HAUS KCH telah melancarkan pameran seni ‘THE PAST IS PRESENT IS FUTURE‘ yang menggabungkan karya terpilih dan artifak dari pameran Seni Kita mereka yang sebelumnya iaitu ‘Altered Natives‘ dan ‘Roots & Remixes‘ yang berlangsung pada 23 September 2023 yang lepas.
Menurut Sonia Luhong yang juga merupakan kurator pameran seni ini, ‘Walaupun unik di dalam kurasi masing-masing, pameran seni Roots & Remixes dan Altered Natives menerokai apa maksudnya dalam menjadi orang Borneo pada abad ke-21. Melalui pameran THE PAST IS PRESENT IS FUTURE kali ini pula, kami menyasarkan untuk membawa karya seni dari kedua-dua pameran ini ke ruang yang sama dan akan ada perkongsian daripada beberapa artis-artis Borneo. Kami berterima kasih kepada kurator yang sebelumnya iaitu T. Bagak dan Jasmine Dadi kerana membawa perhatian kepada beberapa karya Borneo yang menakjubkan sehingga tercetusnya dialog yang membawa kepada terjadinya pameran baru ini.’
Pameran kali ini akan memaparkan hasil kerja dari Adrian Jo Milang, Elroy Ramantan, Jasmine Dadi, Marcos Kueh, Mira Hector, Pici Pamg, Sang Tukang, Tuh Dek, dan Zakaria Pangaribuan. Pameran ini juga akan ada penambahan beberapa artifak dan harta pusaka yang di sumbangkan oleh Asyilah Tan, Catriona Maddocks dan Jasmine Dadi.
Pameran THE PAST IS PRESENT IS FUTURE ini berlangsung dari 13 – 18 November 2023. Pada hari terakhir, akan ada beberapa aktiviti seperti lawatan kuratorial, sesi perkongsian, bengkel, persembahan atas bumbung dan banyak lagi.
Syed Rusydie, juga merupakan kurator pameran ini berkata, ‘Sambutan dari masyarakat tempatan terhadap hasil kerja kontemporari yang dilakukan oleh rakan-rakan Borneo kita telah membuktikan bahawa kemodenan boleh berasimilasi dengan tradisi. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Hasanah kerana menyokong dan mengiktiraf perniagaan kecil seperti kami didalam industri seni Malaysia dan juga kerana menyokong Seni Kita Weekend: Subcultures di bawah program Arts For All Seasons (ArtsFAS).‘
Hari penutup dijadualkan akan berlangsung pada jam 11 pagi dan dimulai dengan perasmian pameran seni, diikuti dengan lawatan kurasi bersama kurator Sonia dan Rusydie. Pada waktu tengah hari pula akan ada bengkel yang di terajui oleh Steff Fleur dan Asyilah Tan. Bengkel ini akan menekankan tentang bagaimana hendak menyediakan kit media untuk para artis, ahli muzik, dan penganjur indipendent dalam menghebahkan rilisan mereka. Selepas itu, ada sesi perkongsian oleh ‘Bunyi Borneo: Instrumen Tradisional dan Inovator Kontemporari‘ yang akan di persembahkan oleh kolektif Borneo Boat Lute Revival.
Pada sebelah petang transisi ke malam pula, para pengunjung akan di dendangkan dengan muzik dari Tuni Sundatang dari Sabah dan Rining Peter, Hayree Hashim dan Ezra Tekola dari Sarawak. Selepas itu, akan ada persembahan puisi dari Opah Aspa dan Kulleh Grasi dari Nading Rhapsody. Sebagai penutup di waktu malam di hujung minggu, akan ada persembahan DJ dari Kawaii Boy, dan para pengunjung boleh menikmati minuman daripada Ngirupp dan juga makanan dari JAWS Shack.