Tag

AS I LAY DYING

Featured, Reaksi, RukView

RukView Reacts: Sekumpulan Orang Gila feat Tim Lambesis (As I Lay Dying), ‘Second Voyage’!

Gila. Itulah yang dapat digambarkan setelah mendengar rilisan terbaru daripada sebuah band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor ini. Mereka dikenali sebagai Sekumpulan Orang Gila (SOG). Baru-baru ini mereka telah meriliskan sebuah lirik video dari single terbaru mereka ‘Second Voyage‘ featuring Tim Lambesis yang juga merupakan penyanyi kepada sebuah band Metalcore lagenda As I lay Dying. Double the gila!

Episod RukView kali ini bersama dengan JayC dan Mousthofa membuat reaksi kepada lagu baru daripada SOG. Sebelum ini kami pernah membuat reaksi untuk lagu SOG ‘Sailors of Sorrow’.

Lagu ini dikarang oleh dua-beradik Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah. Lirik lagu ini di tulis oleh Shahril Redzwan, di produce oleh Bert Poncet iaitu vokalis kepada band Chunk!, No, Captain Chunk!. Mix dan mastering lagu ini dilakukan di Alias Studio di Paris, Perancis dan direkod di SOG Production Studio.

Check out episod RukView kami kali ini bersama JayC dan Mousthofa untuk lirik video SOG feat Tim Lambesis (As I Lay Dying). Jangan lupa like, subscribe dan share!

Uncategorized

As I Lay Dying Kembali Dengan Single Baru!

Dulu RukunTV pernah keluar artikal berkenaan penyanyi As I lay Dying Tim Lambesis akhir nya bersuara setelah keluar dari penjara. Sekarang, perkembangan terbaSebelum ini, page official As I Lay Dying pernah meriliskan teaser pendek tentang lagu mereka dan itu sahaja dah membuat peminat mereka tak tentu arah dan tak sabar nak tunggu perkembangan terbaru mereka. Sekarang, peminat As I Lay Dying di kejutkan dengan lagu terbaru mereka yang baru sahaja diriliskan dalam YouTube mereka dan di page Facebook mereka.

Lagu terbaru yang bertajuk “My Own Grave” telah berjaya mengubat rindu peminat As I Lay Dying yang sememangnya telah lama menanti akan kemunculan mereka setelah kes yang melanda vokalis mereka itu. Ramai yang bertanya sama ada As I Lay Dying masih akan di teruskan atau tidak? AKHIRNYA! Dengan kemunculan single baru ini, harap sekali As I Lay Dying akan terus kekal dalam scene dunia muzik metal modern terus-menerus menggegarkan scene dunia muzik metal modern seperti yang telah mereka lakukan suatu ketika dulu!

Apa yang menarik nya tentang rilisan baru ini, As I Lay Dying menampilkan line up classic mereka iaitu Tim Lambesis(Vokal), Jordan Mancino(Drum), Phil Sgrosso(Rhythm gitar dan backing vokal), Nick Hipa(lead gitar dan backing vokal), dan Josh Gilbert(bass dan clean vokal). Di bawah adalah klip video untuk As I Lay Dying. Jangan lupa share ya! Spread the word people! The Titan of Metalcore is back!

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Q0wbyQRRQJA&w=560&h=315]
 

 

Sumber gambar : Google image

Sumber video : YouTube