Tag

sibu

Gig/Concert/Tour/

Gig Percuma Anjuran Phobia Records di Enjoy Bistro, Sibu

Sebuah gig anjuran Phobia Records dengan kerjasama bersama Gerukmentary Records, Tone Attack dan Go Why Town akan di anjurkan pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), bertempat di Enjoy Bistro, Ecogarden Sibujaya. Kemasukan untuk gig ini adalah percuma!

Sebanyak 10 band yang akan membuat persembahan, mereka adalah, Ignites of Phobia, Haram Jadah, Neverlost, Silent Mood, Gigit, Xthe ParadoX, Drawing The Devil, Needless To Be Forgiven, SeliparXJipun, dan Cermin.

Menurut Irwan, “Gig ini dianjurkan setiap tahun bagi menghimpunkan pelbagai genre dan menyatu padukan scene di Sibu mahupun di luar kawasan Sibu.

Untuk apa-apa maklumat lanjut mengenai band ini, boleh lah hubungi:

  1. Raymond (012-8746257)
  2. Irwan (011-26816312)
Gig/Concert/Tour/

Audiosicnal Mempersembahkan, Social Noise Gig di Sibu!

Sebuah gig oleh Audiosicnal akan di anjurkan di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro di Sibu. Gig ni dinamakan Social Noise dan dibuat dengan kerjasama antara Titan’s Empire, Bori Abuh Punk House dan Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro. Menurut Lawrence yang juga merupakan penganjur kepada gig ini, “gig ini di anjurkan setiap tahun di Sibu bagi menghimpunkan pelbagai genre yang ada di seluruh pelosok kepulauan Borneo“.

Antara band-band yang akan beraksi adalah Drawing The Devil dari Sibu, Marktoulybra dari Sibu, JDS dari Kanowit, Rey / Rey dari Kuching, Ethnic Transmission dari Kuching, Space Bird dari Kuching, Automatic The Remote dari Kuching, Wounded Flame dari Miri, Hemewrath dari Bintulu, dan Voids dari Brunei.

Tiket pre-sale akan dijual bermula dengan RM25 sehingga 13 Oktober dan boleh di dapati di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro, Bori Abuh, dan boleh juga di order secara WhatApp melalui Jon Smile (+601131435918), dan Lawrence Thian (+60163191491). Tiket di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM30.