Category

New Release

New Release

Band Narrathief Debut MV ‘Mula Baru’

Sebuah band yang membawa bunyi-bunyian Alt + Math Rock Narrathief telah meriliskan muzik video(MV) debut mereka iaitu ‘Mula Baru‘ tepat 1 Januari 2024. Ahli-ahli band ini terdiri daripada, Lenny(vokal), Bob(drum), Jo(gitar) dan Syai(gitar). MV ini merupakan sesi perkenalan Narrathief kepada peminat muzik tanah air. Melalui lagu ini, Narrathief ingin menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar.

Menurut Lenny, ‘Lagu Mula Baru ini ditulis dengan harapan dapat menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar iaitu, jika anda mengalami apa jua kegagalan dalam hidup, jangan khuatir, anda boleh bangkit bila-bila masa, dan mulakan semula kehidupan anda dengan naratif yang baru dan lebih positif.

Sedikit info mengenai band Narrathief, mereka di tubuhkan pada tahun 2023 di Kuching Sarawak dan walaupun baru ditubuhkan, ahli-ahli band ini bukan-lah baru sahaja menubuhkan band. Mereka terdiri daripada gabungan band-band yang berlainan dengan Lenny yang juga merupakan vokalis kepada sebuah band Post-Hardcore Maddthelin, Bob pula adalah pemain drum untuk band Kontemporari Traditional At Adau, Jo pernah menjadi gitaris untuk band Clockwise & Heroine untuk seketika, manakala untuk Syai pula, ini merupakan band pertama beliau.

Muzik video ini di arahkan oleh Lenny, camera operator pula adalah Charlie, dan editor pula adalah dari Siba. Penari yang ditampilkan di dalam mv ini pula adalah Pearl. Rakaman muzik video ini dilakukan di Backdoor Studio. Mix dan master untuk lagu ini pula dilakukan oleh Gary Joseph dari band Exhale My Ozone.

Check out, muzik video debut dari Narrathief ‘Mula Baru‘ dan jangan lupa untuk follow dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu mereka di setiap platform penstriman muzik.

New Release

Band Metalcore Akta Rilis MV Terbaru ‘Void’

Sebuah band Metalcore dari Selangor/Kuala Lumpur Akta telah meriliskan muzik video untuk single terbaru mereka iaitu ‘Void‘ pada penghujung tahun 2023. Lagu Void ini merupakan sebuah lagu yang ditulis sebagai pesanan untuk orang yang di-sayangi akan tetapi tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Muzik video ini diarah dan di edit oleh Andrew Tan dan penampilan istimewa dari penyanyi band Urban Jazz Langkasuka iaitu Elly Yusni. Lagu Void ini pula di mix dan master oleh Parallel Records dan vokal pula oleh SOG Production.

Sedikit info mengenai band Akta, mereka di tubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 oleh ahli-ahli band yang membawa acuan mereka yang tersendiri untuk dihidangkan di dalam penghasilan karya-karya Akta. Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2022, setiap ahli-ahli band ini telah berkecimpung di dalam dunia muzik underground sejak tahun 2010 dan sehingga sekarang, mereka masih aktif dalam dunia muzik dan masih terus bersemangat untuk menghasilkan muzik-muzik baru. Ahli-ahli band akta terdiri daripada Shahril Redzwan(vokal & scream), Aimran Zaman(gitar), Faz Muhd(gitar), Adry(drum), dan Amir Ridhwan(bass, scream / vokal).

Check out muzik video terbaru dari Akta dan jangan lupa follow, like dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu-lagu di setiap platform penstriman muzik.

New Release

Band Automatic The Remote, Rilis MV ‘So Tell Me.’

Sebuah band yang menggabungkan irama Pop-Punk dan Rock Automatic The Remote telah meriliskan muzik video terbaru mereka yang berjudul So Tell Me di YouTube.

Sedikit info tentang band ini, mereka ditubuhkan pada tahun 2019 di Kuching Sarawak dan mereka menggabungkan element-element Pop-Punk dan Rock di dalam muzik mereka. Mereka terdiri daripada Mark(vokal), Fab(bassist), Navin(rhythm gitar), Joners(lead gitar), dan Rendall(drummer). Sejak 2019 mereka telah meriliskan 3 buah single iaitu Cove, Sky, dan yang terbaru pula adalah So Tell Me. Mereka pernah bermain di show-show seperti opening untuk band At Adau, What About Kuching(WAK), beberapa gig di venue Rumah Panjai: Kuching Punk House, La Promenade:October Fest, Sunbear Festival, Borneo Benua Tattoo Convention, TWTD dan banyak lagi.

Muzik Video So Tell Me ini di filemkan oleh Marcellinus January, dan di direct oleh Maclicious Pictures. Manakala lagu So Tell Me ini pula di rekod di Seventh Tribe Studio, dan di mix & master oleh Hilary Dihed.

Check out muzik video terbaru oleh Automatic The Remote ‘So Tell Me‘ di platform YouTube dan lagu mereka boleh di stream di setiap streaming platform.

Muzik Video ‘So Tell Me’ – Automatic The Remote

Lirik

Verse 1
We were young , indestructible
The hero and heroine
The story that no one knows
And how it all ends
So tell me

Chorus
Why do we need to ruin it all?
All of those feelings, that we felt before
They grew into pain and our hearts turned cold
So i asked myself …why do we need love at all?
(At all)

Verse 2
We used to sing to our favourite song
Now being played on the radio
I turned it off cos it hurts alot
Cos it felt like gun shots
So tell me..

Chorus
Why do we need to ruin it all?
All of those feelings, that we felt before
They grew into pain and our hearts turned cold
So i asked myself …why do we need love at all?
(At all)

Bridge
We lose it all
We stumbled and fall
Then we fell harder
We’re blaming each other
Over and over
And now we’re both drowning
But deep down inside we know that
Love was all that matters back then
So please.. tell me..

  • Instrumental –

Chorus
Why do we need to ruin it all?
All of those feelings, that we felt before
They grew into pain and our hearts turned cold
So i asked myself …why do we need love at all?
(At all)

New Release, News

Kumpulan Indie-Pop Viceroyz Rilis Album Debut ‘2ROYZ.FM’

Kumpulan Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan debut album mereka iaitu ‘2ROYZ.FM‘ dan boleh di dapati dalam bentuk fizikal dan di setiap streaming platform. Terdapat 9 buah lagu di dalam album ini dan album ini di producekan oleh Denil Hise dan juga di mix & master sepenuhnya juga oleh Denil Haise di Viceroom Studio. Lirik lagu di dalam album ini di tulis oleh Nick Nebles dan Max Munan.

Sedikit info mengenai band ini, Viceroyz berasal dari Kota Samarahan, Sarawak dan di tubuhkan pada tahun 2018. Mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Nick untuk posisi vokal dan gitar, Mike di bahagian gitar, Steve di bahagian bass, Denil di bahagian keyboard/synth dan Chris untuk posisi bahagian drum. Nama band mereka adalah sumber inspirasi daripada rokok buatan America iaitu Viceroy, cuma tambah ‘Z’ sahaja di hujung nama sebagai simbol di mana setiap ahli kumpulan band ini adalah terdiri daripada Generasi-Z. Juga sebagai simbol bahawa mereka membawa muzik yang mewakili generasi mereka baik dari segi muzik, gaya, dan juga intipatinya yang tersendiri.

Apa yang menariknya tentang band Viceroyz adalah pembawaan muzik mereka yang berani dalam menerokai pelbagai genre dari Dance, Indie, dan Synth-Pop. Viceroyz menggelar muzik yang mereka bawa ini sebagai ‘Dis-Pop‘. Oleh itu, jika anda ingin menerokai dunia Viceroyz, boleh lah dapatkan album 2ROYZ.FM ini atau dengar album ini di setiap streaming platform yang ada.

Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Band Indie WP.SHHH Jelajah Promo ep

Sebuah band Indie WP.SHHH yang berasal dari Sri Aman, Sarawak akan melakukan jelajah promo ep terbaru mereka iaitu Pop Nyaman di 3 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Jelajah tersebut akan berlaku pada 24 November di Merdekarya, Kuala Lumpur, 25 November di Ipoh Social Club, Ipoh, dan 26 November di Tuju Cafe, Melaka.

Ep Pop Nyaman ini akan memuatkan 6 buah lagu iaitu Muda, Cinta, Rindu, Awek Memberku, Superstar, dan Hello & Muda. Menurut Wan Purong yang juga merupakan pemain gitar dan vokalis, berkenaan mengapa memilih nama ep mereka sebagai Pop Nyaman, “Selari dengan genre dan vibe, kami memilih nama Pop Nyaman sebgai nama ep kami kerana selari dengan selera muzik kami iaitu muzik Pop dan Nyaman yang membawa maksud sedap. Sebati dengan cita rasa muzik WP.SHHH iaitu santai & sempoi.” Buat masa sekarang Ep ini hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal. Ep ini akan keluar di setiap streaming platform selepas mereka selesai jelajah ep mereka.

Sedikit info mengenai band ini, mereka di tubuhkan di Sri Aman, Sarawak pada tahun 2019. Mereka terdiri daripada Wan Purong sebagai pemain gitar dan vokalis, Syah sebagai lead gitaris, Nil sebagai keyboardist, Zul & Fatah sebagai pemain bass dan Qidin sebagai pemain drum. Mereka mendapat pengaruh muzik mereka daripada band-band seperti MC. Demarco, Phum Viphurit, Boy Pablo, The Times, Pastel Lite dan Monoloque.

New Release, News

Pejamkan Mata, Muzik Video Debut dari Adruce Azman

Adruce Azman, seorang artis lokal telah meriliskan muzik video terbaru beliau iaitu Pejamkan Mata di platform YouTube. Menurut Adruce, ‘Lagu ini adalah menifestasi serta kongsian rasa oleh seorang lelaki terhadap seluruh pergantungan jiwanya dalam bentuk lagu pengantar tidur.

Menurut Adruce lagi, beliau percaya bahawa setiap insan yang telah melakukan yang terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupannya kadang kala perlu memberikan sedikit ruang untuk dirinya berehat dan memberi sepenuhnya pengharapan kepada kekuasaan Tuhan. Pejamkan mata, dan bangkit lah menjadi lebih kuat pada keesokan harinya.

Sedikit info tentang Adruce Azman, beliau merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Kuching Sarawak dan telah berkecimpung di dalam dunia muzik sejak zaman remaja. Perjalanan beliau bermula ketika pertama kali menyertai sesi Open Mic pada tahun 2009 dan berbusking di sekitar bandar raya Kuching pada tahun 2010.

Pada tahun 2011, beliau dan rakan-rakan beliau menubuhkan sebuah band alternatif bernama Sonar Instinct. Pada ketika waktu ini lah beliau mula mengembangkan pengaruh muzik beliau dengan berkolaberasi bersama beberapa artis lokal yang lain seperti Asyraf Hardy, Sasha Ningkan, Ezra Tekola dari At Adau dan ramai lagi. Namun pada tahun 2014, Adruce memutuskan untuk meneruskan haluan sendiri di dalam dunia muzik dan bermulalah perjalanan beliau sebagai artis solo. Keputusan ini berlaku apabila beliau mengembara ke Labuan. Pada ketika ini, beliau banyak memainkan lagu-lagu cover dan memasukkan elemen-elemen beliau sendiri di dalam lagu-lagu tersebut. Pada ketika ini juga beliau mula membuat persembahan di beberapa tempat seperti di cafe, bar, tempat makan di sekitar Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu dan Kuching.

Namun di sebabkan tanggungjawab sebagai orang dewasa, beliau terpaksa meninggalkan seketika dunia muzik dan menjalankan tanggungjawab hakiki. Setelah beberapa tahun menyepi dalam bermain muzik, disebabkan minat yang mendalam terhadap muzik yang tidak dapat di pisahkan, pada tahun 2022, beliau mula menyertai What About Kuching (WAK). Sebuah festival kesenian yang di jalankan di sekitar bandar raya Kuching dan pada ketika itulah, beliau mula mengeluarkan semua lagu-lagu original beliau dan komposisi lagu-lagu cover yang popular untuk di persembahkan kepada orang ramai.

Adruce mengumpulkan beberapa musisi-musisi yang berbakat seperti Erfan di keyboard, Aniq Azman sebagai pemain bass, Alex sebagai pemain drum dan mereka melakukan live session di studio AOK yang di namakan AOK Session. Adruce juga menyertai sebuah program RTM untuk para buskers bernama ‘Tok! Buskers Challenge 2023‘ dan berjaya memperoleh kemenangan sebagai juara di tempat pertama. Sekaligus menandakan tempat beliau sebagai salah seorang artis lokal yang ada di persada industri muzik lokal.

Sebagai pengumuman akan kewujudan beliau di persada muzik lokal, check out, muzik video pertama dari beliau yang bernama Pejamkan Mata di YouTube. Muzik video ini dilakukan oleh Studioselepassenja, dan lagu di rekod di AOK Records. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Mono & Saturday Heroes Mengeluarkan Ep/Album Terbaru, ‘Radio Bovver Rok N RoLL”

Saturday Heroes, sebuah band yang membawa genre Punk/Oi! yang pada awal penubuhannya sekitar tahun 1996 telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL’. Kali ini, mereka akan muncul dengan nafas baru dari album kali ini dengan membawa konsep 70s Proto Punk, Glam-Punk, dan Rock n Roll.

Sedikit sejarah mengenai band Saturday Heroes, mereka di tubuh oleh pengasas asal iaitu Mono pada tahun 1996. Setahun kemudian, Mono dan rakan-rakan telah menghasilkan sebuah self-titled demo di bawah label independent iaitu Strange Culture Record yang akhirnya menjurus kepada penerbitan album sulung mereka iaitu “Oi! Oi! City Boy” yang berjaya dijual sehingga 5000 unit di Malaysia, UK dan Jerman.

Pada tahun 2001 pula, Saturday Heroes telah menghasilkan sebuah EP “Play it Loud“, sebuah Three way Split bersama 2 lagi kumpulan muzk yang berirama Punk/Oi! di bawah Syarikat Rakaman Life Records. Saturday Heroes kemudiannya menyepi seketika dan Mono pula menyertai band OAG dan kemudiannya muncul pula dengan The Times.

Setelah sekian lama menyepi dan akhirnya pada tahun 2013, Saturday Heroes kembali semula dengan menghasilkan sebuah Ep baru, “were back, Loud & Proud“. Ep ini berjaya di edarkan di beberapa buah negara selain Malaysia seperti di Japan, Czech, Jerman dan Amerika Syarikat.

Kini, setelah pasca pandemik 2020, Mono muncul dengan rakan-rakan pemuzik yang baru bersama Saturday Heroes iaitu Zammer sebagai gitarist, Fayerd sebagai pemain bass, dan Bedy sebagai keyboardist. Kali ini, mereka membawa citarasa dan agenda yang baru dengan mengekalkan akar muzik mereka iaitu Punk, akan tetapi, bergerak dengan lebih kepada irama 70s Proto-Punk, Glam-Punk dan Rock & Roll. Ep/Album “Radio Bovver Rok N RoLL” ini mengandungi 5 buah lagu dan 1 instrumental yang telah di riliskan secara fizikal pada bulan Julai 2023.

Ep/Album ini di riliskan dibawah naungan muzik label lokal iaitu Heavy Soul Sound Club dan terdapat 3 buah lagu dalam bahasa Melayu dan 2 buah lagu dalam bahasa English. Semua lagu dan lirik yang terdapat di dalam Ep/Album ini di tulis oleh Mono. Rakaman album ini mengambil masa 5 bulan di studio Tiga Abdul Samarahan.

Ep/Album ini menceritakan tentang kehidupan, pengalaman, kisah suka dan duka hidup sebagai rakyat kelas pekerja. Pengaruh muzik Saturday Heroes juga adalah lebih kepada band-band seperti Slade, MC5, Dr. Feelgood, MUD, Sex Pistols, The Buzzcocks, Cock Sparrer, The Jam, Pea Bees, dan sewaktu dengan nya. Menurut Mono & Saturday Heroes, tujuan utama mereka bermain muzik adalah lebih kepada untuk memberi kebebasan mengekspresi diri melalui muzik dan juga menawarkan alternatif kepada industri muzik Malaysia khususnya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cd album ini, anda boleh berhubung dengan Mono di kedai beliau Heavy Soul Vintage ataupun dm Mono di instagram beliau.

New Release

Single Terbaru Yung Kai “007” Bersama Guccimith & Zhe Kamil

Yung Kai bersama dengan duo ikonik Guccimith & Zhe Kamil (yang kini bersama Warner Music Malaysia) telah meriliskan single terbaru mereka pada beberapa hari lepas berjudul “007” dan boleh di tonton di youtube channel Ban Huat Sdn Bhd. Mereka bertiga merupakan rakan seperjuangan dalam industri muzik underground Hip-Hop tempatan.

Lagu terbaru 007 ini menggabungkan melodi psikedelik dan rentak drill yang boleh menggegarkan dada lagi-lagi apabila didengar menggunakan sistem bunyi yang padu. Lagu ini menceritakan tentang kepelbagaian hidup, impian dan perjuangan demi untuk mencapai kejayaan. Muzik video 007 ini dihasilkan oleh Cross Hundred Production. Sebuah syarikat produksi yang pernah berkerjasama dengan beberapa artis-artis tempatan terkenal seperti Luqman Podolski, Khalif dan Killadriz.

Zhe Kamil, Yung Kai, Guccimith

Muzik 007 ini dihasilkan dengan kolaberasi antara LutherMarc dan Zhe Kamil. Luther dan Marc juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa yang bernaung di bawah Def Jam SEA seperti Yung Raja dan Ariel Nayaka. Proses mix & mastering lagu ini pula dilakukan oleh Kaiote.

Lagu ini menurut Yung Kai, melambangkan perkembangan, keazaman dan ketabahan yang mereka kongsi bersama setelah hampir setengah dekad melibatkan diri di dalam dunia muzik. Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana masih bersama rakan-rakan seperjuangan dari kampung halaman dan mereka akan terus berjuang dan berkembang bersama di dalam dunia arena muzik tanah air.

Check out muzik video 007 di bawah.

Discovery, New Release

Band Stoner Occult Dawn, Rilis Album Debut ‘Psalms I’

Occult Dawn, sebuah band yang bergenrekan Stoner / Doom Metal, telah meriliskan Album pertama mereka pada Januari 2023 lepas. Album tersebut mengandungi 6 buah lagu dan boleh di beli di platform Bandcamp dan juga ada dijual dalam format CD. Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh dari Electric Wizard dan lagu-lagu mereka juga ada mengambil petikan skrip dari filem-filem horror klasik. 

Ahli kumpulan Occult Dawn terdiri daripada Fred dan Jerms sebagai pemain gitar, Jawn sebagai pemain bass dan Bojet sebagai pemain drum. Sejarah penubuhan band ini bermula ketika dunia masih berada pada fasa pandemic global Covid-19 yang memaksa semua orang untuk tinggal di rumah dan tak dapat keluar akibat perintah kawalan pergerakan. Fred dan Jerms pada ketika itu sedang bercakap mengenai band lama mereka iaitu Ghouul dan berbincang tentang keinginan mereka untuk menubuhkan sebuah lagi band yang lebih berat dan lebih jahat.

Proses penulisan lagu bermula di rumah Fred di mana Fred dan Jerms mula merekodkan beberapa riff gitar untuk dikongsikan bersama ahli kumpulan yang lain. Bojet dan Jawn pada ketika itu adalah lebih menjurus kepada muzik yang bertempo laju seperti Punk, Grindcore, Groove Metal dan Grunge, memerlukan sedikit masa untu beradaptasi dengan muzik yang bakal dibawa ini.

Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh banyak daripada band Electric Wizard dan idea ini di cadangkan oleh Fred kerana beliau amat berminat degan segala apa perkaran yang berkaitan dengan kultus. Buat masa sekarang Occult Dawn tidak ada hasrat ingin meletakkan posisi vokal pada band mereka.

Semasa di awal penubuhan meraka, ia mengambil masa selama 2 tahun untuk mereka meriliskan single pertama mereka iaitu “Seances” pada bulan awal tahun 2022. Mereka kemudiannya meriliskan single ke-2 mereka “Dispraise & Worshit”pada hujung tahun 2022. Kedua-dua lagu tersebut boleh di dapati di platform Bandcamp mereka. Kemudiannya pada awal tahun 2023, Occult Dawn telah berjaya meriliskan album pertama mereka “Psalms I”.

Ini merupakan satu permulaan untuk band ini kerana dengan penghasilan album pertama Occult Dawn (“Psalms I”), band ini akan terus berpeluang untuk berekspirementasi dengan muzik mereka bawakan dan kita boleh jangkakan ia akan terus berkembang dan menjadi semakin unik. Untuk anda mendapatkan muzik mereka, material mereka boleh di dapati dengan terus menghubungi band tersebut di platform media sosial mereka, ataupun di ‘Bandat Record Store,’ dan di ‘Bollocks Records‘.

New Release, News

Band Alternative Sullivan Melancarkan MV ‘Aku’

Sullivan, sebuah band yang membawa genre Alternative/Post-Hardcore yang berasal dari Kuching Sarawak telah melancarkan muzik video terbaru mereka yang berjudul ‘Aku’. Sedikit info mengenai band ini, mereka terdiri daripada 6 orang ahli yang terdiri daripada latar belakang muzik yang berbeza. Band ini di tubuhkan sekitar tahun 2011 dengan membawa satu matlamat, iaitu membawa industri muzik Iban ke arah yang lebih luas. Ahli kumpulan band ini adalah Eerie(vokal), Mike(gitar 1 / vokal 2), Andy(gitar 2), Mann(bass), Raffel(keys) dan Chris(drum).

Pada tahun 2016, Sullivan telah melancarkan album pertama mereka yang berjudul “Pengerindu Lama” dan mereka juga telah berkongsi pentas bersama band lokal Iban yang lain seperti Hevance, Ethnic Transmissions dan lain-lain. Mereka juga telah berjaya mencapai beberapa kejayaan pada Anugerah Muzik Dayak 2016, seperti memenangi kategori Best Indie Rock Band, Best Cover Album, Best Music Video dan Best Single Of The Year .

Menurut Eerie ketika di temu ramah, Sullivan akan merekodkan beberapa buah lagu pada tahun 2023 untuk rilisan EP mereka yang seterusnya. Nama EP tersebut buat masa sekarang adalah masih rahsia. Apa yang pasti untuk EP yang akan datang, para peminat Sullivan akan dihidangkan dengan muzik-muzik yang berlainan dan unik, kerana Sullivan akan membawa pelbagai genre yang berlainan daripada album dan ep yang sebelumnya. Sullivan juga akan mengembangkan sayap mereka di luar negara bersama dengan material-material baru yang akan datang.

Muzik video terbaru Sullivan iaitu ‘Aku’ merupakan kolaberasi Sullivan bersama Hallvard Media Works. Producer dan direktor untuk muzik video ini dilakukan oleh Vanden Michael, penolong direktor adalah Vanella Michael, jalan cerita adalah dari Eerie, yang juga merupakan vokalis untuk Sullivan. Lampu pula dari Amos Ashley dan jurumakeup adalah dari Philip Bara. Lagu ini di rekod dan di producekan di Seventh Tribe Recording Studio dan mixing dan mastering lagu ini dilakukan oleh Hillary Dihed. Anda boleh checkout Sullivan di beberapa platform dalam social media seperti Instagram, Facebook, Spotify dan YouTube.