Sebuag gig bakal berlangsung di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong, Kuching) pada 29 March 2025(Sabtu) bermula dari jam 7pm sampai habis. Tiket early bird di jual dengan harga RM40 serta percuma satu air minuman. Tiket early bird dijual sehingga 28 March 2025(Jumaat) sahaja. Tiket walk-in di hadapan pintu pula di jual dengan harga RM50 dan percuma satu air minuman.
Untuk mendapatkan tiket early bird, boleh lah hubungi band-band dan artis-artis yang akan membuat persembahan secara terus. Jangan lupa untuk datang dan bawa rakan-rakan, kenalan dan keluarga anda.
Band yang di kenali sebagai raja/sultan Deathcore Sarawak Exhale My Ozone telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Euthanasia‘ dan boleh di tonton di channel youtube Eden Records. Lagu ini ada featuring bersama Joel daripada band Tribal Metal iaitu Nimang Ensera.
Lagu ini direkodkan di Seventh Tribe Studio dan muzik video ini dirakamkan di Backdoor Studio. Muzik video ini diarahkan oleh Theta Imaginary dan bertemakan kemusnahan diri dan perasaan ingin putus asa. Band Exhale My Ozone terdiri daripada Mag(vokal), Wahtson(gitar), Brendan(gitar), Gary(Bass) dan Immanuel(drum). Muzik video ini memaparkan model Alezxandria Kapple sebagai pelakon utama.
Menurut Mag, ‘Lagu Euthanasia ini menerokai tentang kemusnahan diri, perasaan ingin putus asa, dan seorang yang sentiasa terperangkap dalam persekitaran yang hidup yang negatif. Tanpa penebusan, sinar mereka mula perlahan-lahan menjadi gelap.‘ Tambah Gary pula, ‘Istilah Euthanasia adalah penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan dan tidak dapat diubati. Dalam kes ini, ia bermakna perjuangan dengan suara hitam yang berada di dalam diri sendiri.‘
Check out music video terbaru daripada Exhale My Ozone ‘Euthanasia‘ featuring Joel daripada Nimang Ensera. Jangan lupa, like dan subscribe!
Band yang memainkan irama Shoegaze iaitu Commemorate mengumumkan mereka akan mengeluarkan album sulung mereka pada 12 April 2025 (Sabtu) dengan rilisnya 2 single mereka iaitu Slow Down dan P.S (Please Stay). Dua lagu tersebut tersebut boleh didapati di setiap muzik streaming platform seperti Spotify, dan sebagainya.
Sedikit info mengenai Commemorate, mereka merupakan band yang memainkan muzik berirama Shoegaze dan berasal dari Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 5 ahli iaitu Sasha Ningkan(gitar & vokal), Irman Hilmi(gitar), Tariq Hamzah(gitar), Wan Hafiz(bass) dan Muhammad Naqi(drum). Mereka mendapat inspirasi mereka di dalam membuat muzik dengan merujuk kepada band-band perintis kepada Shoegaze seperti DIIV, My Bloody Valentine dan Slowdive.
Apa yang membuat band Commemorate berbeza dengan band Shoegaze lain adalah mereka menggabungkan bunyi-bunyian klasik Shoegaze dengan bunyi Dream Pop dan juga Post-Rock. Muzik mereka pasti akan memainkan emosi pendengar seperti kita tengah duduk di pantai dan dengar air laut yang pasang dan surut. Bunyi gitar yang mengiringi muzik Commemorate pula pasti akan membuat pendengar seperti berada di dalam keadaan sayu akan tetapi tetap wujudnya keindahan di dalam kesayuan.
Setiap ahli band Commemorate bukan lah asing di dalam dunia muzik indipendent/underground kerana sebelum tertubuhnya band ini, mereka aktif bermain di show-show underground sekitar Kuala Lumpur dengan band-band seperti 41, Crack Guilty, Damage Digital, Epaulard, i/am/rain, KLPHQ, Orbitcinta Benjamin, Reset to Zilch, dan Spacebar Collective.
Sebuah gig bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa akan di anjurkan di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong) pada 22 March 2025(Sabtu), bermula dari 6.30pm sampai habis! Gig ini akan memberi tumpuan kepada band-band yang mempunyai wanita sebagai ahli band sama ada dari segi vokalis ataupun tarian. Kemasukan untuk gig ini adalah percuma! Tetapi tetamu di galakkan untuk memberi sumbangan seikhlas hati bagi membantu mengurangkan beban di dalam menjalankan operasi studio tersebut.
Antara band-band dan kumpulan-kumpulan serta individu tarian yang akan membuat persembahan adalah, Swaiv, Gena Sim, Danceversity, Lydbie, Carrie Geres, Spade Team, Hey! Leave A Message, Epoch Vultures dan Steff Fleur. Setiap dari pada mereka membawa cara-cara unik mereka tersendiri di setiap persembahan mereka dan para tetamu akan dijanjikan persembahan yang menarik dan pasti tidak dapat dilupakan.
Untuk lebih memeriahkan lagi acara, akan ada jualan makanan juga dari vendor-vendor agar para tetamu boleh menjamu selera sambil layan dan menghayati persembahan-persembahan dari muzik sehinggalah ke tarian.
Menurut daripada 3Dinda yang juga merupakan penganjur utama untuk acara ini, “Walaupun Purrfect Pink nampak berkilauan, lembut dan feminin dari segi nama dan visualnya, tetapi dibawah lapisan merah jambu terdapat pergerakan yang kuat. Tujuan acara ini adalah untuk mewujudkan ruang dimana wanita yang terlibat di dalam bidang muzik, tarian dan hiburan juga boleh diraikan bersama, berkembang maju, dan memberi inspirasi kepada generasi artis yang akan datang.“
Jangan lupa datang dan bawa rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan anda untuk datang dan meraikan gig ini bersama-sama! Kerana kemasukan adalah percuma!
Sebuah band Deathcore daripada Borneo Utara iaitu Measmata telah berjaya meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu, ‘Prey for the Devil‘ featuring Mag Wence, iaitu vokalis kepada Exhale My Ozone. Lagu ini merupakan kesinambungan kepada saga ‘The Exorcist‘ didalam menyelami antara pertembungan dan pergelutan antara azab dan keinsafan.
Sedikit maklumat mengenai band Measmata, mereka ditubuhkan sejak tahun 2011. Namun, ketika dunia masih berada di dalam kemelut pandemik Covid-19, mereka telah menjadi semakin aktif mencipta beberapa material dan selepas perintah kurungan rumah sudah di buka semula, mereka juga menjadi semakin aktif bermain di beberapa gig di seluruh Malaysia. Mereka mengeluarkan debut album mereka ‘Megalomaniac‘ pada tahun 2023.
Muzik video Measmata ‘Prey for the Devil‘ adalah di arahkan oleh Andrew Tan dan vokal untuk lagu ini pula adalah di rekod di Eden Records dan Seventh Tribe Studio. Keseluruhan track ini pula adalah di rekod dan di compose di Skyline Records. Dengan lirik yang penuh dengan kengerian, para pendengar akan dapat merasai perasaan kemusnahan diri seperti putus asa, seperti di rasuk syaitan dan perasaan kesal.
Jangan lupa untuk tonton muzik video ini di youtube dan like, subscribe dan share!
Band yang bermain irama Alternative Rock iaitu Radak Nyawa telah mengeluarkan Live Album mereka yang berjudul ‘RadakNyawa;Live Rehearsal @ Studio 23‘ pada tahun 2024 lepas. Live Album tersebut mengandungi 7 buah lagu yang energetik dengan lagu-lagu seperti, “Tu Meh RadakNyawa Kami” yang mempunyai irama seperti muzik Punk era 80-an dengan pengaruh dari band seperti Sex Pistols.
Sedikit info mengenai band Radak Nyawa; mereka dianggotai oleh 3 orang ahli iaitu Ben. Jr selaku vokalis dan gitaris, T-Rence sebagai pemain drum dan Barraw sebagai pemain bass. Semua ketiga-tiga mereka mempunyai latar belakang muzik yang berbeza dan dengan kombinasi ini, mereka telah membentuk bunyi yang unik untuk Radak Nyawa. Semua lirik yang dihasilkan oleh Radak Nyawa adalah 100% menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Iban. Menurut Ben. Jr, beliau berharap lagu-lagu yang dinyanyikan di dalam Bahasa Iban akan berjaya mencapai tahap di mana ia akan menjadi Universal untuk dijadikan sebagai sebuah karya seni yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bentuk jenis seni yang wujud di dunia.
Radak Nyawa sudah bermain di pelbagai pentas sama ada kecil atau besar seperti Coco Rocks di Coco Cabana, dan di WAK (What About Kuching) Music Portal. Bercerita sikit tentang salah satu lagu mereka yang berjudul ‘Tu Meh RadakNyawa Kami‘, lagu ini merupakan lagu terpendek di dalam Live Album ini, dan lagu ini juga memainkan rentak yang laju serta susunan kod yang ringkas dan sesuai untuk di mainkan dan menjadi antara lagu yang boleh di belajar oleh sesiapa sahaja yang baru hendak belajar bermain gitar. Lirik lagu ini pula mengisahkan tentang pengenalan diri Radak Nyawa sebagai satu kugiran yang harus diberikan perhatian tidak kisah lah sama ada mereka bermain di pentas kecil ataupun besar, kerana setiap persembahan mereka sudah pasti menjanjikan tenaga yang mantap dan menarik.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi, sebuah muzik video sempana Hari Raya iaitu ‘Riuh Raya‘ akan di tayangkan buat pertama kalinya di The Hills, Kuching pada 16 March 2025 (Ahad). Tayangan muzik video ini akan di lancarkan seiring sempena acara ‘Sekoh Raya‘ yang sedang berlangsung di The Hills. Acara ini merupakan sebuah pop-up event yang menampilkan pelbagai vendor yang akan mempamerkan pelbagai ciri-ciri traditional dan moden bersempena raya dari segi pakaian, aksesori dan sebagainya. Acara tersebut akan bermula jam 4.30pm dan di buka untuk orang ramai.
Lagu Riuh Raya merupakan sebuah projek hari raya daripada artis Arabyrd dan akan menampilkan penyanyi Ila Damiaa dan juga penyanyi dan juga pelakon veteran Sarawak iaitu Safar Ghafar. Menurut Arabyrd, idea asal lagu ini adalah untuk menggabungkan yang lama dan yang baru sambil sama-sama meraikan perayaan, budaya dan adat. Lagu ini juga di producekan oleh seorang Rapper dan producer muda iaitu Emansushii.
Tambah Arabyrd lagi, “Saya ingin mencipta lagu di mana apabila orang mendengarnya, akan merasa perasaan ‘feel good’ dan tidak terikat dengan formula viral dan sampling chorus lagu-lagu lama dan diubah dengan cara baharu.Jadi, saya, Ila dan abang Safar, kami sama-sama cuba mencipta lagu baru yang original dan setelah lagu ini siap, kami cuba menghantar lagu ini ke Universal Music Malaysia dan kami bersyukur mereka menerimanya. Berbekalkan dengan keseluruhan lineup produksi lagu ini awal penciptaannya, sehingga lah ke muzik video, di mana semua yang terlibat merupakan 100% anak jati Sarawak. Kami berharap lagu ini akan dapat didengari oleh setiap rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, kami dapat mempromosi budaya dan bahasa kita di Sarawak. Dalam pendek kata, kami ingin membuktikan Sarawak pun boleh!”
Penciptaan muzik video ini pula adalah di buat oleh Koh Khai, seorang pengarah muda yang berbakat. Mereka yang terlibat didalam pembikinan muzik video ini juga adalah dari 20 orang artis-artis local dan influencer iaitu Rifdean Masdor (Muay Thai), Bob Yunus (penyanyi), Fir dan Afick (influencer), Puan Dayang Mariana (CEO Majlis Seni Sarawak), Sharifah Elya (announcer CATS FM), Thorus (influencer), Asyraf Hardy (rapper), Emansushii (rapper/producer), Irfan Aniq (rapper), Nofik (rapper), Ain Suhada (Influencer), Iqbal Harun (pengarah filem), Cikgu Sabri, Ir Radzi (penyanyi), Mazlan Hipni (pelakon) dan ramai lagi.
Penyanyi yang memainkan irama Alternative Pop-Rock iaitu Fhelora kembali dengan muzik video terbaru iaitu ‘Blame On Me‘ yang boleh ditonton dan dengar di platform YouTube dan setiap streaming platform. Lagu ini menggabungkan irama Pop-Rock dan Pop-Punk. Di tulis oleh Fhelora sendiri dan di produce oleh The Flying Colours Studio. Peralatan untuk pembikinan muzik video ini di sediakan oleh Ivan Johannes dan Fhelora sendiri. Muzik video pula adalah oleh Mary Deborah.
Lagu ini menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh Fhelora adalah bertemakan tentang tidak dilayan dengan adil, di pandang rendah oley orang ramai, dan masalah emosi, terutamanya kepada mereka yang sudah berada di alam pekerjaan atau mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan pelanggan. Dengan lirik yang di tujukan secara terus dan tanpa berkias-kias, Fhelora telah berjaya menangkap kekecewaan yang dihadapinya ketika berdepan dengan orang yang menganggap diri mereka adalah lebih bagus daripada orang lain. Lagu ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka yang berada di dalam persekitaran toxic dan juga terpaksa bertahan dan berdiam di dalam keadaan tersebut untuk apa-apa sebab peribadi.
Sedikit info mengenai Fhelora, beliau merupakan seorang artis yang muziknya bermain dengan bunyi-bunyian Alternative Pop-Rock. Inspirasi muzik beliau adalah artist seperti Kailee Morgue, LOLO, Beabadoobee, dan sewaktu dengannya. Lagu-lagu yang di tulis oleh Fhelora kebanyakannya adalah di tulis secara terus dari apa yang beliau rasa secara peribadi dan sudah pastinya ramai yang boleh merasai kaitannya dengan diri sendiri.
Jangan lupa untuk dengar lagu ‘Blame On Me‘ di setiap streaming platform dan tonton video lagu tersebut di YouTube. Jangan lupa like, subscribe dan follow page Fhelora!
Duo Rapper yang sudah berjuang lama di dalam scene Hip-Hop Sarawak iaitu Knowno dan MC Wayne telah berkolaberasi meriliskan single berjudul ‘SAR-A-WAK‘ dan lirik video untuk lagu tersebut boleh didapati di platform youtube. Lagu ini turut memaparkan seorang lagi rapper yang mempunyai lirik dan flow unik iaitu Fazz One D.
Sedikit info mengenai MC Wayne, beliau merupakan salah seorang daripada ahli kolektif Hip-Hop yang telah lama wujud di Sarawak iaitu The Family Man dan mereka popular dikalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan melalui lagu-lagu seperti Tok Bok Nya, Distrix Tigabelas dan S Kuasa 3, manakala Knowno merupakan lagenda di kalangan scene Hip-Hop Sarawak dengan lagu-lagu seperti Nospen, Matahari, Kisah Cinta Liya dan pelbagai lagi.
Menurut MC Wayne, beliau dengan Knowno pernah berhasrat hendak merakam lagu bersama sejak dari 2007 lagi, namun pada ketika itu mereka hanya berhubung menggunakan SMS dan tidak pernah bersemuka. Mereka juga pernah bersaing antara satu sama lain di dalam scene Hip-Hop Sarawak dan pada tahun 2023, ketika bermain show bersama di Bintulu, Sarawak, itulah merupakan kali bertama MC Wayne dan Knowno berjumpa. Pada saat itu juga lah bermula niat bersama-sama untuk membuat single bersama iaitu ‘Sar-A-Wak‘.
Lagu ‘Sar-A-Wak‘ ini diciptakan dan di arrange oleh beatmaker JRZ dan menurut MC Wayne, ini baru sahaja Vol.1 dan dalam masa terdekat mereka akan meriliskan Vol.2 yang akan menampilkan beberapa rapper-rapper lain yang ada di seluruh Sarawak. Menurut MC Wayne, “Jika ada single Vol.1 muncul, akan ada Vol.2. Untuk Vol.2 sudah siap dirakam menampilkan rapper yang ada di seluruh Sarawak. Rakaman untuk lagu ini tidaklah mengambil masa yang lama disebabkan masing-masing berpengalaman dalam dunia rakaman. Rakaman me-ngambil masa selama sehari di Studio JRZ tetapi mixing dan mastering mengambil masa seminggu.”
Tambah MC Wayne lagi, “Single ini pasti memberi semangat kepada anak Sarawak yang berada di luar negara disebabkan liriknya menampilkan loghat Sarawak.Saya berharap lagu ini diterima oleh orang Sarawak dan menjadi pengajaran kepada golongan belia. Pesanan saya jagalah adab kita sebagai orang Sarawak.”
Sebuah band Metalcore Needless To Be Forgiven(NTBF) telah meriliskan muzik video berjudul ‘Misery‘ dan boleh di tonton di channel YouTube mereka. Muzik video ini di produce oleh Horizon Entertainment dan di rakam di tingkat rooftop CityONE Megamall Kuching Sarawak.
Sedikit mengenai NTBF, mereka ditubuhkan pada tahun 2020 dan pada asalnya merupakan sebuah band projek di kalangan tiga ahli band Alive Alliance. Ahli band NTBF adalah terdiri daripada, Alvin(lead vokal), Joel(2nd vokal), Max(gitaris), Kelvin(gitaris), Lee(bassist) dan Darren(Drummer). Muzik yang dibawa oleh NTBF merupakan adunan dan campuran bunyi-bunyian Metalcore dan Deathcore. Mereka juga aktif bermain show di beberapa gig underground di sekitar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Pada tahun 2023, NTBF telah meriliskan debut single mereka iaitu ‘Lost in Sanity‘ yang boleh di dapati di YouTube dan SoundCloud dan yang terbaru mereka meriliskan muzik video mereka iaitu ‘Misery‘.
Mengenai lagu Misery pula, lagu ini menggambarkan tentang tekanan hidup, beban kehidupan dan perasaan ketidakberdayaan dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran. Perkara ini digambarkan melalui muzik video ‘Misery‘ di mana seorang lelaki dalam menghadapi segala perkara negatif dalam kehidupan, beliau hampir-hampir menamatkan riwayat hidupnya. Tapi dengan adanya sokongan daripada rakan-rakan, tindakan beliau dapat di hentikan. Sebagai peringatan buat kita semua agar kita sentiasa tengok-tengok orang sekeliling kita dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Kerana kita tidak tahu siapa di antara kita yang sedang berusaha dalam kehidupan dan siapa lagi yang akan menolong kita kalau bukan dari mereka yang rapat dengan kita, sama ada dari ahli keluarga, ataupun dari rakan-rakan.