Category

New Release

New Release

Memperkasakan Semula R&B dan Budaya Malaysia & Filipina Bersama Seksitito

Penyanyi R&B Malaysia/Filipino Seksitito telah mengeluarkan debut single muzik video beliau iaitu ‘Ikaw Ang Mahal Ko‘ yang bermaksud Engkaulah Cinta Ku. Lagu ini juga merupakan lagu rasmi untuk sebuah telemovie ‘Kahwin Kontrak‘ yang di tayangkan di stesen television TVS dan juga channel YouTube TVS. Telemovie Kahwin Kontrak ini adalah hasil arahan DeeDee A’iene.

Telemovie ini juga adalah merupakan platform untuk Seksitito untuk memperkenalkan muzik beliau kepada penonton-penonton dan pendengar-pendengar di Malaysia dan Filipina. Apa yang menariknya tentang lagu ini juga adalah ia menggabungkan pelbagai bahasa iaitu bahasa English, bahasa Malaysia, dan bahasa Tagalog. Dengan lagu ini Seksitito berharap ia akan dapat menempa nama untuk dirinya di dalam industri muzik Malaysia dan Filipina dengan menampilkan melodi suara serta lirik yang bermakna untuk setiap sasaran pendengar.

Lagu ini di tulis oleh Sesikito sendiri dengan Valerie Versace. Komposisi dan susunan lagu pula dilakukan oleh Farouk dari AOK Records. Dengan lagu ini, Seksitito berharap ia akan dapat merapatkan jurang budaya dan mempromosi muzik R&B di kalangan khalayak Malaysia dan Filipina. Untuk muzik video lagu ini pula ia dihasilkan oleh Danish Busmah dari The 21Ways. Checkout muzik video Seksitito di channel YouTube Francis Five Production dan jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

‘Oi! Pendusta’ Muzik Video Terbaru daripada Mono & Saturday Heroes

Mono & Saturday Heroes telah meriliskan muzik video(mv) untuk lagu mereka ‘Oi! Pendusta‘. Juga merupakan lagu yang terdapat di dalam album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL‘. Muzik video tersebut adalah di buat dengan kerjasama bersama Pancaindera Sarawak bersempana dengan solidarity bersama rakyat-rakyat Palestine.

Muzik video ini diriliskan di dalam page YouTube Shuttercinema Motion Works. Menurut informasi yang terdapat dalam page video tersebut, Mono menemui Shuttercinema Motion Works dan menyatakan hasrat beliau yang telah lama berminat untuk membuat sebuah muzik video yang berkonsepkan live show. Tetapi disebabkan kekangan masa, mereka tidak sempat hendak membuat rekoding video live untuk muzik video ini.

Setelah beberapa ketika, mereka kemudiannya berkolaberasi bersama dengan Pancaindera untuk sesi ‘Live Lounge‘ bersama dengan Mono & Saturday Heroes. Ketika sesi Live Lounge ini, mereka terus membuat rekoding untuk penciptaan muzik video ini. Pengarah untuk muzik video ini adalah Achmed D. Youseff, producer adalah Pancaindera, pasukan produksi pula adalah dari One Sound & Light, jurutera bunyi pula adalah dari Aziz Hj Nawarwi & Matt Crawley. Lokasi shooting pula adalah di 5S Backline Studio.

Untuk lagu Oi! Pendusta pula, lagu & lirik di tulis sepenuhnya oleh Mono, producer lagu juga di buat sepenuhnya oleh Mono manakala mix & master dilakukan oleh Grim di 3 Abdul Studio.

Check out video sepenuhnya yang ada di dalam youtube dan jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release, News

Sentuhan Baru ‘Berkikis Bulu Betis’ Oleh Kumpulan Duo KMJX

Pasti ramai terutamanya untuk warga-warga negeri Sarawak sudah biasa mendengar lagu yang berjudul ‘Berkikis Bulu Betis‘ yang di nyanyikan oleh penyanyi legenda Sarawak iaitu Andrewson Ngalai. Lagu ini juga telah beberapa kali di-olah semula oleh peminat beliau dan terdapat pelbagai jenis cover dan versi yang boleh di dapati di YouTube. Baru-baru ini juga, pasti ramai sudah melihat rendisi terbaru untuk lagu ini oleh sebuah kumpulan duo yang memulakan debut mereka dengan sebuah olahan semula untuk lagu ‘Berkikis Bulu Betis‘ dan kumpulan duo tersebut adalah KMJX(ku-man-jax).

Sedikit info mengenai KMJX, mereka merupakan sebuah kumpulan yang berada di bawah naungan XIBO Entertainment, sebuah syarikat agensi hiburan yang juga merupakan subsidari kepada XENO Entertainment. Ahli-ahli KMJX pula adalah terdiri daripada Lanny Ho dan Mag Johari. Kedua-dua mereka adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan dan dunia influencer lokal di Sarawak. Menurut kenyataan akhbar dari XIBO, mereka telah bersedia untuk mengolah semula landskap muzik Sarawak dengan gaya mereka yang tersendiri, iaitu dengan menggabungkan bunyi-bunyian dan pengaruh-pengaruh traditional dan kontemporari agar ia dapat dinikmati dan di hayati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.

Menurut JayC yang juga merupakan pengurus kepada KMJX, ‘Kami di XIBO percaya bahawa mereka(KMJX), mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu meninggalkan impak yang besar bukan sahaja di dalam industri muzik, tetapi juga dalam mempromosi pemahaman dan appresiasi berbilang budaya kepada setiap lapisan masyarakat.

Menurut hebahan akhbar oleh XIBO juga, debut single olahan baru ‘Berkikis Bulu Betis‘ oleh KMJX ini telah mendapat kebenaran daripada penyanyi asal Andrewson Ngalai untuk di bagi nafas baharu. Olahan baru muzik ini adalah di buat oleh Hairee Francis dan muzik video ini pula adalah di buat oleh 21 Ways. Check out, debut KMJX Berkikis Bulu Betis‘ yang di bagi nafas baru dari segi muzik dan muzik video.

New Release

Lagu Raya Berirama Jazz Oleh Adruce Azman

Penyanyi dan penulis lagu, Adruce Azman yang berasal dari Kuching, Sarawak, telah meriliskan single terbaru beliau iaitu ‘Raya Bersamamu‘ yang boleh didengar dekat semua platform muzik streaming. Lagu ini menurut Adruce adalah sebagai ungkapan rasa rindu masa kecil ketika menyambut raya bersama ibu-ayah dan adik beradik. Selepas itu, transisi menuju ke alam dewasa pula dan menyambutnya bersama keluarga sendiri.

Sedikit info mengenai pembikinan lagu ini dan muzik video untuk lagi ini. Lagu ini di tulis dan di susun sepenuhnya oleh Adruce Azman. Rakaman untuk lagu ini dari mix & master, terbitan, dan penyelarasan bunyi pula di buat di AOK Records. Untuk pemuzik-pemuzik yang terlibat di dalam rakaman lagu ini pula adalah Farouk Kamil yang bermain di posisi gitar elektrik, Nasyaruddin bermain bass, Erfan di posisi keyboard dan Alexander Ang di posisi drum. Untuk muzik video pula adalah dibuat oleh Studio Selepas Senja.

Check out muzik video untuk lagu terbaru daripada Adruce Azman. Jangan lupa, subscribe, like dan share!

New Release, News

Penyanyi + Rapper Rilis Lirik Video Lagu Iban, Berjudul ‘Irau’

Calvin Nanang, seorang penyanyi + rapper yang berasal dari Sri Aman telah meriliskan lirik video lagu terbaru beliau berjudul ‘Irau‘ dalam bahasa Iban di channel YouTube beliau. Lagu ini di tulis, kompose dan di mix & master oleh Calvin sendiri. Untuk muzik lirik video bagi lagu ini juga di buat sepenuhnya oleh Calvin sendiri. Lagu ini menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam menghadapi dan mengharungi perjalanan cerita beliau di dalam sesuatu hubungan.

Sedikit info tentang Calvin Nanang, beliau merupakan ahli untuk Music Right Sarawak Berhad. Mereka merupakan sebuah badan perlesenan yang menguruskan kutipan tarif untuk industri kreatif di Malaysia. Beliau mula menonjolkan bakat beliau di dalam muzik dengan bermain busking di sekitar waterfront di Sri Aman dan beliau mula membuat persembahan di atas pentas apabila menyertai pertandingan Battle of the Band pada tahun 2019 dan mendapat tempat pertama. Calvin juga pernah membuat kolaberasi dengan beberapa artis lokal seperti Nekara, 95k Studio, dan TT on the Move

Pada awal karier beliau di dunia digital pula, Calvin mula membuat beberapa lagu cover dan menge-postnya di dalam beberapa akaun media sosial beliau sehingga pernah mendapat sehingga lebih 200 ribu view dalam masa satu minggu. Menurut Calvin di dalam kenyataan akhbar yang di hantar oleh beliau, “Seumur hidup saya, muzik telah sentiasa menjadi semangat dan medium kepada saya untuk terus mengekspresi diri saya melalui seni di dalam sesuatu yang lebih bermakna. Tidak kisahlah sama ada dalam bentuk penulisan lirik, membuat persembahan di atas pentas atau sebagainya. Muzik adalah cara terbaik untuk saya terus menceritakan tentang diri saya, perasaan saya dan pengalaman saya dalam mengharungi liku-liku kehidupan“.

Clavin Nanang sememangnya merupakan salah seorang artis muda yang patut di beri perhatian sama ada dalam dunia muzik mainstream mahupun underground. Untuk mendengar lagu terbaru Calvin Nanang, check out video di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release, News

Technical Rapper Irfan Aniq Rilis EP terbaru ‘Detour’

Irfan Aniq, salah seorang rapper lokal yang berasal dari Kuching Sarawak telah meriliskan EP beliau iaitu ‘Detour‘, pada 8 March 2024 lepas. Terdapat 7 track yang ada di dalam EP ini dan genre yang di bawa adalah Hip-Hop/Rap. Studio yang terlibat di dalam pembikinan EP ini adalah Anak Kapal 47, Director pula adalah Zeeqman, Producer untuk EP ini pulah adalah nicXL dan Zai manakala Mix & Mastering untuk EP ini dilakukan juga oleh nicXL, Zai, Emansushii dan Danish Haruno.

Sedikit info tentang Irfan Aniq. Beliau mula berjinak dengan irama Hip-Hop/Rap kerana mendapat pengaruh daripada ayah beliau yang mendedahkan beliau dengan lagenda-lagenda Hip-Hop/Rap seperti 2pac, Cypress Hill, Dr. Dre dan sebagainya. Di sebabkan itu, sejak di bangku sekolah lagi, Irfan Aniq mula menulis beberapa rhyme untuk mengasah penulisan beliau didalam Rap dan beliau juga kerap kali melakukan Freestyle Rap bersama rakan-rakan beliau.

Pada masa itu juga beliau mula membuat rakaman audio Rap beliau secara D.I.Y(Do It Yourself), dan pada masa yang sama juga, beliau dan rakan-rakan beliau sering berkongsi track-track yang di buat oleh mereka agar sama-sama dapat mempertingkatkan skill mereka di dalam seni Rap. Selepas itu, beliau dan rakan beliau Adam mula mengepost lagu pertama mereka yang raw di dalam instagram dan lagu itu mula mendapat banyak traction dan ramai orang suka akan lagu itu. Selepas itu bermulalah perjalanan Irfan Aniq dan kolaberasi beliau dengan producer Hip-Hop lokal seperti nicXL dan Zai, dan mereka meriliskan debut mixtape pertama iaitu ‘Beware‘. Setelah beberapa ketika, Irfan Aniq pula mula berkolaberasi dengan salah seorang rapper lokal yang berstatus lagenda iaitu Asyraf Hardy, dan juga lokal rapper lain yang sedang meningkat naik seperti Ziji Q.

Juga sedikit info tentang EP ini, menurut Irfan Aniq, EP ini menggambarkan refleksi pengalaman beliau sepanjang beliau berada di Kuching. EP ini juga menerokai persoalan exsistensial tentang bagaimana beliau menangani perkembangan peribadi beliau dari segi kehidupan, keupayaan lirikal dan komplexity dalam mengharungi hari-hari sebagai rapper yang berjuang di dalam dunia Hip-Hop underground Kuching. Melalui EP ini juga Irfan Aniq menjadi lebih terbuka dalam berkongsi kelemahan dan kesukaran beliau sebagai manusia biasa seperti orang lain.

Zai & Irfan Aniq

EP ini juga akan lebih menonjolkan versatility beliau sebagai salah seorang teknikal Rapper di Kuching dan keupayaan beliau dalam mampu membawa pelbagai gaya di dalam Rap. Irfan Aniq didalam EP ini mempamerkan bagaimana beliau dapat menggabungkan flow yang melodic, jalan penceritaan serta lirikal yang lain daripada apa yang beliau pernah lakukan sebelum ini.

Untuk mendengar EP terbaru Irfan Aniq, boleh lah check out di Link ini. Jangan lupa, like, share, follow dan subscribe!

New Release

AndonRock & Jovita Ibin Rilis MV debut dalam bahasa Dusun berjudul ‘Ito No Koposion’

AndonRock dan Jovita Ibin telah meriliskan sebuah muzik video(MV) debut mereka dalam bahasa Dusun yang berjudul ‘Iti No Koposion‘ yang bermaksud Resam Kehidupan dalam bahasa kebangsaan. Muzik video ini telah diriliskan dalam YouTube channel GOGDS Entertainment. Lagu ini sedang dipertandingkan dalam pertandingan mencipta lagu Dusun online (PMLDO) musim ke-4 yang di anjurkan oleh GOGDS Entertainment.

Sedikit info mengenai lagu ‘Iti No Koposion‘ ini, ia menggambarkan perjalanan hidup yang di penuhi dengan pelbagai rencam suka dan duka. Lagu ini adalah untuk setiap insan yang pernah mengalami perasaan putus asa, perasaan tersisih, dan kesedihan dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan. Akibatnya, timbul perasaan pasrah dan pesimis yang mendalam dalam hati. Namun demikian, lagu ini juga mengajar dan memberi motivasi kepada setiap insan supaya terus bangkit dan tidak terperangkap dalam keadaan kesedihan yang berterusan. Menurut AndonRock ‘Lagu ini menyeru dan memberikan kekuatan baharu kepada kita untuk berani mendepani setiap ranah kehidupan dengan hati yang kental. Semua yang berlaku dalam kehidupan ini perlu dihadapi dengan jiwa yang kental dan sentiasa mengucapkan syukur atas penyertaan Tuhan dalam kehidupan kita.

Sedikit info mengenao AndonRock dan juga Jovita Ibin. AndonRock berasal daripada Kota Belud, Sabah dan sekarang menetap di Selangor. Beliau memulakan karier beliau di dalam produksi muzik pada tahun 2019 dan muzik-muzik yang dihasilkan oleh beliau adalah genre-genre yang berirama Progressive House, yang mendapat inspirasi dari artis/dj/producer lain seperti DubVision, Manse dan Swedish House Mafia. Beliau juga telah menubuhkan ‘Brave X Bold‘, sebuah duo dimana beliau dan juga seorang muzik produser daripada Chicago, Amerika Syarikat iaitu Jed Brewer.

Jovita Ibin pula, beliau berasal dari Kota Marudu dan menetap di Kg. Nahaba Kota Belud. Beliau mula menerbitkan album sulung beliau pada tahun 2011. Beliau juga pernah mendapat tempat pertama dan menjadi juara dalam pertandingan nyanyian anjuran MASSA Kota Belud. Selain itu, Jovita juga pernah mendapat juara dalam persembahan terbaik dan juara paling popular untuk pertandingan Christmas Got Talent di Tambulion Kota Belud.

Checkout muzik video daripada AndonRock dan juga Jovita Ibin di channel YouTube GOGDS Entertainment dan jangan lupa, like, subscribe dan share!

New Release, News

Automatic The Remote Telah Meriliskan MV Terbaru Mereka ‘COVE’

Band Automatic The Remote, sebuah band yang menggabungkan bunyi-bunyian Pop-Punk dan Rock telah meriliskan muzik video(mv) terbaru mereka iaitu ‘COVE‘ yang boleh di tonton di channel YouTube mereka. Band Automatic The Remote adalah terdiri daripada, Mark(vocal), Fab(Bass), Navin(gitar), Joners(gitar) dan Rendall(drum).

Info selanjutnya mengenai mv COVE oleh Automatic The Remote, mv ini di arahkan oleh Marcellinus January dari Maclicious Pictures dan penaja venue untuk pembikinan mv ini pula adalah Bandat Records dan Tirta Barong. Untuk lagu COVE pula, lagu ini di rekod di Seventh Tribe Studio dan rekoding, mix & master lagu ini di lakukan oleh Hilary Dihed. Lagu COVE ini juga sebenarnya telah mula di riliskan pada tahun 2020 sebelum pandemic Covid-19 melanda dunia dan tajuk lagu ini adalah tidak ada kena mengena dengan Covid-19. Setahun kemudian pada tahun 2021, sebuah lirik video telah diriliskan untuk lagi ini.

Sedikit info tentang Automatic The Remote, mereka di tubuhkan pada tahun 2019 di Kuching, Sarawak dan mereka menggabungkan bunyi-bunyian Pop-Punk dan Rock di dalam muzik mereka. Mereka juga telah meriliskan 3 buah single iaitu ‘Sky‘, ‘So Tell Me‘ dan ‘COVE‘. Mereka mula membuat persembahan live pada tahun 2019 sebagai band pembukaan ketika perlancaran album ke-dua At Adau iaitu Oba. Sejak itu, band Automatic The Remote telah melakukan persembahan di pelbagai acara di Sarawak dan juga Sabah.

Check out, muzik video ‘ COVE‘ dari Automatic The Remote. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release, News

Tayangan Perdana MV ‘Kining Posah’ oleh Meruked di Star On Stage

Sebuah band yang memainkan irama Tradisional Contemporary Meruked akan meriliskan single dan muzik video(mv) terbaru mereka iaitu ‘Kining Posah‘. Meruked merupakan sebuah band yang berasal dari Kuching Sarawak dan terdiri daripada 6 orang anak muda iaitu Gideon Langub Pasen (Sape), Abdul Farouq Mousthofa (gitar akustik), Mohammad Athif Azfar (bass), Syafiq Harzmi (percussions), Titus Ron Andrew (percussions), dan Syed Ashraf Edruce (penyanyi utama, gitar elektrik dan floor tom).

Kining Posah adalah dari bahasa Bidayuh Bau dan apabila di terjemahkan ke bahasa Malaysia adalah bermaksud jernih. Lagu Kining Posah menceritakan tentang bagaimana apabila seseorang itu berada di fasa kehidupan yang tidak stabil telah membentuk perspektif baru tentang kehidupan dan apabila cabaran tersebut berjaya di tempuhi, seseorang individu itu akan mempunyai keupayaan yang dia tidak pernah sangka dia ada sebelum ini. Dengan itu, seseorang individu tersebut akan dapat dan mampu untuk bangkit semula dan mampu untuk memulakan semula kehidupan baharu dengan dengan lebih positif dan kuat. Untuk mengambarkan maksud lagu ini di lansa mata, Meruked telah menghasilkan sebuah muzik video untuk lagu ini agar para pendengar akan dapat lebih menghayati dan menggambarkan apa yang hendak di sampaikan melalui lagu ini.

Menurut Syed Ashraf, sebagai pemuzik, outlet untuk mencipta dan mengekspress adalah penting didalam seni penulisan lagu. Tambahan beliau lagi, “Ini adalah contoh terbaik untuk kita menggunakan platform ini untuk kita tunjukkan kepada orang apa yang kita dapat buat.” Juga sebagai tambahan, menurut article-19 oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang juga merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kebebasan meluahkan pendapat dan bersuara adalah termasuk dalam kebebasan untuk meluahkan pendapat tanpa campur tangan dari mana-mana pihak berkuasa serta kebebasan untuk menggunakan media bagi menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Sarawak Women For Women Society, HAUS Kuching dan juga Meruked merupakan antara pihak-pihak yang terlibat di dalam kempen untuk memerangi tuturan kebencian (hate speech) dan mereka telah berkolaberasi dengan kedutaan Canada di dalam pelbagai konteks untuk perjuangan ini.

Perlancaran mv ini akan dilakukan di Star On Stage, bersebelahan dengan kedai makan Kopicut bermula pada jam 2:30pm. Meruked juga ingin mengucapkan terima kasih untuk ARTICLE-19, Canada Fund for Local Initiative dan juga High Commission of Canada di Malaysia kerana turut membantu di dalam menjayakan penghasilan mv untuk Kining Posah.

New Release, Uncategorized

Album Debut dari band Grindcore Bronco Buster

Band yang membawa muzik aliran Grindcore, Bronco Buster telah meriliskan debut album mereka iaitu Dystopia yang boleh di dapati dalam bentuk CD dan melalui platform Bandcamp. Album ini sudah boleh di pre-order dan akan mula di pasarkan ke umum bermula pada 1 Februari 2024. Sekiranya anda merupakan distro dan ingin mendapatkan album ini secara borong, anda boleh lah menghubungi band ini melalui email mereka di broncobustergrindcore@gmail.com. Album ini juga akan di keluarkan di dalam platform streaming lain seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music etc-etc. Bila tarikh rilisan di platform streaming, akan di umumkan di platform media sosial Bronco Buster.

Selepas rilisan EP mereka pada tahun 2016, Bronco Buster akhirnya telah mengeluarkan album pertama mereka Dystopia, yang akan memaparkan bunyi-bunyian Punk, Crust dan sudah tentunya, ada blast beat! Album ini di rekod di Kandang Munsang dan Backdoor Space pada 2020 – 2023. Album Dystopia ini akan memaparkan Grindcore tanpa henti selama 36 minit dan ada 31 buah lagu serta satu lagu cover dari band Grindcore Kurasakuasa. Setiap pembelian album ini juga, anda akan dapat 8-panel inlay berserta dengan lirik dan juga sebuah buku grafik.

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka merupakan band yang memainkan genre Grindcore yang berasal dari Kuching, Sarawak. Mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan pada awal penubuhan mereka, mereka di kenali dengan nama Traitor sebelum mereka menukarnya ke Bronco Buster secara rasmi pada tahun 2011. Sebelum ini mereka telah meriliskan beberapa buah Demo dan Ep. Untuk demo ‘Hatred, Tortured & Destroyed’ (2005), ‘More Flesh to Rip’ (2007) single, dan untuk Ep pula ‘Mind Corruption’ (2012), ‘Grind the Straits’ (2013), dan ‘Collection 2010-2016’ (2016) dalam bentuk kaset yang di bantu oleh Dis346, Bebal Mailorder, dan Broncos Distro.