Author

Darth Ra

New Release

Mono & Saturday Heroes Mengeluarkan Ep/Album Terbaru, ‘Radio Bovver Rok N RoLL”

Saturday Heroes, sebuah band yang membawa genre Punk/Oi! yang pada awal penubuhannya sekitar tahun 1996 telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL’. Kali ini, mereka akan muncul dengan nafas baru dari album kali ini dengan membawa konsep 70s Proto Punk, Glam-Punk, dan Rock n Roll.

Sedikit sejarah mengenai band Saturday Heroes, mereka di tubuh oleh pengasas asal iaitu Mono pada tahun 1996. Setahun kemudian, Mono dan rakan-rakan telah menghasilkan sebuah self-titled demo di bawah label independent iaitu Strange Culture Record yang akhirnya menjurus kepada penerbitan album sulung mereka iaitu “Oi! Oi! City Boy” yang berjaya dijual sehingga 5000 unit di Malaysia, UK dan Jerman.

Pada tahun 2001 pula, Saturday Heroes telah menghasilkan sebuah EP “Play it Loud“, sebuah Three way Split bersama 2 lagi kumpulan muzk yang berirama Punk/Oi! di bawah Syarikat Rakaman Life Records. Saturday Heroes kemudiannya menyepi seketika dan Mono pula menyertai band OAG dan kemudiannya muncul pula dengan The Times.

Setelah sekian lama menyepi dan akhirnya pada tahun 2013, Saturday Heroes kembali semula dengan menghasilkan sebuah Ep baru, “were back, Loud & Proud“. Ep ini berjaya di edarkan di beberapa buah negara selain Malaysia seperti di Japan, Czech, Jerman dan Amerika Syarikat.

Kini, setelah pasca pandemik 2020, Mono muncul dengan rakan-rakan pemuzik yang baru bersama Saturday Heroes iaitu Zammer sebagai gitarist, Fayerd sebagai pemain bass, dan Bedy sebagai keyboardist. Kali ini, mereka membawa citarasa dan agenda yang baru dengan mengekalkan akar muzik mereka iaitu Punk, akan tetapi, bergerak dengan lebih kepada irama 70s Proto-Punk, Glam-Punk dan Rock & Roll. Ep/Album “Radio Bovver Rok N RoLL” ini mengandungi 5 buah lagu dan 1 instrumental yang telah di riliskan secara fizikal pada bulan Julai 2023.

Ep/Album ini di riliskan dibawah naungan muzik label lokal iaitu Heavy Soul Sound Club dan terdapat 3 buah lagu dalam bahasa Melayu dan 2 buah lagu dalam bahasa English. Semua lagu dan lirik yang terdapat di dalam Ep/Album ini di tulis oleh Mono. Rakaman album ini mengambil masa 5 bulan di studio Tiga Abdul Samarahan.

Ep/Album ini menceritakan tentang kehidupan, pengalaman, kisah suka dan duka hidup sebagai rakyat kelas pekerja. Pengaruh muzik Saturday Heroes juga adalah lebih kepada band-band seperti Slade, MC5, Dr. Feelgood, MUD, Sex Pistols, The Buzzcocks, Cock Sparrer, The Jam, Pea Bees, dan sewaktu dengan nya. Menurut Mono & Saturday Heroes, tujuan utama mereka bermain muzik adalah lebih kepada untuk memberi kebebasan mengekspresi diri melalui muzik dan juga menawarkan alternatif kepada industri muzik Malaysia khususnya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cd album ini, anda boleh berhubung dengan Mono di kedai beliau Heavy Soul Vintage ataupun dm Mono di instagram beliau.

Gig/Concert/Tour/

Hidupkan Semula Masa Silam Emo & Pop-Punk di ‘Black Parade 2.0’

Project Amnesia akan melancarkan gig ‘Black Parade 2.0’ pada 26 Ogos 2023 hari Sabtu, bertempat di HAUS Kuching. Gig ini merupakan siri ke-2 dari Project Amnesia dan dijangkakan sejumlah 300-400 orang akan datang memenuhi HAUS Kuching.

Black Parade merupakan sebuah event yang bertemakan Emo, Pop-Punk, dan komunitas-komunitas Rock secara umumnya. Para pemuzik akan mempersembahkan lagu-lagu cover yang bergenrekan Emo dan Pop-Punk dari era 2000an. Pada siri pertama Black Parade di lakukan, antara band-band dan Dj yang melakukan persembahan adalah Roses Are Black, Exhale My Ozone, We The Leader dan DJ Vaux. Untuk siri ke-2 pula akan memaparkan band-band yang sama dengan penambahan beberapa band, artis dan Dj seperti Afterfall, Steff Fleur, Dj KawaiiBoi. Selain daripada itu, pemenang Battle of The Band online yang di anjurkan oleh Project Amnesia Bass, Kicks and Rhythm, 11th Minute akan turut serta beraksi pada gig ini.

Menurut salah seorang jurucakap Projeck Amnesia, “Kami menerima sambutan yang meriah daripada para komunitas pada tahun lepas dan pada tahun ini, kami akan melakukan event ini dengan lebih besar dan dengan para persembahan yang lebih baik.

Gig ini juga akan memaparkan beberapa booth yang mempersembahkan merch-merch daripada para pemuzik yang akan melakukan persembahan dan juga dari beberapa vendors-vendors lokal yang lain.

Sedikit info mengenai Project Amnesia. Mereka merupakan syarikat Event Management yang membuat pelbagai acara dengan tujuan untuk menyatukan orang ramai dan memperkasakan komunitas-komunitas yang mempunyai pelbagai minat dari segi muzik, budaya dan sub-budaya. Untuk mendapatkan tiket Black Parade 2.0, kalian boleh bertandang di account instagram @amnesiakch. Tiket pre-sale adalah RM55 dan tiket depan pintu boleh di dapati dengan harga RM65.

Gig/Concert/Tour/

Festival Muzik Dalam Hutan Tepi Sungai

Noise Not Bombs, sebuah festival yang di terajui oleh komunitas-komunitas sub-culture yang berlandaskan muzik akan berlangsung untuk julung kalinya pada 12 Ogos 2023(Sabtu) bertempat di Koloyan River Cottage dekat Bau, Sarawak. Festival ini dibiayai sepenuhnya oleh jawatankuasa para penganjur dan akan memaparkan 15 pemuzik dari sekitar Malaysia, Indonesia dan Singapura. Genre-genre muzik yang akan beraksi pada festival ini pula adalah berbeza-beza. Dari Hardcore Punk, Metal, Ethnic Fusion, Midwest Emo dan Electronic Dance Music(EDM).

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia akan diadakan di dalam hutan dan berdekatan dengan sungai dekat kawasan Bau, Sarawak. Menurut dari salah seorang para penganjur, “Kami berhasrat untuk menyediakan ruang untuk berhibur secara selamat kepada semua orang tanpa mengira jantina, etnik, keutamaan diet, kumpulan darah, pendek kata setiap lapisan masyarakatlah. Kami juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi, keganasan, gangguan dan sebarang tingkah laku yang membahayakan para hadirin di festival muzik ini.

Barisan-barisan pemuzik yang akan beraksi di festival muzik Noise Not Bombs adalah, Tools Of The Trade(Grindcore), Radigals(Hardcore), Lullavile(Alternative), Mothflesh(Groovecore), Memorial(Hardcore Punk, Mascot(Midwest Emo & Alt Rock), Kretek(Electronic Dj), Heuremin(Electronic Dj), Danella(Slam), Swindle(Punk-Rock), Nightwolf(Metal & Punk), Pinanak Sentah(Ethnic Contemporary), Clockwise(Post-Punk), Retreo(Disko Rock & Roll), dan Serangga(Hardcore Punk).

Segala maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, lokasi ke venue, penempahan tempat tinggal, info-info lanjut mengenai festival ini dan sebagainya, boleh di dapati di link ini.

Apa tunggu lagi!? Jemput datang bersama rakan-rakan, sila datang dengan minda yang terbuka, dan yang penting, sila saling HORMAT MENGHORMATI! Mosh! Mosh! Mosh!

Gig/Concert/Tour/

Muzik Eletronik + Matahari Terbenam. Hari Muzium Antarabangsa

VIBIN mempersembahkan sesi muzik elektronik di Planthouse, bertempat di lokasi muzium lama dekat seberang Borneo Cultures Museum. Persembahan elektronik muzik tersebut akan di lakukan oleh 2 dj lokal tempatan iaitu Brainer dan Kretek, daripada kolektif dj NWHR. Acara ini berlangsung sejajar dengan Hari Muzium Antarabangsa yang di anjurkan oleh Jabatan Muzium Sarawak pada 2 Ogos 2023, pada jam 5.00pm – 8.00pm. Kemasukan adalah percuma.

Sebelum ini VIBIN pernah melakukan sesi serupa bertempat di Think n Tink, HAUS Kuching, dan di Old Court House. Sesi kali ini pula akan memaparkan pelbagai aktiviti menarik seperti art jam, pin-up board, permainan layang-layang, hula-hoops, dan yang paling menarik sekali, santai picnic. Anda hanya perlu membawa peralatan picnic kalian sendiri seperti kerusi mudah alih, yoga mat dan sebagainya, untuk menikmati muzik dan matahari terbenam secara santai.

Apa tunggu lagi, meriahkan suasana santai bersama rakan-rakan, keluarga, pasangan-pasangan sambil menikmati keindahan bandar raya Kuching di kala matahari terbenam. Lesgo!

Gig/Concert/Tour/

Sick Fast Loud Edisi ke-7, Gig Extreme Selama 2 Hari!

Sick Fast Loud, sebuah gig yang mempersembahkan band-band bergenre keras serta extreme akan berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2023(Jumaat & Sabtu) bertempat di Appleseed Studio di Kuching Sarawak. Gig ini di anjurkan oleh Punkcaroba Records. Ini merupakan edisi ke-7 gig ini dilakukan.

Gig ini akan berlangsung selama 2 hari dan akan mempamerkan band-band extreme dari pelbagai pelosok di seluruh Malaysia. Antara band-band yang akan beraksi pada 4 Ogos(hari Jumaat) adalah, Borgore(Grindcore dari Serian), Clockwise(Post-Punk dari Kuching), Kolbenfaust(Grind Death Metal dari Kuching), Compulsion to Kill(Grindcore dari Kuala Lumpur), Destroying Ears(Grindcore dari Kuching), Blindsided(Melodic Groove Metal dari Kuching), Drunk Pig(Powerviolence dari Kuching).

Manakala band-band yang akan beraksi pada sebelah Sabtu(5 Ogos) pula adalah, Kasrakass(Grindcore dari Kuala Lumpur), Dead.Ink(Powerviolence dari Kuching), Bronco Buster(Grindcore dari Kuching), Dance On Your Grave(Hardcore Punk dari Kuching), Mass Separation(Crust Grind dari Kuala Lumpur), Rotgut(Grindcore dari Pahang), Perpetual(Grindcore dari Sandakan), Haram Jadah(Death Grind dari Bintulu), Dangdur(Grindcore dari Bintulu), Declining Rat(Noisecore dari Kuching), Ignites Of Phobia(Deathcore dari Sibu).

Tiket boleh di dapati dengan menghubungi talian +60128503250 dengan harga, Rm35 pada hari Jumaat(4 Ogos), Rm40 pada hari Sabtu(5 Ogos), atau Rm60 untuk kedua-dua hari.

New Release

Single Terbaru Yung Kai “007” Bersama Guccimith & Zhe Kamil

Yung Kai bersama dengan duo ikonik Guccimith & Zhe Kamil (yang kini bersama Warner Music Malaysia) telah meriliskan single terbaru mereka pada beberapa hari lepas berjudul “007” dan boleh di tonton di youtube channel Ban Huat Sdn Bhd. Mereka bertiga merupakan rakan seperjuangan dalam industri muzik underground Hip-Hop tempatan.

Lagu terbaru 007 ini menggabungkan melodi psikedelik dan rentak drill yang boleh menggegarkan dada lagi-lagi apabila didengar menggunakan sistem bunyi yang padu. Lagu ini menceritakan tentang kepelbagaian hidup, impian dan perjuangan demi untuk mencapai kejayaan. Muzik video 007 ini dihasilkan oleh Cross Hundred Production. Sebuah syarikat produksi yang pernah berkerjasama dengan beberapa artis-artis tempatan terkenal seperti Luqman Podolski, Khalif dan Killadriz.

Zhe Kamil, Yung Kai, Guccimith

Muzik 007 ini dihasilkan dengan kolaberasi antara LutherMarc dan Zhe Kamil. Luther dan Marc juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa yang bernaung di bawah Def Jam SEA seperti Yung Raja dan Ariel Nayaka. Proses mix & mastering lagu ini pula dilakukan oleh Kaiote.

Lagu ini menurut Yung Kai, melambangkan perkembangan, keazaman dan ketabahan yang mereka kongsi bersama setelah hampir setengah dekad melibatkan diri di dalam dunia muzik. Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana masih bersama rakan-rakan seperjuangan dari kampung halaman dan mereka akan terus berjuang dan berkembang bersama di dalam dunia arena muzik tanah air.

Check out muzik video 007 di bawah.

Discovery, New Release

Band Stoner Occult Dawn, Rilis Album Debut ‘Psalms I’

Occult Dawn, sebuah band yang bergenrekan Stoner / Doom Metal, telah meriliskan Album pertama mereka pada Januari 2023 lepas. Album tersebut mengandungi 6 buah lagu dan boleh di beli di platform Bandcamp dan juga ada dijual dalam format CD. Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh dari Electric Wizard dan lagu-lagu mereka juga ada mengambil petikan skrip dari filem-filem horror klasik. 

Ahli kumpulan Occult Dawn terdiri daripada Fred dan Jerms sebagai pemain gitar, Jawn sebagai pemain bass dan Bojet sebagai pemain drum. Sejarah penubuhan band ini bermula ketika dunia masih berada pada fasa pandemic global Covid-19 yang memaksa semua orang untuk tinggal di rumah dan tak dapat keluar akibat perintah kawalan pergerakan. Fred dan Jerms pada ketika itu sedang bercakap mengenai band lama mereka iaitu Ghouul dan berbincang tentang keinginan mereka untuk menubuhkan sebuah lagi band yang lebih berat dan lebih jahat.

Proses penulisan lagu bermula di rumah Fred di mana Fred dan Jerms mula merekodkan beberapa riff gitar untuk dikongsikan bersama ahli kumpulan yang lain. Bojet dan Jawn pada ketika itu adalah lebih menjurus kepada muzik yang bertempo laju seperti Punk, Grindcore, Groove Metal dan Grunge, memerlukan sedikit masa untu beradaptasi dengan muzik yang bakal dibawa ini.

Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh banyak daripada band Electric Wizard dan idea ini di cadangkan oleh Fred kerana beliau amat berminat degan segala apa perkaran yang berkaitan dengan kultus. Buat masa sekarang Occult Dawn tidak ada hasrat ingin meletakkan posisi vokal pada band mereka.

Semasa di awal penubuhan meraka, ia mengambil masa selama 2 tahun untuk mereka meriliskan single pertama mereka iaitu “Seances” pada bulan awal tahun 2022. Mereka kemudiannya meriliskan single ke-2 mereka “Dispraise & Worshit”pada hujung tahun 2022. Kedua-dua lagu tersebut boleh di dapati di platform Bandcamp mereka. Kemudiannya pada awal tahun 2023, Occult Dawn telah berjaya meriliskan album pertama mereka “Psalms I”.

Ini merupakan satu permulaan untuk band ini kerana dengan penghasilan album pertama Occult Dawn (“Psalms I”), band ini akan terus berpeluang untuk berekspirementasi dengan muzik mereka bawakan dan kita boleh jangkakan ia akan terus berkembang dan menjadi semakin unik. Untuk anda mendapatkan muzik mereka, material mereka boleh di dapati dengan terus menghubungi band tersebut di platform media sosial mereka, ataupun di ‘Bandat Record Store,’ dan di ‘Bollocks Records‘.

New Release, News

Band Alternative Sullivan Melancarkan MV ‘Aku’

Sullivan, sebuah band yang membawa genre Alternative/Post-Hardcore yang berasal dari Kuching Sarawak telah melancarkan muzik video terbaru mereka yang berjudul ‘Aku’. Sedikit info mengenai band ini, mereka terdiri daripada 6 orang ahli yang terdiri daripada latar belakang muzik yang berbeza. Band ini di tubuhkan sekitar tahun 2011 dengan membawa satu matlamat, iaitu membawa industri muzik Iban ke arah yang lebih luas. Ahli kumpulan band ini adalah Eerie(vokal), Mike(gitar 1 / vokal 2), Andy(gitar 2), Mann(bass), Raffel(keys) dan Chris(drum).

Pada tahun 2016, Sullivan telah melancarkan album pertama mereka yang berjudul “Pengerindu Lama” dan mereka juga telah berkongsi pentas bersama band lokal Iban yang lain seperti Hevance, Ethnic Transmissions dan lain-lain. Mereka juga telah berjaya mencapai beberapa kejayaan pada Anugerah Muzik Dayak 2016, seperti memenangi kategori Best Indie Rock Band, Best Cover Album, Best Music Video dan Best Single Of The Year .

Menurut Eerie ketika di temu ramah, Sullivan akan merekodkan beberapa buah lagu pada tahun 2023 untuk rilisan EP mereka yang seterusnya. Nama EP tersebut buat masa sekarang adalah masih rahsia. Apa yang pasti untuk EP yang akan datang, para peminat Sullivan akan dihidangkan dengan muzik-muzik yang berlainan dan unik, kerana Sullivan akan membawa pelbagai genre yang berlainan daripada album dan ep yang sebelumnya. Sullivan juga akan mengembangkan sayap mereka di luar negara bersama dengan material-material baru yang akan datang.

Muzik video terbaru Sullivan iaitu ‘Aku’ merupakan kolaberasi Sullivan bersama Hallvard Media Works. Producer dan direktor untuk muzik video ini dilakukan oleh Vanden Michael, penolong direktor adalah Vanella Michael, jalan cerita adalah dari Eerie, yang juga merupakan vokalis untuk Sullivan. Lampu pula dari Amos Ashley dan jurumakeup adalah dari Philip Bara. Lagu ini di rekod dan di producekan di Seventh Tribe Recording Studio dan mixing dan mastering lagu ini dilakukan oleh Hillary Dihed. Anda boleh checkout Sullivan di beberapa platform dalam social media seperti Instagram, Facebook, Spotify dan YouTube.

New Release

Retreo Melancarkan MV ‘Kehidupan’

Band indiependent Retreo telah melancarkan muzik video mereka berjudul ‘Kehidupan’ dan boleh di dapati di channel youtube mereka. Muzik video ini diarahkan sendiri oleh Retreo dan produksi dilakukan oleh Syarikat Sang Rawi. Muzik video ini juga dihasilkan daripada Dana Kandungan Digital (DKD), melalui Program Muzik Malaysia iaitu dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Turut menjayakan muzik video ini adalah Kosong Studio. Lagu ini di rekod di AOK Records dan mixing & mastering lagu ini dilakukan sepenuhnya oleh Farouk Kamil. Lirik lagu pula di tulis sepenuhnya oleh Retreo.

Sedikit info mengenai band ini. Mereka di tubuhkan pada 17 November 2017 di Kuching Sarawak. Muzik mereka pula berentakkan Disco Rock n Roll. Ahli-ahli band ini terdiri daripada Derr sebagai vokalis dan rhythm gitar, Syah sebagai lead gitaris, Majon sebagai bassist, Marlton sebagai pemain drum dan Milan sebagai keybordist. Mereka telah meriliskan 2 buah ep iaitu Senjata Romeo(Demo EP) pada tahun 2018 dan Mat Travolta EP pada tahun 2020. 

Band ini mendapat pengaruh muzik dari band-band seperti Franz Ferdinand, The Rifles, Rolling Stones, The Strypes, Mando Diao, The Killers, ACAB, The Times, OAG, Statik dan Komplot. Retreo berhasrat untuk melebarkan dan meluaskan gaya muzik Rock n Roll dan Disco dengan lebih meluas di kalangan generasi muda kini. Retreo ingin mengembalikan gaya fashion neon zaman dahulu akan tetapi masih selari dan sesuai di gayakan dengan cara moden masa kini. 

Retreo boleh di dapati di beberapa platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube.

Gig/Concert/Tour/, News

Sunbear Festival 2022 Berlangsung 9 & 10 December

Sunbear Festival 2022 akan bermula tidak lama lagi dan festival muzik dan seni ini akan mempersembahkan pelbagai artis dari dalam dan luar negara. Antara persembahan utama dari kumpulan antarabangsa yang akan beraksi untuk festival ini adalah The Red Jumpsuit Apparatus, Phum Viphurit dan Fur. Ini merupakan kohort pertama festival Sunbear yang akan berlaku pada 9 & 10 disember di Sarawak Cultural Village, Kuching. Salah satu headliner Boy Pablo terpaksa menarik diri atas sebab peribadi yang beliau terangkan di posting instagram beliau.

Festival ini dianjurkan oleh Solid Brick Event Company dan LiveInKch dengan kerjasama Pepsi, Leo Vuitton dan Heineken. Festival ini juga mendapat sokongan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak. Hotel rasmi pula adalah UCSI Hotel Kuching. Manakala radio rasmi untuk event ini adalah ERA dan HITZ. Rakan media rasmi pula adalah World of Buzz, Lobak Merah, The Borneo Post dan Utusan Borneo. Rakan kongsi untuk kopi pula adalah The Brew Crew Sdn Bhd, rakan kongsi untuk vape adalah TRX Vape Malaysia, rakan kongsi perkhidmatan shuttle pula adalah Great Leap Tour Sdn Bhd dan rakan teknikal rasmi pula adalah RukunTV. 

Sunbear Festival di jalankan dengan untuk mempromosi Sarawak sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di kepulauan Borneo serta di Malaysia. Festival ini bukan sahaja berkenaan muzik semata-mata, tetapi festival ini juga membawakan beberapa pengalaman menarik seperti Food Parade, Bengkel Seni dan Kraftangan. Juga ada Yoga dari Maryam, E-Sports Bay dari SESA, simposium muzik dari Bandat Record Store, tayangan filem pendek dari Spativate, Vibin by LEK dan juga Ruai Seni kita, yang memaparkan beberapa perusahaan kecil sederhana di dalam industri kreatif lokal. 

Akan ada 44 jumlah artis dan band dari dalam dan luar negara yang akan beraksi pada festival ini dan mereka adalah The Red Jumpsuit Apparatus dari America Syarikat, Bunkface, Sekumpulan Orang Gila, Purbawara, Midnight Fusic, Plague of Happiness, Nice Stupid Playground, Guccimith, Zhe Kamil dan Yung Kai dari Malaysia, Ramengvrl,  Reality Club, Danilla Riyadi dari Indonesia, Phum Viphurit dari Thailand, FUR dari United Kingdom dan banyak lagi.  Akan ada 2 pentas yang akan berlangsung serentak di mana para pengunjung mempunyai pilihan untuk melihat persembahan kegemaran mereka. 

Sekiranya anda belum menempah tikat, anda boleh dapat kan tiket di laman web LiveInKch. Apa tunggu lagi? Sebarkan tentang festival ini kepada rakan-rakan anda dan mari meriahkan festival ini. Sekiranya festial pertama Sunbear ini mendapat sambutan yang memberangsangkan, mungkin tahun hadapan festival ini akan berulang lagi? LESGO!