Karya Badan, sebuah acara seni yang meraikan hasil dan karya-karya para artis-artis tatu dengan merapatkan jurang antara seni, tatu, dan budaya, akan di adakan pada 1 hingga 10 September ini di bangunan Think n Tink, Kuching Sarawak. Acara ini turut mendapat sokongan daripada PUSAKA, UTECH dan Tay Motors.
Di anjurkan oleh Rakta Dhatu dan Lek, acara Kara Badan ini akan memaparkan hasil kerja dari 11 para artisan, dan para pengunjung boleh menjangkakan untuk melihat dan merasai sendiri pameran seni, demonstrasi tatu, stesen interaktif, projek kolaberasi dan juga berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat bersama para-para artis itu sendiri.
Menurut Reef, co-founder kepada Rakta Dhatu, “Di Karya Badan, kami memecahkan halangan dan meraikan kreativiti unik yang berkembang pesat di dalam komuniti artistik kita.” Tambah beliau lagi, “Acara ini bukan sahaja mengenai tatu, tetapi ia juga tentang memupuk keterangkuman, mencabar tanggapan dan menyediakan platform untuk para artis bersinar.”
Para pengunjung, sama ada anda dari dalam Kuching atau dari luar Kuching, akan berpeluang untuk merasai sendiri betapa pelbagainya ekspresi permaidani budaya dari segi traditional dan kontemperari yang boleh di jalinkan bersama. Karya Badan menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik kepada para pengunjung yang sudah pasti akan memberi inspirasi kepada anda.
“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan semua orang ke acara ini dan meraikan pelbagai seni, budaya dan kreativiti. Karya Badan adalah peringatan bahawa seni tidak mengenal sempadan dan perbezaan yang ada adalah punca kenapa komuniti kreatif kami adalah sangat menarik dan pelbagai. ” Tambah Aaron, yang juga merupakan co-founder kepada Lek.
Kemasukan ke acara Karya badan adalah RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, boleh layari media sosial @karyabadan