Sebuah band yang membawa genre Visual Kei iaitu Nameless Crown daripada Indonesia telah meriliskan single kedua mereka ‘Houkai‘ dalam bentuk muzik video yang boleh di tonton di channel YouTube mereka. Single ini adalah sambungan daripada perjalanan muzikal Nameless Crown setelah debut single pertama mereka iaitu ‘Throne of Disgrace‘.
Lagu ‘Houkai‘ ini membawa maksud kehancuran dan lagu ini juga bertemakan keruntuhan emosi, identiti dan realiti kehidupan yang dibangunkan di atas luka dan kekecewaan. Lagu ini menampilkan sisi Nameless Crown yang lebih matang, sengit, jujur, baik dari segi susunan muzik dan juga penyampaian lirik.
Sedikit info mengenai band Nameless Crown, mereka ditubuhkan pada tahun 2024. Pada ketika itu ahli-ahli band mereka adalah terdiri daripada Dju’en(vokal), Guro(gitar), Zhouna(bass), dan Sai(drum). Ketika memasuki tahun 2025, Nirn menyertai band ini sebagai gitaris kedua.
Dengan rilisnya lagu ‘Houkai‘ Nameless menegaskan komitment mereka untuk terus berkembang dengan menghasilkan dan memperjuangkan seni Visual Kei di Indonesia dan juga di seluruh Asia Tenggara.
Lagu ini di rekodkan di Gehenna Studio, vokal dan editing di rekod di RAWxSON Record dan mix & master lagu ini dibuat di Hiatus Records. Jangan lupa untuk tonton muzik video ‘Houkai‘ dan like, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial mereka untuk mengikuti perkembangan lanjut daripada Nameless Crown.
Duo rapper Jazzli dan Cozykidd telah meriliskan sebuah muzik video terbaru mereka iaitu ‘Like Woah‘ yang boleh di tonton di channel YouTube MetroCity Boyz. Lagu ini di produce, compose, mix & master sendiri sepenuhnya oleh Jazzli dan Cozykidd sendiri. Muzik video untuk lagu ini pula di arahkan sepenuhnya oleh Jazzli dan editing untuk muzik video ini di buat oleh Jazzli, AJ & M Project Visual.
Cozykidd & Jazzli
Menurut Jazzli, prosess rakaman muzik video ini di buat dengan konsep membuat muzik sambil mengembara. Jazzli turut ingin mengucapkan terima kasih kepada M Project Visual, Cozykidd serta keluarga yang menyokong usahanya di dalam memastikan lagu ini dan muzik video ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Jangan lupa untuk tonton dan dengar muzik video terbaru dari Jazzli dan Cozykidd ‘Like Woah‘ di channel youtube MetroCity Boyz dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!
Sebuah gig penutupan di Kuching, Sarawak, anjuran Skon Crew dan Thermal Shadow iaitu One Last Dance Vol.1 bakal berlangsung di ruang acara Lek. Gig ini akan berlangsung pada 30 Disember 2025 (Selasa), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!
Seni Kita, sebuah festival seni yang di anjurkan oleh HAUS KCH kembali untuk suku ketiga 2025 dengan tema terbaru iaitu Jungle of Light. Acara yang di anjurkan dengan usaha daripada para komunitas-komunitas seni ini akan berlangsung di bangunan Yun Phin bermula dari jam 3.00pm sehingga 10.00pm. Acara ini akan memaparkan pelbagai perkara kreatif yang di hasilkan oleh usahawan-usahawan kreatif dan bakat-bakat dari pelbagai bidang kreatif untuk di pamerkan kepada orang ramai.
Seni Kita: Jungle of Light di sokong oleh Arts for All Seasons (ArtsFAS), sebuah geran dari Yayasan Hasanah dan festival ini nanti akan memaparkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan antara nya ialah pasar artisan, bengkel pemetaan unjuran(projection mapping), tayangan filem, pameran seni, demonstrasi grafiti, cat-along, persembahan-persembahan seperti Word of Mouth(sesi puisi, open mic) dan Mighty Desk: Volume 3; sebuah konsert mini yang menampilkan artis dan band dengan pembawaan muzik eksperimental.
Untuk pasar artisan kali ini akan memaparkan 32 vendor tempatan yang akan di pisahkan mengikut 2 venue. 29 vendor akan di tempatkan di HAUS KCH dan 3 vendor akan di tempatkan di Kuching Comic Con (KCC). Antara vendor-vendor yang ada di festival ni nanti adalah Alit Production, Baked By Puteri, Like That x Lejoyland, Figs & Ferns, Toofies Kch, Gerai Sulu Nuan, Daisy Dalia, Mach.jia, Songbird Ledgers dan macam-macam lagi. Dari makanan & minuman, barangan buatan tangan, cetakan seni dan aksesori boleh pakai.
Goethe-Institute Malaysia, sebuah institusi budaya dari Jerman yang mempunyai ofis di Kuala Lumpur, merupakan antara kolaberasi untuk Seni Kita, dan mereka akan membuat ulang tahun ke-15 untuk Tayangan Festival Filem Sains. Para pengunjung akan berpeluang untuk menonton pelbagai jenis filem yang di kurasi khas untuk acara ini. Antara topik-topik yang di bincangkan di dalam filem-filem yang akan di tayangkan nanti berkenaan tentang edukasi, sains, persekitaran, budaya, sejarah, teknologi dan macam-macam lagi. Tayangan filem ini akan bermula dari jam 1.00pm sehingga 5.00pm.
Terdapat pelbagai lagi aktiviti-aktivit yang menarik akan berlaku di Seni Kita dan orang ramai yang mempunyai minat terhadap apa-apa perkara kreatif atau ingin mengetahui tentang perkara-perkara kreatif tempatan kita, adalah di jemput untuk datang ke bangunan Yun Phin pada 13 & 14 Disember 2025(Sabtu & Ahad), kerana anda pasti akan kagum dengan bakat-bakat yang terdapat di Sarawak yang memerlukan perhatian anda semua. Ayuh! Kemasukan adalah percuma!
Sebuah Rave bakal berlangsung di ruang acara LEK., dan acara ini akan menampilkan Dj-Dj wanita. Bagi meraikan wanita di dalam scene Dj di Kuching, acara Lady Luck 2 ini akan berlangsung pada 12 Disember 2025 (Jumaat), bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Dengan menampilkan beberapa Dj wanita di dalam scene Dj underground di Kuching, acara ini berkomitment untuk mengangkat bakat-bakat wanita di dalam scene muzik elektronik di Sarawak.
Dora
Berikutan kejayaan edisi pertama Lady Luck, edisi ke-2 ini akan meneruskan misinya di dalam mempromosi dan mengangkat wanita di dalam bidang Dj. Antara Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian di LEK. nanti adalah Dora, Kara Elle, Intan, dan Miamor.
Kara Elle
Lady Luck 2 menjanjikan pilihan muzik dari pelbagai genre, dari House, Baile Funk, Trap, Techno dan macam-macam lagi. Para penganjur menggalakkan orang ramai untuk datang dan berekspresif di lantai tarian. Tiket kemasukan adalah hanya RM12 untuk para wanita dan RM30 untuk para lelaki.
IntanMiamor
Tujuan Lady Luck di anjurkan adalah untuk mewakili gerakan di dalam memperkasakan dan menguatkan golongan wanita di dalam ekosistem kreatif sambil membentuk komuniti dan landskap muzik elektronik bagi wanita di scene underground Dj di Kuching.
Band Indie Brookes telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu ‘Menanti‘, setelah lama tidak mengeluarkan apa-apa material. Untuk menyambut rilisan baru ini, Brookes akan mengadakan rilis parti di AppleSeeds Jamming Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu) bermula dari jam 7.30pm sampai habis!
Setelah berada dalam hiatus buat beberapa ketika, Brookes akan kembali untuk sebuah gig anjuran mereka sendiri iaitu ‘Brookes: The Coronation – A Night of Crowns, Chaos, Live Music and Revelry‘ bertempat di AppleSeeds Studio yang terletak di Jalan Satok. Selain daripada Brookes, mereka juga menjemput beberapa band dan artis lokal untuk menjadi persembahan pembukaan untuk gig ini. Antara band dan artis yang akan membuat persembahan adalah, Steff Fleur, Pablo! dan Hey! Leave A Message.
Single Brookes ‘Menanti‘ menceritakan tentang pergelutan dan perjuangan di dalam mengejar cita-cita dan menerima hakikat realiti kehidupan. Ia juga merupakan refleksi berkenaan keraguan, kepenatan dan keberanian di dalam diam dalam menghadapai konflik dalaman serta mencari kekuatan untuk berundur kerana hati sudah tidak dapat memikul beban yang di bawa.
Sedikit maklumat mengenai band Brookes, mereka di tubuhkan pada lewat 2020an dan setiap daripada mereka adalah daripada latar belakang muzik yang berbeza, dari Funk, Alternative-Rock dan Pop. Dengan setiap daripada ahli band ini mempunyai latar belakang muzik yang berbeza, maka lahir lah Brookes berserta karya-karya yang mereka sampaikan.
Ahli-ahli Brookes adalah terdiri daripada Ezmir Sadriq(Gitar dan vokal), Denzel Martin(Lead gitar), Rips Daniel(Rhythm gitar), Shaun(Bass) dan Jibby(Drum)
Jangan lupa untuk hadir ke Appleseed Jamming Studio dan bersama-sama Brookes dan band-band tempatan yang lain di dalam meraikan rilisan single terbaru mereka.
Band Metalcore, Dial M For Murder akan bertandang ke Kuching, Sarawak untuk mempromosi album terbaru mereka iaitu ‘Rukun / Hakikie‘, bertempat di Purrfect Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!
Menurut hebahan akhbar ke media untuk promosi album ini, kunjungan Diam M For Murder ke Sarawak bagi mempromosi album ‘Rukun / Hakikie‘ ini dilakukan bagi merapatkan silaturahim dengan komuniti-komuniti peminat muzik indipendent/underground tempatan di Sarawak khususnya. Dial M For Murder telah melakukan siri jelajah di beberapa tempat di semenanjung Malaysia dan Kuching, Sarawak merupakan destinasi mereka yang seterusnya.
Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini nanti adalah Fear The Awakening, Yobeh, Haram Jadah, dan Narrathief. Tiket dijual dengan harga RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM50. Untuk dapatkan tiket early bird, boleh lah DM page Purrfect Studio untuk pertanyaan selanjutnya.
Penyanyi terkenal Indonesia Andmesh Kamaleng akan mengadakan sebuah konsert istimewa iaitu ‘A Night With Andmesh Kamaleng‘ pada 28 November 2025(Jumaat), bermula dari jam 8.00pm sampai habis. Konsert ini akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Konsert ini dianjurkan oleh Wazai Creative Solution (WCS) denga sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP).
Konsert bertaraf antarabangsa ini di jangka akan dapat menarik peminat dan pengunjung bukan hanya di sekitar kepulauan Borneo, tetapi juga buat peminat dan pengunjung daripada Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei, dan Indonesia. Setakat ini, tiket telah dilapor terjual sebanyak 3000 orang dan ke atas. Dengan sokongan produksi pentas dan sistem audio visual berteknologi tinggi yang di reka khas, konsert ini dijamin akan dapat memberikan pengalaman persembahan yang lebih immersif, eklsklusif dan intim dengan peminat Andmesh.
“Kehadiran artis serantau seperti Andmesh Kamaleng bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi seni dan hiburan, tetapi turut membuka peluang besar kepada pemain industri kreatif tempatan. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Sarawak sebagai hab acara dan persembahan.” kata YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, dalam sidang media pengumuman konsert berkenaan yang diadakan di Star On Stage.
Sidang media ini turut dihadiri oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, yang mewakili Menteri, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak dapat bersama-sama kerana perlu menghadiri sesi perbahasan di Dewan Undangan Sarawak..
Menurut YB Datuk Snowdan Lawan, “Beliau sangat berbesar hati dan teruja dengan kehadiran penyanyi kelahiran Alor, Indonesia ke Sarawak dan buat julung kali memilih bandaraya Kuching untuk mengadakan Konsert berskala besar, dengan persembahan di jangka berdurasi 1 jam 30 minit dengan lagu- lagu popular yang akan dipersembahkan di hadapan penonton. Pastinya ini adalah konsert yang akan meninggalkan kenangan yang besar buat Andmesh Kamaleng serta peminatnya di Sarawak.”
Antara artis-artis lain yang turut membuat persembahan pembukaan pada konsert ini nanti adalah, Hasty, Zah Amirul, Hairie Francis, Ramles Walter, Gretchen Quirina dan Ryenald Guntabid(Pemenang Artis Baharu & Vokal Terbaik AIM 2025). Selain persembahan utama, Andmesh juga akan menampilkan tiga artis jemputan khas dari Indonesia dalam sebuah segmen kejutan eksklusif yang hanya akan didedahkan pada malam konsert.
Penganjur konsert ini iaitu WCS berharap agar konsert ini dapat menjadi batu loncatan bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa di Sarawak pada masa akan datang. Dengan sokongan MTCP serta para penaja, WCS yakin dapat membawa lebih ramai artis ternama antarabangsa dan Malaysia ke Sarawak.
Tiket konsert boleh dibeli terus melalui laman web Saratic, platform tiket rasmi yang dimiliki dan diurus sepenuhnya oleh Wazai Creative Solution (WCS) dan kategori tiket adalah terdiri daripada:
• Anugerah Terindah – RM339 (Rockzone Standing)
• Hanya Rindu – RM259 (GA Standing)
• Cinta Luar Biasa – RM219 (Seating)
• Andaikan Kau Datang – RM189 (Free Seating)
• Nyaman – RM189 (Free Seating)
Penaja dan rakan-rakan strategik untuk konsert ini adalah terdiri daripada:
Sokongan
Ministry of Tourism, Creative Industry, and Performing Arts (MTCP)
Sebuah band duo New-Wave/Post-Punk daripada Purbalingga, Indonesia iaitu Sukatani akan bertandang ke Kuching, Sarawak pada 30 November 2025(Ahad). Mereka akan membuat persembahan di ruang acara Lek. dan persembahan pertama akan bermula pada jam 8.00pm. Gig ini dianjurkan oleh Klab77 dan akan memaparkan 3 buah band tempatan sebagai persembahan pembukaan.
Antara band-band yang akan membuat persembahan pembukaan nanti adalah Kelibat, Schiv dan Mortara. Sukatani merupakan sebuah band duo New-Wave/Post-Punk di mana lagu-lagu mereka banyak menyuarakan tentang kritikan sosial yang sering di alami dan di lalui oleh masyarakat setempat yang tidak dapat menyuaraka suara mereka. Kelibat pula merupakan sebuah band Alternative Rock dimana bunyi yang mereka bawa akan membawa para pendengar kembali seperti ke era 90-an. Schiv pula membawa bunyi-bunyian gabungan Hardcore dan Punk yang keras dan Raw yang pasti membuat telinga, kepala dan badan anda bergerak melepaskan segala amarah yang telah lama terpendam di dalam diri. Mortara pula merupakan sebuah band baru dan acara ini merupakan debut untuk Mortara dan mereka pula membawa bunyi-bunyian Post-Punk dan Deathrock.
Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. dan dapatkan tiket anda di link ini. Tiket dijual dengan harga hanya RM50 sahaja dan tidak akan di jual di hadapan pintu.
Sebuah gig Metal iaitu ‘Sarawak Brutal Assault 2025‘ akan berlangsung pada 30 November 2025 (Sabtu) bertempat di ABM HALL, CIDB Kuching Semariang, atau di kenali sebagai Akademi Binaan Malaysia. Gig ini akan bermula dari jam 2pm sampai habis! Gig ini di anjur oleh Black Anchor dengan kolaberasi bersama Punkcaroba Entertainment dan akan memaparkan beberapa band-band yang memainkan muzik metal dan sub-genre-sub-genre Metal yang pelbagai.
Terdapat pelbagai vendor yang terdapat pada acara ini seperti booth-booth merchandise, booth-booth makanan dan pelbagai lagi. Tiket akan di jual pada harga RM80 dan boleh didapati di platform online di link ini. Orang ramai juga boleh menempah tiket dengan hubungi terus nombor 012-8503250.
Kepada peminat-peminat muzik bergenrekan Metal, ayuh ke acara ini dan bawa rakan-rakan bersama!