Author

Darth Ra

Uncategorized

XIBO All Stars Rilis Lagu Sempena Hari Gawai, “Aram Kitai Gawai”

Sebuah label agensi hiburan dan pengurusan artis serta pempengaruh media sosial iaitu XIBO Entertainment telah meriliskan sebuah muzik video untuk lagu baru mereka iaitu ‘Aram Kitai Gawai‘, yang menampilkan XIBO All Stars, sempena hari Gawai yang akan datang tidak lama lagi. XIBO All Stars merupakan gabungan artis-artis dan pempengaruh yang bernaung di bawah XIBO Entertainment dan kesayangan rakyat Sarawak. Mereka terdiri daripada; Hairee Francis, Melissa Francis, Julai Billie, Sherry Ebbie, Shirly Nomi, dan Jeffdom.

Maksud ‘Aram Kitai Gawai‘ dalam bahasa Iban jika di terjemahkan ke bahasa Melayu adalah ‘Mari Kita Gawai‘. Menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh XIBO, lagu ini adalah bukan sekadar lagu. Lagu ini merupakan satu penghormatan kepada generasi terdahulu dan merupakan satu simbol perpaduan untuk masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Setiap artis dan pempengaruh ini juga membawa lagu ini dengan gaya vokal mereka yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kebersamaan, rasa syukur, dan kebanggaan terhadap warisan Dayak.

Iringan irama tradisional yang digabungkan dengan elemen muzik kontemporari menghidupkan semula warisan Dayak dalam rentak yang segar namun masih tetap ada akar identiti asalnya. Ia bukan sekadar alunan muzik, tetapi ia adalah sebuah perjalanan emosi: meriah, disulami elemen nostalgia, dan rasa syukur kepada adat yang terus hidup.

Menurut Hairee Francis, “Lagu ini adalah satu penghargaan kepada siapa kita – bahasa, cerita dan kasih sayang yang kita kongsi ketika Gawai.” Lagu ini merupakan hasil karya ciptaan Hairee Francis dengan penerbitan oleh Francis Five Production.

Untuk muzik video pula, JayC Panganiban bertindak sebagai penerbit dan pengarah kreatif, Jasmine Riyana sebagai penerbit barisan yang menyusun produksi dengan penuh teliti. Sinematografi pula adalah diarahkan oleh Danish Busmah dari 21 Ways dan dibantu oleh penolong pengarah Nazmi Mik bagi memastikan setiap detik dirakam dengan sempurna.

Bagi melengkapkan lagi pengalaman muzik video ini supaya ia sarat dengan visual budaya, muzik video ini dirakam di rumah panjang dengan sentuhan nadi bandar moden. Setiap cebisan video ini menampilkan keindahan busana tradisional, gemalai tarian ngajat, dan semangat perayaan sebagai sebuah penghormatan sinematik kepada Gawai dan jiwa masyarakat Dayak.

Para penari yang ada didalam muzik video ini pula adalah Rovia Wilson, Sebiien Santih, Moltyrina, Mark Cassidy, dan Phillex Addy. Turut ada untuk kemunculan istimewa di dalam muzik video ini adalah Larissa Ping, Lanny Ho, dan Mag Johari.

Jangan lupa untuk tonton MV ‘Aram Kitai Gawai‘ daripada XIBO All Stars di platform YouTube mereka dan boleh didengari di setiap platform streaming muzik digital. Juga jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

Uncategorized

Band Stoner Rock Raksar Rilis MV Tumpor dengan menggunakan bahasa Perak

Sebuah band yang memainkan genre irama Heavy Metal/Fuzz Rock yang berasal dari Perak, Malaysia iaitu Raksar telah meriliskan muzik video(MV) ‘Tumpor‘ pada beberapa 22 April 2025 yang lepas. Muzik video ini tampil dengan konsep yang lebih santai dan bersahaja. Lagu ini juga merupakan lagu experimentasi mereka dalam menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa loghat Perak.

Buat pengetahuan umum, Raksar telah melancarkan album kedua mereka pada tahun 2024 dan di dalam album tersebut memuatkan sebanyak 10 buah lagu termasuk lagu Tumpor. Walaupun bermain muzik berirama Heavy Metal/Fuzz, untuk lagu Tumpor ini, Raksar telah menggunakan melodi dan struktur yang lebih kearah bunyi-bunyian Punk-Rock sambil masih mengekalkan bunyi Fuzz. Ini kerana Raksar ingin bereksperiman untuk mencipta sebuah lagu yang rancak, padat dan menggunakan bahasa/loghat Perak. Tidak dinafikan, menurut hebahan akhbar Raksar, mereka mendapat inspirasi daripada band Punk-Rock dari Kelantan iaitu No Good di dalam penciptaan lagu Tumpor.

Muzik video Tumpor ini difilemkan di rumah manager Raksar sendiri iaitu Zariq Muhaimin. Direktor dan editor untuk muzik video ini pula adalah Azzim Luqman sendiri, yang juga merupakan vokalis dan gitaris untuk Raksar. Jurukamera untuk MV ini pula adalah Bakh. Konsep untuk MV ini pula adalah agak simple dan straightforward kerana mereka menggunakan kamera yang di letakkan di satu sudut di atas bilik, drum tanpa cymbal sambil Raksar jamming angin memainkan lagu Tumpor.

Menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh Raksar, kali ini mereka menggunakan bahasa Perak sebab mereka ingin bereksperiment dan ingin membuktikan bahawa dengan menggunakan bahasa/loghat negeri masing-masing juga boleh dijadikan lagu yang catchy dan fun jika direka dengan gerak hati yang tepat. Untuk Raksar, bahasa Perak adalah pilihan mereka kerana mereka berasal dari Perak dan lagu Tumpor merupakan lagu home tribute bagi Raksar.

Sedikit info mengenai Raksar, mereka terdiri daripada Azzim(vokal/gitar), Apek(gitar), E(bass/vokal), dan Awie Joe(drum). Mereka di kenali sebagai band yang memainkan muzik berirama Stoner Rock untuk pendengar mereka, tetapi bagi Raksar, meraka hanya sekumpulan jejaka yang suka menulis lagu yang seronok untuk dimainkan secara live dengan bunyi-bunyian 70’s Rock di iringi dengan bunyi gitar yang Fuzz, gaya drummming yang bingit dan bertenaga. Raksar juga pernah bermain di pentas live seperti Rock The World dan Atas Angin Festival. Meraka telah meriliskan album kedua mereka berjudul ‘Sattira‘ pada tahun 2024 dan majalah/online portal Juice Malaysia menggelar bunyi yang Raksar bawa adalah “Fuzz, Feral & F*cking Loud!

Jangan lupa untuk tonton muzik video Raksar di bawah dan yang paling penting sekali, jangan lupa untuk like, subscribe dan share di platform media sosial anda!

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Fast Culture 25: Festival Automotif dan Muzik Pertama di Sarawak

Sebuah Festival Auto & Muzik di Sarawak bakal berlangsung pada 3 & 4 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di Stadium Sarawak. Acara ini bakal mencipta sejarah kerana acara ini merupakan acara pertama yang menggabungkan pameran automotif dan muzik di peringkat festival.

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia bukan hanya memaparkan automotif-automotif dari Sarawak sahaja. Tetapi festival ini akan memaparkan pelbagai jenis automotif dari peserta-peserta sekitar Malaysia dan juga dari sekitar Asia dan juga Eropah. Antara negara-negara antarabangsa yang turut serta di dalam festival ini adalah datang dari Jepun, Thailand, Singapura, Brunei, Itali dan Australia.

Untuk bahagian muzik festival pula akan memaparkan persembahan-persembahan dari sekitar Malaysia dan Indonesia. Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Hujan, OAG, No Good, SOG, Joe Flizzow, SonaOne, Efek Rumah Kaca, White Chorus, Danilla, Feel Koplo, Biak Ijal(Irfan Aniq, Emansushii, Nofik, & Ziji.Q), Adruce Azman dan Drasska.

Menurut Adibazli Affendi yang juga merupakan penganjur utama untuk Fast Culture 2025; “Kami menjemput rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Thailand, Jepun banyak lagi kerana kami mahu meletakkan Sarawak di dalam peta budaya automotif. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara sebegini.” Dengan adanya festival sebegini dianjurkan di Sarawak, acara ini pasti dapat turut bersama didalam mempromosikan landskap dan budaya yang ada di Sarawak dan Sarawak boleh menganjurkan acara automotif dan muzik bertaraf antarabangsa.

Menurut penganjur mereka menyasarkan 700 hingga 1000 penyertaan automotif untuk acara ini dan mereka juga menyasarkan kehadiran pengunjung dapat mencecah sehingga 5000px dan ke atas. Harga tiket pula dijual pada:

1-Day All Access Pass

  • NP Standing: RM99
  • NP Rockzone: RM160

2-Days All Access Pass

  • NP Standing: RM180
  • NP Rockzone: RM300

Festival ini mendapat sokongan daripada Ministry of Tourism, Creative Industry & Performing Arts Sarawak(MTCP) Manakala penaja utama acara ini pula adalah OVAL GROUP, dan penaja bersama pula adalah OHS Holdings dengan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU).

Jangan lupa untuk hadiri ke festival ini, bawa rakan-rakan anda, bawa teman-teman anda dan bawa semua orang yang anda tahu dan meriahkan hujung minggu anda dengan melihat dan mengalami sendiri bakat-bakat yang ada di Sarawak! Dan juga, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Alphard 3.0 dan percutian ke Jepun pada bulan Januari 2026! 

New Release, News

Band Alternative/Indie-Rock ‘Ethnic Transmissions Rilis MV ‘Api & Bunyi’

Band yang membawakan genre aliran Alternative/Indie-Rock Ethnic Transmissions telah meriliskan MV terbaru mereka iaitu “Api & Bunyi” dan boleh ditonton di platform youtube dan di dengari di setiap streaming platform seperti Spotify, YouTube Music, Apple Music dan sebagainya.

Konsep muzik video ini adalah video persembahan berbilang kamera dan di rakam hanya sehari sahaja di Think & Tink Kuching. Lagu ini dirakam sepenuhnya di studio rumah Ethnic Transmissions sendiri dan muzik video pula adalah di buat sepenuhnya oleh Maclicious.

Menurut Mac yang juga merupakan vokalis/gitaris untuk band Ethnic Transmissions, “Kami harap dengan rilisnya muzik video ini, kami dapat mencapai lebih banyak penonton dengan lebih luas dan dapat memecahkan stereotaip tentang bagaimana muzik kontemporari Dayak nampak dan bunyi.

Sedikit info mengenai band Ethnic Transmissions, mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan telah meriliskan satu EP pada tahun 2005 dan satu album pada tahun 2010. Lagu-lagu mereka juga kebanyakannya adalah didalam bahasa Iban. Semenjak penubuhan mereka pada tahun 2004, Ethnic Transmission telah dianugerahkan dengan ‘Penyanyi lelaki baru terbaik‘ pada tahun 2008 kerana pada ketika itu, kategori anugerah untuk kugiran(band) masih belum wujud lagi.

Ethnic Transmissions juga pernah mendapat pencalonan untuk kategori ‘Anugerah Juara Lagu Rentak Ruai (Cats FM)’, ‘Anugerah Carta Sapa Juara(RTM)’ dan pada tahun 2010, album mereka mendapat 4 daripada 5 bintang di majalah ROTTW. Pengaruh muzik band Ethnic Transmission pula adalah dari band-band seperti Third Eye Blind, Gin Blossoms, Ash, Def Leppard, Taking Back Sunday, The Fray, New Frontiers, Jimmy Eat World, Smashing Pumpkins, The Killers, Foo Fighters, The Ataris, Mew dan yang sewaktu dengan nya.

Ahli band Ethnic Transmissions adalah terdiri daripada Macmillan Jua(vokal & gitar), Emmanuel Radin(gitar), Kelly Gap(Bass), Dennis J. Fraude(keyboard) dan David B. Jacques(drum). Jangan lupa untuk tonton muzik video daripada Etnic Transmissions berjudul “Api & Bunyi” dan jangan lupa juga untuk like, subscribe dan share di setiap platform media sosial anda!

Gig/Concert/Tour/, News

Gig “No Sun Show” Bakal Berlangsung di Ruang Acara Lek.

Sebuah gig bernama “No Sun Show” akan berlangsung pada 26 April 2025(Sabtu) di ruang acara Lek., bermula dari jam 9pm sampai habis! Gig ini di anjurkan dengan kerjasama Yang Terlibat serta Go!Kebes dan di sokong sepenuhnya oleh VIBIN’ by Lek., dan Appleseeds Studio.

Gig ini seperti namanya, akan berlangsung sehingga ke lewat malam kerana, kadang-kadang kita sentiasa mendengar penduduk Kuching sendiri yang mengadu bahawa Kuching sangat sunyi. Jadi gig ini di jalankan sehingga lewat malam bagi menambah perisa kelainan pada mereka yang dahagakan lebih banyak aktiviti sosial dijalankan di Kuching pada waktu malam.

Antara mereka yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah The Hazze, Yobeh, She’s Nukclear, Serangga, Counterback dan Dj Lord Ajyp. Gig ini juga merupakan kemunculan kembali The Hazze dan She’s Nukclear di dalam scene indipendent/underground lokal setelah sekian lama mereka hiatus. Gig ini juga merupakan gig kedua Yobeh di dalam scene muzik Kuching dan mereka yang datang ke gig ini pasti akan dapat merasakan pelbagai sajian berbeza dan menarik dari band-band yang akan menghiburkan kalian semua.

Jangan lupa untuk datang ke gig ini pada 26 April 2025(Sabtu) bermula dari 9.00pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan hanya RM25 sahaja.

New Release, News

LostBoy feat Jon Kennedy Rilis MV “Comeback”

Penyanyi yang memainkan genra berirama Indie-Pop, LostBoy dan Jon Kennedy telah meriliskan muzik video “Comeback” dari debut album LostBoy iaitu ‘BITTERSWEET‘ yang boleh didapati di setiap streaming platform (Spotify, YouTube Music, Apple Music, etc-etc).

Kedua-dua artist ini memainkan genre berirama Indie-Pop dan berasal dari Kuching Sarawak. Lagu ini di produce sepenuhnya oleh LostBoy; dari beat, vokal, mixing dan mastering lagu. Muzik video Comeback ini pula di produce oleh Red Altair Records(RAR) dan di arahkan oleh Fex, yang juga merupakan founder kepada RAR yang dibantu oleh co-founder beliau iaitu Rommi. Muzik video ini pula di rakam sepenuhnya di sekitar kawasan Kuching Sarawak dan apa yang menariknya, muzik video ini di shoot menggunakan iPhone sahaja.

LostBoy
Jon Kennedy

Terdapat 5 lokasi utama yang digunakan untuk muzik video ini seperti di pantai, rumah persinggahan, tempat letak kereta atas bumbung, taman rekreasi dan bilik hotel. Muzik video ini menceritakan tentang kisah cinta LostBoy dan Jon Kennedy yang di selubungi patah hati, hubungan toksik, dan sebagainya. Muzik video ini juga memaparkan influencer iaitu Mag Johari dan peminat LostBoy iaitu Lyla.

Tonton MV ‘Comeback‘ di channel youtube LostBoy dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release, News

Viceroyz dan Lydbie Rilis MV ‘Tell Me How’

Band Indie-Pop Viceroyz telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Tell Me How‘ feat penyanyi Pop-Indipendent Lydbie. Muzik video ini boleh ditonton di channel youtube Viceroyz dan di riliskan di setiap streaming platform pada 22 April 2025 (Selasa).

Lagu ini menceritakan tentang perasaan kehilangan, mabuk dan kekeliruan. Vibe lagu ini juga menggabungkan bunyi kelembutan, tenang tapi groovy dan membawa balik mood-mood nostalgia yang mendapat inspirasi dari artis seperti Men I Trust.

Viceroyz

Muzik video ini di produce sendiri oleh Viceroyz dan diarahkan oleh Nick O Yaka. Manakala lagu ini pula di produce dan di engineer sepenuhnya oleh Haise. Lagu pula di tulis dengan kerjasama antara Nick O Yaka dan Lydbie dan di arrange dan compose sepenuhnya oleh Nick O Yaka.

Sedikit info mengenai Viceroyz dan Lydbie, Viceroyz merupakan band Indie-Pop yang berasal dari Sarawak dan muzik mereka adalah sangat tenang, mengasyikkan dan menghiburkan pada masa yang sama. Manakala Lydbie pula adalah seorang artis dan penulis lagu yang memainkan muzik Pop, Balada dan pelbagai lagi. Beliau merupakan artis yang versatile yang sangat berbakat dan sememangnya salah seorang artis solo di Sarawak yang sangat berbakat dan patut di ambil perhatian oleh setiap peminat muzik dan penggerak industri.

Lydbie

Jangan lupa untuk saksikan muzik video terbaru dari Viceroyz ‘Tell Me How’ feat Lydbie di YouTube dan jangan lupa like, subscribe dan share!

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Band Punk dari Korea Selatan Rumkicks Jelajah Kuching, Sarawak

Band Punk Rock dari berasal dari Seoul, Korea Selatan, Rumkicks akan bertandang ke Kuching Sarawak, bersempena dengan jelajah Asia Tenggara mereka. Gig jelajah Rumkicks di Kuching ini di bawa oleh Punkcaroba Entertainment di support oleh Rude Sounds Records, dan bakal di jalankan di Backdoor Studio pada 18 April 2025 (Jumaat) bermula pada jam 6.30pm sampai habis!

Rumkicks yang dikenali di kalangan peminat muzik Punk dengan lagu-lagu seperti Rude Girl Oi!, Don’t Touch My Head, Drinking Everyday, dan sebagainya. Gig jelajah Rumkicks di Asia Tenggara di sebelah Kuching, Sarawak ini bakal di sertai oleh beberapa band-band lokal seperti Dance On Your Grave, Kelibat, Blindsided dan Serangga.

Tiket Pre-Sale dijual dengan harga Rm55 dan dihadapan pintu pula di jual dengan harga Rm65. Untuk mendapatkan tiket boleh lah hubungi nombor 012-8503250.

Uncategorized

Gig Malam Ahad di Smoke of Borneo

Sebuah gig anjuran The Sunday Night Gig akan berlangsung di Smoke of Borneo pada 6 April 2025, bermula dari jam 3.00pm sampai habis. Gig ini dianjurkan dengan kerjasama bersama oleh Rock Knight Event dari BS TwentyTwo dan Ensara Timang Studio. Mereka telah bersama menganjurkan gig sejak bulan Ogos 2024 dan banyak terlibat di dalam penganjuran gig-gig underground di sekitar Kuching.

Acara yang berjudul Sunday Rock Night Gig Volume 3 ini dianjurkan pada 6 April 2025(Ahad) bermula dari jam 3.00pm sampai habis dan terletak di Smoke of Borneo Kuching. Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Majestic Rhythm, Rossevelt, Underwall, Counterback, Night With Wolves, Popang, Baksidik, Left Alive, Voneka, Fire Bomb, Cry For Her, In Rising Affliction, dan Ignites Of Phobia.

Tiket dihadapan pintu dijual dengan harga RM25 sahaja dan untuk mendapatkan tiket gig, boleh lah hubungi nombor-nombor di bawah;

https://wa.me/601113079187 (Ms. Ann)

https://wa.me/60126909172 ( Ms. Vanessa)

https://wa.me/60166490954 (Mr.Robi)

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penganjur, boleh lah pergi ke page facebook mereka di Sunday Rock Night Gig.

News

Mini Seni Kita di Lokasi Baru HAUS KCH di Padungan

Seni Kita kembali lagi pada pada 29 March 2025 (Sabtu) dan kali ini ia dianjurkan sempena dengan perlancaran lokasi baru HAUS KCH. Tema Seni Kita kali ini pula adalah ‘Mini Seni Kita: Open HAUS’ di mana para-para kolaberasi, vendor-vendor dan artis-artis yang pernah terlibat di dalam program-program HAUS akan turut serta memeriahkan pembukaan tempat baru HAUS KCH yang terletak di bangunan Yun Phin, Padungan Kuching, Sarawak.

HAUS KCH yang sebelum ini terletak di City Square, Pending telah mengumumkan bahawa mereka telah berpindah ke kawasan Padungan di Kuching, Sarawak, yang terletak di bangunan Yun Phin. Acara Mini Seni Kita: Open HAUS ini akan memaparkan pasaran interektif artis, terapi percubaan(trial therapy), konsultansi kesihatan mental, pertukaran tumbuhan, permainan board roleplay iaitu Deathbringer, The Little Lime Bar, dan Mighthy Desk. Turut ada adalah persembahan puisi dan tarian.

Menurut Syed Rusydie yang juga merupakan managing director untuk HAUS KCH, “Di ruang yang baharu ini, misi kami tetap sama, iaitu untuk meningkat kemahiran dan menyokong ruang kreatif melalui ruang dan kerjasama bersama. Mereka yang terlibat di dalam industri kreatif harus di bagi sokongan, terutamanya mereka yang berada pada tahap di luar kelayakan pemberian dan pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak bank. Kami juga ingin membina jambatan baharu dan melihat bagaimana kami boleh membantu, di mana sahaja peluang yang dapat di kenal pasti.

Seni Kita telah berkolaberasi bersama Heal With Leah di mana Leah akan membuat 20-minit konsultansi untuk siapa-siapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai konsultansi kesihatan mental. Selepas itu, kolaberasi bersama TIGA Community di mana para peminat tumbuh-tumbuhan boleh berkumpul dan bertukar-tukar tumbuhan.

Bagi peminat role-playing games, Seni Kita kali ini menjemput Eric Taylor, dimana beliau akan mengajar siapa-siapa yang berminat untuk bermain boardgame ala Dungeaons & Dragons iaitu Deathbringer. Pada pukul 3pm pula akan ada sesi free-flow Langkau Calamansi di taja oleh Omnibor Brewary di The Little Lime Bar. Open HAUS day ini juga ada membuat tawaran beer lokal daripada Zebrew dan Tuak by Ngirupp sehingga jam 10.00pm.

Sesi Mighty Desk pula adalah sebuah miniseries daripada HAUS dan untuk volume 1 ini akan ada persembahan puisi, tarian, turntablism DJ dan persembahan R&B. Mighty Desk akan menjadi ruang intimate untuk mereka yang mempunyai semangat dan minat mendalam di dalam seni persembahan dan bagi mereka yang mencari ruang untuk menganjurkan apa-apa acara kreatif.

Antara 22 vendor lokal yang akan berada di Pasar Seni Kita adalah Rena Deco, Natural Remedy, Brew & Go Coffee, Satoyama Farm, Gerai Sulu Nuan, Made Kyoot dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk datang ke Mini Seni Kita: Open HAUS pada 29 March 2025(Sabtu) bermula dari jam 3.00pm sehingga 10.00pm sempena dengan perlancaran ruang acara baru HAUS KCH.