Artis dari Kota Kinabalu, Sabah Agusto merupakan seorang artis yang banyak membuat poster untuk gig-gig underground di sekitar asia. Beliau mula melukis, menconteng sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau muncul dari membeli album-album dari band Hardcore Punk dalam bentuk kaset, CD, vinyl, dan seterusnya beliau mula melibatkan diri ke acara-acara D.I.Y(Do It Yourself) Hardcore Punk. Minat dan cinta beliau terhadap karya-karya dan sub-budaya Hardcore Punk mula melonjak naik. Antara kaset pertama yang di beli oleh Agusto adalah dari band Operation Ivy untuk album berjudul ‘Energy‘

Pada masa itu juga, kawan-kawan Agusto juga adalah sebab minat dan cinta terhadap seni di dalam scene Punk semakin mendalam. Waktu itu juga, salah seorang daripada rakan sekolah menengah Agusto banyak berkongsi ilmu dengan nya dan ada membuat lukisan untuk kulit cover mix-tape .

Agusto mendapat inspirasi melalui seni-seni yang bersifat Dadaism, Avant-Garde, Constructivism Art, Anarcho-Punk, Japan Showa Era, serta Citypop. Antara artis-artis yang beliau jadikan sebagai rujukan adalah seperti Stenberg Brothers, Alexander Rodchenko, Winston Smith, Gee Vaucher, John Heartfield, Yamamura Toyonari, Shohei Otomo, Sean Fitzgerald, Stiv Bar-itch, dan Akihiko Sugimoto.

Bercakap mengenai bagaimanakah Agusto menggambarkan seni-seni yang di buat oleh beliau dan prosess pembuatannya, ini adalah apa yang di katakan oleh Agusto;
“Media tools seperti photoshop dan illustrator adalah tools yang saya guna untuk meng-edit warna serta pemilihan typograhy (& susunan). Namun, satu perkara penting bagi saya sebelum mula menghasilkan sesuatu ilustrasi ialah mencapai keseimbangan dalam perkadaran pada lakaran visual — dengan mengambil kira dimensi komposisi serta hubungan antara ketinggian, kelebaran, dan kedalaman. Komunikasi juga adalah kuncinya. Saya mendapati bahawa menghasilkan ilustrasi yang hebat memerlukan peningkatan komunikasi dengan klien, sama ada individu atau band muzik. Saya sentiasa menyediakan beberapa pilihan lakaran kepada klien supaya mereka dapat membuat pilihan dan memberi maklum balas. Saya biasa nya meminta band muzik atau individu menilai lakaran saya terlebih dahulu sebagai proses kritikan dalam seni bagi tujuan membimbing proses kreatif saya. Walaupun menerima kritikan boleh menjadi sesuatu yang mencabar, ia adalah sebahagian penting dalam dunia seni. Jika saya tidak dapat menerima kritikan, saya percaya karya seni saya tidak akan seiring dengan semangat punk yang menghargai pemikiran kritikal. Oleh itu, proses kritikan yang membawa kepada pemikiran kritikal amat penting bagi saya. Saya sentiasa mengemas kini lakaran dan arah karya seni untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dan mencapai keputusan bersama dalam tugasan projek.“

Menurut Agusto. Antara karya-karya yang paling beliau bangga sekali adalah membuat kolaj design termasuklah susun atur layout untuk buku Pangrok Sulap iaitu, ‘Sedekad Seni Merakyat‘. Agusto membuat kerja ini secara sepenuh masa dan beliau juga bekerja di kedai rekod kawan beliau iaitu Kambai Record Store bersama dengan kawan-kawan beliau yang lain iaitu Rizo, Ray dan Ian. Menurut Agusto juga, antara cabaran yang beliau hadapi di dalam dunia seni adalah mencari idea dan inspirasi untuk berkarya. Beliau banyak meluangkan masa menonton filem-filem yang dicipta dari tahun 70-an dan 80-an, dari era Zaman Edo di Jepun dan sehinggalah ke genre Sains Fiksyen Pasca-Apokaliptik. Agusto juga merupakan peminat filem-filem kultus karya Alejandro Jodorowsky kerana banyak mempunyai imej yang menggerikan, ganas, surealis serta gabungan unik antara mistik dan provokasi keagamaan.

Apabila di tanya berkenaan penggunaan Artificial Intelligence (A.I) di dalam dunia seni sekarang, Agusto tidak menafikan bahawa dengan perkembangan teknologi sekarang, memang mudah sekiranya siapa-siapa hendak membuat seni yang dijana oleh AI. Akan tetapi, mencipta seni dengan menggunakan hasil tangan sendiri adalah masih sangat memuaskan kerana; apabila pensel atau pen di lakar di atas kertas, perasaan itu adalah seolah-olah seperti Shikigami ataupun roh Yokai yang muncul dalam bentuk kertas tetapi boleh berubah rupa dan kadang-kadang tidak kelihatan. Agusto mengungkap kata-kata daripada Hayao Miyazaki yang juga merupakan founder untuk Studio Ghibli iaitu, “Do everything by hand, even when using the computer.” (Buat segalanya menggunakan tangan, walaupun menggunakan komputer).

Agusto pada ketika ini juga sedang meneruskan karya-karya peribadi beliau yang menumpukan pada lukisan tradisional tentang dunia Pagan Borneo yang lama iaitu Bobohizan dan sekiranya ada masa dan peluang, mungkin boleh menyertai apa-apa pameran seni yang ada. Untuk hasil karya Agusto yang terbaru ketika ini adalah rekaan poster untuk gig POGOWOLVES RIOT: KUCHING INFERNO yang akan berlangsung pada 25 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sehingga habis! Bertempat di ruang acara VIBIN’ by Lek.. Tiket di jual pada RM30 di hadapan pintu dan gig ini juga akan menampilkan beberapa band-band lokal seperti, Dilarang Melarang, Serangga, dan Breath In Ocean. Gig ini dianjurkan oleh kerjasama bersama Noise Not Bomb, dan Skon Crew.
