Author

Darth Ra

Reaksi, RukView

RukView Reacts! Dolla – Berani (MV)

Series RukView React bersama JayC & Mousthofa kali ini, mereka melakukan reaksi kepada muzik video kumpulan Pop Malaysia, Dolla – Berani.

Dolla merupakan kumpulan muzik pop dari Malaysia yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dibawah naungan Universal Music Malaysia. Kumpulan Dolla ditubuhkan pada tahun 2019 dan debut pertama Dolla adalah lagu ‘Make You Wanna‘.

Walaupun masih baru di dalam industri muzik tempatan, tetapi Dolla telah dipilih untuk berkolaberasi dengan beberapa penyanyi ternama sekitar Asia Tenggara melalui lagu ‘Heal‘ terbitan Star Music yang juga merupakan subsidiari ABS-CBN Corporation, iaitu syarikat konglomerat media terbesar di Filipina. Mereka juga merupakan antara 17 penyanyi dibawah naungan Universal Muzik yang berkolaberasi untuk merakamkan lagu #jangankeluar dari Yonnyboii bersempena dengan dunia mula-mula dilanda Covid-19 pada tahun 2020.

Selain dari Malaysia, Dolla juga mendapat liputan meluas daripada beberapa media sekitar asia dan baru-baru ini Dolla telah dipaparkan di papan iklan digital tersohor dunia di Times Square, New York di Amerika Syarikat. Ini menjadikan Dolla adalah artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipaparkan di papan iklan digital tersebut.

Penampilan Dolla di papan iklan digital tersohor itu merupakan sebahagian daripada kempen EQUAL oleh Spotify. Kempen EQUAL ini merupakan kempen yang menjalin kesamaan wanita melalui muzik dan memperjuangkan keadilan dan hak wanita dengan memaparkan artis wanita dari seluruh dunia. – Berita Harian

Check out apa kah reaksi JayC dan Mousthofa untuk MV Dolla – ‘Berani’. Janga lupa like, subscribe dan share!

Sekiranya anda ada apa-apa cadangan untuk reaksi seterusnya ataupun konten, sila komen di beberapa platform media sosial kami di ;

Facebook

Instagram

Twitter

Discord

Reaksi, RukView

RukView reacts Bersama dengan JayC, Thoruss & Azrul Ariff

RukView kembali lagi, kali ini JayC bersama dengan Thoruss dan Azrul Ariff membuat reaksi kepada trailer untuk filem arahan Matt Reeves iaitu Batman, lakonan Robert Pattinson.

Filem ini yang di jadualkan untuk ditayangkan ke pawagam pada 25 June lepas telah di anjak ke 1 October dan akibat beberapa masalah telah di anjakkan lagi ke 4 March 2022. Antara masalah yang di hadapi adalah akibat pengembaraan terpaksa dihentikan akibat dunia dilanda pandemic Covid-19 dan pelakon utama Robert Pattinson juga dilaporkan menghidap Covid-19. Hal ini memaksa pengembaraan dan jadual asal tayangan telah beberapa kali di anjak ke tarikh yang baru.

Harap-harap lepas ini tarikh ni takkan dianjak lagi. Tak sabar dah nak tengok filem Batman vision Mat Reeves pulak. Adakah filem Batman kali ini di luar Snyderverse ataupun filem Batman ini di universe yang baru. Sama-sama kita nantikan.

Checkout apa reaksi JayC, Thoruss dan Azrul Ariff untuk video ini. Jangan lupa like, subscribe & share :

News

Kolaborasi Muzik Video untuk Hari Malaysia, “Jiwaku Malaysia”

Selamat hari Malaysia! Pada 16 September 2021 lepas, seluruh Malaysia telah meraikan hari kelahiran Malaysia yang ke-58. Sempena menyambut ulang tahun hari bersejarah tersebut, WeTheMaker, AOK Records, Syarikat Sang Rawi dan RukunTV telah berkolaborasi dalam menjayakan sebuah projek muzik video “Jiwaku Malaysia” yang di persembahkan oleh Steff Fleur, Dell Lawrence & Armand Abdul Malik

Muzik video tersebut juga memaparkan Neng Kho Razali (pereka fashion), Ezra Tekola (At Adau), JayC (pengacara TVS, penyanyi, b-boy), Aween (seni mempertahankan diri), Uncle Nazimuddin (Nazimuddin Textile), Nasir Morni (Art of Speed) dan Haris Zainuddin (pelakon).

Dari atas, Steff Fleur, Dell Lawrence & Armand Abdul Malik

Muzik video ini dipaparkan pada pertama kali untuk sambutan Hari Malaysia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan ketua negeri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Lagu Jiwaku Malaysia ini ditulis oleh Steff Fleur dan direkod di AOK Records. Projek ini diuruskan oleh Aishah Chong  serta penasihat projek ini pula adalah Ezi Firhan. Muzik video ini dirakam di The Junk, di rumah Aishah dan di edit oleh Hadi dan Ezzat Zaidan. Penari-penari di dalam video ini adalah Aleeya, Ummu Khansa & Molly dari Karya Terindah Performing Arts

Kami dari pihak RukunTV mengucapkan terima kasih kepada WeTheMaker, UPPAN dan Yasmin Zaidi kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada projek muzik video yang amat bermakna ini sempena dengan hari kelahiran Malaysia yang ke-58. Kami juga ingin berterima kasih kepada UKAS, TVS dan Pustaka kerana membantu dalam menjayakan muzik video ini.

Check out muzik video untuk “Jiwaku Malaysia” di bawah. Jangan lupa, like, subscribe dan share!

New Release

Deck Zeak Rilis Lirik Video Tentang Cinta & Intim. ‘MORE’

Deck Zeak, seorang penyanyi muda berusia 25 tahun ini baru sahaja meriliskan single terbaru beliau “More” di beberapa platform streaming seperti YouTube, Spotify dan Apple Music.

Sedikit info mengenai Deck Zeak. Beliau mula bermain muzik semenjak di awal usia 15 tahun dan pernah berkongsi pentas bersama Sasha Ningkan ketika perlancaran Borneo 744 dan Fhelora di acara Global Village di University Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau juga merupakan ketua band untuk kumpulan The Fingerprints yang pernah menjadi juara untuk Kuching Waterfront Jazz Festival (KWJF) 2019.

Beliau mempunyai minat dalam pelbagai jenis genre muzik seperti Hip-Hop, Punk-Rock, Jazz, R&B, Metal dan muzik Classical. Dengan kelebihan dalam pernah bermain pelbagai genre muzik, beliau telah menjumpai minat baru dalam membuat muzik dari bilik tidur dan berexperimentasi dengan pelbagai jenis genre.

Dengan rilisan single terbaru beliau ‘More’, ini merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan Deck Zeak untuk terus menerokai muzik dan seni susunan muzik. Lagu ini merupakan tentang cinta dan hubungan intim yang juga merupakan isyarat tanda cinta untuk teman sejiwa. Bagi Deck Zeak, cinta boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk sama ada dari kata-kata dan dapat dirasai dengan lebih mendalam lagi melalui sentuhan fizikal.

Mixing dan mastering lagu ini dibuat oleh rakan producer beliau iaitu BernTheHouse. Mereka telah bekerjasama sejak tahun 2019.

Checkout single terbaru lirik video ‘More’ daripada Deck Zeak! Jangan lupa like, subscribe dan share!

https://www.youtube.com/watch?v=L3uPbV738Go
New Release, News

Reening Lau Album Debut ‘Was It Enough’

Reening Lau, penyanyi indipendent dari Sarawak meriliskan album debut beliau ‘Was It Enough‘. Album ini mengandungi 10 buah lagu dengan gabungan dari 5 buah lagu dari rilisan EP beliau yang lepas yang telah disusun semula berserta dengan 5 buah lagu baru. Album ini dihasilkan melalui ‘Program Pembiayaan Muzik‘ dari CENDANA.

Sedikit info mengenai Reening Lau, beliau merupakan graduan dalam Masters In Music Production dari University of York. Bakat beliau tidak terhad dari hanya producing, mixing dan mastering, tetapi beliau juga berkebolehan dalam menyanyi dan bermain gitar. Reening kerap kali melakukan persembahan di beberapa event muzik lokal seperti Sitok Kuching, pernah menjadi finalist untuk Feedback Open Mic di Kuala Lumpur dan juga melepasi pusingan kedua ujibakat The Voice United Kingdom.

Pada awal tahun 2020, Reening meriliskan EP pertama beliau di mana EP tersebut merupakan experimentasi beliau dalam mencuba pelbagai jenis genre seperti Groovy Funk, Dance dan Math Rock. “Apabila anda mempunyai idea untuk membuat lagu yang sempurna, ia takkan pernah mencukupi dan anda mungkin akan menggadaikan peluang untuk anda berkembang sebagai artis dengan muzik yang ingin dicipta.” Ujar Reening apabila mengulas tentang rilisan EP tersebut.

Akhirnya pada tahun 2021, melalui Program Pembiayaan Muzik dari CENDANA, Reening telah berjaya menghasilkan album pertama beliau Was It Enough. Check out MV Reening untuk lagu ‘Was It Enough‘ di bawah. ;

Lirik dan muzik : Reening Lau

Recorded di : AOK Recrods

Mix & Mastering : Hairul Hasnan

Direktor MV : Jeremy Jecky

Jangan lupa Like! Subscribe! Share!

New Release

Artis Sape, Alena Murang, Rilis MV, ‘Warrior Spirit’.

Alena Murang, artis kelahiran Sarawak yang juga di kenali sebagai ‘Sarawak’s Sape Sweetheart’ yang kini menetap di Kuala Lumpur baru sahaja meriliskan MV terbaru beliau yang berjudul “Warrior Spirit” iaitu semangat pahlawan di platform YouTube. 

Muzik video ini di arahkan oleh Sarah Lois Dorai yang juga merupakan sepupu beliau dan di produce dengan kerjasama oleh Project Room dan Kanid Studio. Mereka adalah dari pasukan yang sama yang menerbitkan muzik video “Midang Midang” yang juga telah memenangi anugerah Penggayaan Terbaik di Festival Video Muzik Bueno Aires 2020. Muzik video ini juga berjaya dihasilkan dengan sokongan daripada CENDANA, Sarawak Tourism Board, Sarawak Convention Bureau, Gebriel Padan dan Styllar.

Sedikit info mengenai Alena Murang, beliau merupakan artis Sape(alat muzik traditional masyarakat Orang Ulu dari Borneo) dan juga merupakan wanita pertama untuk membuat persembahan dan mengajar sape secara professional. Belajar bermain sape dari Masters of Sape iaitu Mathew Ngau Jau dan Salomon Gau. Beliau meriliskan EP pertama beliau ‘Flight‘ pada tahun 2016, di mana EP tersebut adalah interpretasi lagu-lagu traditional dari kaum Kelabit dan Kenyah. Beliau juga pernah melakukan persembahan di festival-festival muzik antarabangsa seperti SXSW, Colors of Ostrava, Paris Fashion Week, Rudolstadt Festival, OzAsia Festival dan Rainforest Music Festival. Alena juga merupakan wakil belia di Forum Pemuda UNESCO di Paris dan UNESCO Asia-Pasifik, untuk karya-karya beliau dalam warisan kebudayaan. Pada April 2021 lepas, Alena Murang telah di calonkan untuk International Indigenous Artist-Group Recording of the Year di Summer Solstice Indigenous Music Awards Canada.

“Kami berasal dari keturunan barisan pahlawan dari suku bangsa Dayak Kelabit dan moyang saya iaitu Balang Nganud di kenali dikalangan komuniti kami sebagai ‘Sang Harimau yang melayang kepala musuh’. Walaupun kami tidak mengamalkan praktis tersebut lagi, tetapi saya yakin, ramai rakyat Malaysia dan komuniti-komuniti lain di seluruh dunia dapat mengaitkan semangat pahlawan yang datang dari budaya dan adat masing-masing melalui muzik ini.” ujar Alena. 

Menurut Sarah Lois Dorai, pengarah untuk muzik video ‘Warrior Spirit’, “Kami percaya dengan hanya mengambil sedikit idea dan bagi ia ruang untuk berkembang, nescaya ia akan membesar menjadi sesuatu yang berpotensi dan bernilai.” Beliau juga menambah, “kontribusi dari setiap krew produksi untuk muzik video ini yang pada mulanya berkonsepkan tarian video, telah berkembang menjadi penyataan visual identiti dan budaya.” Muzik video ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.

Bandmate Alena di dalam muzik video ini adalah Joshua Maran, Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramando dan Jimi Chong. Muzik video ini juga berkonsepkan bunyi-bunyian Sape yang di adun dengan pengaruh dari muzik rock.

Checkout muzik video terbaru dari Alena Murang ‘Warrior Spirit’ dibawah. Jangan lupa like, subscribe dan share! ;

New Release

‘BETRAYED’ Single Terbaru Guccimith & Zhe Kamil

Guccimith dan Zhe Kamil kembali lagi dengan single terbaru mereka ‘Betrayed’. Mereka bukan lagi duo yang asing di dalam scene underground Hip-Hop Malaysia sejak mereleasekan lagu ‘Stay Away‘ pada tahun lepas dan baru-baru ini featured di dalam FORCEPARKBOISLOTUS ALL STAR REMIX bersama dengan Dinho, Rudeen, Jaystation, Vertgin, Sxph, Ichu, F.Rider, Offgrid, Guccimith, Addy Khayal, SonaOne.

Guccimith & Zhe Kamil

Single terbaru mereka ‘Betrayed’ merupakan salah satu daripada lagu di dalam Ep mereka “You Know the Vibes” yang akan diriliskan dalam tahun ini. Lagu ini di mix dan mastered oleh Zhe Kamil dan lirik Guccimith. Lagu ini meceritakan tentang kecurangan yang berlaku di dalam hubungan. MV video ini diarahkan oleh Mark Clorox. Beliau juga merupakan direktor MV untuk ‘Stay Away’.

Check out single terbaru Guccimith dan Zhe Kamil ‘Betrayed’. Don’t forget to like, share & SUBSCRIBE!

New Release

Yung Kai, B-Heart & Izhar(TTONTHEMOVE), Rilis MV ‘Save The Night’ ala Hyper-Pop/Trap. (prod Jaake)

Yung Kai kembali dengan single terbaru beliau ‘Save The Night’ featuring B-Heart & Izhar, (Prod by Jaake). Artis muda ini yang mula mendapat parhatian di dalam scene underground Hip-Hop bawah tanah dengan rilisan ep beliau ‘Tender Trap‘ tidak menunjukkan penat lelah dalam terus berkarya dan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Lagu ‘Save The Night’ ini adalah satu lagi experiment daripada Yung Kai dan producer Jaake dalam meneroka genre Hyper-Pop dan di gabungkan dengan teras kepada muzik Yung Kai sendiri iaitu Trap. Kedua-dua mereka adalah di bawah naungan label Ban Huat Sdn Bhd. Turut serta dalam menyumbang magis kepada lagu ini adalah B-Heart dari SONY MUSIC MY dan Izhar dari TTONTHEMOVE.

Apa yang menariknya tentang lagu ini adalah adunan pelbagai bahasa iaitu English, Mandarin dan Bahasa Malaysia dalam menceritakan tentang romantis, keinginan dan emosi yang melanda ketika jam sudah tengah malam.

Disebabkan larangan rentas negeri, pembikinan muzik video ini dilakukan di negeri lain-lain. Mereka membuktikan walaupun masing-masing berada di lain-lain negeri, tetapi di era tamadun digital berserta dengan alat-alat yang ada, segalanya boleh dilakukan dengan perancangan dan pelaksanaan yang effektif. Setiap daripada rakaman yang di ambil dari lokasi yang berlainan dan di edit/susun oleh ‘IDONTREALLYNOU‘ dari Selangor dan KHAI FILMS dari Sarawak. Muzik video yang dihasilkan juga seperti yang dijangkakan datang daripada Yung Kai, sememangnya berkualiti tinggi untuk scene bawah tanah. SALUTE!

Checkout music video terbaru dari Yung Kai, ‘Save The Night’. Jangan lupa, like, subscribe dan share, LESGO!

New Release

Kumpulan Hip-Hop Tikar Terbang Rilis Lirik Video – ‘Aku Sedar’

Kumpulan Hip-Hop Tikar Terbang telah meriliskan official lirik video ‘Aku Sedar‘ dan boleh didengar di pelbagai platform streaming(Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube & Deezer).

Sedikit info tentang Tikar Terbang; mereka berasal dari Kuching Sarawak dan dibarisi oleh 16 ahli. Setiap daripada ahli-ahli Tikar Terbang merangkumi 8 emcee, 2 Bboy, 2 penyanyi dan 4 pemain esport. Tikar Terbang juga telah meriliskan lebih daripada 20 lagu dan semuanya di tulis dan dicipta oleh mereka sendiri.

Menurut Tikar Terbang, arwah Tan Sri P Ramlee merupakan inspirasi utama mereka dalam menghasilkan karya-karya mereka dan mereka juga berharap agar karya-karya mereka akan dihargai seperti Arwah Tan Sri P Ramlee. Semenjak ditubuhkan pada 2017, Tikar Terbang telah meriliskan sebanyak 30 buah lagu.

Membawa konsep ‘Rap Pop Energetic Modern’, single terbaru Tikar Terbang merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southen Records Sdn Bhd (NSR). Menurut Tikar Terbang, mereka tidak mahu dilabel sebagai K-Clique yang kedua kerana mereka mahu dikenali dengan cara mereka tersendiri.

‘Aku Sedar’ ditulis oleh Emanshushii, Kamaii, Skulleight dan Maddayz. Di kompose oleh Emanshushii dan di terbitkan oleh Taja Archive Publishing.