Tag

grindcore

Gig/Concert/Tour/, News

Perlancaran Album ‘Dystopian’ dari Band Grindcore Bronco Buster di Ruang Acara ‘Lek.’

Band Grindcore Bronco Buster akan melancarkan sebuah gig sempena perlancaran debut album mereka ‘Dystopian‘ pada 2 March 2024(Sabtu), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ yang bertempat bersebelahan dengan Zinc Restaurant. Gig tersebut akan bermula tepat jam 8pm dan tiket akan di jual pada harga RM20(tanpa CD) dan RM35(berserta dengan CD).

Gig ini dianjurkan oleh Bronco Buster dan Bandat Records, sebuah band yang memainkan irama Grindcore dan antara band-band lain yang akan membuat persembahan pembukaan adalah Occult Dawn, Korxic, Ujala Menon, dan set Dj dari Brainer. Juga sedikit info mengenai album ini, keseluruhan track dan lirik adalah dari Bronco Buster sendiri dan di rekodkan di Kandang Munsang. Mix dan mastering album ini pula dilakukan oleh Bojet serta distribusi album ini dilakukan oleh Bandat Records dan Helvette Distro. Segalanya dilakukan secara Do It Yourself(DIY).

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka ditubuhkan di sekitar tahun 2004 ketika kebanyakan daripada ahli band ini masih di bangku sekolah lagi. Pada awal penubuhan Bronco Buster, pengaruh mereka pada ketika itu kebanyakannya adalah datang dari band-band seperti Napalm Death, Carcass, Terrorizer dan Morbid Angel. Pada awal penubuhan Bronco Buster juga, mereka mula bermain di gig-gig yang dianjurkan oleh Disharmonic Movement, sebuah kolektif underground lagenda di awal 2000an dan sejak ketika itu lah mereka terus berjuang di dalam arus arena muzik Underground Kuching sehingga sekarang.

Menurut Bronco Buster melalui kenyataan akhbar mereka, mengenai pengaruh gaya muzik mereka, bunyi-bunyian Grindcore yang mereka bawa adalah gabungan bunyi Grindcore dengan sentuhan Metal dan juga Punk. Tentang cara representasi mereka dari segi muzik, ideologi dan juga fashion pula adalah mendapat pengaruh dari subculture Punk. Kalau dari segi band-band dimana mereka mendapat pengaruh dengan cara permainan mereka pula adalah, Insect Warfare, S.O.B, Napalm Death, Nashgul dan Discharge untuk pengaruh antarabangsa. Manakala untuk pengaruh dari band-band lokal pula adalah dari band-band seperti Kurasakuasa, Tools of the Trade, Mass Separation, Damokis, dan Destroying Ears.

Berkenaan tentang message yang disampaikan melalui muzik mereka, menurut Bronco Buster, apa yang hendak mereka sampaikan adalah lebih kepada isu-isu kemanusiaan, isu-sosial, isu-penindasan, anti penubuhan dan kebebasan bersuara. Message-message ini disampaikan dan diiringi dengan permainan muzik Grindcore oleh Bronco Buster yang laju dan keras.

Sekiranya anda peminat muzik keras, jangan ketinggalan untuk hadiri gig ini yang akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.’ iaitu bersebelahan dengan Zinc Restaurant tepat jam 8pm. Sekiranya anda ingin menerokai dunia muzik keras, gig ini sememangnya permulaan yang baik untuk anda kerana ada pelbagai campuran genre dari para persembahan yang berlainan. Dari mereka yang membawa muzik Keras, muzik Psychedelic dan juga Dj yang memainkan muzik elektronik. Dan sekiranya anda meminati muzik keras dan anda tidak tahu mana nak cari gig yang ada band memainkan muzik keras di Kuching, sudah tentu, gig perlancaran album ‘Dystopian’ adalah tempat yang terbaik untuk anda mula mengenali scene-scene Underground yang wujud di Kuching.

Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada komunitas yang unik dan menarik di dunia muzik Underground Kuching, kerana gig ini akan memaparkan mereka yang berjuang di dalam dunia muzik Underground dari pelbagai genre yang ada. Kuching tidak lah senyap seperti yang anda sangkakan, dan gig perlancaran album ini adalah bukti nya.

New Release, Uncategorized

Album Debut dari band Grindcore Bronco Buster

Band yang membawa muzik aliran Grindcore, Bronco Buster telah meriliskan debut album mereka iaitu Dystopia yang boleh di dapati dalam bentuk CD dan melalui platform Bandcamp. Album ini sudah boleh di pre-order dan akan mula di pasarkan ke umum bermula pada 1 Februari 2024. Sekiranya anda merupakan distro dan ingin mendapatkan album ini secara borong, anda boleh lah menghubungi band ini melalui email mereka di broncobustergrindcore@gmail.com. Album ini juga akan di keluarkan di dalam platform streaming lain seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music etc-etc. Bila tarikh rilisan di platform streaming, akan di umumkan di platform media sosial Bronco Buster.

Selepas rilisan EP mereka pada tahun 2016, Bronco Buster akhirnya telah mengeluarkan album pertama mereka Dystopia, yang akan memaparkan bunyi-bunyian Punk, Crust dan sudah tentunya, ada blast beat! Album ini di rekod di Kandang Munsang dan Backdoor Space pada 2020 – 2023. Album Dystopia ini akan memaparkan Grindcore tanpa henti selama 36 minit dan ada 31 buah lagu serta satu lagu cover dari band Grindcore Kurasakuasa. Setiap pembelian album ini juga, anda akan dapat 8-panel inlay berserta dengan lirik dan juga sebuah buku grafik.

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka merupakan band yang memainkan genre Grindcore yang berasal dari Kuching, Sarawak. Mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan pada awal penubuhan mereka, mereka di kenali dengan nama Traitor sebelum mereka menukarnya ke Bronco Buster secara rasmi pada tahun 2011. Sebelum ini mereka telah meriliskan beberapa buah Demo dan Ep. Untuk demo ‘Hatred, Tortured & Destroyed’ (2005), ‘More Flesh to Rip’ (2007) single, dan untuk Ep pula ‘Mind Corruption’ (2012), ‘Grind the Straits’ (2013), dan ‘Collection 2010-2016’ (2016) dalam bentuk kaset yang di bantu oleh Dis346, Bebal Mailorder, dan Broncos Distro.