Author

Darth Ra

Discovery, Featured, New Release, News

Kebahagiaan Datang daripada Apa yang Kita Miliki Sekarang. Dari MV Band Melodic/Pop-Punk ‘For Us’ ‘With Time I’ll Fly’

Sebuah band Melodic/Pop-Punk daripada Indonesia For Us telah meriliskan sebuah muzik video berjudul ‘With Time I’ll Fly’ yang telah di lancarkan beberapa bulan lepas. Lagu ini di tulis sebagai refleksi tentang bagaimana kebahagian tidak semestinya hadir daripada pencapaian besar atau impian tentang masa depan. Akan tetapi, ia merupakan kemampuan di dalam menghargai tentang apa yang telah dimiliki pada saat ini ataupun melalui pendekatan yang leibih jujur, authentik dan lebih bersifat didalam memupuk semangat keberanaian dan terus memandang ke arah masa hadapan.

Bagi mereka yang baru mendengar band For Us, lagu ‘With Time I’ll Fly’ menampilkan identity muzik For Us dengan pengaruh-pengaruh irama Japanese Melodic Punk, dengan alunan elemen Bossa Nova di bahagian bridge lagu bagi menambahkan emosi di dalam lagu tersebut. Setiap lirik didalam lagu ini membicarakan tentang proses melepaskan perkara yang hilang, menerima realiti kehidupan, dan mencari kekuatan untuk terus bergerak ke hadapan. Kesuluruhan lagu ini bukan hanya bakal menawarkan pengalaman muzik kepada siapa-siapa yang mendengarnya, malahan, lagu ini juga menyampaikan masej tentang menghadapi alam dewasa, meneguhkan kekuatan hati, jangan putus asa dengan harapan dan menjadikan ia sebuah lagu yang sangat susuai bagi siapa-siapa yang mendengar dan sendang mencari makna kehidupan dan hala tuju ke arah masa hadapan.

Lagu ini dirakamkan di Rambpage Recording dan mixing & mastering lagu ini dilakukan oleh Rambo Permana. Muzik video ini pula diarahkan oleh Javas Aryadinata. Muzik video ini boleh di tonton di channel YouTube For Us. Jangan lupa untuk, komen, like dan subscribe!

Sedikit info mengenai For Us, mereka merupakan sebuah band yang memainkan irama Melodic/Pop-Punk yang berasal dari Sidoarjo, Indonesia. Mereka ditubuhkan pada tahun 2022 dan terdiri daripada Yudha(bass dan vokal utama), Axl(gitar dan vokal), Plensky(gitar dan vokal), dan Avic(drum). Walaupun teras dan akar muzik mereka adalah Melodic/Pop-Punk, For Us seringkali juga memasukkan elemen-elemen genre lain seperti Bossa Nova, Swing serta macam-macam lagi. Pada tahun 2024, For Us telah meriliskan EP pertama mereka iaitu Heartache Station yang boleh di strim di setiap streaming platform. Band ini terbuka untuk apa-apa invitation ke mana-mana untuk bermain live. Untuk apa-apa komunikasi bermain live, band ini boleh dihubungi di maklumat berikut:

📧 Email : foruspoppunk@gmail.com

📱 WhatsApp/Handphone : (+62) 813-3584-4027 (Yudha)

📩 DM melalui Instagram : @forus_poppunk

Gig/Concert/Tour/, News

MUARA. Sebuah Pertembungan Budaya, Kreatif dan Seni di Star On Stage (S.O.S)

Sebuah initiatif MUARA, yang menggabungkan muzik, budaya dan komunity kreatif merentasi sempadan antara Kuching, Pontianak dan Sibu akan berlangsung di Star on Stage (S.O.S) pada 29 April 2026(Rabu). Acara ini di anjurkan oleh ZASS Puravida dengan kempen ‘Breaking The Border‘. Acara ini menggabungkan para pengamal kreatif dari artis, pemuzik dan penggiat seni sekitar Malaysia dan Asia Tenggara dan merupakan salah satu usaha di dalam mengembangkan gerakan seni, budaya dan kreatif.

Projek MUARA di anjurkan bagi menjadi platform untuk titik pertemuan antara para penggiat komuniti kreatif di seluruh Borneo. Untuk edisi Kuching, projek ini akan membawa Syndrama daripada Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Barisan artis dan band tempatan lain dari Sarawak yang turut bersama untuk projek MUARA ini nanti adalah Razali Sa’at, Steff Fleur, Viceroyz, dan Wp.Shh.

Kempen kreatif ‘Breaking The Border‘ oleh ZASS Puravida ini bakal menghubungkan para artis, pemuzik, chef, dan beberapa komuniti sub-budaya yang ada di sekitar Borneo melalui kolaberasi, pertukaran ilmu, serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik. MUARA merupakan sebuah platform dan initiatif yang bertujuan untuk menjadi titik pertemuan budaya dan menggalakkan kolaberasi di sekitar rantau Borneo.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di MUARA ‘Breaking The Border‘ adalah sesi podcast, dimana perbincangan dan perkongsian mengenai pengalaman, pendapat dan idea daripada penggiat-penggiat seni dari Pontianak dan Kuching. Para-para penggiat seni, kreatif dan muzik juga akan berpeluang untuk berdiskusi, berbincang dan berkongsi idea untuk sebuah sesi perkongsian. Para-para peminat makanan juga boleh merasai pelbagai jenis hidangan makanan yang istimewa yang di buat oleh enthusiast makanan. Seterusnya, sebuah acara tidak akan sempurna tanpa adanya persembahan muzik.

Jangan lupa untuk hadiri MUARA di Star on Stage (S.O.S) pada 29 April 2026(Rabu) dan khabarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda! Tiked di juak dengan hanya RM50 untuk pre-sale dan RM60 di hadapan pintu.

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Raikan Kreativiti dan Komuniti di Rajang River Music Festival di Sibu, Sarawak

Rajang River Music Festival 2026 (RRMF) kembali dengan edisi kedua pada 1-2 Mei 2026. Acara kali ini akan berlangsung di Robert’s Wooden House yang terletak di Sibu, Sarawak. RRMF merupakan sebuah acara yang menampilkan program multisidiplin yang pelbagai dari muzik, art installation, pasar artisan, budaya tatu, serta pengalaman F&B dan budaya kopi yang akan di kurasikan. Acara ini di anjurkan oleh MICROWAVE (Sibu Film Art Association).

RRMF merupakan sebuah acara yang memberi gambaran bahawa Sibu sebagai salah sebuah destinasi pergerakan seni, kreatif dan budaya di Malaysia dan juga di sekitar Asia Tenggara. Untuk tahun 2026, RRMF akan menggabungkan beberapa barisan artis-artis tempatan dan serantau. Antara mereka adalah Nadhif Basalamah (Indonesia), Ivy Lee (Taiwan, Malaysia), Alena Murang (Sarawak), dan At Adau (Sarawak). Barisan-barisan artis ini adalah dari pelbagai jenis aliran muzik dan persembahan dari mereka sudah pasti akan membentuk pengalaman yang intim, bertenaga, yang di sertakan sekali dengan gabungan tradisi dan ekspresi kontemporari.

Menurut pengarah festival iaitu Chris Ling, Kami ingin mewujudkan sebuah ruang di mana muzik dan cerita adalah berkaitan, dan acara ini adalah bukan sekadar sebuah festival, tetapi sebagai platform untuk membina hubungan. Dengan setiap edisi, kami membina sesuatu yang menjadi milik komuniti, sambil membukanya kepada khalayak yang lebih luas.”

Selain daripada program-program artistik, RRMF juga turut memperkenalkan Student Access Programme, yang bertujuan untuk membawa golongan muda ke persekitaran festival tersebut. Ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan muzik secara langsung, industri kreatif dan sekaligus mengukuhkan komitment RRMF di dalam pendidikan dan aksesbiliti di dalam dunia dan industri kreatif.

Semenjak acara RRMF di jalankan, mereka telah terus berkembang dan mendapat sambutan dari komuniti tempatan kerana menjadi platform budaya yang menyumbang kepada pelancongan, penglibatan belia, serta ekonomi kreatif di Sarawak. Dengan berlatar belakangkan sungai Rajang, orang ramai di jemput untuk hadir, meneroka dan sama-sama berkongsi pengalaman di dalam menghargai seni, alam dan sifat komuniti yang boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia.

Untuk mendapatkan tiket ke acara ini, pergi ke lamak instagram Rajang River Music Fest dan DM atau klik link yang tertera di page tersebut.

Gig/Concert/Tour/, News

Acara Sukan Extreme, CANROLL – Pro Urban Sports Edisi ke-2 Kembali di Waterfront Kuching, Sarawak

CANROLL – Pro Urban Sports Festival kembali untuk edisi kedua dengan kerjasama bersama Urban World Series. Untuk edisi kali ke-2 ini, buat pertama kali, CANROLL membawa 2 atlet daripada Eropah iaitu Saul Vilar daripada Sepanyol untuk BMX Freestyle, dan Alex DeCunha daripada United Kingdom untuk Skateboard. Acara ini akan berlangsung pada 8 – 12 April 2026(Rabu – Ahad), bertempat di Waterfront Kuching, Sarawak. Acara ini akan menghimpunkan peminat-peminat sukan extreme dari sekitar Malaysia, seluruh Asia Tenggara dan juga antarabangsa.

Penyertaan daripada Saul Vilar dan Alex DeCunha merupakan satu langkah besar untuk CANROLL bagi membina sebuah platform sukan extreme, sukan urban bertaraf antarabangsa dapat di anjurkan di Sarawak. Saul Vilar dan AlexDeCunha merupakan 2 orang atlet yang pernah memenangi beberapa acara sukan extreme di eropah dan masing-masing mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam sukan extreme kategori masing-masing.

Dengan adanya acara CANROLL ini, para penganjur berharap acara ini akan dapat menghubungkan dan membina jambatan antara atlet-atlet sukan extreme tempatan dan antarabangsa. Acara ini juga akan dapat memperkenalkan budaya sukan extreme tempatan dan juga Asia Tenggara kepada peringkat global. Antara kategori sukan extreme yang akan ditampil dan di pertandingkan pada CANROLL 2026 adalah Skateboard, BMX Freestyle, BMX Flatland, Aggressive Inline Rollerblading, Breakdance, Jetski, Pickleball, Jetski Racing, Flyboard Demo, dan Basketball. Selain dari acara dan pertunjukan sukan extreme, CANROLL juga akan memaparkan persembahan muzik, podcast dan macam-macam lagi.

Menurut Nik Suhaily yang juga merupakan penganjur untuk CANROLL, “CANROLL adalah tentang menyatukan komuniti melalui sukan urban, dan dengan penyertaan atlet antarabangsa tahun ini, kami akan membawa festival ini ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan penganjuran CANROLL, perkara ini menandakan bahawa Kuching, Sarawak merupakan antara lokasi yang berpotensi untuk menganjurkan acara sukan extreme dan festival yang bertaraf antarabangsa. Terutamanya dengan lokasi Kuching yang unik, gabungan suasana bandar, hutan hujan dan kepelbagaian budaya yang ada.

Gig/Concert/Tour/

Seronok, Kreatif dan Bergembira di TinyFest, Sebuah Aktiviti Kekeluargaan Untuk Ibu Bapa Bersama si Kecil

Sebuah acara kekeluargaan iaitu ‘Tiny Fest‘ yang berkonsep dan bertemakan mini-rave untuk kanak-kanak akan berlangsung di Tropics City pada 28-29 March 2026 (Sabtu & Ahad). Bertemakan ‘Rumble In The Jungle‘, untuk edisi pertama ini, acara ini direka sebagai sebuah festival bersama keluarga dan kanak-kanak adalah menjadi fokus utama. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan terdapat di acara ini seperti permainan kreatif, bengkel interektif, dan sudah semestinya muzik.

Apa yang menariknya mengenai acara ini, kita biasanya akan mengaitkan Rave sebagai sebuah acara muzik dan menari untuk orang dewasa. Tetapi berlainan sikit untuk ‘Tiny Fest‘, kerana acara ini fokus nya adalah bukan sahaja untuk tujuan hiburan, tetapi ia merupakan sebuah aktiviti kekeluargaan untuk ibu-bapa bersama anak-anak kecil mereka untuk apa-apa perkara berkaitan kreatif. Sangat berbeza jika di bandingkan dengan acara muzik, kreatif dan hiburan yang lain, acara ini akan memberikan ruang kepada anak-anak kecil untuk menerokai dan mengekspresi diri mereka. Para ibu-bapa juga akan bersama membuat pelbagai aktiviti dengan anak-anak mereka untuk berkongsi dan merasai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ibu-bapa dan anak-anak.

Antara aktivi-aktiviti menarik yang akan di adakan pada acara ini adalah Baby Rave; sebuah mini-rave yang mesra kanak-kanak, Pure Day Play Gone; sebuah aktiviti kreatif bersama ibu-bapa dengan anak-anak, Tiny Talk; sesi khas buat ibu-bapa yang akan menampilkan pakar kesihatan mental bagi membincangkan apa-apa perkara berkaitan kesihatan mental untuk ibu-bapa, Live Orchestra, sebuah persembahan orkestra, Skateboard Workshop;(penyertaan adalah terhad), sebuah bengkel skateboard yang mesra kanak-kanak, Tayangan Khas Filem Animasi Pendek; memaparkan beberapa filem animasi pendek daripada studio-studio animasi dari Sarawak. Bouncy Castle, bengkel daripada WOW Studio(Pay-To-Play), dan semestinya beberapa vendor makananan yang sesuai dan sedap untuk untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Tiket untuk ke Tiny Fest ini dijual dengan harga RM35 untuk Early Explorers(early bird) dan RM50 untuk Gate Pass(pembelian di hadpan pintu). Ibu-bapa yang membawa anak-anak hanya perlu membayar tiket untuk anak-anak, manakala kemasukan untuk ibu bapa adalah percuma. Penempahan tiket boleh didapatkan di link ini:

Featured, Gig/Concert/Tour/

Sada Purrfect, Sebuah Gig Yang Mengumpulkan 6 Buah band Independent Iban Bakal Berlangsung di Purffect Studio

Ruang acara Purrfect Studio bakal di gegarkan dengan komuniti muzik Iban, dimana sebuah gig bernama ‘Sada Purrfect‘, yang akan menghimpunkan 6 buah band Independent Iban yang akan berkongsi pentas bersama. Gig ini akan berlangsung pada 21 March 2026 (Sabtu) bermula dari jam 7.00pm sampai habis. Ini bukan sekadar sebuah gig, tetapi meruapakan sebuah gig yang meraikan bunyi, semangat dan solidariti untuk scene muzik Iban yang semakin berkembang dan tumbuh bagaikan cendawan.

Acara ini dianjurkan dengan kolaberasi antara Purrfect Studio dengan Serakup Pemuzik Dayak. Gig ini juga akan menggabungkan beberapa buah band dari sekitar Sarawak seperti dari Sibu, Kanowit, dan Kuching. Band-band ini akan membawa beberapa genre yang berlainan dari Pop-Punk, Alternative Rock, Post-Hardcore dan Modern Rock.

Scarlet Letters

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Scarlet Letters dari Sibu. Band ini membawa muzik berirama Pop-Punk dan sudah meriliskan beberapa single seperti ‘Aku Mupuk Dulu‘, ‘Berubah‘, dan ‘Anang Guai Ngetu‘ yang boleh di stream di YouTube. Pengaruh muzik untuk band Scarlet Letters adalah band-band seperti My Chemical Romance, Neck Deep, dan Silverstein. Scarlet Letter juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP pertama mereka.

De’LYMA

Band De’LYMA juga merupakan band yang berasal dari Sibu Sarawak dan mereka membawa muzik berirama Pop-Punk, Thrash, Nu-Metal dan Metalcore. Muzik yang mereka bawa adalah bunyi-bunyian yang agresif namum masih mengekalkan irama melodik. De’LYMA telah meriliskan beberapa single seperti “Semina Mimpi Aja“, “Maria” dan “Just You” feat Phoebe Chloe.

JDS

Band JDS pula adalah dari Kanowit dan mereka telah wujud sejak 2004. Muzik yang mereka bawa pula adalah beriramakan Post-Hardcore dengan tekstur-tekstur ambient. Pengaruh muzik JDS pula adalah dari band-band seperti Love Me Butch, Envy dan Periphery. Sebagai antara band yang telah lama, mereka terus membentuk landskap muzik Alternatif di Sarawak.

S.A.D

Band S.A.D juga berasal dari Kanowit dan mereka membawa muzik beriramakan Alternatif Rock. Mereka juga telah meriliskan beberapa single yang boleh di tonton di dalam YouTube dan lagu-lagu tersebut adalah “Nadai Nama“, “Aku Sayau Ke Iya“, dan “Aku Enda Pechaya”. Pengaruh muzik band S.A.D adalah dari band-band seperti Anberlin, Circa Survive, Explosions In The Sky, serta band tempatan Sarawak sendiri iaitu Ethnic Transmissions.

Radak Nyawa

Band seterusnya pula adalah Radak Nyawa daripada Kuching dan mereka juga membawa muzik bergenrekan Alternatif Rock yang agak kasar akan tetapi pada masa yang sama adalah sangat Melodik. Mereka sekarang tengah di dalam process untuk menghasilkan EP pertama mereka yang bertajuk Bup Lumor Satu. Muzik mereka di pengaruhi oleh band-band seperti Social Distortion, Ethnic Transmissions, dan Ramones.

Saint Venus

Band terakhir yang akan melengkapkan gig ini pula adalah Saint Venus yang juga berasal dari Kuching Sarawak. Muzik yang mereka mainkan adalah Modern Rock dengan sentuhan bunyi-bunyian Rock 90-an. Pengaruh muzik mereka pula adalah dari band-band seperti The Smashing Pumpkins, Tool, dan Ethnic Transmissions. Mereka juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP mereka yang di jangkakan akan diriliskan dalam sekitar tahun 2026.

Gig Sada Purrfect ini bukan sekadar gig, tetapi ia merupakan sebuah kenyataan budaya dan kreativiti. Gig ini melambangkan sebuah gelombang baharu daripada para pemuzik Iban masa kini yang sedang membentuk dan mentakrif semula landskap muzik Alternatif di Borneo dengan mencabar stereotype terhadap muzik Iban melalui penerokaan terhadap bunyi-bunyian moden.

Tiket boleh di tempah dengan hanyak RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu boleh di tempah dengan hanya RM50 sahaja. Untuk menempah tiket ke gig ini, follow dan like page-page media sosial Purrfect Studio.

New Release

Band Metal, Kolbenfaust Telah Meriliskan MV ‘Pusara Di Awan Biru” feat Joel Gilsdorf

Band yang memainkan muzik berirama Metal(Death Metal, Alternative Metal, Metalcore) Kolbenfaust telah meriliskan sebuah muzik video untuk single terbaru mereka iaitu “Pusara Di Awan Biru” featuring Joel Gilsdorf pada 13 March 2026 (Jumaat). Muzik video ini di arahkan oleh Aldo dari Horizon Entertainment dan producer untuk muzik video ini pula adalah Jay Adam. Artwork untuk lagu ini pula dibuat oleh Mell Korega Lagu ini juga boleh di steam di setiap platform streaming muzik digital (Spotify, Apple Music, YouTube Music, etc).

Lagu ini juga merupakan lagu pertama dari Kolbenfaust yang menggunakan penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia. Lagu ini menceritakan tentang perjalanan emosi yang menyentuh tema kesedihan, kehilangan dan tekanan perasaan yang sering di alami di dalam kehidupan manusia.

Jangan lupa untuk menonton muzik video Kolbenfaust – Pusara di Awan Biru bersama dengan Joel Gilsdorf. Like, subscribe, follow dan share karya Kolbenfaust untuk mengetahui tentang apa-apa perkembangan mengenai mereka.

Uncategorized

Perlancaran ‘Music Studio’ Untuk Para Enthusiast Gear Music dari Kolaberasi Bersama oleh Cincai Pedal Sarawak, Purrfect Studio dan CatSound.co

Cincai Pedal Sarawak dan Purrfect Studio telah berkolaberasi untuk melancarkan Music Shop; bukan sekadar kedai muzik, tetapi merupakan sebuah brand yang bertujuan untuk menjadi sebuah hub yang menyokong para musisi dengan bukan sahaja menjual instrument-instrument muzik pre-loved, tetapi juga untuk para peminat apa-apa jenis instrument muzik untuk berkumpul di suatu tempat dan berbincang dan berkongsi ilmu mengenai gear-gear mereka.

Perlancaran Music Shop ini akan berlaku di Purrfect Studio pada 28 February 2026 (Sabtu), bermula dari jam 5.00pm – 6.00pm. Perlancaran ini akan memaparkan pameran gear, demonstrasi teknikal, networking sesama para musisi, producer dan peminat gear.

Antara para kolaberasi yang terlibat dengan perlancaran ini adalah Cincai Pedal Sarawak, Purrfect Studio, dan CatSound.co. Sedikit info mengenai para kolaberasi ini, Cincai Pedal Sarawak merupakan pakar di dalam servicing gitar, bass, pedal, custom, teknikal, pemulihan dan sebagainya. Purrfect Studio pula merupakan sebuah space kreatif untuk jamming, penganjuran gig, rekoding dan apa-apa yang berkaitan. CatSound.co adalah sebuah organisasi yang mengadvokasikan pembangunan bakat dan mengexport bakat Borneo-Malaysia serta media liaison untuk perlancaran ini.

New Release

Band Metalcore / Post-Hardcore, Fear The Awakening, Rilis Visualizer MV ‘Solace’

Band yang memainkan genre Metalcore & Post-Hardcore, Fear The Awakening(FTA) telah meriliskan sebuah visualizer lirik video untuk lagu berjudul ‘Solace‘. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang telah lama dirilis suatu ketika dahulu, tetapi setelah beberapa tahun dan dengan pengalaman di dalam arena bermain muzik, FTA memutuskan untuk merekod semula lagu ini dengan process rekoding dan mixing yang lebih mantap.

Setelah beberapa tahun band ini berada dalam keadaan hiatus, lagu Solace ini dijadikan single pertama yang digunakan oleh FTA untuk menandakan mereka telah kembali aktif semula bermain muzik. Lagu ini di produce oleh Nickolai Nasharudin dan Noorhalisafiq Rizal. Lirik juga di buat oleh Nickolai Nasharudin dan Azreen Octavius, manakala komposer lagu ini pula adalah Nickolai Nasharudin,Afif Arimi dan Jumpbull Morcdoc. Masa lagu ini mula-mula di rilis dahulu adalah sekitar tahun 2010 dan namanya pada ketika itu adalah ‘Loneliness of a Liar‘. Akhirnya setelah dibuat semula, pada tahun 2026 lagu tersebut di tukar menjadi Solace dengan bunyi yang lebih moden dan masih mengekalkan impak emosinya sebagai teras kekuatan lagu ini.

Walaupun rilisan baharu lagu ini di riliskan pada 14 Februari 2026 bersamaan dengan tarikh sambutan hari Valentine, lagu ini bukan lah tentang lagu cinta. Lagu ini adalah mengisahkan tentang seseorang yang hendak membentuk dan membina semula kehidupan setelah hidup dalam penuh dusta. Perjalanan dan perjuangan untuk mendapatkan keyakinan orang lain adalah mengambil masa yang agak lama dan untuk mendapatkan semula kepercayaan itu, harus lah dibuktikan terlebih dahulu.

Sedikit info mengenai band FTA, mereka ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama Liar Among Friends. Pada tahun 2014 pula, mereka telah menukar nama mereka menjadi Fear The Awakening. Sejak dari awal penubuhan mereka, FTA telah meriliskan beberapa material dan melakukan persembahann di beberapa gig-gig underground/independent di sekitar Sarawak. FTA juga dikenali sebagai sebuah band yang memperjuangkan bunyi-bunyian Post-Hardcore dan Metalcore serta muzik yang mereka bawa pula adalah lebih terkawal, melodic dan sudah pastinya berat.

Ahli-ahli band ini adalah terdiri daripada, Azreen “Abang Boss” Octavius(Vokal), Nickolai “Nicko” Nasharudin(Gitar & Backing vokal), Nurulhaq “Huck” Raheem(Bass, Clean vokal), Eiskhander “Sem” Dollah(Dram) dan Noorhalisafiq “Safiq” Rizal(Keyboard, Synths, FX, Programming & Gitar).

Checkout lagu Solace yang telah di buat semula di setiap streaming platform dan tonton visualizer lirik video di YouTube. Jangan lupa untuk subscrribe, share, like dan follow Fear The Awakening di setiap platform media sosial mereka untuk mengikuti perkembangan mereka.

Uncategorized

Carrie Geres: Menggabungkan Tradisi dan Moden dengan Lagu ‘Dayung Bidayuh’ Remix 2026 feat Lester Geres

Penyanyi berasal dari Padawan, Carrie Geres telah melancarkan sebuah muzik video baru iaitu “Dayung Bidayuh” versi baharu remix 2026 yang boleh di dapati di setiap platform streaming muzik. Lagu ini pada mula nya telah di terbitkan pada tahun 2015 dan liriknya pula menggunakan dialek Biperoh dengan penggunaan bahasa moden serta slanga dari Kampung Garung dan Kampung Jambu. Lagu ini di tulis dan digubah oleh Lester Geres dan di rakam dan di mix & master oleh Bernie Joel Geres di studio Tsitra Music

Menurut Carrie, lagu “Dayung Bidayuh” bertemakan tentang pemerkasaan wanita di dalam kalangan wanita Bidayuh. Walaupun sebahagian daripada lirik untuk lagu ini merujuk kepada Dayung Biperoh yang juga merupakan penghormatan kepada sub-kumpulan Biatah, lagu ini juga sebenarnya meraikan wanita Bidayuh secara kesuluruhan sama ada mereka datang dari Padawan, Bau, Serian, Lundu dan juga Kalimantan Barat, Indonesia.

Lagu ini pernah dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Lagu Bidayuh 2019 oleh Wai FM Bidayuh. Lagu ini di keluarkan pada mulanya selepas kejayaan single pertama Carrie iaitu “Tenggie Ku” dan juga pernah memberi impak yang besar serta membawa pembaharuan yang nyata di dalam landskap muzik Bidayuh.

Menurut Lester yang juga merupakan penulis dan penggubah untuk lagu ini, pemilihan bahasa Bidayuh di dalam lagu ini adalah bertujuan untuk mempromosikan warisan budaya dan identiti masyarakat Bidayuh moden agar ia berkembang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun penggunaan bahasa adalah tidak tulen sepenuhnya dari segi dialek, tetapi ia mencerminkan cara pertuturan masyarakat Bidayuh masa kini dan pada masa yang sama, masih tetap mengekalkan unsur warisan budaya yang tersendiri.

Lester yang juga merupakan peminat kepada genre Hip-Hop dan R&B, dan dengan menggunakan bahasa Bidayuh sebagai bahasa utama di dalam lagu ini, Lester berharap dengan pendekatan sebegini, ia akan dapat menarik lebih banyak minat daripada generasi muda untuk menerokai dan menjiwai lagu dan muzik ini dengan lebih mendalam.

Dengan versi remix 2026 pula, sempena dengan ulang tahun ke-10 lagu ini, Carrie dan Lester membuat keputusan untuk menstruktur semula susunan muzik lagu ini. Beberapa elemen baharu juga telah ditambah di bahagian Rap dengan beberapa bahagian di dalam bahasa Inggeris yang di persembahkan oleh Carrie sendiri. “Dari sini, kita dapat melihat sisi bakat Carrie bukan hanya pada nyanyian, tetapi beliau juga boleh Rap juga. “Saya menambah versi Rap untuk buktikan kepada orang ramai bahawa saya bukan hanya boleh menyanyi, saya juga boleh rap. Satu perkara tentang saya yang ramai orang tidak tahu. Untuk remix 2026 ini, saya ingin menampilkan rap saya.

Untuk muzik video Dayung Bidayuh yang di arahkan oleh pengarah GX, muzik video ini menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden dari segi fesyen tradisional, kontemporari, couture dan juga streetwear. Sebahagian daripada rekaan busana yang digunakan di dalam muzik video ini juga selain menggunakan element Bidayuh, turut ada adalah elemen etnik Dayak yang lain sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya yang terdapat di Sarawak dan Kalimantan. Busana-busana yang di gunakan di dalam muzik video ini adalah daripada MG Couture dan juga HafizDressmaker.

Muzik video ini juga turut menampilkan kemunculan khas dari Dashin Anak Ngalong. Beliau merupakan salah seorang wanita Bidayuh Ring Ladies yang terakhir dari kampung Semban. Muzik video ini juga akan menampilkan artis jemputan iaitu Pearl dan Rendall daripada band Swaiv. Penyanyi dan penulis lagu Jasmine John dan Michael Gayut MG juga akan berada di dalam muzik video ini.

Carrie Geres (kiri), Dashin Anak Ngalong (kanan)

Apa yang uniknya mengenai pembikinan muzik video ini, proses pengembaraannya berlaku di sepanjang durasi 9 tahun merentasi 3 fasa berbeza. Pada tahun 2018, muzik video ini di ambil berhampiran Annah Rais menggunakan iPhone, pada tahun 2023 di Kuching di rumah Carrie Geres sendiri dan penggambaraan ke-3 berlaku di awal tahun 2026 di Semadang dan Kampung Garung.

Jangan lupa untuk tonton muzik video ini dan like, subscribe dan follow Carrie Geres di setiap media sosialnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau.