Sebuah lirik video untuk lagu berjudul ‘Rindu‘ oleh Oufaa, Kamaii feat Tajsastra telah di riliskan di channel youtube Oh!fa? TV. Lagu ini adalah adunan campuran pelbagai genre dari R&B, Hip-Hop dan Pop. Selain dari youtube, lagu ini juga boleh didapati di platform streaming seperti soundcloud.
OufaaKamaii
Sedikit info mengenai artis-artis yang terlibat di dalam pembikinan lagu ini. Oufaa dan Kamaii merupakan antara ahli-ahli untuk kumpulan kolektif Hip-Hop Kuching iaitu Tikar Terbang. Bagi peminat-peminat dan follower-follower scene Hip-Hop Kuching atau Sarawak, kumpulan Tikar Terbang adalah antara kumpulan Hip-Hop yang dikenali sebagai sebuah kumpulan yang versatile. Kerana setiap ahli-ahli Tikar Terbang mempunyai cara individu mereka tersendiri didalam karya mereka. Manakala untuk Tajsastra pula, beliau merupakan seorang penulis dan penyajak. Beliau juga pernah meriliskan sajak-sajak beliau dalam bentuk zine. Dengan pengalaman dan bakat peliau sebagai penulis dan penyajak, beliau menambah perisa didalam lagu ‘Rindu‘.
Tajsastra
Check out, lagu ‘Rindu‘ dari Oufaa, Kamaii dan Tajsastra dan jangan lupa like, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial.
Lagu ini di rekodkan di Kamalstudio, di mix dan master sendiri oleh Kamaii dan lirik video pula di buat sendiri oleh Oufaa.
Sebuah acara muzik akan berlangsung di Dewan Sri Bunga Rampai Kuching iaitu Dreamscape Music 2024 pada 1 Disember 2024 (Ahad), bermula jam 2.00pm sampai habis! Dreamscape Music 2024 merupakan sebuah acara muzik yang menampilkan band-band Indie lokal dari Sarawak. Kebanyakan band-band yang beraksi pada acara ini adalah mereka yang pernah dan sudah mengeluarkan material masing-masing sama ada dalam bentuk EP ataupun Album.
Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Meruked, Pinanak Sentah, Dream Machine, Viceroyz, Dance On Your Grave, Kolbenfaust, Rey//Rey, Narrathief, Ethnic Transmission, Kelibat, dan lagenda Post-Grunge Malaysia, iaitu Dead Mushroom. Apa yang menariknya tentang band ini, selain daripada band-band yang bermain genre-genre yang berlainan, bahasa-bahasa yang di gunakan oleh band-band yang akan bermain juga adalah bervariasi. Ada band yang memainkan lagu dalam bahasa Bidayuh, Iban, Melayu, Hokkien, Mandarin, dan sudah tentu dalam bahasa English juga.
Tiket pula dijual dengna harga RM70 untu pre-sale dan RM80 untuk kemasukan dihadapan pintu. Untuk tempahan tiket pula boleh dilakukan secara di atas talian dengan layari laman web www.ilassoticket.com/dreamscapemusic, atau anda juga boleh mendapatkan tiket secara fizikal di tempat-tempat rasmi yang menjual tiket Dreamscape Music di Music Outlet di Emporium Branch, Bandat Record Store di Jalan Carpenter, Appleseed Jamming Studio di Satok atau di HeavySoul Vintage Shop di Riverside Mall. Anda juga boleh menghubungi nombor 012-8503250 untuk pertanyaan terus atau untuk sebarang maklumat lanjut mengenai acara ini.
Sebuah gig anjuran Go! Kebes akan berlangsung pada 23 November 2024(Sabtu) bertempat di Haus KCH. Gig bernama Yawook Vol.1 merupakan sebuah acara muzik yang bermula dari akar umbi dengan membawa pelbagai jenis band dari pelbagai genre. Tiket di jual bermula dengan harga RM35 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Gig ini akan bermula tepat jam 6.00pm sampai habis! Gig ini merupakan kolaberasi antara Go! Kebes, Yang Terlibat, Bandat Record Store, Skon Crew, Haus KCH dan RukunTV.
Gig ini akan bermula dengan sebuah sesi pembukaan memanaskan badan yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke gig ini dari Dj Lord Ajyp. Beliau akan memainkan muzik elektronik dalam rentak Techno, EBM, dan Dark Wave. Selepas selesainya sesi memanaskan badan, acara utama untuk gig ini dimana band-band yang memainkan pelbagai rentak muzik dari pelbagai genre akan bermula.
Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Sequel Revealed, Serangga, Path To Survive, Viceroyz, SeliparXJipun, Rey/Rey dan band penutupan utama untuk gig ini yang berasal dari Indonesia iaitu Takeiteasy. Persembahan dari band-band yang bermain pelbagai jenis genre pasti akan membuat para penonton terpukau dan kagum dengan bakat-bakat lokal yang wujud di tempat kita dan sekitar kita.
Orang ramai dijemput untuk hadir ke gig ini kerana ini merupakan gig pertama anjuran Go! Kebes dengan memaparkan band-band lokal yang hebat. Sama ada anda datang ke gig ini dengan niat hendak mengenali band-band baru di dalam radar anda ataupun anda merupakan peminat kepada band-band yang akan membuat persembahan, ataupun ini merupakan pertama kali anda turun ke gig lokal dan ingin menerokai dunia muzik underground Kuching, Yawook Vol.1 merupakan tempat yang sesuai untuk anda datang bersama kawan-kawan, keluarga dan membuat kenalan baru. Venue tempat gig ini di anjurkan juga merupakan tempat yang selesa dan sesuai untuk anda bersosial sepenuh hati bersama orang ramai.
Jangan lupa untuk hadir ke HAUS KCH pada 23 November 2024, bermula jam 6.00pm sampai habis, ambil gambar dan video banyak-banyak, dan tag Go! Kebes di platform media sosial anda. Jumpa anda di sana!
Sebuah teater muzikal yang menggamit hati dan emosi berjudul Laila Majnun karya dari Zulfadly Kipli (Sang Rawi) bakal di persembahkan pada 23 dan 24 November 2024 (Sabtu & Ahad). Teater muzikal ini mengisahkan tentang cinta abadi yang tragis yang penuh dengan tekanan dan halangan diantara Laila dan Qaish. Sebuah kisah cinta yang menyayat hati sehingga salah seorang daripada mereka menjadi sakit asmara dan dituduh menjadi gila.
Teater muzikal Laila Majnun memaparkan barisan gabungan pelakon lama dan baru di Sarawak. Antara pelakon-pelakon tersebut adalah Heizlan Khan, Haneem Muhammad, Hasanah Hashim, Hazis Wahab dan Haslina Hasbi. Mereka menjanjikan para penonton dengan lakonan yang mendalam dan penuh emosi. Menurut kenyataan akhbar dari penganjur kepada teater muzikal ini, teater ini bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga bertujuan untuk menyampaikan kisah-kisah klasik ke pentas moden agar masyarakat dapat menghayati tentang arti dan keindahan nilai-nilai cinta, kesetiaan, dan pengorbanan yang dibawa oleh kisah Laila dan Qaish.
Teater Laila Majnun akan dipentaskan di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, dan persembahan akan bermula tepat pada jam 8.00pm pada 23 dan 24 November 2024(Sabtu & Ahad). Tiket pula akan dijual dengan harga RM15. Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian di laman web www.ticket2u.com.my ataupun melalui pautan laman media sosial rasmi Sang Rawi. Sekiranya orang ramai ada mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh juga hubungi Cik Jihan di atas talian +6014571488.
Dengan adanya teater muzikal ini, diharapkan ia dapat membuka ruang yang lebih luas bagi bakat-bakat tempatan untuk menyerlahkan semangat dan kebolehan mereka di dalam bidang seni dan kreatif serta memperkukuhkan lagi perkembangan industri teater dan seni di bahagian Sarawak.
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu persembahan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton. Teater Muzikal Laila Majnun menjanjikan malam yang penuh dengan keindahan seni, muzik yang menyentuh jiwa, serta lakonan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam buat para penonton dan para penonton juga pasti akan terpesona dan tidak akan dapat melupakan malam mereka menonton “Teater Muzikal Laila Majnun“.
Pada hujung minggu 15, 16 dan 17 November 2024 akan berlaku 3 acara rave di 3 tempat berbeza yang di anjurkan oleh Stovelab dan VIBIN’ by Lek.. Stovelab merupakan kolektif muzik elektronik dari Kuala Lumpur(KL) dan mereka sering menganjurkan pelbagai jenis acara elektronic di KL. Kali ini, mereka mengembangkan sayap mereka dengan menganjurkan acara-acara mereka di Kuching Sarawak pula.
Pada 15 November 2024(Jumaat), akan berlaku di Zinc Restaurant & Bar, dan Dj-Dj yang akan bermain pada masa itu adalah Rocatz, Keeyushee dari kolektif SFDP dan Wndersouls. Tema pada tarikh ini adalah lebih kepada upbeat dan bertenaga. Kemasukan adalah percuma! Acara pula akan berlangsung tepat jam 10pm sampai habis!
RocatzKeeyusheeWndersouls
Pada 16 November 2024 (Sabtu) pula, acara rave seterusnya akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.‘ Dj-Dj yang akan bermain pada tarikh ini adalah Brainer, Hadiid dan Kretek. Mereka juga merupakan Dj dari kolektif elektronik NWHR. Tema muzik yang akan dimainkan pada tarikh ini adalah Dark/Heavy. Sesuatu yang pasti mengujakan para pendengar muzik yang suka akan bunyi-bunyian yang menggegarkan kepala dan dada. Kemasukan untuk tarikh ini pula adalah RM20 di hadapan pintu dan acara akan bermula tepat jam 10pm sampai habis!
BrainerHadiidKretek
Pada hari terakhir 17 November 2024(Ahad), upacara penutupan akan berlaku di Think & Tink dan Dj-Dj yang akan bermain pada tarikh ini adalah Aqlz, Intan dan Dan Idan dari kolektif SFDP. Tema muzik yang akan dimainkan pada hari terakhir ini adalah sempena terbenamnya matahari, dan acara ini adalah Sundowner. Kemasukan untuk hari terakhir ini adalah percuma! Pintu pula akan dibuka mulai jam 4pm sampai habis!
AqlzIntanDan Idan
Acara-acara selama 3 hari ini tidak pernah dilakukan di Kuching sebelum ini, dan ini juga merupakan acara pertama bertiket daripada Stovelab di Kuching. Sponsor untuk event ini pula adalah Heineken Malaysia. Acara ini juga merupakan kolaberasi antara Stovelab dan VIBIN’ by Lek. Menurut kenyataan akhbar oleh pihak VIBIN’ by Lek., “Kami berharap kami dapat membawa kehidupan yang menarik di Kuching. Kuching mempunyai potensi sebagai sebuah saluran muzik. Kita harus sentiasa melabur di dalam scene muzik lokal untuk membawa industri muzik lokal ke arah yang lebih luas dan baik.“
Roses Are Black, sebuah band Pop-Punk telah meriliskan MV terbaru mereka iaitu ‘Just Confess No Regrets‘ pada bulan lepas. Muzik Roses Are Black kebanyakannya adalah berceritakan tentang gaya hidup dan kehidupan peribadi. MV ini telah di riliskan pada bulan lepas.
Untuk lagu Just Confess No Regrets pula, lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berada di dalam perhubungan yang toxic dan dia ingin menghentikan hubungan itu. Namun perempuan di dalam lagu ini pula masih lagi ingin menghantui dan menganggu lelaki itu dan tidak ingin melepaskan perhubungan mereka. Nescaya sekiranya anda yang pernah atau sedang terlibat di dalam perhubungan toxic, lagu ini sememangnya lagu yang sesuai untuk anda.
Sedikit info mengenai Roses Are Black, mereka ditubuhkan pada tahun 2007 dan dari awal penubuhan mereka, mereka masih kekal sehingga sekarang dalam memainkan muzik berirama Pop-Punk. Bermula dengan hanya bermain di beberapa pertandingan Battle of The Band, dari situ, mereka mula mengorak langkah di dalam dunia muzik lokal di sekitar Kuching. Dengan persembahan yang konsisten, mereka mula mendapat tawaran untuk bermain di pelbagai gig lokal di sekitar Kuching, luar Kuching dan juga di luar Sarawak.
Lagu-lagu Roses Are Black boleh di dapati di setiap platform streaming, dan sekiranya anda hendak membeli material-material Roses Are Black, boleh lah check out page mereka di Bandcamp. Mereka juga boleh didapati di beberapa platform media sosial seperti Facebook, YouTube, Instagram, dan X(Twitter).
Check out, MV terbaru Roses Are Black di YouTube dan jangan lupa like dan subscribe. MV ini di arahkan oleh Halvard Media Works, lagu ini pula di mix & master oleh Gary Joseph yang juga merupakan pemain bass kepada Exhale My Ozone, artwork untuk band ini di buat oleh Flora Mujan Jaya dan lokasi venue pula dilakukan di 5 Foot Way Bistro & Cafe.
Sebuah party sempena hari Halloween akan di anjurkan di Think & Tink oleh Eden Revel dan di sponsor oleh Max & Match pada 1 November 2024 (Jumaat). Acara ini dinamakan Dance of The Dead dan para pengunjung digalak kan untuk mempamerkan kostum-kostume terbaik mereka untuk parti ini. Dj yang akan menghiburkan para pengunjung untuk acara ini adalah Dj Chonky. Parti ini akan bermula tepat jam 6pm sehingga habis!
Akan ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh acara ini dan antaranya adalah pakaian terbaik, rumah hantu, dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Tiket dijual dengan hanya serendah RM30 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Antara vendor-vendor makanan yang akan berada di hari kejadian pula adalah PuffLab, Mugsworth Tavern dan Tongg Restaurant.
Untuk mendapatkan maklumat bagaimana hendak mendapatkan tiket pre-sale, boleh lah hubungi page Instagram Eden Revel.
Sick Fast Loud, sebuah gig yang bertemakan muzik-muzik keras dari band-band underground di sekitar Malaysia kembali lagi di edisi yang ke-8. Di anjurkan oleh Punkcaroba Records, acara ini akan di adakan di Backdoor Studio yang terletak di Jalan Stutong pada 26 & 27 September 2024(Sabtu dan Ahad) bermula dari jam 4pm sampai habis!. Apa yang menariknya tentang acara ini, akan ada satu acara tambahan yang juga merupakan pre-show untuk Sick Fast Loud. Sebuah acara yang bernama Electroviolence pada 25 Oktober 2024 (Jumaat). Sebuah kolaberasi antara Punkcaroba dengan Thermal Shadow. Acara ini merupakan acara yang memaparkan band-band dan artis-artis yang memainkan muzik-muzik yang bergenrekan Noise, Industrial dan sewaktu dengannya. Acara ini pula akan di adakan di ruang acara VIBIN’ by Lek. bermula dari jam 8pm sampai habis!
Tiket kemasukan untuk Sick Fast Loud adalah hanya RM40 untuk kemasukan sehari dan RM70 untuk 2 hari. Manakala untuk pre-show Electroviolence Vol.1 pula tiket di jual dengan hanyalah RM25.
Sebuah acara yang meraikan pelbagai jenis Pop-Culture akan berlangsung di Kuching pada 19 – 20 October 2024, bertempat di Cityone Megamall, Kuching Sarawak, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam. Acara ini adalah di gelar Kuching Comic-Con (KCC) dan di anjurkan oleh Pickers Zone Co. (PZC) bersempena dengan acara What About Kuching (WAK), yang akan berlangsung di sepanjang bulan October 2024 nanti.
Kuching Comic Con (KCC), merupakan sebuah acara yang di anjurkan di Kuching, Sarawak, Malaysia, untuk meraikan Pop-Culture bagi peminat-peminak komik, wayang, kartun tv retro, permainan video(video game), dan banyak lagi yang sewaktu dengan-nya. Sekiranya anda merupakan peminat atau pengumpul komik seperti DC, Marvel, Dark Horse dan sebagainya. Ataupun anda adalah peminat-peminat filem seperti Star Wars, Star Trek, The Godfather, Clockwork Orange, dan banyak lagi. Ataupun peminat video game seperti Mortal Kombat, Cyberpunk, Street Fighter, Pacman dan pelbagai lagi. Sudah tentunya acara seperti ini adalah satu acara yang tidak patut anda terlepas. Terutamanya jika anda tinggal di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.
Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, ini merupakan acara Comic Con pertama yang akan di adakan di Kuching Sarawak. Walaupun sebelum ini pernah ada pelbagai acara seperti ini pernah dilakukan, seperti convention anime, cosplay dan sewaktu dengannya, tetapi kebanyakannya adalah banya fokus ke arah Pop-Culture Jepun. Untuk Comic Con ini pulah, tumpuannya adalah lebih kepada arah Pop-Culture dari bahagian barat pula.
Berbeza dari acara Cosplay di mana fokusnya adalah lebih kepada budaya animasi(anime) dan komik(manga) dari Jepun, Comic-Con pula fokusnya adalah lebih kepada budaya popular yang berasal dari negara-negara Barat teruatamanya dari Amerika Syarikat. Walaupun demikian, di sebabkan penggunaan internet yang semakin meluas dan masyarakat semakin banyak menyerap budaya dan sub-budaya dari internet yang datang dari pelbagai pelosok dunia, acara Comic-Con juga mula ada menggabungkan dan meraikan juga budaya popular dari negara-negara lain dan ini termasuk-lah budaya Cosplay dan Anime dari Jepun. Ini adalah kerana Comic-Con merupakan platform bagi meraikan budaya-budaya popular yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Adam John – BTS untuk sebuah filem arahan Aziz M Osman yang akan datang
Menurut Musrifin yang juga merupakan founder untuk Kuching Pickers, acara berskala sebegini untuk Comic-Con belum pernah di adakan di Kuching. Kalau ada pun ia di anjurkan di kalangan ahli-ahli sesebuah kelab seperti peminat Star Wars akan berkumpul dan bercakap tentang Star Wars sebagai contoh. Berlainan pula untuk acara-acara Anime, kerana acara anime sering berlaku secara besar-besaran seperti Otakyun dan AnimeXcess. Oleh itu Mus merasakan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seperti ini dan walaupun fokus Comic-Con adalah untuk budaya popular dari Barat, tetapi ianya tidak lupa juga dengan budaya-budaya popular yang datang dari kawasan-kawasan lain. Ini adalah kerana Comic-Con adalah platform bagi menyambut segala bentuk jenis media dan budaya popular dari semua kawasan dan peringkat.
Antara pempamer yang akan menyertai acara ini nanti adalah Sarawak Tokusatsu Club, dan Kuching Gunpla Builders. Kedua-dua mereka merupakan kumpulan pempamer yang berkait rapat dengan media dari Jepun dan masing-masing tertumpu kepada siri adiwira Jepun dan model plastik robot dari siri Gundam. Menurut Musrifin juga, “Dari segi rancangan untuk masa depan, saya berniat menjadikan KCC sebuah acara tahunan, dan untuk menjadikannya konvensyen yang dikenali di rantau Asia Tenggara dalam masa 5 ke 10 tahun. Selain itu, saya turut berancang untuk membawa masuk artis-artis terkemuka Malaysia seperti Dato’ Lat, pelukis komik Kampung Boy, serta studio animasi seperti Les Copaque, yang menghasilkan siri animasi Upin Ipin pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga berniat mahu membawa masuk para pelakon dari rantau Asia Tenggara yang telah terlibat dalam filem-filem antarabangsa juga pada masa akan datang.“
Bagi pengetahuan orang ramai, KCC adalah dilakukan sepenuhnya dengan pembiayaan sendiri oleh Musrifin dan dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Keris Sakti, Kenbest, CityONE MegamalldanPancaInderauntuk memperoleh bahan bercetak, kawasan acara, sistem suara dan skrin pentas utama. Di samping itu, terdapat beberapa organisasi-organisasi lain juga yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan acara ini. Antara nya adalah pihak What About Kuching (WAK), VM Creative Consultants, TVS dan RukunTV. Selain itu, Sarawak Society for the Deaf juga turut bekerjasama untuk menjayakan acara ini. “Ini merupakan peluang yang baik bagi mengetengahkan bakat-bakat yang terdapat dalam komuniti pekak di Sarawak pada acara ini.” – Tambah Musrifin lagi.
Menurut Musrifin juga, beliau berharap agak KCC, dapat dijadikan medan terbuka buat penggemar hobi, para pengumpul dan peminat budaya popular untuk berhubung dan berkongsi minat yang sama bersama semua orang, tanpa mengira latar belakang masing-masing. KCC juga akan menjadi platform bagi para artis dan perniagaan kecil-kecilan tempatan yang berkaitan serta mempromosikan bakat-bakat baru di dalam ruangan ini agar komuniti hobi ini akan terus berkembang di masa hadapan.
Parti atas kapal, ISSA Vibe yang di anjurkan oleh SFDP bagi meraikan ulang tahun ke-7 mereka akan berlangsung di Sarawak River Cruise (Waterfront) pada . Acara ini akan memaparkan beberapa orang Dj lokal iaitu BAD M.O.B yang sekarang tengah menjelajah di sekitar Nusantara, Keeyushee dan Dan Idan dari Kuching Sarawak. Acara ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2024(Sabtu) bermula jam 5.30pm – 10pm. Tiket di jual adalah sangat terhad kerana ia akan berlaku di atas kapal dan para pembeli tiket akan mendapat komplimentari Tuak sepanjang malam.
Dan Idan
Sedikit info mengenai headliner untuk acara ini iaitu BAD M.O.B, beliau berasal dari Subang Jaya, Selangor dan muzik yang dibawa dalam set beliau pula adalah gabungan dari pelbagai genre seperti Afro, Amapiano, Baile Funk, Future Beats dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya.
Keeyushee
Parti ISSA Vibe akan bermula tepat jam 5.30pm di Sarawak River Cruise dan orang ramai akan berpeluang untuk menikmati matahari terbenam dan pemandangan panorama dan keindahan sungai Sarawak di perairan Waterfront Kuching. Di sebelah malam pula, orang ramai boleh menikmati keindahan sungai Sarawak dan Watefront Kuching di atas kapal pada waktu malam, di temani bintang-bintang di lantai tarian.
Bad M.O.B
Tiket di jual dengan harga RM100, percuma Tuak shots, dan para pengunjung akan dapat menikmati dan menari serta di temani muzik-muzik yang di bawa oleh para-para Dj. Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman yang jarang belaku di Kuching, parti di atas kapal! Untuk mendapatkan tiket anda, boleh lah DM page Instagram SFDP untuk tempahan dan follow page mereka untuk update terbaru.