Category

Gig/Concert/Tour/

Gig/Concert/Tour/

Post – MCO Gig @ Backdoor Studio & Event Space

Setelah sekian lama duduk di rumah akibat perintah kawalan pergerakan(PKP), sebuah gig akan di adakan di Backdoor Studio & Event Space anjuran Punkcaroba Records pada Jumaat ini(10 July 2020).

Band-band yang akan beraksi adalah Sequel Revealed, Serangga, Someday, Epoch Vultures, Counterback dan Path To Survive.

Details gig ;

Time : 6.30pm

Date : 10 July 2020 (Jumaat)

Ticket : Rm15 door

Venue : Backdoor Studio & Event Space

Ini adalah petanda baik kerana selepas gig demo launching Dirty Detox di Rumah Panjai : Kuching Punk House tempoh hari, disusuli pula dengan gig ini. Ini menunjuk kan sudah boleh melakukan gigs. Perkara yang di tunggu-tunggukan oleh gig goers. Yeah!

Gig/Concert/Tour/

Dirty Detox Demo Launching Gig @ Rumah Panjai

Setalah sekian lama sunyi tanpa gig, pada 5 July 2020(Ahad), akan ada gig di Rumah Panjai : Kuching Punk House. Gig ini adalah sempena release Demo untuk band D-Beat Crust Punk Dirty Detox.

Gig tersebut mempersembahkan beberapa buah band iaitu, Serangga, Destroying Ears, The Juice Box, Path To Survive dan Bronco Buster.

Maklumat lanjut tentang gig tersebut

Tarikh : 5 July 2020 (Ahad)

Jam : 2.00pm sampai habis

Tiket : Rm15

Venue : Rumah Panjai : Kuching Punk House

Untuk maklumat yang lebih lanjut, ask a Punx!

Gig/Concert/Tour/

Facebook Live Gig by PUNKCAROBA

Sebuah gig online anjuran Punkcaroba akan berlangsung pada 7, 14, 21, 28 June (setiap Ahad) dan 7 July(Selasa) bermula jam 3.30pm. Gig online ini akan di siarkan dalam media sosial facebook Punkcaroba secara live dan gig tersebut bertempat di Backdoor Studio, Kuching.

Pandemic Covid-19 telah menyebabkan banyak industri terbantut dan industri seni adalah antara yang terawal merasa impak nya sebab banyak show terpaksa dibatalkan. Ramai yang hilang pekerjaan, bukan sahaja artis/band yang kehilangan job, mereka yang berkerja di belakang tabir seperti krew-krew event, freelancers’ dan ramai lagi yang terlibat dengan industry seni tiada job.  

Namun begitu, ramai yang mencari cara macam mana hendak adaptasi diri dengan keadaan situasi semasa di mana banyak show yang terpaksa dibatalkan, dan ramai artis/band mula melakukan live show secara online. Tidak ketinggalan, sebuah event organiser Punkcaroba akan melakukan online live show di Backdoor Studio dan live show itu boleh di saksikan di laman facebook Punkcaroba

Antara band-band local yang akan beraksi pada live show tersebut adalah Sistem Taik, Militant Attack, Exterminate, Inspired The Bee, Bronco Buster, Believe/Disbelieve, Dirty Detox, Path To Survive, Saturday Heroes, Deadshot, Someday dan Mavis Dirty Project.

Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba, tujuan gig ini dilakukan adalah untuk memastikan scene band lokal masih kekal aktif walaupun di dalam situasi pandemic. Sekiranya online live show ini mendapat sambutan, besar kemungkinan online live show ini akan di teruskan sehingga akhir bulan July.

Band-band yang beraksi adalah dari pelbagai genre muzik dari Hardcore Punk, Thrash Metal, Oi! & Shoegaze. Nice!

Live facebook ini melibatkan kolaberasi beberapa kolektif seperti Rothouse Distribution dan Backdoor Studio.

Gig/Concert/Tour/

Felt Emo Might Delete Gig Highlights @ Appleseed Studio

Highlights untuk gig Felt Emo Might Delete anjuran MatiParaiDeadSi yang di adakan di Appleseed Studio pada 22 February lepas baru release di youtube RukunTV.

Video di edit oleh pelajar intern kami jadi ada sedikit kekok rupanya.

Gig tersebut memaparkan beberapa buah band lokal seperti Chugs On Deck, The Red Fire, Afterfall, Believe/Disbelieve, Firebomb, Kill My Dead Lover, The World Has Fallen, Dazegarden, Garbage Diary & Label Five

Turut sama menjayakan gig ini adalah Kids Break Out, Blackwish Art, Everyday Gawai, Noiz, Indizz & RukunTV.

Gig/Concert/Tour/

EPOCH VULTURES – EP Release Party @ OldWell Studio

Epoch Vulture, band experimental Post – Grunge akan melakukan release party untuk EP mereka pada 7 March(Sabtu) di Oldwell Studio di MetroCity Matang Kuching.

Apa yang best nya tentang gig ini ialah, ITS FREE! Yes bro-bro & sis-sis sekalian. Gig ini adalah free entrance. Anda hanya perlu bawa extra cash sebab akan ada merch di jual di venue tersebut dan akan ada tabung yang akan di bawa ke sekitar gig tersebut di mana anda boleh menderma seikhlas hati ikut berapa anda nak sebagai tanda penghargaan kepada kepada scene dan para organiser yang mengadakan gig ini.

Band-band yang turut bersama supporting gig ini adalah The Outsider’s Edge, Path To Survive & Myopia

Tarikh : 7 March 2020 (Sabtu)
Masa : 7pm
Venue : Oldwell Studio, MetroCity Matang, Kuching, Sarawak
Tiket : FREE! (Ada tabung derma di venue untuk anda derma seikhlas hati)

Gig/Concert/Tour/

RAVE di HAUS of NWHR

Are you ready for partyy! Jyeah! HAUS KCH, sebuah organisasi belia yang melakukan pelbagai aktiviti komuniti yang banyak melibatkan seni akan mengadakan Rave Party kerjasama dengan NWHR di City Square Kuching. Ini adalah sempena perasmian tempat baru mereka yang akan buka tidak lama lagi.

Acara tersebut menampilkan DJ-DJ dari NWHR iaitu Hadiid, Brainer & Wu. Butiran acara tersebut adalah seperti berikut ;

Tarikh : 28 February 2020 (Jumaat)

Masa : 9pm

Masuk : Rm25 satu tiket.

Apa tunggu lagi, sebarkan dekat member-member, gang-gang. Kita berhuha di hujung minggu.

Gig/Concert/Tour/

Jelajah Dermaga 2018

19 October 2018, Sekumpulan Orang Gila (SOG) memulakan perhentian pertama untuk Jelajah Dermaga 2018 di Kuching Sarawak. Untuk siri pertama di Kuching, mereka di sokong oleh band Transitions. Gig Jelajah Dermaga siri Kuching yang di anjurkan oleh Medivurl, tiket telah di laporkan SOLD OUT! Mantap!

WhatsApp Image 2018-10-17 at 1.20.45 PM

 

Terdapat beberapa masalah sebelum gig di mulakan, seperti beberapa pertukaran venue yang berlaku sehingga ke saat-saat akhir sebelum gig di mulakan. Namun semuanya dapat di selesaikan oleh pihak penganjur. Gig sepatutnya di lakukan di venue K Club, tetapi terpaksa di tukar pada minit-minit terakhir di 85 Bistro & Pub yang terletak bersebelahan bangunan venue asal. Sebab venue bertukar admin pun tak pasti, tapi admin dengar venue terpaksa ditukar sebab venue asal K Club mengalami kebocoran akibat hari hujan. Di sebabkan pertukaran ini, gig bermula sedikit lewat dalam lingkungan 8 malam dan berakhir tepat tengah malam.

 

PSX_20181020_120830

(Believe / Disbelieve)

 PSX_20181020_120959

(Believe / Disbelieve)

 

Persembahan pertama gig tersebut di mulakan dengan sebuah band lokal dari Kuching, Believe / Disbelieve (B / D). Mereka memulakan persembahan dengan mantap dan bertenaga. Selepas B / D, Afterfall pula mengambil alih pentas. Persembahan di mulakan dengan 1 minit senyap sebagai tanda hormat kepada salah seorang daripada rakan vokalis band tersebut yang mendapat berita bahawa rakan baik nya baru sahaja meninggal dunia.

 

PSX_20181020_120057

(Afterfall)

 

 PSX_20181020_120604

(Afterfall)

 

Selepas itu, giliran Exhale My Ozone pula menggegar dan memanaskan pentas. Mereka sememang nya tidak pernah menghampakan dalam memberi persembahan yang mantap dan berat. Wap-wap steam daripada para pengunjung yang mosh sudah mula kelihatan. Padu dan superb. Selesai sahaja Exhale My Ozone, band dari Kuala Lumpur Transitions pula mengambil alih pentas dengan satu lagi persembahan yang mantap dan bertenaga. Sebaik saja mereka bermula, tanpa amaran, mereka terus menyajikan para pengunjung dengan persembahan yang bertenaga dari mula sampai akhir.

 

PSX_20181020_115700

(Exhale My Ozone)

 PSX_20181020_115219

(Exhale My Ozone)

 

PSX_20181020_113636

(Transitions)

 

PSX_20181020_114508

(Transitions)

 

Akhirnya, band yang di nanti-nantikan, headline untuk Jelajah Dermaga, giliran SOG pula untuk menggegarkan pentas. Seperti yang di jangkakan, SOG sememangnya menyediakan persembahan yang keren dan mantap. Ini merupakan kali ke-4 SOG bertandang ke Kuching Sarawak dan selepas ini mereka akan menuju ke Miri Sarawak pula untuk destinasi ke-2 Jelajah Dermaga sebelum ke Kota Kinabalu Sabah.

 

PSX_20181020_111248

(SOG)

 

PSX_20181020_113132

(SOG)

Bagi mereka yang ingin melihat SOG live bersama dengan hero-hero lokal kawasan anda, sila ambil perhatian pada gambar di bawah. Berikut adalah tarikh-tarikh dan destinasi perhentian SOG untuk tour Jelajah Dermaga 2018 sekitar Malaysia. Sebarkan pada rakan-rakan anda.

 

jelajah dermaga

 

 

Gig/Concert/Tour/

Gig Jelajah Malaysia “Death Returns 2018”

Death Returns, adalah sebuah event yang di mulakan oleh Zid(bekas vokalis Daarchlea) pada 2017. Menurut Zid, tujuan beliau membuat event ini adalah untuk membangkit kan semula scene Metal di Malaysia terutama sekali dalam kategori “core”. Menurut beliau lagi berdasarkan pemerhatiannya, jumlah kehadiran orang ramai ke gig-gig metal tahun demi tahun semakin berkurangan dan band-band yang ada sekarang pun semakin kurang mendapat sokongan. Setiap tahun juga kita akan mendapat berita bahawa ada sahaja band yang sudah mula mendapat tempat di hati peminat dalam scene underground/indie di Malaysia tiba-tiba berpecah (cthnya, Artefacts, Tres Empre dan sebagainya). Band yang di kenali ramai yang masih tinggal pun seperti Massacre Conspiracy dan Sekumpulan Orang Gila (SOG). Mereka antara band-band yang masih bergiat aktif di dalam scene metal lokal di Malaysia. Harap mereka pun akan kekal sampai bila-bila.

(Gambar kiri : Massacre Conspiracy) (Gambar kanan : Sekumpulan Orang Gila)

Maka, dengan harapan dan impian untuk mengembalikan kegemilangan dan mendapatkan semula minat terhadap muzik keras di kalangan anak-anak muda di zaman sekarang, di mana muzik metal langsung semakin kurang mendapat minat di kalangan generasi post-millennial, Zid beserta rakan-rakan beliau pun memulakan Death Returns pada 19 Ogos 2017 dan di adakan buat julung kali nya di Ultimate Blast Studio, Puchong.  Band-band yang bermain untuk Death Returns yang pertama terdiri daripada Exhale My Ozone, Bloody Situations, Upon Arrival, 66Roads, Aspersions, Behind The Death, Arrival Ov Ma’asym, Dexolated Asylum, Murder MY, The ZeanceOrphelisk, PROJECTUMBRA, Sky Screams Band dan Down Of The Ethic.

2

(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)

Malang sekali event tersebut telah di sabotaj oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang di syaki kemungkinan akibat dengki (jauhilah sifat-sifat dengki, lagi-lagi dalam scene kita yang kecil ini) dan akibatnya event tersebut telah mendapat serbuan daripada pihak polis. Zid telah membuat statement dan statement tersebut mendapat perhatian daripada beberapa media. Nak tahu jalan cerita kes tu, click sini dan sini. Update terbaru menyatakan bahawa kes tersebut telah di selesaikan dan identiti sebenar si pelaku(pendengki) di rahsiakan.

Walaupun berhadapan dengan masalah untuk Death Returns yang pertama, event tersebut telah mendapat feedback yang cukup positif dari pelbagai pihak dalam dunia underground. Malah peminat muzik keras dari negeri-negeri lain pun turut menyatakan hasrat mereka agar Death Returns turut diadakan di tempat mereka. Zid pun buat 2 lagi Death Returns pada tahun yang sama di Johor dan Ipoh.

5

(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)

Setelah mendapat pelbagai respond yang positif, Zid pun menubuhkan Xonorous Entertainment, sebuah pergerakan/organisasi event yang bertujuan untuk mempromosi apa-apa yang berkaitan dengan scene muzik underground lokal. Xonorous Entertainment bukan lah one man show. Organiser dan label lain seperti Metal Warfare, Ethereal Hereath dan Whimsicalxyouth pun turut serta berkolaberasi agar pergerakan mereka dapat bergerak dengan lebih efficient. Kalau anda ingin turut serta mengetahui apa-apa event lokal underground, boleh lah join group whatsapp di link di bawah ini. Cepat! Sebelum group full! (Hanya admin saja yang dapat post, jadi anda tak perlu risau kalau banyak sangat orang chat atau semak dalam group whatsapp).

https://chat.whatsapp.com/AHVvxn4cT9aE5cAeWTIlLt

Akhirnya, pada tahun 2018, Xonorous Entertainment telah mengisytiharkan “Death Returns 2018” tour dengan kerjasama Desdemona Apparel. Gig ini di adakan di sekitar Malaysia dan sebanyak 6 negeri telah menjadi destinasi gig tour ini. Destinasi-destinasi dan tarikh-tarikh untuk gig Death Returns 2018 adalah :

 

Death Returns Chapter 1 : Conquest (5 Ogos 2018, Ultimate Blast Studio, Puchong)

1

 

 

Death Returns Chapter 2 : War (1 September 2018, Localhauz Hall Penang)

2

 

 

Death Returns Chapter 3 : Famine (22 September 2018, Flying Rock, Sarawak)

3

 

Death Returns Chapter 4 : Death (5 October 2018, Nagarakota, Ipoh)

4

 

Death Returns Chapter 5 : Aphorism ( Purbawara’s Album Launch Edition ) 20 October 2018, Rockin Hall Jamz Johor)

5

 

Death Returns Final Chapter : Apocalypse (3 & 4 November 2018, InTun Nation, TTDI KL)

6

 

 

(Sila follow Facebook Death Returns untuk update yang terkini)