada NNB #1 yang juga berlaku di Koloyan, Bau pada tahun 2023 dan juga NOT(A)FEST yang di anjurkan pada tahun 2017 di kampung , Bau.

Gambar dari Oldwell Channel

Band-band yang akan membuat persembahan di festival ini pula adalah datang dari sekitar Asia Tenggara selain Malaysia seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, dan Brunei. Untuk sesi 2024 ini band-band dan juga Dj yang akan membuat persembahan adalah CÚT LỘN, Rohgon, CIRCAFAITH, Tobs N Kroni, KARA ELLE, Ethnic Transmissions, Path To Survive, Exhale My Ozone, Drasska, Destroying Ears, Kelibat, BLINDSIDED, dan VICEROYZ.