Raikan Kreativiti dan Komuniti di Rajang River Music Festival di Sibu, Sarawak
Rajang River Music Festival 2026 (RRMF) kembali dengan edisi kedua pada 1-2 Mei 2026. Acara kali ini akan berlangsung di Robert’s Wooden House yang terletak di Sibu, Sarawak. RRMF merupakan sebuah acara yang menampilkan program multisidiplin yang pelbagai dari muzik, art installation, pasar artisan, budaya tatu, serta pengalaman F&B dan budaya kopi yang akan di kurasikan. Acara ini di anjurkan oleh MICROWAVE (Sibu Film Art Association).
RRMF merupakan sebuah acara yang memberi gambaran bahawa Sibu sebagai salah sebuah destinasi pergerakan seni, kreatif dan budaya di Malaysia dan juga di sekitar Asia Tenggara. Untuk tahun 2026, RRMF akan menggabungkan beberapa barisan artis-artis tempatan dan serantau. Antara mereka adalah Nadhif Basalamah (Indonesia), Ivy Lee (Taiwan, Malaysia), Alena Murang (Sarawak), dan At Adau (Sarawak). Barisan-barisan artis ini adalah dari pelbagai jenis aliran muzik dan persembahan dari mereka sudah pasti akan membentuk pengalaman yang intim, bertenaga, yang di sertakan sekali dengan gabungan tradisi dan ekspresi kontemporari.

Menurut pengarah festival iaitu Chris Ling, “Kami ingin mewujudkan sebuah ruang di mana muzik dan cerita adalah berkaitan, dan acara ini adalah bukan sekadar sebuah festival, tetapi sebagai platform untuk membina hubungan. Dengan setiap edisi, kami membina sesuatu yang menjadi milik komuniti, sambil membukanya kepada khalayak yang lebih luas.”
Selain daripada program-program artistik, RRMF juga turut memperkenalkan Student Access Programme, yang bertujuan untuk membawa golongan muda ke persekitaran festival tersebut. Ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan muzik secara langsung, industri kreatif dan sekaligus mengukuhkan komitment RRMF di dalam pendidikan dan aksesbiliti di dalam dunia dan industri kreatif.


Semenjak acara RRMF di jalankan, mereka telah terus berkembang dan mendapat sambutan dari komuniti tempatan kerana menjadi platform budaya yang menyumbang kepada pelancongan, penglibatan belia, serta ekonomi kreatif di Sarawak. Dengan berlatar belakangkan sungai Rajang, orang ramai di jemput untuk hadir, meneroka dan sama-sama berkongsi pengalaman di dalam menghargai seni, alam dan sifat komuniti yang boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia.
Untuk mendapatkan tiket ke acara ini, pergi ke lamak instagram Rajang River Music Fest dan DM atau klik link yang tertera di page tersebut.
