Sebuah gig Hip-Hop yang di anjurkan oleh CQMUSIC akan di adakan di Old Court House pada 27 October 2023 pada Jumaat nanti. Gig Hip-Hop ini akan memaparkan sebanyak 19 artist Hip-Hop, solo dan berkumpulan. Gig ini di anjurkan bersempena dengan event What About Kuching (WAK) yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Oktober dengan mendapat sokongan daripada Kerajaan negeri Sarawak.
Menurut Wayne yang juga merupakan antara penganjur dan juga salah seorang rapper untuk kumpulan The Familyman, “Acara ini melambangkan revolusi Hip-Hop Borneo, sebagai menyediakan platform untuk peminat muzik Hip-Hop, dan juga sebagai simbolik kepada penyerahan baton kepada generasi-generasi peminat muzik Hip-Hop yang seterusnya.”
Sebuah gig yang akan anjurkan bagi mengimbas kembali ke zaman band-band ketika era 90an – 2000an. Selain daripada mengingati tentang masa lalu, menurut penganjur, gig ini juga diadakan sebagai tanda peringatan dan menghargai band-band yang wujud di era 90an – 2000an yang menjadi punca kepada band-band yang wujud masa sekarang, terutamanya mereka yang membuat persembahan pada gig ini tentang mengapa mereka ingin bermain muzik dan memilih kerjaya sebagai ahli muzik. Band-band yang membuat persembahan pada gig ini bukan sahaja membawa lagu-lagu original mereka, malah mereka juga akan membawa lagu-lagu cover kegemaran mereka dari era itu.
Gig ini bakal membawa para generasi Millennial kembali ke era remaja mereka dan para generasi Z mengembara ke zaman muzik era 90an – 2000an. Zaman 90an di mana para remaja pada masa itu mendapat sumber muzik mereka dengan menunggu di hadapan radio untuk mula merakam lagu-lagu kegemaran mereka di dalam kaset, dan sistem perdagangan pertukaran kaset di kalangan rakan-rakan sedang rancak berlaku di antara orang-orang muda pada ketika itu demi untuk mendapat pelbagai jenis muzik yang ada. Masuk zaman 2000an pula, remaja pada ketika itu mula menunggu di hadapan television untuk menonton MTV dan Channel V bagi mengetahui apakah muzik-muzik baru yang ada dan juga menunggu lagu-lagu kegemaran mereka untuk keluar di kaca television.
Menurut Lian, yang juga merupakan penganjur utama gig ini dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan At Adau, ‘Kami percaya dengan membawa kembali muzik masa silam ini, ia dapat mengekalkan semangat di dalam scene muzik yang lebih seimbang dan bertenaga untuk diteruskan oleh generasi-generasi yang akan datang.‘
Sebuah mini muzik konference dan sebuah gig akan berlangsung di HAUS KCH pada 14 Oktober 2023 (Sabtu). Konference mini itu adalah; An Honest Day Out, dan ia akan memaparkan bengkel dan master class yang merangkumi topik-topik seperti music production, music business, dan music marketing. Untuk gig pula adalah The Lonely Hearts Club. Gig ini akan memaparkan gabungan band-band, artis solo, dan rapper dari pelbagai genre.
Menurut Darren Teh, yang juga merupakan penyanyi kepada band An Honest Mistake, ‘Mini konference An Honest Day Out di anjurkan dengan harapan dapat menggalakkan sesi berkongsi ilmu dengan orang ramai. Saya rasa bakat-bakat yang wujud di Malaysia terutamanya di Kuching adalah sangat berbakat akantetapi, mereka terperangkap di batasan sempadan sendiri. Kami bukan lah pakar, akan tetapi kami sudah belajar dari pelbagai kesilapan dan untuk setiap halangan, akan sentiasa ada cara untuk mengatasinya. Sama ada untuk tour, atau mempromosi single terbaru. Semenjak era pandemic Kovid-19 tamat, landskap muzik telah banyak berubah dan para artis-artis di Malaysia tidak sepatutnya ketinggalan jauh kebelakang.‘ Tambah Darren lagi, ‘Sebaik sahaja kita mendapat asas yang betul, terutamanya sekali dengan cara kita berfikir, satu-satu nya halangan kita selepas itu adalah langit. Bengkel ini di jalan untuk penggiat muzik dari mereka yang baru hendak bermula sehingga mereka yang sudah berpengalaman. Sesi perkongsian ini adalah untuk semua.‘
Untuk gig The Lonely Hearts Club pula, pada mula nya gig ini di jalankan, ia adalah sebagai gig anti-Valentine yang sepatutnya di lakukan pada bulan February 2022. Tetapi di sebabkan pada ketika itu, restriksi kesan pandemik yang masih berkuatkuasa dan malangnya, gig tersebut tidak dapat di jalankan. Band An Honest Mistake, bersama dengan beberapa band dan para artis telah menjelajah ke 4 Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Untuk gig kali ini, An Honest Mistake bersama dengan Trophy Knives dan S4DKL dari Kuala Lumpur akan menghiburkan para pengunjung di HAUS KCH. Bersama dengan mereka adalah band Hardcore Punk dari Kuching, Dance On Your Grave, band Pop-Punk, Hey! Leave A Message, penyanyi/penulis Steff Fleur dan juga rapper, Macha Kaca Mata.
Acara ini akan bermula tepat jam 12.00 tengah hari pada 14 October sampai habis. Tiket boleh di dapati di pautan The Lonely Hearts Club dan tiket di hadapan pintu pula adalah RM60.
Sebuah gig oleh Audiosicnal akan di anjurkan di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro di Sibu. Gig ni dinamakan Social Noise dan dibuat dengan kerjasama antara Titan’s Empire, Bori Abuh Punk House dan Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro. Menurut Lawrence yang juga merupakan penganjur kepada gig ini, “gig ini di anjurkan setiap tahun di Sibu bagi menghimpunkan pelbagai genre yang ada di seluruh pelosok kepulauan Borneo“.
Tiket pre-sale akan dijual bermula dengan RM25 sehingga 13 Oktober dan boleh di dapati di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro, Bori Abuh, dan boleh juga di order secara WhatApp melalui Jon Smile (+601131435918), dan Lawrence Thian (+60163191491). Tiket di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM30.
Sebuah gig yang bakal memaparkan gabungan antara band-band berpengalaman dan baru akan berlangsung pada 7 October 2023 hari Sabtu. Gig ini akan diadakan di Backdoor Studio and Event Space Kuching, Sarawak. Gig ini dianjurkan sebagai pengenalan kepada band-band yang baru ditubuhkan dan ingin merasakan bagaimana rasanya bermain gig dan juga berpeluang untuk berkongsi pentas bersama dengan beberapa band-band lain yang berpengalaman.
Gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba ini dinamakan La Debut #1, yang juga bermkasud The First Show. Dalam bahasa latin, La bermaksud The manakala Debut dalam bahasa Latin pula bermaksud pertama. Maka seiring dengan nama gig, gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba ini dibuat bagi memberikan platform kepada band-band baru yang telah ditubuhkan untuk merasakan peluang untuk bermain gig
Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba, ‘Gig ini menumpukan lebih kepada band-band yang belum ada rilisan ataupun mereka yang pertama kali berada di pentas gig. Kita tidak tertumpu kepada satu genre sahaja kerana saya percaya, scene D.I.Y ini bukanlah kecil seperti yang di sangka. Ia adalah sangat besar sebenarnya dan kita ingin mensediakan platform kepada mereka yang baru hendak bermula untuk expose diri mereka.‘
‘Jangan terlalu meletakkan sempadan di dalam dunia seni. Jika kita merasakan apa yang kita rasa boleh pergi, kita teruskan sahaja. Jika ada yang kita rasa tidak boleh jalan, tidak apa kita fikir cara lain untuk jalankan. Jangan takut pada risiko, jika kita hadap kepada risiko ini, barulah ada kejayaan betul tak? Oleh itu, saya berharap gig ini akan mendapat sokongan orang ramai dan dapat di teruskan lagi.‘ tambah Marvin lagi.
Sekiranya anda ingin melihat bagaimana band-band yang baru bermula dan menjadi saksi pertama kepada apa yang berkemungkinan menjadi permulaan awal kepada mana-mana band yang mungkin bakal menjadi band yang besar di persada scene lokal atau kemungkinan antarabangsa, datang lah ke gig La Debut ini. Tiket depan pintu hanya lah berharga RM25 sahaja.
Seni Kita minggu ke-2 akan melancarkan 2 hari pameran seni di HAUS KCH pada 23 September 2023 (Sabtu). Seni Kita Weekend kali ini akan bertemakan Subcultures dan di sokong oleh Arts for All Seasons (ArtsFAS) dan geran pula oleh Yayasan Hasanah. Pameran selama 2 hari ini akan memaparkan karya seni kontemporari dan moden dari pelbagai artis dan para penyumbang dari kesemua 4 pelosok pulau Borneo.
Antara perkara yang akan berlaku pada Seni Kita minggu ke-2 ini adalah sesi Altered Natives, sebuah pameran yang memaparkan seni kontemporari. Para artists dari pelbagai pelosok Borneo, dari Kalimantan, Sabah, Sarawak dan Brunei, akan memaparkan hasil karya mereka. Mereka adalah Elroy Ramantan (Brunei), Sang Tukang (Sabah), Marcos Kueh (Sarawak), Reef (Sarawak), T.Bagak (Sarawak), Tuh Dek (Sarawak) dan Zakaria Pangaribuan (Kalimantan).
“Saya percaya, seni sepatutnya menjadi lebih expressif, dan menggambarkan satu bentuk yang melambangkan apa yang ingin di sampaikan oleh artis tersebut. Tanpa perlu menjadi terhad disebabkan oleh standard masyarakat. Seni saya patut dilihat dan boleh di pakai oleh semua orang yang boleh merasai ekspressinya dan pakai lah ia dengan penuh kebanggaan.” Kata T.Bagak, yang juga merupakan kurator, designer dan juga salah seorang artis untuk sesi Altered Natives.
Untuk sesi seterusnya pula adalah sesi Roots and Remixes. Sebuah pameran seni yang menggabungkan konsep-konsep subculture. Roots melambangkan asal-usul dan ekspresi praktisan tradisi dan karya seni yang menghubungkan aspek kerohanian di dalam subculture, manakala Remixes pula adalah tentang sentuhan moden di dalam seni di luar konvensional yang menjadi kebiasaan dan lebih menekankan tentang expressi individu.
Menurut Jasmine Dadi, “Kebanyakan penduduk Borneo adalah sangat berakar umbikan dengan budaya yang mempengaruhi identiti dan warisan. Dengan memahami tradisi amalan nenek moyang saya, ia akan memperkasakan diri saya untuk berjalan di jalan sama yang telah diamalkan oleh mereka dan sejurus itu, dapat berkongsi legacy ini dengan anak-anak di masa hadapan.“
Acara Seni Kita weekend ini juga akan memaparkan 20 vendor kreatif yang akan menjual barangan dan servis merangkumi seni, makanan, minuman dan pelbagai lagi. Sang Tukang akan membuat debut beliau di dalam scene seni Sarawak dengan workshop pembuatan cuff tembaga. Ensera Creatives pula untuk sepanjang 2 hari acara ini akan melakukan wacana rentas disiplin berkenaan subculture melalui sesi Tuak Talk Series mereka yang akan dilakukan buat pertama kali di hadapan penonton secara langsung. Pameran seni masakan pula akan di lakukan pada hari Sabtu sebelah petang dan pertandingan yang dinamakan Earthly Delights: Shake and Twist dengan kolaberasi antara Ngirupp dan The Other Side.
Di sebelah petang pula, para pengunjung boleh menikmati persembahan atas bumbung oleh Ezra Tekola dari At Adau. Waktu malam pula akan memaparkan sesi open mic Hear Me Out yang akan di host oleh JayC.
Pada penutupan hari Ahad pula akan berakhir dengan Kamboh. Akan ada juga sesi demonstrasi seni mempertahankan diri campuran dari FightX dan juga pertandingan drum battle dari Sarawak Drum Community. Acara penutupan pula akan ada dance party dari Raminari, sebuah kolektif Dj yang akan memainkan muzik-muzik yang berfokuskan Funk.
Seni Kita Weekend adalah acara yang di anjurkan oleh komunitas-komunitas seni yang di mulakan oleh HAUS KCH yang pada awalnya bermula pada July 2022. Acara kali ini merupakan acara Seni Kita yang ke-8 dan kali ini ia bertemakan Subcultures. Seni Kita Weekend telah melakukan beberapa kurasi yang melibatkan pelbagai pameran seni dari para pengamal seni lokal dan ia bertujuan untuk membentuk budaya komunitas seni yang lebih besar di Sarawak.
Seni Kita Weekend: Subculture akan bertempat pada 23-24 September 2023 (Sabut & Ahad) dan akan membuka pintu bermula jam 11.00am – 10.00pm untuk kedua-dua hari.
Sebuah acara muzik serta BBQ bernama Grill and Groove akan berlangsung di LEK. Acara ini di anjurkan oleh Rami Nari dan Vibin by Lek. Sebuah ruang creatif baru yang terletak di bandar Kuching. Acara ini akan memaparkan 2 orang Dj yang menggunakan turntable iaitu DJ Rocatz dan Shane 2Sweet. Mereka berdua adalah dari kolektif Dj yang bernama Leftmind International.
Sedikit info mengenai Dj-Dj ini. DJ Rocatz, berasal dari Kuching, Sarawak, merupakan Dj turntable yang di mana kebanyakan muzik-muzik yang di putarkan oleh beliau kebiasaannya adalah lagu-lagu seperti ala Funk, Soul dan Hip-Hop. Style dj beliau juga adalah kebanyakannya melibatkan scratching. Beliau telah menyertai beberapa acara pertandingan DJ dan juga B-Boy seperti REPYOURSTYLE , ETS Jam 2022, dan juga Jom Battle antaranya. Rocatz juga pernah berkolaberasi dengan beberapa nama besar di dalam scene lokal Hip-Hop, seperti Joe Flizzow dan Lethal Skillz antara nya.
Seterusnya adalah DJ Shane 2Sweet. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau mendapat inspirasi dengan mengembara di beberapa tempat di luar Malaysia dan mendapat inspirasi dengan bergaul dengan pelbagai budaya. Melalui pengembaraan beliau lah, beliau mendapati bahawa setiap tempat yang di pergi nya mempunyai ciri-ciri unik dalam mengintepretasikan muzik-muzik moden dengan budaya mereka sendiri. Antara muzik-muzik yang diputarkan oleh Shane adalah berlandaskan Funk, Soul, Breaks dan Jazz.
Shane juga merupakan salah seorang daripada founder-founder di dalam kolektif DJ iaitu LEFTMIND International. Shane pernah membuat persembahan di beberapa event seperti Repz Your Style, Majulah Fest, Elevate The Streets Jam dan banyak lagi.
Bagi mereka yang meminati Hip-Hop, juga bagi anda yang ingin explore dunia dj turntable, ataupun anda dari scene muzik lain akan tetapi ingin meneroka lebih jauh dalam scene lain daripada scene kebiasaan anda, lets go and Vibes di Grill and Groove di ruang event baru di Lek.
Pemegang 100 tiket pertama akan berpeluang untuk mendapat mocktail dan BBQ istimewa daripada Suci & Juicy!
Sebuah gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba dan & GRRRL iaitu FEMME FRONTIER akan berlangsung pada 15th September 2023 Jumaat ini, bertempat di Appleseed Studio Kuching, Sarawak. Apa yang menariknya tentang gig ini ialah setiap band yang membuat persembahan mempunyai sekurang-kurangnya ada seorang anggota perempuan.
Menurut wakil, dari Punkcaroba dan GRRRL, ‘Gig ini di anjurkan bagi menggalakkan dan memberi inspirasi agak lebih ramai para wanita dapat melibatkan diri di dalam scene Indie dan Hardcore Punk. Ini adalah kerana agak jarang kita dapat melihat penglibatan wanita di dalam scene Hardcore Punk terutamanya.’
Gig ini akan memaparkan 5 buah band lokal dan antarabangsa. Mereka adalah, Facepalm Nation (Fastcore / Hardcore) dari Jerman, The Prim (Powerviolence / Hardcore) dari Jerman Kosmik (Post-Rock) dari Brunei, Oceansfire (Alt Emo Rock) dari Sabah, dan Dance On Your Grave (Hardcore Punk) dari Sarawak.
Adruce Azman, seorang artis lokal telah meriliskan muzik video terbaru beliau iaitu Pejamkan Mata di platform YouTube. Menurut Adruce, ‘Lagu ini adalah menifestasi serta kongsian rasa oleh seorang lelaki terhadap seluruh pergantungan jiwanya dalam bentuk lagu pengantar tidur.‘
Menurut Adruce lagi, beliau percaya bahawa setiap insan yang telah melakukan yang terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupannya kadang kala perlu memberikan sedikit ruang untuk dirinya berehat dan memberi sepenuhnya pengharapan kepada kekuasaan Tuhan. Pejamkan mata, dan bangkit lah menjadi lebih kuat pada keesokan harinya.
Sedikit info tentang Adruce Azman, beliau merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Kuching Sarawak dan telah berkecimpung di dalam dunia muzik sejak zaman remaja. Perjalanan beliau bermula ketika pertama kali menyertai sesi Open Mic pada tahun 2009 dan berbusking di sekitar bandar raya Kuching pada tahun 2010.
Pada tahun 2011, beliau dan rakan-rakan beliau menubuhkan sebuah band alternatif bernama Sonar Instinct. Pada ketika waktu ini lah beliau mula mengembangkan pengaruh muzik beliau dengan berkolaberasi bersama beberapa artis lokal yang lain seperti Asyraf Hardy, Sasha Ningkan, Ezra Tekola dari At Adau dan ramai lagi. Namun pada tahun 2014, Adruce memutuskan untuk meneruskan haluan sendiri di dalam dunia muzik dan bermulalah perjalanan beliau sebagai artis solo. Keputusan ini berlaku apabila beliau mengembara ke Labuan. Pada ketika ini, beliau banyak memainkan lagu-lagu cover dan memasukkan elemen-elemen beliau sendiri di dalam lagu-lagu tersebut. Pada ketika ini juga beliau mula membuat persembahan di beberapa tempat seperti di cafe, bar, tempat makan di sekitar Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu dan Kuching.
Namun di sebabkan tanggungjawab sebagai orang dewasa, beliau terpaksa meninggalkan seketika dunia muzik dan menjalankan tanggungjawab hakiki. Setelah beberapa tahun menyepi dalam bermain muzik, disebabkan minat yang mendalam terhadap muzik yang tidak dapat di pisahkan, pada tahun 2022, beliau mula menyertai What About Kuching (WAK). Sebuah festival kesenian yang di jalankan di sekitar bandar raya Kuching dan pada ketika itulah, beliau mula mengeluarkan semua lagu-lagu original beliau dan komposisi lagu-lagu cover yang popular untuk di persembahkan kepada orang ramai.
Adruce mengumpulkan beberapa musisi-musisi yang berbakat seperti Erfan di keyboard, Aniq Azman sebagai pemain bass, Alex sebagai pemain drum dan mereka melakukan live session di studio AOK yang di namakan AOK Session. Adruce juga menyertai sebuah program RTM untuk para buskers bernama ‘Tok! Buskers Challenge 2023‘ dan berjaya memperoleh kemenangan sebagai juara di tempat pertama. Sekaligus menandakan tempat beliau sebagai salah seorang artis lokal yang ada di persada industri muzik lokal.
Sebagai pengumuman akan kewujudan beliau di persada muzik lokal, check out, muzik video pertama dari beliau yang bernama Pejamkan Mata di YouTube. Muzik video ini dilakukan oleh Studioselepassenja, dan lagu di rekod di AOK Records. Jangan lupa like, subscribe dan share!
Seni Kita Weekend akan berkolaberasi dengan pengiat komunitas filem indipendent Watchmoviesnot bagi jelajah filem festival mereka di 3 buah lokasi iaitu George Town, Penang dekat Hin Bus Depot, di Miri, Sarawak dekat Moongrind Kingdom dan destinasi terakhir jelajah ini adalah di Kuching, Sarawak dekat HAUS KCH.
Edisi ke-3 Watchmoviesnot Film Festival (WMNFF), merupakan sebuah projek edukasi film dari inisiatif Wave Studio di bawah payung Sibu Film Art Association dan akan melakukan tour di 3 bandaraya sekitar Malaysia dengan kerjasama beberapa komuniti kreatif. Tema tour ini adalah “Unleashing the Unlimited Mind“.
HAUS KCH akan melancarkan siri ke-3 acara Seni Kita Weekend, sebuah event kolektif dari HAUS KCH yang memupuk semangat kolaberasi antara Space Provider(penyedia ruang event) di Kuching. Tema Seni Kita Weekend kali ini adalah ‘Subcultures’. Sepanjang siri Seni Kita Weekend di jalankan, Seni Kita Weekend telah melopori beberapa pasar artisan lokal dengan memeriahkan lagi barisan komunitas seni di Sarawak.
Menurut Christy Yang, penyelaras program untuk Seni Kita Weekend, “pengalaman berkerjasama dengan pelbagai barisan komuniti dan individu yang mempunyai matlamat yang serupa atau hampir serupa dalam sama-sama mempertingkatkan industri seni kreatif di Malaysia adalah sangat memuaskan. Dengan adanya platform seperti WMNFF yang direka supaya setiap lapisan masyarakat mempu mendapat akses untuk turut serta bersama, memberi sedikit kelainan berbanding Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN.”
Dengan kolaberasi bersama Watchmoviesnot, projek edukasi film ini akan mempersembahkan 6 filem local di sepanjang 2 hari acara ini berlangsung. “Kami ingin berkongsi pelbagai jenis filem yang menarik kepada para penonton dengan harapan kami dapat menjalin hubungan baru dengan pelbagai komunitas dan juga dapat menyemarakkan lagi semangat membara budaya filem di tempat-tempat yang tidak pernah merasainya sebelum ini.” – Chris Ling, Founder kepada Watchmoviesnot.
Acara ini akan dilancarkan pada 16th September 2023 dan akan bermula dari jam 10am – 10pm pada hari Sabtu dan 10am-7pm pada hari Ahad. Harga tiket adalah RM10 untuk per-screening, RM25 untuk pass satu hari, dan RM45 untuk pass 2 hari.