Tag

deathcore

Featured, New Release, Uncategorized

Band Deathcore Exhale My Ozone, Rilis MV terbaru ‘Euthanasia’ feat Joel dari Nimang Ensera

Band yang di kenali sebagai raja/sultan Deathcore Sarawak Exhale My Ozone telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Euthanasia‘ dan boleh di tonton di channel youtube Eden Records. Lagu ini ada featuring bersama Joel daripada band Tribal Metal iaitu Nimang Ensera.

Lagu ini direkodkan di Seventh Tribe Studio dan muzik video ini dirakamkan di Backdoor Studio. Muzik video ini diarahkan oleh Theta Imaginary dan bertemakan kemusnahan diri dan perasaan ingin putus asa. Band Exhale My Ozone terdiri daripada Mag(vokal), Wahtson(gitar), Brendan(gitar), Gary(Bass) dan Immanuel(drum). Muzik video ini memaparkan model Alezxandria Kapple sebagai pelakon utama.

Menurut Mag, ‘Lagu Euthanasia ini menerokai tentang kemusnahan diri, perasaan ingin putus asa, dan seorang yang sentiasa terperangkap dalam persekitaran yang hidup yang negatif. Tanpa penebusan, sinar mereka mula perlahan-lahan menjadi gelap.‘ Tambah Gary pula, ‘Istilah Euthanasia adalah penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan dan tidak dapat diubati. Dalam kes ini, ia bermakna perjuangan dengan suara hitam yang berada di dalam diri sendiri.

Check out music video terbaru daripada Exhale My Ozone ‘Euthanasia‘ featuring Joel daripada Nimang Ensera. Jangan lupa, like dan subscribe!

New Release

Band Deathcore, Measmata Rilis MV ‘Prey for the Devil’ feat Mag Wence dari Exhale My Ozone

Sebuah band Deathcore daripada Borneo Utara iaitu Measmata telah berjaya meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu, ‘Prey for the Devil‘ featuring Mag Wence, iaitu vokalis kepada Exhale My Ozone. Lagu ini merupakan kesinambungan kepada saga ‘The Exorcist‘ didalam menyelami antara pertembungan dan pergelutan antara azab dan keinsafan.

Sedikit maklumat mengenai band Measmata, mereka ditubuhkan sejak tahun 2011. Namun, ketika dunia masih berada di dalam kemelut pandemik Covid-19, mereka telah menjadi semakin aktif mencipta beberapa material dan selepas perintah kurungan rumah sudah di buka semula, mereka juga menjadi semakin aktif bermain di beberapa gig di seluruh Malaysia. Mereka mengeluarkan debut album mereka ‘Megalomaniac‘ pada tahun 2023.

Muzik video Measmata ‘Prey for the Devil‘ adalah di arahkan oleh Andrew Tan dan vokal untuk lagu ini pula adalah di rekod di Eden Records dan Seventh Tribe Studio. Keseluruhan track ini pula adalah di rekod dan di compose di Skyline Records. Dengan lirik yang penuh dengan kengerian, para pendengar akan dapat merasai perasaan kemusnahan diri seperti putus asa, seperti di rasuk syaitan dan perasaan kesal.

Jangan lupa untuk tonton muzik video ini di youtube dan like, subscribe dan share!

New Release

Band Metalcore, Needless To Be Forgiven Rilis MV ‘Misery’

Sebuah band Metalcore Needless To Be Forgiven(NTBF) telah meriliskan muzik video berjudul ‘Misery‘ dan boleh di tonton di channel YouTube mereka. Muzik video ini di produce oleh Horizon Entertainment dan di rakam di tingkat rooftop CityONE Megamall Kuching Sarawak.

Sedikit mengenai NTBF, mereka ditubuhkan pada tahun 2020 dan pada asalnya merupakan sebuah band projek di kalangan tiga ahli band Alive Alliance. Ahli band NTBF adalah terdiri daripada, Alvin(lead vokal), Joel(2nd vokal), Max(gitaris), Kelvin(gitaris), Lee(bassist) dan Darren(Drummer). Muzik yang dibawa oleh NTBF merupakan adunan dan campuran bunyi-bunyian Metalcore dan Deathcore. Mereka juga aktif bermain show di beberapa gig underground di sekitar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Pada tahun 2023, NTBF telah meriliskan debut single mereka iaitu ‘Lost in Sanity‘ yang boleh di dapati di YouTube dan SoundCloud dan yang terbaru mereka meriliskan muzik video mereka iaitu ‘Misery‘.

Mengenai lagu Misery pula, lagu ini menggambarkan tentang tekanan hidup, beban kehidupan dan perasaan ketidakberdayaan dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran. Perkara ini digambarkan melalui muzik video ‘Misery‘ di mana seorang lelaki dalam menghadapi segala perkara negatif dalam kehidupan, beliau hampir-hampir menamatkan riwayat hidupnya. Tapi dengan adanya sokongan daripada rakan-rakan, tindakan beliau dapat di hentikan. Sebagai peringatan buat kita semua agar kita sentiasa tengok-tengok orang sekeliling kita dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Kerana kita tidak tahu siapa di antara kita yang sedang berusaha dalam kehidupan dan siapa lagi yang akan menolong kita kalau bukan dari mereka yang rapat dengan kita, sama ada dari ahli keluarga, ataupun dari rakan-rakan.

New Release, News

Band Deathcore Dissonance dari Kuala Lumpur Rilis MV ‘Chastisement’

Sebuah band berirama Deathcore iaitu Dissonance telah meriliskan MV terbaru untuk lagu mereka iaitu ‘Chastisement‘. MV ini telah diriliskan pada 27 Disember 2024. Dissonance merupakan band Deathcore yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 2020.

Chastisement‘ merupakan single kedua Dissonance dan dicipta oleh gitaris Dissonance iaitu Iszxandra manakala liriknya pula ditulis oleh Bob, yang juga merupakan vokalis kepada band Dissonance. Menurut press release(kenyataan akhbar) dari band Dissonance, lagu ini menceritakan tentang dua alam yang berbeza iaitu alam kehidupan dan alam kematian. Dua alam yang penuh dengan misteri dan rahsia. Walaupun demikian, lagu ini amat menekankan kehidupan selepas kematian serta azab, kesakitan, penyesalan, serta ketakutan yang bercampur baur yang bakal di terima di alam barzakh.

Sedikit maklumat menenai Dissonance. Mereka ditubuhkan pada tahun 2020, berasal dari Kuala Lumpur dan mereka adalah band yang membawa muzik berirama Deathcore. Pada tahun 2022, Dissonance telah mengeluarkan single pertama mereka iaitu ‘Hollow Body‘ dan ‘Chastisement‘ pula merupakan single kedua mereka yang di keluarkan pada tahun 2024.

Dissonance terdiri daripada 6 orang ahli dan mereka adalah, Bob(Vokalis), Iszxandra(Gitar 1), Gafie(Gitar 2), Kush(Bass), DEGAWan(Drum) dan Naz(Keyboard). Nama band Dissonance pula adalah datang daripada cadangan daripada Bob yang membawa maksud ‘Ketidakserasian, terumatanya dalam konteks bunyi‘. Ini juga merupakan prinsip Dissonance dalam keinginan untuk membawa beberapa kelainan dan perubahan dialam arus industri muzik bawah tanah tempatan.

Muzik video ini dibuat oleh One Small Room Visual, sponsored oleh Boba Bundle, diarahkan oleh Degawan, pengarah produksi, make-up dan kordinasi pula adalah dari Nisa Munirah, pelakon adalah Mia Syazleen dan Imqeem. Lokasi pengembaraan pula adalah di buat di Garage Space Ampang Hilir dan Boba Bundle. Vokal lagu di rekod di Nubreax Studio, drum pula di rekod di Sarang Bunyi Studio dan lagu ini secara keseluruhannya adalah di mix dan master oleh WeArrive Studio

Jangan lupa, untuk like, subscribe dan follow Dissonance di channel YouTube dan media sosial mereka!