Category

News

Gig/Concert/Tour/, News

Menyelami Pop-Culture di Kuching Comic-Con

Sebuah acara yang meraikan pelbagai jenis Pop-Culture akan berlangsung di Kuching pada 19 – 20 October 2024, bertempat di Cityone Megamall, Kuching Sarawak, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam. Acara ini adalah di gelar Kuching Comic-Con (KCC) dan di anjurkan oleh Pickers Zone Co. (PZC) bersempena dengan acara What About Kuching (WAK), yang akan berlangsung di sepanjang bulan October 2024 nanti.

Kuching Comic Con (KCC), merupakan sebuah acara yang di anjurkan di Kuching, Sarawak, Malaysia, untuk meraikan Pop-Culture bagi peminat-peminak komik, wayang, kartun tv retro, permainan video(video game), dan banyak lagi yang sewaktu dengan-nya. Sekiranya anda merupakan peminat atau pengumpul komik seperti DC, Marvel, Dark Horse dan sebagainya. Ataupun anda adalah peminat-peminat filem seperti Star Wars, Star Trek, The Godfather, Clockwork Orange, dan banyak lagi. Ataupun peminat video game seperti Mortal Kombat, Cyberpunk, Street Fighter, Pacman dan pelbagai lagi. Sudah tentunya acara seperti ini adalah satu acara yang tidak patut anda terlepas. Terutamanya jika anda tinggal di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, ini merupakan acara Comic Con pertama yang akan di adakan di Kuching Sarawak. Walaupun sebelum ini pernah ada pelbagai acara seperti ini pernah dilakukan, seperti convention anime, cosplay dan sewaktu dengannya, tetapi kebanyakannya adalah banya fokus ke arah Pop-Culture Jepun. Untuk Comic Con ini pulah, tumpuannya adalah lebih kepada arah Pop-Culture dari bahagian barat pula.

Berbeza dari acara Cosplay di mana fokusnya adalah lebih kepada budaya animasi(anime) dan komik(manga) dari Jepun, Comic-Con pula fokusnya adalah lebih kepada budaya popular yang berasal dari negara-negara Barat teruatamanya dari Amerika Syarikat. Walaupun demikian, di sebabkan penggunaan internet yang semakin meluas dan masyarakat semakin banyak menyerap budaya dan sub-budaya dari internet yang datang dari pelbagai pelosok dunia, acara Comic-Con juga mula ada menggabungkan dan meraikan juga budaya popular dari negara-negara lain dan ini termasuk-lah budaya Cosplay dan Anime dari Jepun. Ini adalah kerana Comic-Con merupakan platform bagi meraikan budaya-budaya popular yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Adam John – BTS untuk sebuah filem arahan Aziz M Osman yang akan datang

Menurut Musrifin yang juga merupakan founder untuk Kuching Pickers, acara berskala sebegini untuk Comic-Con belum pernah di adakan di Kuching. Kalau ada pun ia di anjurkan di kalangan ahli-ahli sesebuah kelab seperti peminat Star Wars akan berkumpul dan bercakap tentang Star Wars sebagai contoh. Berlainan pula untuk acara-acara Anime, kerana acara anime sering berlaku secara besar-besaran seperti Otakyun dan AnimeXcess. Oleh itu Mus merasakan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seperti ini dan walaupun fokus Comic-Con adalah untuk budaya popular dari Barat, tetapi ianya tidak lupa juga dengan budaya-budaya popular yang datang dari kawasan-kawasan lain. Ini adalah kerana Comic-Con adalah platform bagi menyambut segala bentuk jenis media dan budaya popular dari semua kawasan dan peringkat.

Antara pempamer yang akan menyertai acara ini nanti adalah Sarawak Tokusatsu Club, dan Kuching Gunpla Builders. Kedua-dua mereka merupakan kumpulan pempamer yang berkait rapat dengan media dari Jepun dan masing-masing tertumpu kepada siri adiwira Jepun dan model plastik robot dari siri Gundam. Menurut Musrifin juga, “Dari segi rancangan untuk masa depan, saya berniat menjadikan KCC sebuah acara tahunan, dan untuk menjadikannya konvensyen yang dikenali di rantau Asia Tenggara dalam masa 5 ke 10 tahun. Selain itu, saya turut berancang untuk membawa masuk artis-artis terkemuka Malaysia seperti Dato’ Lat, pelukis komik Kampung Boy, serta studio animasi seperti Les Copaque, yang menghasilkan siri animasi Upin Ipin pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga berniat mahu membawa masuk para pelakon dari rantau Asia Tenggara yang telah terlibat dalam filem-filem antarabangsa juga pada masa akan datang.

Bagi pengetahuan orang ramai, KCC adalah dilakukan sepenuhnya dengan pembiayaan sendiri oleh Musrifin dan dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Keris Sakti, Kenbest, CityONE Megamall dan PancaIndera untuk memperoleh bahan bercetak, kawasan acara, sistem suara dan skrin pentas utama. Di samping itu, terdapat beberapa organisasi-organisasi lain juga yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan acara ini. Antara nya adalah pihak What About Kuching (WAK), VM Creative Consultants, TVS dan RukunTV. Selain itu, Sarawak Society for the Deaf juga turut bekerjasama untuk menjayakan acara ini. “Ini merupakan peluang yang baik bagi mengetengahkan bakat-bakat yang terdapat dalam komuniti pekak di Sarawak pada acara ini.” – Tambah Musrifin lagi.

Menurut Musrifin juga, beliau berharap agak KCC, dapat dijadikan medan terbuka buat penggemar hobi, para pengumpul dan peminat budaya popular untuk berhubung dan berkongsi minat yang sama bersama semua orang, tanpa mengira latar belakang masing-masing. KCC juga akan menjadi platform bagi para artis dan perniagaan kecil-kecilan tempatan yang berkaitan serta mempromosikan bakat-bakat baru di dalam ruangan ini agar komuniti hobi ini akan terus berkembang di masa hadapan.

New Release, News, Uncategorized

Beatdown/Metalcore band, Wounded Flame, Mini EP, ‘Murka’ di Striming Platform

Wounded Flame, sebuah band Beatdown Metalcore dari Miri dengan secara rasminya telah mengumumkan rilisan EP mini mereka iaitu ‘Murka‘, yang sekarang boleh di dapati di platform streaming Spotify, YouTube Music, Deezer dan Pandora. EP ini menampilkan 2 trek yang sengit dan mendebarkan serta 1 intro yang mencengkam.

EP ini pada asalnya telah lama di keluarkan secara eksklufif di platform Bandcamp iaitu pada tahun 2020 dan setelah beberapa ketika, akhirnya sekarang ia boleh di dapati secara meluas di platform-platform streaming seperti di Spotify, YouTube Music dan sebagainya. Menurut Demus yang juga merupakan vokalist untuk Wounded Flame. “Kami teruja untuk membawa muzik kami kepada khalayak yang lebih luas dan akhirnya EP kami tersedia di Spotify.”

Tambahan beliau lagi, “Rilisan material sendiri ini takkan tercapai tanpa usaha dari komposer asal lagu Murka, iaitu Rico, juga merupakan selaku bekas pemain gitar Wounded Flame.

Bagi para peminat muzik Metalcore/Hardcore tidak kira lama atau baru, boleh lah strim EP mini ini di setiap platform striming. Untuk mengikuti perkembangan terkini band wounded flame, boleh lah klik link ini.

Gig/Concert/Tour/, News

Muzik & Minyak Wangi, dari Fragrance Album di Tirta Barong

Sebuah acara gig yang dianjurkan oleh syarikat minyak wangi Fragrance Album dengan Kuching Frag Group(KFG) bakal melancarkan gig yang menggabungkan muzik dari band-band, artis-artis dan rapper-rapper lokal bersama dengan keusahawanan minyak wangi lokal. Gig ini dinamakan ‘Tune Into The Scene‘. Acara ini akan dianjurkan pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm, di Tirta Barong Kuching.

Selain dari hanya mempunyai persembahan muzik, acara ini juga akan mempunyai sesi ‘Ceramah Kesedaran Wangi-Wangian’ yang di lakukan oleh Calvin dari FragranHeaven, di mana tajuk ceramah beliau adalah, ‘Kenal Pasti Perfume Palsu‘. Intipati ceramah ini akan bercakap tentang bagaimana kita boleh mengelakkan daripada membazir wang perbelanjaan kita apabila membeli wangi-wangian dan pada masa yang sama, menjaga kesihatan kita daripada terjerat dengan pembelian minyak wangi palsu. Ceramah ini akan memastikan para pendengar di hujung ceramah, akan lebih memahami garis panduan dalam membezakan wangi-wangian yang berkualiti dan tidak berkualiti.

Selepas itu, ada konsultasi minyak wangi pula dari KFG, di mana mereka akan membimbing anda melalui pilihan-pilihan minyak wangi yang ada berdasarkan pilihan anda, personality anda, dan gaya hidup anda. Antara vendor-vendor minyak wangi yang akan berada di acara ini adalah, Fragrance Album, FragranHeaven, Ibrahim Perfume, dan Magnifi.Scent.

Selepas selesai segalanya, acara ini di teruskan dengan sesi muzik dari artis, rapper dan band lokal seperti, Adruce Azman, Irfan Aniq, Ziji Q, dan Viceroyz.

Tiket boleh di dapati dengan harga RM50 seorang dan percuma sample minyak wangi daripada para penganjur. Harga kombo juga boleh didapati dengan harga RM100, dan disertakan sekali dengan baju t-shirt berlengan panjang.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri acara ini, boleh lah ke Tirta Barong pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm. Para penganjur juga berpesan, sekiranya anda mempunyai masalah allergi atau sensitivity, boleh lah memaklumkan kepada para penganjur, agar mereka boleh bersedia dalam membuat apa-apa yang perlu agar ia dapat membuat anda berasa selesa.

News

Sebuah Animasi 3D Sempena Hari Gawai di TVS

Sebuah animasi 3D pendek ‘Lauk ka Indai‘ bakal di tayangkan di Television Sarawak (TVS) di (channel 122 Astro, MYTV & Unifi TV). Animasi ini juga boleh di tonton sepenuhnya di lawan web tvsarawak.my. Animasi ini di terbitkan oleh sebuah syarikat animasi tempatan iaitu Rakan Animations. Animasi ini juga merupakan animasi filem pendek 3D yang pertama di Sarawak dan juga hasil daripada program Pitch-It yang di anjurkan oleh TVS.

Semenjak penubuhan TVS pada tahun 2020 oleh  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, TVS telah menjadi sebuah landasan bagi mempromosi dan membuka peluang kepada penggiat-penggiat industri kreatif tempatan untuk menyerlahkan bakat mereka. Penubuhan TVS, telah terus-menerus berjaya menghasilkan pelbagai jenis bakat yang telah lama terpendam dari segi muzik, filem, drama siri dan sekarang telah berjaya menghasilkan animasi 3D pertama. Semua ini adalah hasil daripada salah satu inisiatif program TVS iaitu ‘Pitch-It‘. Sebuah program yang terbuka kepada setiap rakyat Sarawak untuk membentangkan idea mereka untuk di realisasikan dan ditayangkan di TVS.

Lauk ka Indai merupakan salah satu daripada hasil initiatif ‘Pitch-It‘ daripada TVS. Idea asal animasi filem pendek ini pula adalah daripada Amirul Afiq yang merupakan juruanimasi utama untuk project ini dan juga merupakan founder dan CEO kepada Rakan Animations. Penulis skrip untuk animasi pendek ini pula adalah daripada Sydney Atin, yang juga merupakan CEO dan founder kepada Ensera Creatives. Watak-watak didalam animasi ini pula disuarakan oleh Natasha Juan sebagai Endun & ulat bulu 1, Alicia Itat Jabing sebagai Igat, jururawat & ulat bulu 2, Aaron Mckanzie sebagai (Igat, ayah Igat, nama sama), dan Sydney Atin sebagai Tuai Rumah & Igat dewasa.

Sebanyak 18 crew yang telah terlibat di sepanjang pembikinan animasi ini dan kebanyakan dari mereka adalah terdiri daripada anak-anak Sarawak. Syarikat produksi audio yang mecipta latar muzik untuk animasi ini pula adalah dari AOK Records, sebuah studio rakaman yang juga berasal dari Sarawak. Menurut Amirul Afiq lagi  “Dengan terbitnya animasi 3D ini di TVS, kami di Rakan Animation berharap industri kreatif dan animasi di Sarawak akan terus berkembang sehingga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada pengamal-pengamal kreatif di tanah air dan tidak perlu merantau di luar negara untuk mencari sumber rezeki.

Jangan lupa untuk saksi kan ‘Lauk ka Indai‘ sebuah animasi 3D pertama di Sarawak yang bakal di tayangkan di TVS di (channel 122 Astro, MYTV & Unifi TV).

Senarai-senarai mereka yang terlibat di dalam produksi ini adalah:

Producer:

Amirul Afiq Hussain

Director:

Amirul Afiq Hussain

Script Writer:

Sydney Atin

Production Manager:

Raziv Ramzon

Sound Designer:

Farouk Kamil

Music Composer:

Zahid Hassan

Voice Actor:

Endun – Natasha Juan

Igat – Alicia Itat Jabing

Adult Igat – Sydney Atin

Igat (Husband) – Aaron Mckanzie

Tuai Rumah – Sydney Atin

Nurse – Alicia Itat Jabing

Caterpillar 1 – Natasha Juan

Caterpillar 2 – Alicia Itat Jabing

Concept Artist (Character):

Jia Ying Sim

Stella Wang

Concept Artist (Environment):

Ika Sulastri Mohammad Dahlan Donald

3D Modeler  & Texture (Character):

Amirul Afiq Hussain

3D Modeler & Texture (Environment):

Ahmad Azril Shah

Dzulsait

Rigging Artist:

Ahmad Azril Shah

Animator:

Marvin Choo

Muhd. Aleeyan Taha bin Ali

Clare Wong Xin Rou

Azzmirrul bin Zainal

Zizi Qairy Bolhassan

Ahmad Azril Shah

Amirul Afiq Hussain

Translation & Subtitle:

Sydney Atin (English)

Raziv Ramzon (Bahasa Melayu)

Sound Editor & Mix Engineer:

Farouk Kamil

Video Editor / Compositor:

Amirul Afiq Hussain

Promo Editor / Designer:

Lai Ing Jing

Recording Studio:

AOK Records

Animation Studio:

Rakan Animations

News

Pertukaran Budaya Antara Bidayuh dan Maori Di Anjurkan oleh Pungu Borneo

Keusahawanan sosial Pungu Borneo telah menganjurkan acara pertukaran budaya di antara budaya Bidayuh Sarawak dengan Maori New Zealand, yang terletak di kampung Sibuluh Bau pada 18 May 2024(Sabtu) lepas. Acara ini di anjurkan dengan sokongan oleh Sarawak Craft Council (SCC), Sibuluh Sport, Social and Recreational Club (SSSRC), Dayak Bidayuh Litarery Society (DBLS), dan disertai sekali bersama ahli parlimen YB Mordi Bimol dan ketua pasukan Lucille Awen Jon.

Pertukaran budaya yang unik ini diharapkan dapat merapatkan, memperkenalkan dan mendidik masyarakat antarabangsa akan budaya orang Bidayuh, yang juga merupakan antara budaya-budaya di Sarawak yang mempunyai pelbagai bilang bangsa. Pungu Borneo sebagai tuan rumah kepada 20 rombongan pelajar dan pensyarah dari Maori Business CAPEs New Zealand melihat acara ini sebagai penghargaan didalam budaya dan tradisi Bidayuh di samping assimilasi dengan gaya hidup moden daripada para pelajar.

Para pelajar dan pensyarah Maori pula membuat sesi perkongsian tentang bagaimana mereka menghadapi pelbagai cabaran dengan isu-isu seperti edukasi, sosial, ekonomi dan sustainability(kelestarian). Kempen kesedaran ini menitik-beratkan tentang kepentingan pemeliharaan budaya yang seterusnya boleh membawa kepada peluang keusahawanan kepada masyarakat orang Asli.

News

Harvest Fusion Festival 2024, Destinasi Gawai Urban di LA Promenade Mall

Sebuah acara yang meraikan kepelbagaian, dan kekayaan budaya Sarawak iaitu Harvest Fusion Festival 2024 telah berlangsung di La Promenade Mall Outdoor Carpark bermula 18 – 31 May 2024 dari jam 5pm sehingga 11pm. Acara yang di anjurkan oleh City Services Sdn Bhd ini menjanjikan pengalaman yang tak akan dilupakan oleh mereka yang datang. Harvest Fusion Festival juga dipasarkan sebagai festival Gawai yang Premium dengan menggabungkan elemen-elemen tradisional, dan kontemporari.

Menurut hebahan akhbar, festival ini juga di anjurkan dengan bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian dalam berbilang bangsa dan jurang generasi. Perkara ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan tema persembahan yang juga merangkumi makanan dan minuman.

Buat pertama kalinya, perlancaran besar-besaran akan dilakukan bersama dengan para hadirin sebagai melambangkan penghormatan kepada keharmonian dan kepelbagaian di dalam Sarawak. Band seperti At Adau dan Dream Machine akan berganding tangan sebagai persembahan pembukaan dan juga sebagai menandakan pertembungan pelbagai genre, generasi dan tradisi.

Countdown untuk The Harvest Fusion Festival 2024 Gawai Countdown adalah di endorse oleh Guinness dan disokong oleh Heineken Malaysia Berhad dan sebagai sempena mengira detik untuk 1 Jun, At Adau akan sekali lagi membuat persembahan sambil ada upacara ‘Sealing of the Tuak jar‘ akan diadakan sempena sambutan perasmian The Harvest Fusion Festival.

Antara highlight-highlight lain untuk acara ini adalah persembahan dari Lock & Load, barisan-barisan penghibur dari Bidayuh Artiste Music Association (BAMA), Pinanak Sentah, Music Never Die, Metric Modulation, Ethnic Transmission, Radak Nyawa, Automatic The Remote, Yaya Sim, dan 11th Minute Band.

Persembahan terakhir pula akan di ketuai oleh persembahan dari At Adau. Sebagai tambahan, The Harvest Festival juga akan melancarkan ‘Udah Makai Buai’, sebuah kempen dimana ia bertujuan untuk menekankan kesedaran dan mempromosikan kepentingan untuk menjaga kebersihan sekeliling ketika sebuah festival sedang berlangsung dan selepas tamatnya festival tersebut.

New Release, News

Sentuhan Baru ‘Berkikis Bulu Betis’ Oleh Kumpulan Duo KMJX

Pasti ramai terutamanya untuk warga-warga negeri Sarawak sudah biasa mendengar lagu yang berjudul ‘Berkikis Bulu Betis‘ yang di nyanyikan oleh penyanyi legenda Sarawak iaitu Andrewson Ngalai. Lagu ini juga telah beberapa kali di-olah semula oleh peminat beliau dan terdapat pelbagai jenis cover dan versi yang boleh di dapati di YouTube. Baru-baru ini juga, pasti ramai sudah melihat rendisi terbaru untuk lagu ini oleh sebuah kumpulan duo yang memulakan debut mereka dengan sebuah olahan semula untuk lagu ‘Berkikis Bulu Betis‘ dan kumpulan duo tersebut adalah KMJX(ku-man-jax).

Sedikit info mengenai KMJX, mereka merupakan sebuah kumpulan yang berada di bawah naungan XIBO Entertainment, sebuah syarikat agensi hiburan yang juga merupakan subsidari kepada XENO Entertainment. Ahli-ahli KMJX pula adalah terdiri daripada Lanny Ho dan Mag Johari. Kedua-dua mereka adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan dan dunia influencer lokal di Sarawak. Menurut kenyataan akhbar dari XIBO, mereka telah bersedia untuk mengolah semula landskap muzik Sarawak dengan gaya mereka yang tersendiri, iaitu dengan menggabungkan bunyi-bunyian dan pengaruh-pengaruh traditional dan kontemporari agar ia dapat dinikmati dan di hayati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.

Menurut JayC yang juga merupakan pengurus kepada KMJX, ‘Kami di XIBO percaya bahawa mereka(KMJX), mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu meninggalkan impak yang besar bukan sahaja di dalam industri muzik, tetapi juga dalam mempromosi pemahaman dan appresiasi berbilang budaya kepada setiap lapisan masyarakat.

Menurut hebahan akhbar oleh XIBO juga, debut single olahan baru ‘Berkikis Bulu Betis‘ oleh KMJX ini telah mendapat kebenaran daripada penyanyi asal Andrewson Ngalai untuk di bagi nafas baharu. Olahan baru muzik ini adalah di buat oleh Hairee Francis dan muzik video ini pula adalah di buat oleh 21 Ways. Check out, debut KMJX Berkikis Bulu Betis‘ yang di bagi nafas baru dari segi muzik dan muzik video.

News

Memperkasakan Wanita dan Kesihatan Mental di Seni Kita Weekend

Haus KCH kembali lagi bulan ini dengan Seni Kita Weekend yang akan berrlangsung di Kuching Community Social Support Centre (CSSC) pada 27 dan 28 April 2024 (Sabtu & Ahad) bermula jam 10.00am – 6.00pm. Tema untuk Seni Kita Weekend kali ini adalah, ‘Women and Mental Health’, dengan kerjasama bersama Mental Health Association of Sarawak (MHAS) dan Mind Brew. Tema Wanita dan Kesihatan Mental adalah salah satu antara misi HAUS untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dengan menggunakan seni sebagai medium menyampaikan pesanan kepada orang awam. 

Seperti Seni Kita yang sebelum ini, akan ada pelbagai aktiviti yang menarik dan untuk kali ini akan ada banyak aktiviti yang interaktif dan berkaitan dengan kesihatan mental. Akan ada juga screening untuk kesihatan mental, kumpulan sokongan untuk kesihatan mental, pasar artisan dan juga sesi persembahan muzik yang berjudul KAMBOH. 

Menurut Christy Yang, juga merupakan kordinator program untuk Seni Kita Weekend, ‘Kita telah mendapat pelbagai sokongan yang luar biasa pada bulan March dan May 2023 lepas. Ia juga jelas menunjukkan bahawa kepentingan dalam menawarkan maklumat dan pandangan mengenai wanita dan kesihatan mental. Untuk acara yang akan di adakan kali ini, kami akan memperkenalkan konsep yang segar dan memastikan ianya masih mempunyai kaitan di dalam dunia dan komuniti seni.

Dengan kolaberasi bersama Mental Health Association of Sarawak(MHAS) dan Mind Brew, aktiviti seperti Lets Talk, dimana akan ada sesi one-to-one di booth mendengar(listening booth), #KisahKamek di mana dekat dinding akan di gantung hasil tulisan-tulisan individu-individu dengan cerita dan pengalaman mereka dalam menghadapi masalah mental. Juga akan ada Interactive Crowd Wisdom, sebuah papan interaktif dan Build Your Own Grounding Self-Care Kit yang akan memaparkan vendor dari para artis. 

Kumpulan Sokongan Kesihatan Mental(Mental Health Support Group Sessions) yang di terajui oleh Ayleah Aquino yang juga merupakan seorang kaunselor berdaftar akan melakukan bengkel mengenai ‘wanita dan tempat kerja’ dan juga ‘pemerkasaan wanita’ untuk kedua-dua tarikh acara ini. Seni Kita juga akan berganding bersama Dirty Art Club, di mana mereka akan memaparkan kanvas yang bertemakan Women X Mental Health, sebuah initiative seni yang dilakukan bersama setiap peserta dimana para peserta bebas meluahkan sifat seni didalam mereka pada sebuah kanvas. 

58 Pasar Seni Kita pula seperti sebelum-sebelumnya akan ada beberapa vendor yang baru dan lama. Antaranya ialah MHAS, Gerai Sulu Nuan, Rena’s Story, Benang Studio, ugm.my, Puff Lab dan ramai lagi. Dari fashion, ke aksesori, seni bercetak, produk kesihatan dan pelbagai lagi. Sebuah acara tidak akan sempurna jika tiada booth makanan dan minuman. Akan ada macam-macam jenis vendor makanan dan minuman untuk para pengunjung menikmati sambil menghayati acara Seni Kita. 

Segmen penutup untuk acara Seni Kita kali ini adalah Kamboh, akan berlaku pada hari Ahad(28 April). Sesi ini akan memaparkan beberapa artis lokal iaitu Lofrine (penyanyi & penulis lagu), Pamela Wang (penyanyi & gitaris) dan Steff Fleur(penyanyi dan penulis lagu). 

Turut serta di dalam upacara penutup pada 28 April (Ahad) akan di lakukan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak. 

Featured, News

Hari Meraikan Kedai Rekod Indipendent (Record Store Day)

Hari Kedai Rekod, ataupun lebih dikenali sebagai Record Store Day(RSD) merupakan sebuah perhimpunan buat pemilik-pemilik kedai rekod indipendent dimana mereka meraikan budaya menghargai dan menempah rekod-rekod dari format vinyl, cds, kaset dan apa-apa dalam bentuk fizikal. RSD di Kuching akan di adakan pada 27th April 2024(Sabtu) bertempat di Riverside Shopping Complex, ground floor bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm. 

Acara Record Store Day pada mulanya adalah sebuah pergerakan yang bermula di Amerika Syarikat pada setiap bulan April dan November. Pergerakan ini mula di sambut baik oleh kebanyakan pemilik-pemilik kedai rekod di seantero dunia. Pada waktu ini juga pelbagai rilisan-rilisan istimewa dan exclusive bukan hanya dari fizikal rekod sahaja, tetapi akan ada pelbagai sesi-sesi menarik seperti body painting, persembahan memasak, meet & greet bersama artis lokal, persembahan dari Dj-Dj yang akan memutarkan koleksi rekod-rekod mereka dan banyak lagi. 

Sedikit sejarah mengenai permulaan RSD di Kuching, ia bermula pada tahun 2018 dan di anjurkan di HAUS KCH sempena Timbre Sessions pada ketika itu. Pada waktu itu juga ia bermula dengan hanyalah ada 5 vendors dan pengunjung-pengunjung yang datang adalah daripada kawan-kawan. Pada tahun 2019 pula RSD di jalankan sekali lagi dengan kerjasama bersama Tokovintaj dan acara pula di anjurkan dan di kordinasikan oleh SCMW dan CatSound. Untuk acara RSD yang ke-2 pada ketika itu adalah lebih besar dan ada pertambahan vendor menjadikan jumlah vendor untuk RSD ke-2 adalah 8 vendor. RSD yang ke-2 di anjurkan di 11 Ridgeway dan berjaya menarik pengunjung sehingga lebih dari 100 orang. Dengan itu, RSD Kuching telah dimasukkan secara rasminya sebagai salah satu acara rasmi RSD Malaysia seperti yang di anjurkan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. 

Namun, ketika dunia di landa pandemic Covid-19 dan kekangan untuk menganjurkan acara fizikal di tempat awam, RSD masih tetap dilakukan tetapi di dalam skala yang kecil dan terkawal mengikut kehendak kerajaan pada ketika itu. Namun apa yang menakjubkan, RSD ketika pandemic ini telah berjaya menarik semakin ramai vendor dan jumlah vendor yang menyertai RSD pada ketika ini adalah sebanyak 12 vendor. Walaupun dilakukan dalam skala kecil, RSD Kuching pada tahun 2020 telah berjaya dinobatkan sebagai salah satu RSD Malaysia yang rasmi pada ketika itu. Selepas 2020, RSD mula berehat seketika dan tidak mengadakan apa-apa acara.

Namun pada tahun 2024, setelah 4 tahun berada dalam keadaan hiatus, RSD Kuching kembali lagi kali ini dengan kerjasama antara Tokovintaj, CatSound, SCMW, Pancaindera dan One Sound & Light. Pada tahun ini, dijangkakan RSD akan menerima lebih banyak vendor-vendor dan akan ada lebih banyak aktiviti yang akan di jalankan sempena meraikan kemunculan semula RSD Kuching setelah sekian lama. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di RSD adalah, meet & greet bersama vendor-vendor/pemilik-pemilik kedai rekod, sesi Dj, perlancaran muzik video ‘Oi! Pendusta’ daripada band Mono & The Saturday Heroes, Podcast bersama Pancaindera, dan beberapa persembahan daripada band-band lokal. 

Jangan lupa untuk sertai Record Store Day yang bakal di adakan dalam Riverside Shopping Complex, bertempat di Councourse, Ground Floor pada 27 April 2024(Sabtu), bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm. Checkout barang-barang rare, vintage, premium dari segi koleksi-koleksi rekod yang mungkin tidak terdapat di dalam dunia internet dan hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal. 

News

Diskusi Filem ‘The Zone of Interest’ Oleh Kuching Reel Society, Bertempat di Ruang Acara Lek.

Kuching Reel Society, sebuah komunitas yang pencinta filem akan menganjurkan perjumpaan di waktu malam untuk berdiskusi tentang pemenang Anugerah Akademi untuk kategori ‘Best International Feature‘ iaitu ‘The Zone of Interest‘ yang di arahkan oleh Jonathan Glazer. Seperti sebelumnya, perjumpaan ini akan berlaku di ruang acara ‘Lek.‘ yang terletak di sebelah Zinc Restaurant dan akan bermula jam 10pm – 12AM. Harga tiket kemasukan untuk perjumpaan ini pula adalah hanya RM20 untuk seorang.

The Zone of Interest menceritakan tentang kehidupan yang menganggu kehidupan keluarga biasa dan kengerian yang tidak dapat dibayangkan di dalam kem tahanan Auschwitz. Rudolf Hoss yang juga merupakan komander camp tersebut, masih tetap dapat menjalankan kehidupannya hari-hari seperti perkara biasa di dalam kemewahan dan kesenangan bersama keluarga beliau. Filem ini meneliti dan mendedahkan bagaimana perlakuan yang kejam terhadap kemanusiaan boleh dilakukan pada hari-hari, seolah-olah ia adalah perkara yang menjadi rutin dan kebiasaan.

Pengarah filem ini iaitu Jonathan Glazer berjaya menekankan kepada penonton tentang realiti yang menyeramkan tentang sifat-sifat manusia yang terlibat dalam kejahatan yang tidak dapat dibayangkan. Filem yang menerokai tentang perebutan kuasa, dehumanisasi, dan korupsi moral di dalam sistem yang tidak menekankan keadilan mengingatkan kita tentang kesan authoritarianisme jika ia berkekalan sehingga ke zaman kini.

Disebabkan subjek untuk filem ini adalah berat berbanding perbincangan filem yang di anjurkan oleh Kuching Reel Society sebelum ini, hanya para hadirin yang berumur atas 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke perbincangan ini. Menurut Syed Amierul, yang juga merupakan pengasas kepada Kuching Reel Society, “Perjumpaan bagi peminat filem ini adalah bertujuan untuk meraikan seni di dalam sinema dan untuk sama-sama menggalakkan perbincangan yang bermakna dengan peminat-peminat filem yang lain, dan secara tidak langsungnya akan turut berjaya memupuk industri filem tempatan terus ke hadapan.