Tag

kelibat

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Ruang Acara Lek., Menjadi Lokasi Persembahan Duo Post-Punk, Sukatani

Sebuah band duo New-Wave/Post-Punk daripada Purbalingga, Indonesia iaitu Sukatani akan bertandang ke Kuching, Sarawak pada 30 November 2025(Ahad). Mereka akan membuat persembahan di ruang acara Lek. dan persembahan pertama akan bermula pada jam 8.00pm. Gig ini dianjurkan oleh Klab77 dan akan memaparkan 3 buah band tempatan sebagai persembahan pembukaan.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pembukaan nanti adalah Kelibat, Schiv dan Mortara. Sukatani merupakan sebuah band duo New-Wave/Post-Punk di mana lagu-lagu mereka banyak menyuarakan tentang kritikan sosial yang sering di alami dan di lalui oleh masyarakat setempat yang tidak dapat menyuaraka suara mereka. Kelibat pula merupakan sebuah band Alternative Rock dimana bunyi yang mereka bawa akan membawa para pendengar kembali seperti ke era 90-an. Schiv pula membawa bunyi-bunyian gabungan Hardcore dan Punk yang keras dan Raw yang pasti membuat telinga, kepala dan badan anda bergerak melepaskan segala amarah yang telah lama terpendam di dalam diri. Mortara pula merupakan sebuah band baru dan acara ini merupakan debut untuk Mortara dan mereka pula membawa bunyi-bunyian Post-Punk dan Deathrock.

Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. dan dapatkan tiket anda di link ini. Tiket dijual dengan harga hanya RM50 sahaja dan tidak akan di jual di hadapan pintu.

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Band Punk dari Korea Selatan Rumkicks Jelajah Kuching, Sarawak

Band Punk Rock dari berasal dari Seoul, Korea Selatan, Rumkicks akan bertandang ke Kuching Sarawak, bersempena dengan jelajah Asia Tenggara mereka. Gig jelajah Rumkicks di Kuching ini di bawa oleh Punkcaroba Entertainment di support oleh Rude Sounds Records, dan bakal di jalankan di Backdoor Studio pada 18 April 2025 (Jumaat) bermula pada jam 6.30pm sampai habis!

Rumkicks yang dikenali di kalangan peminat muzik Punk dengan lagu-lagu seperti Rude Girl Oi!, Don’t Touch My Head, Drinking Everyday, dan sebagainya. Gig jelajah Rumkicks di Asia Tenggara di sebelah Kuching, Sarawak ini bakal di sertai oleh beberapa band-band lokal seperti Dance On Your Grave, Kelibat, Blindsided dan Serangga.

Tiket Pre-Sale dijual dengan harga Rm55 dan dihadapan pintu pula di jual dengan harga Rm65. Untuk mendapatkan tiket boleh lah hubungi nombor 012-8503250.

Gig/Concert/Tour/, New Release

Debut EP Kelibat “Belia, Basi, Bersinar” Di Lancarkan Di Ruang Acara Lek.

Sebuah band yang bermain genre adunan campuran dari Garage Rock, Indie-Rock, Alternative Rock, Hardcore dan Punk-Rock bernama Kelibat akan mengadakan sebuah EP Release party pada 6 July 2024 (Sabtu), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ Tiket pula akan di jual dengan harga RM20 sekepala dan RM35 berserta dengan CD. Pintu akan di buka bermula jam 9.00pm sehingga habis! Release parti ini dianjurkan dengan kerjasama antara Bandat Recordstore dengan ‘Lek.‘ dan di sokong oleh RukunTV, VIBIN’ by Lek., Rockroom Collection, Appleseed Jamming Studio, dan OPERASI RAKAMAN KELIBAT.

Kelibat ditubuhkan pada tahun 2019 tetapi pada masa itu mereka di kenali dengan nama TEASED TOAST. Band ini ditubuhkan oleh Emir sebagai gitaris dengan Peggy sebagai bassist. Mempunyai minat yang sama di dalam muzik, mereka telah melalui pelbagai sesi dan cabaran di dalam mencari lineup yang secocok dengan cara permainan mereka. Akan tetapi misi pencarian mereka terbantut seketika disebabkan dunia dilanda pandemic Covid-19 pada tahun 2020. Akan tetapi mereka masih tetap terus menulis dan mencipta material band sehingga lah pandemic berakhir.

Pada tahun 2023, TEASED TOAST telah melakukan penjenamaan semula dengan menukar nama mereka ke KELIBAT. Dengan berlaku beberapa pertukaran ahli band, akhirnya Emir dan Peggy telah melantik Syah, yang juga merupakan gitaris untuk kumpulan Retreo sebagai pemain drum. Dengan ini, maka lengkaplah kumpulan Kelibat dengan Emir sebagai gitaris dan vokalis, Peggy sebagai bassist dan vocalist dan Syah sebagai pemain drum.

Pada bulan Februari 2024, Kelibat secara rasminya telah meriliskan debut EP pertama mereka iaitu “Belia, Basi, Bersinar“. EP tersebut mempunyai 5 buah lagu dan menggabungkan pelbagai jenis genre di dalam lagu-lagu mereka, akan tetapi fokus sebenarnya adalah dengan menumpukan tentang kegembiraan bermain muzik sambil masih terus menerokai kehidupan dunia yang luas.

Menurut hebahan akhbar dari Kelibat, Single mereka yang juga bergelar “Belia, Basi, Bersinar” merupakan gambaran kehidupan ahli-ahli band itu sendiri mengenai kehidupan duniawi yang memilukan dalam membentuk watak mereka di alam dewasa. EP ini di rekodkan di rumah Peggy, mix & master oleh Emir dan Syah sebagai pembentuk rentak band. Segala prosess pembikinan EP ini adalah dilakukan sepenuhnya dengan ethos Do It Yourself (D.I.Y). Dari pembikinan lagu, rekoding sehingga lah ke design dan packaging marketing untuk band ini, dan juga segalanya dari awal penubuhan band, pembikinan EP sehinggalah ke penganjuran release parti ini semuanya dilakukan dengan ethos D.I.Y.

Jangan lupa untuk menghadiri release parti EP Kelibat pada 6 July 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9pm sehingga habis! Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Rey/Rey, WP.SHHH, Clockwise, dan persembahan utama iaitu Kelibat. Selepas itu akan ada sesi afterparti di mana para hadirin boleh lepak dengan member-member di sekitar ruang acara ‘Lek.’ sambil di temani muzik putaran oleh seorang Dj sampai habis. EP Kelibat “Belia, Basi, Bersinar” juga boleh di dapati di setiap platform striming di internet.