Sebuah sesi elektronik ‘Headphone Session‘ akan berlangsung di ruang acara Lek pada 16 Disember 2023 (Sabtu), bermula dari jam 5pm – 9pm. Dj yang akan beraksi selama 4 jam masa itu adalah Keeyushee. Beliau akan menyajikan para pengunjung di lantai tarian dengan set beliau yang experimental. Ruangan acara Lek juga akan di hiasi dengan persekitaran yang berasaskan alam semula jadi dengan pelbagai warna yang menarik.
Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, acara ini akan di jalankan secara hybrid. Maksudnya, acara ini bukan sahaja akan berlangsung di ruang acara Lek, akan tetapi akan berlangsung secara LIVE di platform digital. Platform apakah yang akan di gunakan? Itu akan di umumkan pada page instagram VIBIN’ by Lek. Kemasukan untuk acara ini hanyalah RM15 sahaja dan makanan pula akan di sajikan oleh FoodLab.
Sedikit info mengenai Keeyushee, beliau merupakan co-founder kepada kolektif DJ Same Face Different Places (SFDP). Beliau merupakan seorang DJ yang banyak memainkan muzik yang bergenrekan Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Beliau juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio tempatan iaitu Hitz.FM. Keeyushee mengambarkan set beliau sebagai satu pengembaraan musical yang pasti akan membawa para hadirin menari dengan rentak yang di bawa. Keeyushee pernah bermain di pentas Sunbear Festival, Borneo Sonic Music Festival, Hitz On The Decks, beberapa acara yang di anjurkan oleh SFDP dan banyak lagi.
Sebuah gig Sounds Good Feels Good (SGFG) yang bakal memaparkan, artis dan band dari pelbagai genre akan di adakan di Appleseed Studio pada 16 – 17 Disember 2023 (Sabtu & Ahad). Gig ini dianjurkan oleh kerjasama antara InBloom Media, Good Loud Media, dan Blackwish. Gig ini adalah salah satu daripada usaha daripada beberapa organizer-organizer lokal untuk bersama-sama mengangkat kepelbagaian di dalam muzik di arena underground/indipendent tempatan.
Apa yang menariknya tentang gig ini adalah, gig ini akan memaparkan persembahan yang datang dari pelbagai genre dari Pop-Punk, EDM(Electronic Dance Music), Metalcore, dan Disco-Pop. Menurut organizer melalui press-release yang di bagi, tujuan gig ini di anjurkan adalah untuk merealisasikan slogan Unity Through Music dan berharap SGFG ini suatu hari nanti akan dapat berkembang dari bermula dari gig kecil-kecilan dan suatu hari nanti akan berjaya berkembang sehingga dapat menjadi sebuah concert atau festival. Sejurus selepas itu, akan dapat menaikkan nama artis tempatan dalam menyebarkan karya mereka dan dapat menjadi platform exposure untuk artis yang baru hendak bermula.
Oleh itu, para organizer dan penaja InBloom Media, Good Loud Media dan Blackwish menyeru orang ramai terutamanya mereka yang aktif bergiat diri di dalam scene underground dan indipendent tempatan, mereka yang ingin menerokai scene underground dan indipendent tempatan, peminat muzik etc-etc untuk sama-sama menghadirkan diri dan bersama memeriahkan gig 2 hari ini yang bakal berlangsung di Appleseed Studio Kuching, Sarawak.
Tiket depan pintu boleh didapati untuk harga RM40, manakala pre-sale pula RM30 untuk satu hari dan RM50 untuk kemasukan 2 hari. Untuk dapatkan tiket ini boleh lah whatsapp di number link ini.
Kumpulan Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan debut album mereka iaitu ‘2ROYZ.FM‘ dan boleh di dapati dalam bentuk fizikal dan di setiap streaming platform. Terdapat 9 buah lagu di dalam album ini dan album ini di producekan oleh Denil Hise dan juga di mix & master sepenuhnya juga oleh Denil Haise di Viceroom Studio. Lirik lagu di dalam album ini di tulis oleh Nick Nebles dan Max Munan.
Sedikit info mengenai band ini, Viceroyz berasal dari Kota Samarahan, Sarawak dan di tubuhkan pada tahun 2018. Mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Nick untuk posisi vokal dan gitar, Mike di bahagian gitar, Steve di bahagian bass, Denil di bahagian keyboard/synth dan Chris untuk posisi bahagian drum. Nama band mereka adalah sumber inspirasi daripada rokok buatan America iaitu Viceroy, cuma tambah ‘Z’ sahaja di hujung nama sebagai simbol di mana setiap ahli kumpulan band ini adalah terdiri daripada Generasi-Z. Juga sebagai simbol bahawa mereka membawa muzik yang mewakili generasi mereka baik dari segi muzik, gaya, dan juga intipatinya yang tersendiri.
Apa yang menariknya tentang band Viceroyz adalah pembawaan muzik mereka yang berani dalam menerokai pelbagai genre dari Dance, Indie, dan Synth-Pop. Viceroyz menggelar muzik yang mereka bawa ini sebagai ‘Dis-Pop‘. Oleh itu, jika anda ingin menerokai dunia Viceroyz, boleh lah dapatkan album 2ROYZ.FM ini atau dengar album ini di setiap streaming platform yang ada.
Menurut Rias Sofiyah, yang juga merupakan kurator untuk sesi di Seni Kita kali ini, ‘matlamat On State of Being adalah untuk menerokai identiti di kalangan penonton. Agar mereka mengalami sendiri perspektif dan minda para artis dan untuk memahami emosi yang komplex apabila bersendirian. Saya sangat teruja untuk showcase kali ini kerana kami akan memaparkan barisan artis dari bahagian timur dan barat Malaysia yang akan memaparkan seni yang segar kepada komunitas seni Sarawak.‘
Pameran kali ini akan memaparkan hasil kerja dari Ainee Hanae (Sarawak), Ekhael (Kuala Lumpur), Rias Sofiyah (Sarawak), Sherylatachi (Kuala Lumpur), Tiomilokl (Kuala Lumpur), Pici Pamg (Sarawak), dan Solaris (Selangor).
Bertempat di HAUS KCH, acara yang bermula pada 8 Disember ini akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti makan & minum, serta muzik yang seiring dengan seni. Pameran seni pula akan mula buka pada 11 Disember 2023 (Isnin) bemula dari jam 11am – 6pm sehingga 22 Disember 2023 (Jumaat).
Seni Kita Weekend adalah festival seni yang di dorong oleh komunitas seni dan di anjurkan oleh HAUS KCH bermula pada bulan Julai 2022. Sebagai penutupan ke suku akhir tahun, festival Seni Kita bulan ini yang bertemakan ‘Environment‘ telah memelopori pelbagai artisan lokal di Kuching yang berhasrat untuk bersama-sama memeriahkan lagi komunitas seni di Sarawak.
Kordinator program untuk Seni Kita WeekendChristy Yang berkata, ‘Dari awal tahun, kami telah bercita-cita agar setiap Seni Kita Weekend kali ini akan mempunyai pelbagai tema yang akan memaparkan kolaberasi kreatif dari pelbagai pihak, dari vendor hingga ke komunitas seni yang berlainan. Kami menutup tirai tahun 2023 dengan bertemakan “Environment”, kerana kami memahami betapa pentingnya untuk kita menangani masalah global ini dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai organisasi. Dengan scene seni yang semakin berkembang pesat, kami sangat teruja untuk mengakhiri tahun ini dengan meriah dan menantikan tahun hadapan yang akan menjadi lebih meriah untuk scene kreatif seni.‘
Sebagai tambahan, Seni Kita Weekend kali ini akan memaparkan sebanyak 50 kreatif vendor yang akan menjual pelbagai jenis produk dan servis dari seni, pakaian, barang kemas, tatu, makanan dan minuman bagi segmen Pasar Seni. Ensera Creatives pula akan membuat beberapa pemilihan filem yang akan mengetengahkan tentang alam sekitar dan cabaran-cabarany yang di hadapi. Filem-filem yang di pilih adalah di senarai pendekkan oleh Goethe Institute untuk Science Film Festival 2023.
CSSC pula akan melakukan beberapa siri aktiviti yang berkaitan dengan Christmas seperti Santa Claus Meet and Greet, Story-Telling Sessions, Christmas Carols dan Christmas Movie Screening. Lil Nice Cat pula akan mengadakan sesi kelab buku kepada orang awam dengan membincangkan tentang buku “The Music of Bees“. The Kamboh segment pula akan berlangsung pada hari ahad dengan sesi Tuak Testing sebelum beralih kepada siri Drum Challenges yang akan dipimpin oleh Sarawak Drum Community yang di sokong oleh Naked Wonders.
Orang ramai dijemput hadir ke ‘Human Rights Festival Sarawak / Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Peringkat Negeri Sarawak 2023 (HRFS 2023)‘ pada 9 & 10 Disember 2023, hari Sabtu dan Ahad, yang bertempat di Dewan Pameran Aras 1, La Promenade Mall, bermula dari 10am hingga 9pm. Acara ini merupakan anjuran bersama oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) Sarawak.
Sambutan hari Hak Asasi Manusia diadakan adalah bertujuan untuk meraikan pengisytiharaan Hak Asasi Manusia di seluruh dunia yang di isytiharkan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 di Paris. Sambutan ini juga disambut di seluruh dunia pada setiap 10 Disember.
Pengisytiharaan ini dilakukan oleh PBB adalah sebagai seruan agar hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina, bahasa, pendapat politik, asal usul kebangsaan, sosial, harta, kelahiran atau apa-apa status lain adalah dilindungi secara universal. Tahun 2023 merupakan ulang tahun yang ke-75 untuk hari Hak Asasi Manusia sedunia yang bertemakan Martabat, Kebebasan dan Kesaksamaan.
NGO dan CSO Sarawak bersama-sama menganjurkan sambutan hak asasi manusia yang bakal berlangsung di La Promenade untuk meraikan hak universal ini bersama-sama orang awam bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Kuching dan Kota Samarahan. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal di adakan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan dan makna sebenar hak asasi manusia.
Terdapat 15 NGO yang akan membuka booth di sepanjang program ini berlangsung dan setiap pengunjung akan diberikan senaskhah buku panduan mengenai maklumat sepanjang program berlangsung. Pengunjung juga boleh mendapatkan cop rasmi untuk setiap NGO di booth-booth mereka bagi mendapatkan 200 unit pingat yang juga merupakan edisi terhad. Selain daripada itu, ada jualan T-shirt edisi terhad dan juga aktiviti Zumba yang dilakukan oleh Zin Vanessa dan Damien dari The Stage Studio.
Pengarah filem yang berasal dari Sarawak iaitu Albert Bansa juga akan hadir dengan tayangan filem ‘Pengidup Aku‘ di mana para pengunjung boleh sertai sesi diskusi bersama dengan beliau. Beliau juga akan mengadakan bengkel asas dokumentari dan pembuatan filem untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang perfileman.
Sebuah NGO yang menjalankan latihan literasi pengundi Rise of Social Efforts (ROSE) akan mengadakan ceramah mengenai ‘Persempadanan Semula Sarawak’. Purple Lily sebuah NGO yang menjalankan latihan berteraskan pemerkasaan golongan wanita pula akan mengadakan sesi perbincangan mengenai ‘Anti-Pemerdagangan’ dan ‘Kesaksamaan Jantina’.
Persatuan Prihatin AIDS Sarawakpula akan mengadakan ceramah kesedaran menganai ‘Stigma dan Diskriminasi Terhadap Penghidap HIV.’ Mereka merupakan persatuan yang menjalankan program advokasi HIV/AIDS. Selepas itu, Dr Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM serta dengan Puan Altaf Deviyati, Setiausaha Exekutif SUHAKAM pula akan mengadakan forum mengenai ‘Hak Kanak-Kanak’.
Zunar, seorang kartunis Malaysia yang terkenal akan mengadakan bengkel lukisan di sepanjang 2 hari program ini berlangsung. Para pengunjung yang hadir ke acara ini akan berpeluang untuk mendapatkan 2 poskad yang terdapat di buku panduan program berserta dengan tandatangan khas dari Zunar. Consumer Association of Penang (CAP) pula akan mengadakan ceramah kesedaran mengenai hak-hak pengguna.
Untuk mendapatkan butiran yang lanjut mengenai acara program ini, orang ramai boleh lah mengikuti laman instagram Human Rights Festival Sarawak.
Sebuah event Rave yang di anjurkan oleh NWHR akan berlangsung pada 2 Disember 2023 (Sabtu) di Velvet Restaurant & Bar. Rave ini akan memaparkan 3 orang Dj iaitu ODD, Hadiid dan Heuremin. Acara Rave ini akan bermula pada jam 9.00pm sehingga habis! Kepada para peminat muzik elektronik di dalam alam Techno dan Psy-Trance, ataupun kepada mereka yang ingin menerokai dunia muzik elektronik, inilah acara yang patut anda hadiri.
Sedikit info tentang kolektif dj NWHR, mereka adalah sekumpulan individu yang mempunyai minat yang mendalam di dalam dunia muzik elektronik underground terutamanya di dalam genre House dan Techno. Projek NWHR di tubuhkan dengan tujuan untuk mengubah status quo kehidupan malam di Kuching melalui acara yang menerokai suasana sonik dan mengasyikkan. NWHR biasanya akan membuat acara-acara Rave secara underground di beberapa lokasi yang berbeza yang jarang di ketahui orang atau lokasi yang anda tak akan terfikirpun sebuah acara boleh dilakukan di tempat-tempat demikian.
Sedikit info tentang Dj-dj yang membuat persembahan. ODD merupakan Dj yang membawa muzik bergenre Techno dan House. Pengaruh muzik-muzik beliau adalah dari label-label seperti Ostgut Ton, The Gods Planet, Hypnus, Mama Told Ya dan sewaktu dengannya. Dengan pengalaman sebagai Dj yang pernah bermain di pelbagai kelab malam di sekitar Kuala Lumpur dan di beberapa acara Rave di Kho Pha Ngan di Thailand, ia telah membentuk pelbagai jenis cara dalam membentuk satu pengalaman kepada para penari di dance floor oleh ODD. Beliau pernah berkongsi pentas dengan beberapa Dj antarabangsa seperti youANDme, Rhyw, Haruka, Volvox, Stelios Vassiloudis, Nakadia, Exos, Markus Henrikkson, Ness, Deepbass, Luigi Tozzi, Bloody Mary, Powder, dan sebagainya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada co-founder untuk kolektif Voidrealm dan juga [MO]DULUS KL, yang kerap kali melakukan acara Techno di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.
Seterusnya adalah Heuremin. Beliau merupakan Dj dan juga seorang audiovisual artist yang berasal dari Kuching Sarawak. Pengaruh muzik-muzik beliau adalah banyak merangkumi kepada arah Deep, Dark dan elemen-element perkusi trek club antara Techno hingga ke Electro. Beliau juga merupakan salah seorang daripada kolektif NWHR dan telah kerap kali melakukan beberapa siri pop-up raves di sekitar bandar raya Kuching. Beliau juga pernah bermain dan berkolaberasi dengan beberapa festival muzik seperti Rainforest Music Festival, Rainforest Fringe Festival dan Sunbear Festival. Beliau juga pernah bermain dengan beberapa kolektif Dj lokal underground yang lain seperti Voidrealm dan LEK. Antara Dj-dj lain yang beliau pernah berkongsi pentas bersama adalah Kretek, Hadiid, Brainer, Rempit Goddess dan sebagainya.
Hadiid juga merupakan seorang Dj yang berasal dari Kuching Sarawak dan beliau pernah main di beberapa gig lokal dan antarabangsa di sekitar Asia seperti Koh Pha Ngan, Manila, Jakarta, Bali dan Kuala Lumpur. Beliau pernah berkongsi pentas bersama dengan Dj antarabangsa lain seperti Hugo Mendez (Sofrito) dan Mathias Schober (Lossless). Seperti Heuremin, Haddid juga merupakan salah seorang daripada kolektif NWHR. Menurut beliau, kolektif NWHR di tubuhkan sebagai salah satu cara untuk memupuk minat dan kepelbagaian di dalam jenis muzik. Ini juga adalah salah satu cara bagi NWHR untuk mendidik orang ramai bahawa selain daripada muzik pop, budaya muzik alternative ada pelbagai cabang lagi terutamanya di dalam kategori elektronik. Itulah matlamat utama NWHR. Hadiid sekarang ini juga bernaung di bawah beberapa buah label antarabangsa yang terletak di Berlin, Russia, Ukraine, Amerika Selatan, dan juga di beberapa rantau Asia. Antara label-label tersebut adalah, Polytypch, Black Beard, Vertigo Audio, Uxoa Dutxa Elite, Eclipse Recordings, Kaleydo Records, Asia Music, Pizza Tunait, Dear Deer Records, Leftright Sounds, Deepsomnia, Bullfinch Records, Lossless, dan yang terbaru adalah TAU dari The Adana Twins.
Sekiranya anda berminat untuk menempah tiket ke acara Rave dari NWHR, anda boleh lah DM Instagram NWHR. Tiket pre-sale adalah berharga RM30 dan depan pintu pula adalah RM40. Tarikh terakhir untuk mendapatkan tiket pre-sale adalah pada 1 Disember (Jumaat). Ayuh, dapatkan slot anda sebelum full house!
Sebuah band Indie WP.SHHH yang berasal dari Sri Aman, Sarawak akan melakukan jelajah promo ep terbaru mereka iaitu Pop Nyaman di 3 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Jelajah tersebut akan berlaku pada 24 November di Merdekarya, Kuala Lumpur, 25 November di Ipoh Social Club, Ipoh, dan 26 November di Tuju Cafe, Melaka.
Ep Pop Nyaman ini akan memuatkan 6 buah lagu iaitu Muda, Cinta, Rindu, AwekMemberku, Superstar, dan Hello & Muda. Menurut Wan Purong yang juga merupakan pemain gitar dan vokalis, berkenaan mengapa memilih nama ep mereka sebagai Pop Nyaman, “Selari dengan genre dan vibe, kami memilih nama Pop Nyaman sebgai nama ep kami kerana selari dengan selera muzik kami iaitu muzik Pop dan Nyaman yang membawa maksud sedap. Sebati dengan cita rasa muzik WP.SHHH iaitu santai & sempoi.” Buat masa sekarang Ep ini hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal. Ep ini akan keluar di setiap streaming platform selepas mereka selesai jelajah ep mereka.
Sedikit info mengenai band ini, mereka di tubuhkan di Sri Aman, Sarawak pada tahun 2019. Mereka terdiri daripada Wan Purong sebagai pemain gitar dan vokalis, Syah sebagai lead gitaris, Nil sebagai keyboardist, Zul & Fatah sebagai pemain bass dan Qidin sebagai pemain drum. Mereka mendapat pengaruh muzik mereka daripada band-band seperti MC. Demarco, Phum Viphurit, Boy Pablo, The Times, Pastel Lite dan Monoloque.
Sebuah app dicipta oleh High Castle telah dilancarkan bagi memudahkan proses untuk menempah jamming studio berdekatan dengan tempat tinggal anda. Dengan app ini, para pengguna terutamanya mereka yang bermain muzik dan ingin mencari tempat jamming atau untuk praktis suka-suka, boleh lah merujuk app ini untuk membuat tempahan studio jamming.
Menurut Elham Syah, yang juga merupakan founder kepada High Castle, ‘Aplikasi High Castle ini merupakan pintu kepada orang ramai yang bukan sahaja yang aktif bermain muzik, tapi juga kepada mereka yang berminat nak mencuba, atau yang sudah bermain muzik sebagai hobi. Ini adalah untuk lebih memudahkan mereka mendapat akses kepada studio jamming tanpa ada kerisauan tentang di pandang rendah sebab baru hendak bermula/meneroka dunia jamming dan dunia muzik lokal.’
Apabila di temubual tentang bagaimana terdetik ingin membuat aplikasi ini. Pada tahun 2016, ketika Elham pergi ke sebuah program MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation), beliau banyak melihat platform aplikasi booking yang melibatkan freelance ataupun logistik yang di bangunkan oleh beberapa syarikat pemula(Startup). Namun,beliau perasan, tidak ada satupun aplikasi yang dibangunkan yang melibatkan dunia muzik. Seolah-olah ekosistem muzik di dalam dunia teknologi startup Malaysia tidak wujud langsung.
Menurut Elham lagi, beliau tidak ada background di dalan bidang IT, jadi beliau mengupah software developer untuk bersama beliau bagi menjayakan projek ini. Mereka mula mencari apa masalah yang perlu di selesaikan dan bila dah jumpa, mereka mula merangka rancangan. Elham bertindak sebagai lead untuk projek ini, dan disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang di dalam IT, beliau banyak berkomunikasi dengan para developer bersama dengan partner-partner yang lain untuk sama-sama membangunkan app ini.
Boleh di download di Appstore & Playstore sekarang!
Perjalanan untuk membuat app ini bukan lah mudah, kerana ia memakan banyak masa dan tenaga. Sepanjang projek ini dijalankan, Elham telah mengupah 3 developer berlainan. 2 developer terawal telah menarik diri daripada projek ini dan mengakibatkan beberapa perkara tersangkut setengah jalan. Akhir nya dengan developer ke-3, app ini berjaya disiapkan. Pelbagai mockup dibuat untuk app ini. Setiap testing dibuat akan ada kegagalan. Bila gagal, buat baru, test lagi, dan lagi. Perkara itu berlaku berulang-ulang kali sehingga akhirnya mereka puas dengan hasil yang ada. Projek ini mempunyai 4 orang development team. Seorang engineer, Elham sebagai customer relations, partner beliau Zul sebagai jaga studio development, dan seorang lagi adalah UI/UX(User Interface / User Experience) designer.
Menurut Elham lagi, dalam perjalan beliau untuk membangunkan prototaip app ini, modal yang di keluarkan kebanyakannya adalah dengan bootstrapping(menggunakan sumber dan aset sendiri). Beliau dan pasukan beliau pernah cuba untuk pitch dengan Angel Investor tetapi investor tersebut menarik diri pada saat akhir dan akhirnya Elham dan pasukan beliau bermula semula dari bawah dengan menggunakan sumber kewangan mereka sendiri.
Senarai studio-studio yang sudah berdaftar dengan app High Castle
Antara kelebihan app ini kepada pemilik studio jamming jika mereka menggunakan app ini adalah, segala urusan management dari segi booking akan di uruskan oleh app ini dan pemilik studio tidak perlu pening kepala dalam memikirkan urusan seperti pengurusan kewangan, pengurusan data dan marketing pun pihak High Castle akan uruskan.
Apabila di tanya tentang apakah rancangan High Castle app ini di masa hadapan, adakah akan ada penambahan features dia? Menurut Elham, ya. Dengan dunia teknologi, macam-macam boleh dilakukan, dan fungsi penempahan booking studio ini hanyalah satu permulaan sahaja. Dengan akhir kata, Elham berharap dengan adanya app sebegini di dalam scene muzik indie/underground, akan ada perubahan dan adaptasi kepada teknologi daripada penggiat-penggiat muzik lokal. Dengan itu, ia akan dapat membawa kepada perubahan kepada dunia muzik lokal dan sekitar rantau Asia Tenggara.
Sekiranya para pemilik studio ingin mendaftarkan studio mereka di app ini, kalian boleh lah menghubungi Mr. Castle di talian 011-31765976 dan mereka akan membantu anda di dalam prosess pendaftaran. Pihak High Castle hanya akan mengambil margin 10% dari pada setiap tempahan yang dilakukan. Apa tunggu lagi? Kepada pemilik studio, boleh lah daftar studio anda di app ini sekarang!
HAUS KCH telah melancarkan pameran seni ‘THE PAST IS PRESENT IS FUTURE‘ yang menggabungkan karya terpilih dan artifak dari pameran Seni Kitamereka yang sebelumnya iaitu ‘Altered Natives‘ dan ‘Roots & Remixes‘ yang berlangsung pada 23 September 2023 yang lepas.
Menurut Sonia Luhong yang juga merupakan kurator pameran seni ini, ‘Walaupun unik di dalam kurasi masing-masing, pameran seni Roots & Remixes dan Altered Natives menerokai apa maksudnya dalam menjadi orang Borneo pada abad ke-21. Melalui pameran THE PAST IS PRESENT IS FUTURE kali ini pula, kami menyasarkan untuk membawa karya seni dari kedua-dua pameran ini ke ruang yang sama dan akan ada perkongsian daripada beberapa artis-artis Borneo. Kami berterima kasih kepada kurator yang sebelumnya iaitu T. Bagak dan Jasmine Dadi kerana membawa perhatian kepada beberapa karya Borneo yang menakjubkan sehingga tercetusnya dialog yang membawa kepada terjadinya pameran baru ini.’
Pameran THE PAST IS PRESENT IS FUTURE ini berlangsung dari 13 – 18 November 2023. Pada hari terakhir, akan ada beberapa aktiviti seperti lawatan kuratorial, sesi perkongsian, bengkel, persembahan atas bumbung dan banyak lagi.
Syed Rusydie, juga merupakan kurator pameran ini berkata, ‘Sambutan dari masyarakat tempatan terhadap hasil kerja kontemporari yang dilakukan oleh rakan-rakan Borneo kita telah membuktikan bahawa kemodenan boleh berasimilasi dengan tradisi. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Hasanahkerana menyokong dan mengiktiraf perniagaan kecil seperti kami didalam industri seni Malaysia dan juga kerana menyokong Seni Kita Weekend: Subcultures di bawah program Arts For All Seasons (ArtsFAS).‘
Hari penutup dijadualkan akan berlangsung pada jam 11 pagi dan dimulai dengan perasmian pameran seni, diikuti dengan lawatan kurasi bersama kurator Sonia dan Rusydie. Pada waktu tengah hari pula akan ada bengkel yang di terajui oleh Steff Fleur dan Asyilah Tan. Bengkel ini akan menekankan tentang bagaimana hendak menyediakan kit media untuk para artis, ahli muzik, dan penganjur indipendent dalam menghebahkan rilisan mereka. Selepas itu, ada sesi perkongsian oleh ‘Bunyi Borneo: Instrumen Tradisional dan Inovator Kontemporari‘ yang akan di persembahkan oleh kolektif Borneo Boat Lute Revival.
Pada sebelah petang transisi ke malam pula, para pengunjung akan di dendangkan dengan muzik dari Tuni Sundatang dari Sabah dan Rining Peter, Hayree Hashim dan Ezra Tekola dari Sarawak. Selepas itu, akan ada persembahan puisi dari Opah Aspa dan Kulleh Grasi dari Nading Rhapsody. Sebagai penutup di waktu malam di hujung minggu, akan ada persembahan DJ dari Kawaii Boy, dan para pengunjung boleh menikmati minuman daripada Ngirupp dan juga makanan dari JAWS Shack.
Band Ska, Plague of Happiness (POH) telah melakukan siri jelajah album baru mereka Dominion, di seluruh Malaysia dan akan singgah di Tirta Barong Coffee di Kuching, Sarawak pada 19 November 2023 (Ahad). Album ini mengandungi 12 lagu yang bergenrekan Reggae, Ska, Punk-Rock dan Ska-Punk. Prosess rakaman telah dilakukan ketika deklarasi endamic pada tahun 2022.
Sedikit informasi berkenaan album ini, album ini akan memaparkan beberapa kolaberasi dengan artis-artis lokal dan antarabangsa lain seperti, Prince of Ska dari Indonesia iaitu Denny Frust, penulis dan penyanyi Soul dari Malaysia iaitu Leaism, band Post-Keroncong dari Malaysia Terang Bulan, dan pemuisi Malaysia Pyanhabib.
Plague of Happiness adalah sebuah band yang tidak asing lagi di dalam scene muzik indipendent/underground yang banyak menekankan ethos DIY. Sejak dari awal penubuhan mereka, mereka sendiri yang produce dan meriliskan material mereka dan mereka juga yang membuat promo sendiri dan produce muzik video mereka sendiri. Malahan, jelajah promo album Dominion ini pun dilakukan oleh mereka dan kumpulan mereka sendiri.
Mereka juga pernah melakukan persembahan di beberapa festival besar seperti JB Arts Festival, Rock The World, dan juga Sunbear Festival di antaranya. Mereka juga pernah bermain di pentas antarabangsa seperti di Indonesia, Japun, Singapure dan juga Indo-China. POH juga telah beberapa kali menganjurkan beberapa konsert solo. Beberapa konsert solo ini adalah pembiayaan diri sendiri, dan beberapa konsert lain mereka juga pernah mendapat sokongan daripada Johor Performing Arts, KREAT dan juga Vans Malaysia. Untuk jelajah album Dominion ini pula, POH mendapat sokongan dan dana daripada Program Pembiayaan Muzik Independent daripada Cendana dan Nyaring
Sekiranya anda berada di Kuching pada 19 November 2023 pada ahad ini, boleh lah bertandang di Tirta Barong kerana Plague of Happiness akan melakukan show promosi album Dominion mereka yang sekarang boleh di stream di beberapa platform streaming seperti Apple Music, Spotify, YouTube dan sebagainya. Tiket boleh didapati dengan harga RM60 dan band-band pembukaan yang akan turut sama ketika itu adalah We The Leader, Sequal Revealed, Blindsided,
Sekiranya anda berada di Kuching pada 19 November 2023 pada ahad ini, boleh lah bertandang di Tirta Barong kerana Plague of Happiness akan melakukan show promosi album Dominion mereka yang sekarang boleh di stream di beberapa platform streaming seperti Apple Music, Spotify, YouTube dan sebagainya. Tiket boleh didapati dengan harga RM60 dan band-band pembukaan yang akan turut sama ketika itu adalah We The Leader, Sequal Revealed, Blindsided, Drasska, dan Half Asleep. Persembahan POH di Kuching ini di kendalikan oleh Punkcaroba.