Pada 29 Disember 2024 (Ahad), sebuah bbq open deck dan acara underground rave akan berlaku di ruang acara Lek.. Apa yang menarik nya tentang acara ini adalah; ia merupakan 2 acara berbeza yang berlaku pada hari yang sama dan acara kedua pula adalah acara utama iaitu underground rave. Pada pukul 4.00pm sehingga jam 9.00pm, akan ada sesi BBQ dan open deck night dan kemasukan adalah percuma. Pada pukul 9.00pm sampai habis pula acara utama underground rave akan berlaku dan tiket kemasukan pula akan di jual dengan harga RM30 depan pintu dan RM20 untuk pre-sale.
Pada jam 4.00pm sampai jam 9.00pm, acara akan bermula dengan sesi BBQ dan open deck. Pada waktu ini, sekiranya anda berminat untuk berada di hadapan deck dj dan bermain, berkongsi muzik anda, adalah sangat di alu-alukan. Ini adalah sebahagian daripada initiatif komuniti dj tempatan di dalam melahirkan dan mengeluarkan pelbagai dj-dj yang memainkan muzik yang berlainan. Ini adalah sebagai bukti bahasa scene muzik dj/elektronik di Kuching adalah tidak terhad kepada hanya beberapa jenis genre muzik sahaja.
Selepas selesainya sesi BBQ dan open deck, pada pukul 9.00pm, bermula acara utama. Ruang acara Lek. akan bertukar menjadi sesi SPAC3, sebuah ruang yang menggalakkan keterbukaan didalam menerokai muzik elektronik, contoh nya seperti Disco, Funk, House, Techno dan sebagainya. Visi ruang ini adalah untuk menyediakan ruang bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada routine kerja hakiki dan sebagainya.
Antara Dj-Dj yang akan membuat persembahan untuk para penari Spac3 adalah Hadiid b2b(back-to-back) bersama Heuremin, Kretek b2b Syntak, dan Brainer b2b Jason Kyle. Penganjur untuk acara-acara ini pula adalah VIBIN’ by Lek., NWHR, dan Foodlab by Lek. Untuk mendapatkan tiket pula, kalian boleh dm page instagram NWHR ataupun VIBIN’ by Lek..
Menurut John-Paul Davis, yang juga merupakan kurator untuk VIBIN’ by Lek., “Siri ketiga Spac3 ini akan membawa ruang dan reka bentuk baharu untuk pengalaman party yang lebih baik. Ini menjadikan acara ini akan menjadi acara terbaik dari kami sebagai penutup tahun 2024. Sama ada tahun 2024 ini adalah tahun yang baik untuk anda ataupun tidak, anda semua adalah dialu-alukan untuk datang ke acara ini dan raikan positiviti sambil melangkah ke arah 2025.”
Untuk sesi open deck yang akan bermula jam 4.00pm, sekiranya anda berminat untuk bermain, anda adalah di galakkan untuk membawa USB anda sendiri. Pastikan USB anda sudah di sync-kan di software Rekordbox dan anda boleh bermula dan tunjukkan kepada orang muzik apakah yang menggambarkan diri anda apabila anda berada di hadapan deck Dj. Untuk sesi BBQ pula, makanan-makanan akan disediakan oleh Foodlab by Lek.