Author

Darth Ra

New Release

Fhelora Rilis MV Animasi, ‘Wallflower’

Fhelora, penyanyi dari Kuching Sarawak ini kembali mengeluarkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Wallflower’. Fhelora yang sebelum ini muncul dengan MV ‘Bitter W8her‘ dan ‘Alien‘, kali ini muncul dengan dengan MV animasi pula.

Menurut Fhelora, beliau mendapat inspirasi untuk menulis lagu ini ketika menonton filem ‘The Perks of Being a Wallflower‘. Lagu ini sepatutnya di rekod pada tahun lepas, tetapi disebabkan semester yang padat dan kekangan masa yang tidak mengizinkan, rancangan untuk menghabiskan lagu ini terpaksa di tangguhkan ke 2021.

Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang introvert dan menghadapi pelbagai masalah serta cabaran. Tetapi tanpa mengira kesukaran yang menimpa, gadis ini lebih gemar untuk meluangkan masa bersama kekasih beliau daripada berjumpa dan bergaul dengan orang lain yang tidak di kenali dan di luar zon selesa. Kerana siapa lagi kalau bukan ‘your other half‘ tempat anda mencari keselesaan dan keamanan kan 😉

Lagu ini di produce oleh Ivan Johannes, animasi dan illustrasi daripada @Iam.mirosu dan lirik daripada Fhelora herself! Check out mv beliau di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

headerafterfall
New Release

Band Progressive Metalcore, Afterfall Rilis MV ‘Averis’

Band yang membawa muzik aliran Progressive Metalcore dan irama Djent Afterfall baru sahaja meriliskan muzik video terbaru mereka Averis di channel YouTube Ensera Creatives.

Sedikit info tentang band Afterfall, mereka di tubuhkan pada sekitar tahun 2014 dan aktif bermain gig underground di sekitar Sarawak. Antara gig yang mereka pernah main adalah Symfotra Seni-Mantera, Lim Kok Wing Kuching Coachella, KCHS Party, Jelajah Dermaga SOG, Felt Emo Might Delete, Liftheart Invasion dan Death Returns.

Pada awal penubuhan, pengaruh muzik band ini banyak datang dari band-band yang membawa genre post-hardcore dan metalcore. Selepas 2017 mereka mula menambah perisa Djent pula di dalam muzik mereka di mana sumber dan pengaruh muzik mereka datang dari band seperti Periphery, Monuments, Shokran, Erra, After The Burial dan Born of Osiris.

Setelah sekian lama, mereka telah meriliskan single pertama Averis yang akan dimuatkan dalam EP mereka “ANTHROPOCENTRIC” yang dijadualkan di rilis pada pengakhiran tahun 2021. Lagu ini di rekod di Eden Records, mix & master dari Gary yang juga merupakan bassist untuk kumpulan Deathcore Exhale My Ozone dan MV ini pula dihasilkan dan di taja sepenuhnya dari Ensera Creatives. Steadey Ensera Creatives!

Checkout MV dari Afterfall, ‘Averis‘ ;

Reaksi, RukView

RukView React to, 한량 ‘Hanryang’ by Min Kyung Hoon X Kim Hee Chul feat BiBi (Prod, DinDin)

RukView React bersama host JayC & Mousthofa kali ini memaparkan mereka react kepada lagu 한량 bermaksud ‘Hanryang‘ daripada Universe Cowards feat BiBi. Hanyryang merupakan slang dalam bahasa Korea Selatan yang membawa maksud seseorang yang tiada pekerjaan tetapi membelanjakan wang sewenang-wenangnya dan mengamalkan hidup ala hedonistic. (sumber).

Sumber: Google Image

Min Kyung Hoon, merupakan ahli kumpulan sebuah band Rock dari Korea Selatan yang bernama Buzz. Beliau juga sering muncul dalam rancangan Korea seperti Knowing Bros dan Problem Child in House.

Sumber: Google Image

Kim Hee Chul pula bagi peminat Kpop awal 2000’s sudah tentu mengenali beliau dari kumpulan Super Junior manakala BiBi pula adalah penyanyi yang di jumpai oleh lagenda hip-hop wanita Yoon Mirae di Soundcloud.

Sedikit info tentang muzik video ini, ia di produce di kawasan perkampungan di Korea agar ia kelihatan seperti di era dynasty Joseon. Para artists pula menggunakan pakaian traditional Korea yang di modenkan agar ia kelihatan sealiran dengan zaman. Lagu ini pula di produce oleh DinDin

Sumber: Google Image

Checkout video RukView React di bawah ;

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada Amirah Basuandi kerana rekomen kami untuk membuat reaksi kepada lagu ini dan membuat listing nota yang memudahkan pihak kami untuk membuat rujukan. TERIMA KASIH AMIRAH!

Video apa lagi bagi anda yang kami patut buat reaksi? Sila komen di bawah. Tak kisah la muzik, film, skits dan apa-apa lah. Video yang terpilih akan dimasukkan kedalam sesi RukView React kami yang seterusnya. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share channel kami kerana kami masih ada beberapa konten yang akan di lepaskan. Lesgo!

New Release

Kumpulan R&B Soundholic Rilis Lirik Video, ‘Satu’

Kumpulan R&B Soundholic telah meriliskan single mereka berjudul ‘Satu‘ dan boleh di dapati di platform YouTube, Spotify, Deezer, Joox, Tidal, ITunes dan banyak lagi.

Sedikit info tentang Soundholic, mereka bermula pada tahun 2016 dengan 5 sekawan iaitu Ariff, Ameer, Aone, Baus dan JayC. Bermula sebagai kumpulan penari, mereka pernah muncul di dalam rancangan realiti tv iaitu 8tv’s Showdown dan RTM Fun Dance di bawah nama Stepholic. Disebabkan masalah jadual dan komitmen peribadi, beberapa ahli terpaksa menarik diri dan yang tinggal adalah Ariff, Ameer dan JayC. Walaupun Aone dan Baus tidak lagi bersama, tapi ikatan persahabatan dan minat mereka masih lagi kukuh.

Mereka mula rebrand menjadi Soundholic selepas di jemput untuk menjadi penyanyi backup di “Simfoni Okestra Sarawak” untuk Ratu R&B Dayang Nurfaizah. Ia merupakan pengalaman berharga untuk mereka dan merupakan detik permulaan perjalanan Soundholic untuk terus melakukan beberapa persembahan di gig-gig lokal, festival dan event-event corporate.

Disebabkan komitmen kerja, pada tahun 2019, Soundholic terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Namun, ketika dunia mula dilanda pandemic Covid-19, Soundholic menyedari bahawa hidup adalah terlalu singkat untuk tidak terus mengejar impian di dalam bidang muzik. Jadi mereka pun bermula semula dan kembali membuat muzik. Kali ini adalah sedikit berbeza dan istimewa kerana mereka mendapat sokongan dan dorongan daripada Damian Mikhail, penyanyi kepada sebuah kumpulan lagenda R&B Malaysia V.E. Soundholic juga telah di jemput untuk menjadi sebahagian daripada komuniti muzik R&B Malaysia KRBT R&B Tanah Air.

Di dorong dengan semangat untuk memeriahkan kembali scene R&B di Malaysia, Soundholic telah meriliskan single pertama mereka iaitu ‘Satu’. Penciptaan lagu ini disusun oleh penerbit muzik Ezra Alfandy dan di mix dan master oleh Mousthofa.

p/s kepada sesiapa yang dah mengikuti perkembangan RukunTV pasti sudah tahu JayC merupakan host utama untuk kami. Dengan itu, kami mempersembahkan, ‘Satu’ dari Soundholic! Cekidout :

RukSesh

RukSesh Cover : R&B Session, ‘I Have Nothing’ – Whitney Houston by MAL & Ezra

RukSesh kali ini memaparkan R&B session bersama dengan Mal Alfonsso dengan Ezra Alfandy dimana mereka akan cover lagu dari Whitney Houston – ‘I Have Nothing’.

Mal merupakan penyanyi muda yang berbakat dan sering melakukan cover-cover lagu di laman instagram beliau. Beliau juga amat meminati artis-artis dari Philiphines dan sumber inspirasi beliau adalah kebanyakan dari Philipines. Tapi kali ini, beliau akan melakukan full cover untuk lagu ‘I Have Nothing’ dari penyanyi legenda Whitney Houston di RukunTV. Checkidout!

Reaksi, RukView

RukView React : ‘CIAO’ – Joe Flizzow, MK & Jay Park

Episode RukView React kali ini memaparkan host JayC dan Mousthofa react kepada lagu ‘Ciao’ – Joe Flizzow, MK K-Clique dan Jay Park.

Dekat Malaysia siapa lagi tak kenal Mr President Joe Flizzow of Too Phat dan MK of K-Clique dan peminat Asia Hip-Hop dan Korea sudah tentu kenal dengan Jay Park. Mereka telah meriliskan lagu terbaru mereka ‘Ciao‘ pada 22 Januari lepas di bawah payung Def Jam Malaysia.

Lagu ini di produce oleh artis Hip-Hop dari Singapura Alyph dan di co-produce oleh rapper Malaysia yang nama nya sudah tidak asing lagi Sonaone. Apa yang menariknya tentang lagu ini, ia menggabungkan ikon Hip-Hop dari generasi-generasi dan benua yang berbeza. Lagu ini dicipta ketika dunia sedang di landa pandemic Covid-19 dan 3 rapper ini merekod lagu ini di negeri dan negara masing-masing.

Ini bukan kali pertama kolaberasi antara Joe Flizzow dan Jay Park berlaku. Sebelum ini mereka sudah meriliskan lagu ‘Twisted Dreams‘ yang di produce oleh GRAY featuring Jay Electronica dan DJ Wegun untuk album Jay Park ‘The Road Less Traveled‘.

Check out reaksi JayC dan Mousthofa di bawah. Jangan lupa, like, subscribe dan share! Sekiranya anda ada cadangan untuk video apa lagi yang anda nak mereka membuat reaksi, sila-sila komen-mengomen di ruangan komen!~~

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi Massacre Conspiracy – ‘Nothing Last Forever’

Episod RukView kali ini bersama dengan host kita JayC dan Mousthofa membuat reaksi untuk lagu terbaru daripada raja metalcore Malaysia, Massacre Conspiracy – ‘Nothing Last Forever’.

Sedikit info tentang Massacre Conspiracy atau lebih mudah di panggil MC16, mereka di tubuhkan pada tahun 2008 dan membawa genre ‘Melodic Metalcore’. Mereka melancarkan demo pertama mereka pada tahun 2009 ‘The Prophecies‘ dan terus meriliskan beberapa EP, ‘Dice With Death‘, ‘Massacre Conspiracy‘ dan ‘Kingslayer‘. Mereka meriliskan album ‘Lost Holocaust‘ pada tahun 2013.

MC16 pernah membuat pembukaan untuk beberapa band besar antarabangsa seperti Carnifex, Eyes Set To Kill, Suicide Silence, The Used, All Time Low, Story of the Year dan As I Lay Dying. Mereka juga pernah dicalonkan dalam Shout Awards 8TV untuk anugerah Breakthrough Artist dan memenangi anugerah tersebut. Perkara yang amat jarang atau tak pernah berlaku dalam industri muzik Malaysia terutamanya untuk band yang bawa muzik metal seperti mereka dan they did it. SALUTE!

Ahli-ahli MC16 trediri daripada Ash(vocalist, Emy Syahmi(drummer), Daniel Eddie(bassist) dan Brandon Gomez(gitar). Checkout, video reaksi RukView untuk lagu ‘Nothing Last Forever’ dari Massacre Conspiracy, di bawah ;

*Sumber info MC16 di ambil dari Wikipedia

Reaksi

INDOREACT : Sullivan – ‘Mati Idup Baru’

Pertama sekali tahniah kepada band Sullivan untuk muzik video ‘Mati Idup Baru’ yang sekarang sudah mencecah 20,000 view lebih(dari tarikh article ini di tulis).

Tahun lepas tanpa kami sedari(baru tahu tadi dari article ini di tulis), rupanya muzik video Sullivan ‘Mati Idup Baru’ telah di react oleh salah seorang reaksi dari Indonesia iaitu, ‘INDO REACT‘.

Bagi yang tidak tahu, muziv video Sullivan untuk lagu ‘Mati Idup Baru’ adalah di produce oleh pihak kami RukunTV dan kami berterima kasih banyak-banyak kepada band Sullivan kerana memberi kami peluang untuk mengarah muzik video ini. THANK YOU SULLIVAN!

Check out video reaksi dari INDO REACT, di bawah. Terima kasih juga INDO REACT kerana react kepada video ini! ;

*p/s kepada siapa-siapa yang perlukan service membuat muzik video boleh email kepada kami di rukunxiii@gmail.com.

Reaksi, RukView

NON METAL VS METALHEAD REACTS TO SOG “SAILORS OF SORROW”

Bersama dengan host JayC dan Mousthofa, episode RukView kali ini membuat reaksi untuk lagu ‘Sailors of Sorrow‘ dari sebuah band post-hardcore/metalcore lokal iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Band ini telah mula bergiat aktif sejak dari tahun 2005 dan merupakan antara band yang masih bergiat aktif di dalam industri muzik tanah air baik underground ataupun mainstream.

Mereka telah meriliskan beberapa material iaitu Civilization Is On Trial(EP) (2013), Bahtera (2014), dan Dermaga (2014). Mereka bakal meriliskan album terbaru mereka tidak lama lagi.

Lagu ini di kompos oleh Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah (Adek). Lirik pula adalah daripada Zainuri Shaharin daripada band Cycryptic. Producer lagu ini pula adalah dari band Chunk! No, Captain Chunk, Bert Poncet, Eric Poncet dan di mix oleh Bastien Lafaye.

Muzik video pula di direct dan produced oleh Nadeem A. Salam dan di support oleh Cultural Economy Development Agency (CENDANA). Check out reaksi JayC dan Mousthofa di bawah!

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi Metal Cover, ‘Mimpi, K-Clique Cover’ Transitions x Rudeen x Servants x Orked

Episod RukView kali bersama dengan host JayC dan Mousthofa reaksi kepada video metal cover untuk lagu K-Clique ‘Mimpi’ .

Video MV cover ini di lakukan oleh Transitions, Rudeen, Servants dan Orked. Check out reaksi video tersebut di bawah ;

Lagu ini di mix dan master oleh Nash Muhandes dan video di rakam dan edit oleh Aiman Aqwa, Andrew Tan dan aperforatedsphere prod.