Author
Sunbear Music & Arts Festival adalah acara yang memaparkan persembahan muzik dari band dan artis dari pelbagai genre. Selain itu, pameran seni, fashion dan makanan juga akan turut mewarnai festival ini. Festival ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 & 10 December bertempat di MBKS Community Hall Carpark. Acara ini akan memaparkan pelbagai barisan band dan artis lokal dan antarabangsa dari pelbagai genre merangkumi Indie-Rock, Hip-Hop, Metal, Hardcore, Pop, Electronic dan macam-macam lagi.
Pihak dari Sunbear telah meriliskan fasa pertama barisan persembahan dan antara nya adalah, Nicolas Muñoz atau lebih dikenali sebagai Boy Pablo. Beliau merupakan penyanyi dan penulis lagu yang mula mendapat perhatian selepas lagu beliau “Everytime” di YouTube menjadi viral sehingga mendapat hampir 50 juta strim di platform tersebut. Sejak itu beliau telah meriliskan 2 EP dan satu studio album. Seterusnya adalah adalah rapper dari Jakarta Ramengvrl yang baru sahaja meriliskan single terbaru “WHO DIS”, “FACTS” dan “ONTO THE NEXT” dan juga kumpulan Emo Math-Rock dari pulau Singapura Forests yang baru sahaja meriliskan album terbaru mereka “Get In Losers, We’re Going to Eternal Damnation”.

Turut bersama yang bakal meriahkan pentas Sunbear adalah band lokal seperti Sekumpulan Orang Gila. Mereka merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36(AJL36) untuk kategori lagu terbaik berjudul “Pelukan Angkasa” featuring Shila Amzah. Selain itu, kumpulan Punk Rock No Good, kumpulan Ska-Punk, Plague of Happiness, kumpulan Metal Purbawara, kumpulan Indie-Rock Sweetass dan rapper Airliftz juga akan turut serta untuk menghiburkan para pengunjung.

Tidak lupa barisan-barisan band dan artis dari kepulauan Borneo, antaranya adalah band lagenda Nice Stupid Playground, penulis dan penyanyi Claudia dan band Post-Rock South China Sea untuk menyempurnakan barisan fasa pertama Sunbear Music & Arts Festival

Sunbear Festival akan menyediakan 2 pentas pada hari kejadian dan selain persembahan dari para artis dan band, antara tarikan lain yang bakal di sajikan kepada pengunjung adalah Jugam Art Village. Di sini para pengunjung boleh melawat bengkel seni dan menerokai sendiri pelbagai jenis kraftangan dan pelbagai jenis seni dari anak-anak tempatan. Untuk menempah tiket, boleh layari laman web https://liveinkch.com/

Penyanyi paling muda dari label muzik indipendent lokal Ban Huat Sdn Bhd, Ian Aw telah meriliskan debut muzik video pertama untuk single beliau Awtotune feat Yung Kai, di produce oleh Jaake & Saucie J.

Sedikit info mengenai Ian. Berumur 19 tahun berasal dari Kuching Sarawak, beliau mula berkecimpung dengan muzik apabila mendengar muzik-muzik Hip-Hop dari scene underground China. Pada tahun 2019 apabila bekerja di kedai streetwear ‘Boiler Room‘ yang di kendalikan oleh Yung Kai, di sanalah impak dan perjalanan muzik Ian bermula. Sepanjang di sana, beliau dan Yung Kai seringkali berkongsi dan mengasah keupayaan mereka dalam mencipta muzik dan menghasilkan karya yang mereka inginkan. Ian juga ada membuat perniagaan jenama barang kemas iaitu ‘Zero Degrees‘ bersama dengan Yung Kai.

Ian mendapat inspirasi untuk lagu Awtotune daripada keinginan dalam hidup, kekecewaan, kesusahan dan sebagai mewakili nama beliau iaitu “Aw”. Lagu ini memaparkan Yung Kai dan di produce oleh Jaake & Saucie J yang juga dari label Ban Huat Sdn Bhd. Muzik video ini pula di buat oleh Razeeq dari The Ark Kuching dan special effect pula di halusi oleh Idonreallynou.
Check out debut muzik video pertama Ian feat Yung Kai dan di produce oleh Jaake. Janga lupa like, subscribe & share! :
TAPAUfest kembali dan kali ini disebabkan situasi pandemic Covid-19 yang melanda negara hampir 2 tahun, TAPAUfest kali ini akan dijalankan sepenuh di atas talian(online). Acara ini di anjurkan oleh TAPAUasia, sebuah online platform yang menyediakan tempat untuk komuniti penggiat seni Indie untuk berkongsi seni dan bertukar/berkongsi ilmu bersama.
TAPAUfest menawarkan pengalaman festival secara online dalam usaha untuk menyemarakkan semula aktiviti seni yang terhenti akibat Covid-19. Acara ini juga akan berlangsung selama 14 jam dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Walaupun festival ini dijalankan online sepenuhnya dengan norma baharu yang kita hadapi kali ini, acara ini akan tetap menjunjung suasana sebenar sebuah festival. Selari dengan kempen TAPAUasia iaitu #lifeislive.
TAPAUfest kali ini akan memaparkan pembikin karya Indie dari 3 buah negara sekitar Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapure dan Malaysia. Harga tiket pula akan di jual bermula Rm30 untuk BASIC combo sehingga Rm150 untuk SEMPOI combo. Tiket boleh didapati di laman web www.TAPAUfest.asia.

Menurut penganjur TAPAUfest, festival ini akan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu PENTAS, BENGKEL(peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan LAYAR(tayangan perdana produksi secara langsung).
PENTAS menjanjikan pengalaman santai dan interaktif selama 14 jam dengan menampilkan himpunan pemuzik Indie dari 3 buah negara dan semua persembahan ini 100% dijalankan secara langsung dan bukan tayangan dari pra-rakaman. Para penonton akan dapat merasai pengalaman sebenar menonton persembahan muzik secara live dari pemuzik-pemuzik Indie di venue yang telah ditetapkan di 3 buah negara ini.
Menurut Faris yang juga merupakan Pengarah Konsert dan wakil TAPAUasia Sdn.Bhd, “Kami membariskan himpunan pemuzik Indie popular dan sedang bertapak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dengan mengetengahkan kepelbagaian genre muzik, termasuk wakil wanita dari setiap negara.”
Malaysia
Barisan pemuzik dari Malaysia akan menampilkan kugiran Ska dari Johor, Plague of Happiness, Zee Avi yang pernah memegang rekod sebagai anak Malaysia yang pertama mempunyai album yang tersenarai dalam carta album US Billboard Hot 200 serta pernah menduduki carta Billboard Heatseekers.

Turut mewakili Malaysia adalah barisan artis yang tengah melonjak naik dalam industri underground tempatan iaitu No Good yang baru melancarkan trek terbaharu mereka, “Kayaba”. Seterusnya adalah antara artis Hip-Hop tempatan yang tengah hot sekarang di komuniti underground Hip-Hop tempatan yang juga merupakan pemenang anugerah Jeremy(Artis Indie Baharu Terbaik) pada TAPAUawards tahun lalu dan popular dengan lagu Wonderland iaitu Gard Wuzgut.
Singapura
Dari Singapura pula merupakan Force Vomit yang kembali melakukan persembahan di TAPAUfest setelah 3 tahun tidak beraksi.
Turut disertai adalah Subsonic Eye yang pernah menjadi artis Asia Tenggara pertama yang pernah beraksi di KEXP, sebuah online platform yang memaparkan persembahan muzik online. Pemuzik ketiga dari Singapura yang akan menyertai festival ini adalah Forests. Mereka melakar sejarah sebagai band Asia pertama yang lagu mereka “Tamago” tersenarai dalam “100 Greatest Emo Songs” di Vulture.com.

Indonesia
Barisan pemuzik dari Indonesia pula membariskan antara kumpulan lagenda dari Indonesia iaitu Sore. Mereka akan menampilkan 2 tetamu istimewa yang hanya akan diperkenalkan ketika persembahan mereka pada TAPAUfest nanti.
Seterusnya adalah trio Rock & Roll wanita Fleur yang baru sahaja meriliskan MV terbaru mereka Merona pada awal tahun ini. Turut serta adalah sebuah lagi kumpulan Rock Kontemporari The Panturas yang baru sahaja meriliskan album terbaru mereka Ombak Banyu Asmara.

Lokasi persembahan untuk semua pemuzik dari 3 buah negara ini berlaku dengan kolaberasi rakan kongsi Indie tempatan iaitu Qun Films dari Jakarta, MonoMonday dari Singapura dan Krom Studio dari Malaysia. Para penonton digalakkan untuk berinteraksi dengan artis-artis dan kugiran-kugiran menerusi livechat dan host yang akan mengemudikan acara live tersebut adalah Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dari Indonesia dan pelakon popular Sharifah Amani dari Malaysia.

Untuk sesi BENGKEL pula akan dimulakan dengan “Sarapan untuk juara” dimana Bagus “Gogon” dari kumpulan The Panturas (Indonesia) akan mengadakan sesi membuat sarapan yang ringkas dan enak. Selepas itu, artis grafiti dari Singapura Boon Baked akan membuat tutorial membuat grafiti menerusi bengkel Huruf Boon. Selepas itu, para penonton boleh belajar tentang teknik scream atau growl dari Bear yang juga merupakan anggota kumpulan Metalcore Defoulters.
Sesi LAYAR pula para penonton dapat mengikuti tayangan perdana untuk dokumentari Ipoh City Slackers “Indie Rock Kota Tua”, dari Nik Syazwan dan Zim Ahmadi.
TAPAUfest turun menawarkan cenderahati dan “set permainan daun terup” yang direka khas oleh pereka wanita bersaudara GrimmyGranny dan dihasilkan oleh Bogus Merchandise yang turut bertanggungjawab untuk penghantaran di seluruh dunia. TAPAUfest akan turut mengeluarkan seluar pijama yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja untuk pembelian Kombo SEMPOI.


Turut disertakan adalah Zine yang merangkumkan panduan untuk festival, artikel tulisan Fikri Fadzil (Bayangan, The Wknd), Adly Syairi Ramly dan ramai lagi. Antara yang menariknya tentang TAPAUfest ini adalah para penonton akan berpeluang untuk memenangi PS5 untuk segmen teka silang kata. FUH!
Tiket individu boleh didapati pada harga Rm30 untuk Kombo ASAS, Rm50 untuk Kombo GEREK, Rm100 untuk kombo KEREN dan Rm150 untuk kombo SEMPOI. Tiket berkumpulan untuk 4 orang pula dijual pada harga Rm110 untuk Kombo ASAS, Rm180 untuk Kombo GEREK, dan Rm360 untuk Kombo KEREN. Promosi ini adalah sehingga 29 Oktober 2021 (Jumaat). Pada hari festival pula tiket indidivu akan dijual pada harga Rm50.
Semua tiket ini boleh dibeli di laman web www.TAPAUfest.asia. TAPAUfest merupakan penerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) di bawah PENJANA dari MyCreative Ventures untuk acara digital.
Space Bird, sebuah band Post-Rock yang berasal dari Kuching, Sarawak telah di feature dekat sebuah online show iaitu Indayog dari Cornflakes Music. Cornflakes Music merupakan sebuah syarikat produksi dan pengurusan dari Batangas, Filipina. Cornflakes Music menyediakan platform untuk artis/bands berkongsi idea, hasil kreatif untuk di kongsikan bersama orang ramai.
Baru-baru ini sebuah band tempatan Space Bird telah membuat satu persembahan untuk online show Indayog. Indayog merupakan sebuah online show berseries yang dianjurkan oleh Cornflakes Music yang memaparkan barisan artis dan band dari sekitar asia tenggara untuk berkongsi muzik mereka. Setakat ini Indayog telah memaparkan beberapa artis di Filipina, Malaysia, Singapura, New Zealand dan banyak lagi.

Sedikit info mengenai Space Bird, mereka merupakan band Post-Rock yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan mereka terdiri daripada Chary, Kingsley, Terence dan Deco. Muzik mereka menggabungkan bunyi-bunyian ambien, progressive dan experimental rock. Band member Space Bird sebelum ini juga pernah menganggotai band-band lain seperti Terence pernah menjadi drummer untuk band Coloradar, sebuah band yang bermain muzik Punk, Brit-Rock dan Nu-Metal. Chary pernah bermain untuk band Automatic The Remote, sebuah band alternative rock/pop-punk, Farewell To Ashtray Girl dan Skitzo Dictionary bersama isteri beliau.
Deco pula pernah bermain untuk sebuah band Indie-Rock Blister, sebagai vokal dan gitar, Sonido Congress, band Progressive Rock dan Kingsley pula pernah bermain dengan band SayHelloGoodMorning, sebuah band Alternative Rock.

Muzik Space Bird boleh di stream melalui platform YouTube mereka. Mereka juga pernah bermain di beberapa gig seperti Vibes of Tribes Vol.3 oleh SubNoise Faction, Malam Rojak II oleh Rumah Panjai: Kuching Punk House, WAK Big Jam oleh What About Kuching, The Side Effect Show oleh KAHF Studio, Sitok Kuching by A.O.K Records, Live on Kuppa Kopi oleh RTM TV, Fondness Drops Virtual Charity Concert’20 oleh CatSound.Co dan pelbagai lagi.
Jika anda pun pemain/penggiat muzik dan ingin berada di Indayog, boleh pm staff Cornflakes Music Cris Cetra dan Gliz Diata Cetra.
Check out virtual show Indayog di butang Cornflakes Music Facebook dibawah. Space Bird merupakan persembahan kedua di dalam virtual ini pada minit ke-20! Ataupun boleh terus ke laman youtube Space Bird di bawah.
Jangan lupa like, subscribe dan share!
Against Mel, rapper dari Sungai Buloh, Selangor telah meriliskan MV terbaru beliau ‘Requiem‘ pada awal bulan ini. Penyanyi muda yang mula bergiat dalam muzik seawal umur 16 tahun telah menjadi salah satu daripada pelapis era baru komuniti Hip-Hop Malaysia.
Against Mel merupakan antara artis yang serba boleh kerana beliau boleh meletakkan macam-macam adunan dalam stail muzik beliau. Pada umur 17 tahun, Against Mel mula mendapat perhatian apabila beliau berkolaberasi dengan Yung Arief untuk lagu ‘Buta‘ yang telah mendapat hampir 60 ribu stream di dalam youtube.

Against Mel telah meriliskan ep pertama beliau ‘Neo Surface‘ yang boleh didapati di beberapa platform stream Spotify dan Apple Music. Against Mel juga telah berkolaberasi dengan beberapa artist underground lain seperti Orang Malaya, pyaniX dan Guccimith. Against Mel juga pernah beraksi di beberapa live show seperti di HMO, RTB Fest, Anugerah Lagu Indie dan macam-macam lagi.
Lagu ‘Requiem‘ ini di produce oleh G Hudaifa, di tulis oleh Aumeel Firdaus dan di mix & master oleh pyaniX.
Check out MV beliau ‘Requiem‘ dan jangan lupa like, subscribe dan share!
Ziqem, penyanyi berasal dari Debak Sarawak telah meriliskan MV dari single terbaru beliau ‘Keliru’ hasil kolaborasi dengan seorang penyanyi dari Sarikei Lydbie. Sebelum ini kami pernah menulis tentang Lydbie untuk muzik video ‘Go’ dan bagi siapa-siapa belum check out MV tersebut, check em out now!
Sedikit info tentang Ziqem, beliau berasal dari Debak Sarawak dan stail muzik beliau adalah menjurus ke-arah R&B dan Hip-Hop. Sebelum ‘Keliru’ Ziqem telah meriliskan beberapa lagu iaitu Highyal, Aku Cuba dan Bebal yang boleh di stream di channel youtube beliau.

Lagu ‘Keliru’ ini menceritakan tentang pasangan kekasih yang pada mulanya bahagia dan seolah-olah tiada apapun yang dapat menghalang hubungan mereka berdua. Namun seperti setiap(bukan semua) pasangan yang bercinta, kadang-kadang akan berlaku konflik dan konflik itu kadang-kadang kita tidak tahu dari mana dan apa punca ia berlaku sehingga menjejaskan hubungan tersebut.
Muzik video ‘Keliru’ ini di rakam di Damai Sentral, Kuching Sarawak dan proses penciptaan lagu ini dibuat sepenuhnya secara maya di mana Lydbie ketika itu berada di Sarikei manakala Ziqem dan Firjai berada di Kuching. Lagu ini di produce sepenuhnya oleh Firjai yang juga merupakan pengarah untuk muzik video ini.

Lagu ‘Keliru’ merupakan sebahagian daripada projek EP “Ruby”. Sebuah projek kolaborasi antara Firjai, Ziqem dan Lydbie. Terdapat 3 lagu yang ada didalam EP tersebut dan setiap lagu mempunyai kaitan dan kesinambungan antara satu sama lain.
Check out MV ‘Keliru’ daripada Ziqem dan Lydbie dibawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!
Gila. Itulah yang dapat digambarkan setelah mendengar rilisan terbaru daripada sebuah band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor ini. Mereka dikenali sebagai Sekumpulan Orang Gila (SOG). Baru-baru ini mereka telah meriliskan sebuah lirik video dari single terbaru mereka ‘Second Voyage‘ featuring Tim Lambesis yang juga merupakan penyanyi kepada sebuah band Metalcore lagenda As I lay Dying. Double the gila!
Episod RukView kali ini bersama dengan JayC dan Mousthofa membuat reaksi kepada lagu baru daripada SOG. Sebelum ini kami pernah membuat reaksi untuk lagu SOG ‘Sailors of Sorrow’.
Lagu ini dikarang oleh dua-beradik Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah. Lirik lagu ini di tulis oleh Shahril Redzwan, di produce oleh Bert Poncet iaitu vokalis kepada band Chunk!, No, Captain Chunk!. Mix dan mastering lagu ini dilakukan di Alias Studio di Paris, Perancis dan direkod di SOG Production Studio.
Check out episod RukView kami kali ini bersama JayC dan Mousthofa untuk lirik video SOG feat Tim Lambesis (As I Lay Dying). Jangan lupa like, subscribe dan share!
Netflix akan mengembangkan sayap ke dunia gaming. Tiada caj tambahan untuk pelanggan sedia ada dan tiada kenaikan harga dari caj standard Netflix. Baru – baru ini Netflix telah memperoleh sebuah syarikat video game Night School Studio. Adakah ini bermaksud selain daripada film, series dan animasi, Netflix akan menawarkan permainan video juga?
Netflix telah mendapatkan khidmat bekas pegawai Electronic Arts (EA) dan Oculus Mike Verdu sebagai ketua pembangunan game. Sebelum ini Netflix telah pun bekerjasama dengan beberapa syarikat membuat video game dan mengeluarkan beberapa permainan mobile seperti Stranger Things: 1984, Card Blast, Shooting Hoops dan Teeter Up. Tetapi permainan ini hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja kerana game-game ini masih berada di peringkat awal pembangunan.
Menurut Greg Peters yang juga merupakan ketua pegawai produk untuk Netflix, beberapa game ini besar kemungkinan akan di jadikan film atau series seperti Stranger Things. Beberapa series animasi yang berasal dari game juga telah dihasilkan oleh Netflix seperti Dota: Dragon’s Blood, Castlevania, The Witcher dan banyak lagi yang bakal menyusul.
“Kami mendapat inspirasi dari mereka yang berani menetapkan bar baru untuk bercerita dalam permainan.” – Mike Verdu
Ketika ini, projek ini masih di peringkat awal perkembangan dan ujian telah pun dilakukan di beberapa negara seperti Poland dan bakal ke Itali dan Sepanyol. “Kami mendapat inspirasi dari mereka yang berani menetapkan bar baru untuk bercerita dalam permainan.” Ujar Mike Verdu, ketua pembangunan permainan untuk Netflix merujuk kepada Night School Studio.
Keputuan Netflix untuk mengembangkan servis mereka ke permainan video adalah di sebabkan persaingan yang semakin sengit dalam streaming platform. Terutamanya dengan kemunculan pemain-pemain seperti Disney+, HBO Max, Amazon Prime Video dan banyak lagi.
Menarik, sekiranya projek Netflix ini sudah siap, selain dari hanya menonton film atau series dari Netflix, mungkinkah kita boleh bermain game juga di platform Netflix. Ataupun mungkinkah kita boleh menentukan jalan cerita dari Netflix original melalui game? Jika projek ini berjaya, ini mungkin akan menjadi satu revolusi di arena digital streaming dari film, series dan juga gaming. Sama-sama kita tunggu dan lihat.