Gila. Itulah yang dapat digambarkan setelah mendengar rilisan terbaru daripada sebuah band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor ini. Mereka dikenali sebagai Sekumpulan Orang Gila (SOG). Baru-baru ini mereka telah meriliskan sebuah lirik video dari single terbaru mereka ‘Second Voyage‘ featuring Tim Lambesis yang juga merupakan penyanyi kepada sebuah band Metalcore lagenda As I lay Dying. Double the gila!
Episod RukView kali ini bersama dengan JayC dan Mousthofa membuat reaksi kepada lagu baru daripada SOG. Sebelum ini kami pernah membuat reaksi untuk lagu SOG ‘Sailors of Sorrow’.
Check out episod RukView kami kali ini bersama JayC dan Mousthofa untuk lirik video SOG feat Tim Lambesis (As I Lay Dying). Jangan lupa like, subscribe dan share!
Pada 12 May 2018, band Post-Hardcore dari Texas Crown The Empire (CTE) telah bertandang ke Kuching Sarawak, Malaysia sebagai salah sebuah tempat perhentian mereka untuk jelajah Asia. Ini merupakan sebahagian daripada promosi album terbaru mereka iaitu Retrograde.
Crown The Empire telah menjelajah ke 6 buah bandar di asia untuk tempoh 2 minggu iaitu :
29 April – Taipei, Taiwan @ Heartown Festival
2 May – Bangkok, Thailand @ Rockademy
5 May – Manila, Philippines @ Pulp Summer Slam
10 May – Singapore @ EBX Live Space
12 May – Kuching, Sarawak Malaysia @ Stampark
13 May – Kuala Lumpur, Malaysia @ The Bee
Di tubuhkan pada tahun 2010 dan percaya atau tidak, pada awal penubuhan CTE semasa mereka membuat ujibakat untuk mencari pemain guitar, antara orang yang pernah menjalani ujibakat untuk posisi tersebut adalah Post Malone. Yes, “the Post Malone”. Semasa ujibakat, tali guitar Post Malone tiba-tiba terputus dan akibatnya beliau tidak dapat meneruskan ujibakat tersebut.
Album ketiga CTE Retrograde di keluarkan pada tahun 2016 dan pernah mendapat nombor 15 di dalam Billboard 200. Tour mereka kali ini adalah untuk mempromosi Album Retrograde mereka di sekitar Asia. Sepanjang tour tersebut turut mendapat penampilan istimewa daripada band Sekumpulan Orang Gila (SOG).
Antara band yang beraksi semasa di Kuching untuk tour CTE adalah :
Ovtfall. Mereka merupakan band metalcore yang berasal daripada Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. Bermula dari tahun 2003, mereka telah melalui beberapa pertukaran lineup. Ahli-ahli terkini untuk band Ovtfall adalah :
Chugs On Deck. Sebuah lagi band yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah turut bersama memeriahkan lagi malam tersebut dengan bunyi-bunyian easycore mereka. Mereka terdiri daripada :
Eyon – Vocal
Jordan – Guitar
Calvin – Guitar
Bobby – Bass
Rafi – Drum
Mereka juga pernah beraksi di atas pentas-pentas besar seperti di Rock The World, Raku, The Rebel Union, Paling Ngam Music Fiesta, Turn Up The Volume (Bersama Pee Wee Gaskins), Borneo Attack dan macam-macam lagi.
Sempena Kaamatan, Gawai dan Hari Raya yang tidak lama lagi, jom dengar lagu mereka di bawah :
Seterusnya pula adalah daripada band lokal Kuching yang membawa muzik jenis Progressive Deathcore / Djent iaitu Mountains. Bermula pada tahun 2012, mereka merupakan antara pelopor awal yang membawa muzik ala Djent di sekitar Kuching.
Mereka juga telah bermain dalam beberapa event ternama seperti di Meetup Kuching, Shout It Right, Seeing Through Our Eyes, I Killed The Prom Queen Live in Kuching, Sarawak Metal Regime dan sebagainya.
Mereka terdiri dari beberapa orang anak muda iaitu :
Johnathan Cleverley – Vocal
Fitz Alvin – Guitar
Ganeson Son – Guitar
Ferdinand – Drum
Nickolai Nasharudin – Bass
Sememangnya antara band yang harus di beri perhatian dan mereka merupakan antara admin punya favorite lokal band. Hehe. Anda boleh check out lagu mereka di page Soundcloud mereka.
Antara band Post-Hardcore yang di kenali ramai di Malaysia dan antara yang di nanti-nantikan oleh peminat, Sekumpulan Orang Gila (SOG) membuat persembahan sebelum main event. Mereka berasal dari Kuala Lumpur dan terdiri daripada :
Riko – Vocal
Nazrin – Guitar, Vocal
Amsyar – Guitar
Qayyum – Bass
Nazmin – Drum
Bermula seawal tahun 2009, mereka semamangnya sebuah band yang cukup di kenali di Malaysia. Mereka juga pernah memenangi anugerah Kulit Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22). Kalau korang tak pernah dengar lagi lagu diorang, jum check out di bawah :