Category

Gig/Concert/Tour/

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Fast Culture 25: Festival Automotif dan Muzik Pertama di Sarawak

Sebuah Festival Auto & Muzik di Sarawak bakal berlangsung pada 3 & 4 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di Stadium Sarawak. Acara ini bakal mencipta sejarah kerana acara ini merupakan acara pertama yang menggabungkan pameran automotif dan muzik di peringkat festival.

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia bukan hanya memaparkan automotif-automotif dari Sarawak sahaja. Tetapi festival ini akan memaparkan pelbagai jenis automotif dari peserta-peserta sekitar Malaysia dan juga dari sekitar Asia dan juga Eropah. Antara negara-negara antarabangsa yang turut serta di dalam festival ini adalah datang dari Jepun, Thailand, Singapura, Brunei, Itali dan Australia.

Untuk bahagian muzik festival pula akan memaparkan persembahan-persembahan dari sekitar Malaysia dan Indonesia. Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Hujan, OAG, No Good, SOG, Joe Flizzow, SonaOne, Efek Rumah Kaca, White Chorus, Danilla, Feel Koplo, Biak Ijal(Irfan Aniq, Emansushii, Nofik, & Ziji.Q), Adruce Azman dan Drasska.

Menurut Adibazli Affendi yang juga merupakan penganjur utama untuk Fast Culture 2025; “Kami menjemput rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Thailand, Jepun banyak lagi kerana kami mahu meletakkan Sarawak di dalam peta budaya automotif. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara sebegini.” Dengan adanya festival sebegini dianjurkan di Sarawak, acara ini pasti dapat turut bersama didalam mempromosikan landskap dan budaya yang ada di Sarawak dan Sarawak boleh menganjurkan acara automotif dan muzik bertaraf antarabangsa.

Menurut penganjur mereka menyasarkan 700 hingga 1000 penyertaan automotif untuk acara ini dan mereka juga menyasarkan kehadiran pengunjung dapat mencecah sehingga 5000px dan ke atas. Harga tiket pula dijual pada:

1-Day All Access Pass

  • NP Standing: RM99
  • NP Rockzone: RM160

2-Days All Access Pass

  • NP Standing: RM180
  • NP Rockzone: RM300

Festival ini mendapat sokongan daripada Ministry of Tourism, Creative Industry & Performing Arts Sarawak(MTCP) Manakala penaja utama acara ini pula adalah OVAL GROUP, dan penaja bersama pula adalah OHS Holdings dengan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU).

Jangan lupa untuk hadiri ke festival ini, bawa rakan-rakan anda, bawa teman-teman anda dan bawa semua orang yang anda tahu dan meriahkan hujung minggu anda dengan melihat dan mengalami sendiri bakat-bakat yang ada di Sarawak! Dan juga, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Alphard 3.0 dan percutian ke Jepun pada bulan Januari 2026! 

Gig/Concert/Tour/, News

Gig “No Sun Show” Bakal Berlangsung di Ruang Acara Lek.

Sebuah gig bernama “No Sun Show” akan berlangsung pada 26 April 2025(Sabtu) di ruang acara Lek., bermula dari jam 9pm sampai habis! Gig ini di anjurkan dengan kerjasama Yang Terlibat serta Go!Kebes dan di sokong sepenuhnya oleh VIBIN’ by Lek., dan Appleseeds Studio.

Gig ini seperti namanya, akan berlangsung sehingga ke lewat malam kerana, kadang-kadang kita sentiasa mendengar penduduk Kuching sendiri yang mengadu bahawa Kuching sangat sunyi. Jadi gig ini di jalankan sehingga lewat malam bagi menambah perisa kelainan pada mereka yang dahagakan lebih banyak aktiviti sosial dijalankan di Kuching pada waktu malam.

Antara mereka yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah The Hazze, Yobeh, She’s Nukclear, Serangga, Counterback dan Dj Lord Ajyp. Gig ini juga merupakan kemunculan kembali The Hazze dan She’s Nukclear di dalam scene indipendent/underground lokal setelah sekian lama mereka hiatus. Gig ini juga merupakan gig kedua Yobeh di dalam scene muzik Kuching dan mereka yang datang ke gig ini pasti akan dapat merasakan pelbagai sajian berbeza dan menarik dari band-band yang akan menghiburkan kalian semua.

Jangan lupa untuk datang ke gig ini pada 26 April 2025(Sabtu) bermula dari 9.00pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan hanya RM25 sahaja.

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Band Punk dari Korea Selatan Rumkicks Jelajah Kuching, Sarawak

Band Punk Rock dari berasal dari Seoul, Korea Selatan, Rumkicks akan bertandang ke Kuching Sarawak, bersempena dengan jelajah Asia Tenggara mereka. Gig jelajah Rumkicks di Kuching ini di bawa oleh Punkcaroba Entertainment di support oleh Rude Sounds Records, dan bakal di jalankan di Backdoor Studio pada 18 April 2025 (Jumaat) bermula pada jam 6.30pm sampai habis!

Rumkicks yang dikenali di kalangan peminat muzik Punk dengan lagu-lagu seperti Rude Girl Oi!, Don’t Touch My Head, Drinking Everyday, dan sebagainya. Gig jelajah Rumkicks di Asia Tenggara di sebelah Kuching, Sarawak ini bakal di sertai oleh beberapa band-band lokal seperti Dance On Your Grave, Kelibat, Blindsided dan Serangga.

Tiket Pre-Sale dijual dengan harga Rm55 dan dihadapan pintu pula di jual dengan harga Rm65. Untuk mendapatkan tiket boleh lah hubungi nombor 012-8503250.

Gig/Concert/Tour/

Sebuah Gig Bakal Berlangsung di Purrfect Studio

Sebuag gig bakal berlangsung di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong, Kuching) pada 29 March 2025(Sabtu) bermula dari jam 7pm sampai habis. Tiket early bird di jual dengan harga RM40 serta percuma satu air minuman. Tiket early bird dijual sehingga 28 March 2025(Jumaat) sahaja. Tiket walk-in di hadapan pintu pula di jual dengan harga RM50 dan percuma satu air minuman.

Antara yang akan membuat persembahan di gig tersebut adalah, Crashin’ Butterfliez(Alt Rock), Viceroyz(Indie Pop), Jon Kennedy(Indie Pop), Kotarasira(Funk/Rock), Masta G(Hip-Hop), dan Nigel Laja(Indie Folk)

Untuk mendapatkan tiket early bird, boleh lah hubungi band-band dan artis-artis yang akan membuat persembahan secara terus. Jangan lupa untuk datang dan bawa rakan-rakan, kenalan dan keluarga anda.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Yang Meraikan Golongan Wanita Untuk Hari Wanita Antarabangsa di Purrfect Studio

Sebuah gig bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa akan di anjurkan di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong) pada 22 March 2025(Sabtu), bermula dari 6.30pm sampai habis! Gig ini akan memberi tumpuan kepada band-band yang mempunyai wanita sebagai ahli band sama ada dari segi vokalis ataupun tarian. Kemasukan untuk gig ini adalah percuma! Tetapi tetamu di galakkan untuk memberi sumbangan seikhlas hati bagi membantu mengurangkan beban di dalam menjalankan operasi studio tersebut.

Antara band-band dan kumpulan-kumpulan serta individu tarian yang akan membuat persembahan adalah, Swaiv, Gena Sim, Danceversity, Lydbie, Carrie Geres, Spade Team, Hey! Leave A Message, Epoch Vultures dan Steff Fleur. Setiap dari pada mereka membawa cara-cara unik mereka tersendiri di setiap persembahan mereka dan para tetamu akan dijanjikan persembahan yang menarik dan pasti tidak dapat dilupakan.

Untuk lebih memeriahkan lagi acara, akan ada jualan makanan juga dari vendor-vendor agar para tetamu boleh menjamu selera sambil layan dan menghayati persembahan-persembahan dari muzik sehinggalah ke tarian.

Menurut daripada 3Dinda yang juga merupakan penganjur utama untuk acara ini, “Walaupun Purrfect Pink nampak berkilauan, lembut dan feminin dari segi nama dan visualnya, tetapi dibawah lapisan merah jambu terdapat pergerakan yang kuat. Tujuan acara ini adalah untuk mewujudkan ruang dimana wanita yang terlibat di dalam bidang muzik, tarian dan hiburan juga boleh diraikan bersama, berkembang maju, dan memberi inspirasi kepada generasi artis yang akan datang.

Jangan lupa datang dan bawa rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan anda untuk datang dan meraikan gig ini bersama-sama! Kerana kemasukan adalah percuma!

Gig/Concert/Tour/

Psychedelic Stoner Rock dari Ipoh, Raksar, di Gig Suku Satu di Appleseed Studio

Sebuah gig yang di gelar Suku Satu [Edisi 1] akan berlangsung pada 23 Februari 2025 (Ahad) bertempat di Appleseeds Studio Kuching. Gig ini akan bermula tepat jam 3.00pm sampai habis. Sebelum 22 February 2025 (Sabtu), tiket akan di jual dengan hanya berharga RM45 dan tiket di hadapan pintu akan dijual dengan harga RM60.

Raksar

Gig Suku Satu [Edisi 1] ini akan memaparkan 8 buah band dan mereka adalah Huha, Radio 83, Schiv, No Mo, Clockwise, Dazegarden, Heroine, dan headline daripada Ipoh, Perak, band yang memainkan genre Psychedelic Stoner Rock, Raksar. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk rilisan ini, para pengunjung yang datang ke gig ini akan dapat merasai pelbagai band dari pelbagai genre dari Indie Rock, Grunge, Hardcore, Post-Rock, Skate Punk dan Psychedelic Stoner Rock.

Jangan lupa untuk datang ke gig ini pada 23 Februari 2025 (Ahad) ini bermula jam 3.00pm sampai habis. Bawa kawan-kawan, teman istimewa dan tarik siapa-siapa yang mencari gig di hujung minggu.

Gig/Concert/Tour/, News

Band Hardcore Punk, Man Dead Set, ‘Salaryman’ Release Tour di Backdoor Studio, Kuching

Band Hardcore Punk dari Kuala Lumpur Man Dead Set akan bertandang di Kuching, Sarawak pada 15 Februari 2025 (Sabtu) bertempat di Backdoor Studio, bermula jam 7.00pm sampai habis! Gig ini di anjurkan dengan kolaberasi antara kolektif Skon Crew dengan Raja Dubai. Tiket dijual dengan harga serendah RM35 dan RM50 dihadapan pintu. Gig ini dinamakan District of Chaos.

Mandeadset

Gig ini merupakan gig pertama Man Dead Set di Kuching Sarawak dan juga merupakan perhentian terakhir untuk jelajah ‘Salaryman‘ mereka di sekitar Malaysia (Kedah, Penang, Kuantan, Melaka & Sarawak). Jelajah ini dibawakan oleh Bigmouth Booking. Selain dari itu, mereka juga pernah membuat jelajah di Indonesia dan juga Singapura. Man Dead Set juga pernah ditampilkan dalam sebuah channel youtube dari Indonesia iaitu Pelatar. Live show mereka boleh dilihat di bawah:

Antara band-band lain yang bakal beraksi di Backdoor Studio bersama Mandeadset adalah Junkfizzies, Schiv, H&L, dan SELIPARXJIPUN. Dari kenyataan akhbar yang di hantar untuk gig ini; “Shout out kepada kru Rajadubs Farris kerana bekerjasama untuk gig ini dan juga Naqie a.k.a @dungeonofalgojo untuk design flyers, Backdoor Studio kerana membolehkan pihak penganjur menggunakan ruang acara, NorthBank HC, 93K IN PAIN mosh crew, Kede Gangs HC Crew, Sambas Mosh Crew, Jawai Aggressive Punk Crew, Kuching Pyrate Punx dan setiap orang yang telah membeli tiket pre-sale. Tiket pre-sale masih boleh di tempah dan anda boleh menghubungi terus Skon Crew ataupun Rajadubai di page Instagram mereka. Jumpa kalian semua di venue Sabtu ini!

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Battle of the Band di Eastern Mall Batu 17 Siburan

Sebuah Battle of the Band bakal berlangsung di Eastern Mall Batu 17 di Siburan pada 9 February 2025 (Ahad), bermula jam 6.00pm – 10.00pm. Pihak Eastern Mall menjemput orang ramai terutamanya peminat muzik rock untuk turut datang dan hadiri acara ini.

Battle of the Band ini akan berlaku pada 9 February 2025 (Ahad). Sekiranya anda mempunyai band dan berminat hendak menyertai Battle of the Band oleh Eastern Mall, boleh lah hubungi 011-10560551 di whatsapp untuk sebarang penyertaan. Yuran penyertaan pula adalah hanya RM200 sahaja. Setiap band yang menyertai pertandingan ini akan mempersembahkan 2 buah lagu dan pemenang akan mendapat hadiah sebanyak RM2000, tempat ke-2 RM1500 dan tempat ke-3 RM1000.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Battle of the Band ini yang bakal memaparkan band-band berbakat yang menanti untuk ditemui oleh orang ramai. Bawa kawan-kawan, keluarga dan pasangan untuk mengisi masa lapang di hujung minggu bersama dengan mereka yang tersayang.

Gig/Concert/Tour/

Rajang River Music Festival oleh Microwave Sibu di Sibu Heritage Centre

Sebuah acara bernama Rajang River Music Festival (RRMF) bakal berlangsung di Sibu, Sarawak pada 18 – 19 January 2025 (Sabtu & Ahad). Bermula dari jam 11.00am – 12.00am untuk kedua-dua hari. Lokasi acara ini adalah terletak di Sibu Heritage Centre. Acara ini adalah di anjurkan oleh Microwave Sibu.

Sedikit info mengenai acara ini, tema acara ini adalah ‘Lost In Paradise‘ dan pihak penganjur menyeru lebih ramai waga muda di seluruh Sarawak untuk datang memeriahkan acara ini dan bersama mereka di dalam pengalaman menerokai perjalanan mencari identiti dan hubungan melalui muzik, seni, budaya dan keindahan alam di negeri sendiri.

Menurut hebahan akhbar dari pihak penganjur, tujuan RRMF di buat adalah untuk membuat ruang acara di mana muzik, seni dan budaya boleh bergabung. Pada masa yang sama, appresiasi terhadap semua element ini juga dapat membuktikan bahawa kelesterian sekitar masih dapat dilakukan, walaupun acara tengah berlangsung di tempat kejadian. Acara ini juga dibuat dengan dapat menunjukkan keunikan artiktik dan identiti budaya kepada para penonton dengan lebih meluas.

Acara ini menggabungkan pelbagai elemen dari muzik dan seni melalui persembahan live muzik, artisan market, art installations, dan pengalaman kulinari daripada bakat-bakat tempatan di dalam bidang masing-masing. Akan ada pelbagai jenis persembahan muzik daripada artis-artis tempatan dari bergenrekan Ethnic, Indie-Pop, sehinggalah ke Jazz.

Antara organisasi-organisasi yang turut menyumbang kepada pembentukan acara ini adalah STATOS, Tea FM, Robert’s Wooden House, Rakta Dhatu, Sibu River Cruise, Age Convention, Chayil, VIBIN’ by Lek., Gypsy Badger, Borneo X, Eat Nia, Sibu Xiao Di, dan KupiKupi FM.

Menurut penganjur ‘Festival ini adalah perayaan untuk mereka yang mencari kepunyaan, akar, dan hubungan di syurga Sarawak. Ia adalah perayaan mencari diri sendiri di tempat yang sentiasa menjadi sebahagian daripada kita, walaupun kita tidak menyedarinya.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket kemasukan ke festival ini pada jualan pre-sale dari 11 Dec 2024 sehingga ke 17 Januari 2025 adalah RM99 untuk satu hari, dan RM149 untuk 2 hari. Tiket walk-in pula dijual dengan harga RM149 untuk satu hari manakala untuk pelajar dan warga emas(di atas 60 tahun) pula dijual dengan harga RM50 sahaja.

Gig/Concert/Tour/, Uncategorized

Street Punk dari California, Total Chaos di Smoke of Borneo, Kuching

Band lagenda street Punk dari California, Amerika Syarikat, Total Chaos bakal menggegarkan Kuching dengan kehadiran mereka pada 12 January 2025 (Ahad). Bermula dari pukul 1.00pm sehinggalah 4.00pm bertempat di Smoke of Borneo. Band-band lain yang turut sama beraksi pada hari kejadian adalah Turtles Jr dari Bandung Indonesia, Dance On Your Grave(DOYG) dan Korxic dari Kuching Sarawak.

Gig ini dianjurkan oleh Punkcaroba Entertainment dengan kerjasama bersama Inferno Stage Entertainment. Menurut penganjur kepada gig ini, “Gig yang diadakan hanya 3 jam dan menampilkan 4 buah band ini akan menjadi sebahagian dari sejarah scene Punk di Kuching.”

Untuk mendapatkan tiket kemasukan ke gig ini dengan harga pre-sale pada RM85, anda boleh hubungi terus nombor telefon +60128594250. Ataupun boleh tempah terus di website Rudesounds Records. Tiket yang di beli di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM95